Sunday, January 30, 2011

KISAH DARI NOVEL





CINTA DAN NALURI PEREMPUAN

Ramlah Syakir dalam lahar gelisah. Keadaannya bagaikan belut atas pasir. Cinta menjadikan dirinya hanyut dalam lautan angan-angan. Seperi kata orang tua-tua, cinta boleh menjadikan manusia bodoh. Meraban. Gila. Mati meragan. Cinta Ramlah Syakir cinta bertepuk sebelah tangan. Cinta burung pungguk.
Ramlah Syakir mencintai ‘Alimin. Tetapi lelaki yang telah beristeri itu tidak mengetahui ada orang lain mencintai dirinya. Setiap kali dia bertemu dengan gadis itu, senyuman dan perbualan, hanya senyuman dan perbualan antara seorang rakan dengan seorang rakan seperjuangan cuma. Jujur. Tiada ‘kuman perosak’ persahabatan dalam hatinya. Jauh sekali seperti peribahasa Melayu, ‘ kalau tidak ada beradan masakan tempuan bersarang rendah.’
Kadang-kadang dapat juga ‘Alimin menangkap sekilat ikan di air; fahamlah dia akan sinar mata, memek senyum dan sisip dan sulam tutur kata Ramlah Syakir yang berpengetahuan psikologi itu. Tetapi dia seorang lelaki amat mencintai istrerinya. Jika dia mencintai wanita lain, bererti dia seorang lelaki pengkhianat dalam dunia percintaan. Pengkhianat sesama manusia.
“…Ya Allah, lindungilah aku dari syaitan, hindarlah diriku dari kemungkaran kerana mengkhianti cinta isteriku, Allahu Akbar, kepada-Mu aku bertawakal,” doa ini sering dibacanya.
‘Alimin menacap tekad dalam hatinya; cintanya kepada isterinya, Tengku Intan, itulah cintanya yang pertama dan cinta itulah juga akan bersamanya meniti ke hujung hayatnya.
HARTA QARUN
Pada satu malam. Ramlah Syakir membulatkan tekadnya. Cintanya kepada ‘Alimin tidak boleh dijadikan harta Qarun terbenam dalam bumi. Mesti timbul ,mesti diketahui oleh orang yang dicintainya.Tidak berani berterus terang, bukanlah seorang perempuan yang arif bercinta. Falsafah Ramlah Syakir; bercinta seperti berperang juga, ada menang dan ada kalah.
Ramlah Syakir kuat perpegang kepada pendapat orang; menulis surat cinta mesti dengan tangan. Tidak elok dengan mesin tulis. Tidak baik dengan komputer. Cintan menggunakan kuasa elekronik tidak elok dan tidak memuaskan. Dengan sebatang pena dia telah menulis surat cintanya kepada ‘Alimin.

Tuan adib ‘Alimin,
Saya berdoa, insya Allah, tuan dalam bahagia.
Saya tidak dapat menulis surat ini dengan baik untuk tuan membacanya, tetapi saya menulisnya untuk mencurahkan isi hati saya kepada tuan. Saya berharap tuan sebagai seorang pengarang yang mengetahui hati dan naluri perempuan seperti saya, maka saya harap tuan tidak menolak harapan saya, kerana harapan ini menentukan terang atau gelapnya hidup saya pada masa hadapan.
Tuan arif bahasa cinta, tetapi tuan telah mencintai orang lain. Saya mengetahui bahasa cinta, tetapi saya mencintai tuan. Hanya tuan seorang.
Wallahi,memang telah lama saya mencintai tuan, tetapi tuan tidak memahaminya atau tuan berpura-pura tadak mahu mengetahui apa yang ada dalam hati saya. Sinar dalam mata saya. Suara dan nafas saya yang penuh dengan cinta saya kepada tuan.
Tuan,
Wabillah Allah wan nabi, saya amat mencintai tuan.Tuan sahajalah dalam dunia ini lelaki yang saya cintai, tidak ada lelaki lain. Percayalah.
Terimalah cinta saya ini tuan. Selamatkanlah diri saya dari hanyut dalam arus cinta yang akan memusnahkan diri saya. Tuan sahaja lelaki yang terdaya menyelamatkan saya, seorang perempuan yang terkapar-kapar lemah dalam arus deras itu.
Tuan yang saya cintai, Bagaimana tuan hendak menyelamatkan manusia lain di dunia ini, sedangkan diri saya tuan tidak mahu menyelamatkan. Saya harap tuan selamatkan saya. Kasihanilah saya.
Cinta saya kepada tuan sangat agung. Cinta saya juga tidak bermaksud hendak merosakkan rumah tangga tuan. Merosakkan cinta tuan dengan isteri tuan. Tetapi cinta saya meminta sedikit peluang dari tuan seperti ayat Quran dalam surah an Nisa:3..Itu sahaja.
Saya rela bermadu dengan isteri tuan, Sayyidah Intan. Saya tidak bertujuan untuk meragutkan cinta tuan kepadanya atau memusnahkan cintanya kepada tuan. Saya hanya mahu menumpang sedikit belas kasihan daripadanya sebagai seorang wanita Islam terhadap wanita Islam dari ruang yang wujud dalam ayat Quran di atas. Saya mengaku dia adalah kakak saya. Saya rela menjadi hambanya jika dia menerima saya menjadi madunya.
Kalau tuan berjalan atau meninjau ke kampung di pendalaman di Iraq ini, tuan akan mendapati dua tiga orang perempuan menggunakan sebatang antan untuk menumbuk gandum atau kacang dalam satu lesung. Tuan akan mendapati juga; antan tidak patah dan lesung tidak pecah.
Saya menanti jawapan dari tuan. Berilah jawapan
dengan surat atau dengan lisan antara kita berdua
sahaja.
Saya harapkan tuan tidak menghampakan harapan saya ini. Sesungguhnya saya akan menghadapi dunia ini dengan amat gelap jika tuan mengecewakan harapan saya.
Saya yang mencintai tuan.
Ramlah Shakir.
Ramlah Syakir amat yakin. Cintanya kepada lelaki Melayu itu akan mendapat layanan. Baginya lelaki Malayu, Arab atau lelaki dari hujung dunia mana sekali pun sukakan perempuan muda. Mereka suka beristeri lebih dari seorang. Lelaki seperti arnab dan kambing, dan haiwan-haiwan yang meragut dedaun. Makhluk-makhluk berkaki empat itu tidak menolak dedaun muda depan mata. Mamah. Telan.
BAHAGIAN PENTERJEMAHAN
Esok paginya Ramlah Syakir bercadang hendak memberi surat cintanya itu kepada Syamila supaya disampaikan kepada ‘Alimin. Tetapi dia khuatir, kalau-kalau Syamila akan memarahinya atau tidak mahu menyampaikan suratnya itu kepada ‘Alimin.
Pada waktu Ramlah Syakir datang ke pejabat ‘Alimin, seorang lelaki Sumalia yang bekerja di bahagian penterjemahan, memaklumkan kepadanya, ‘Alimin belum tiba. Mungkin lambat. Ramlah Syakir telah menyerahkan surat cintanya kepada lelaki tersebut supaya disampaikan kepada ‘Alimin.
Hati Ramlah Syakir menyanyi. Surat itu akan dibaca oleh ‘Alimin dan lelaki itu akan menyambut cintanya. Pada hari-hari berikutnya, dia akan menjadi kekasih ‘Alimin dengan tidak diketahui oleh isterinya. Hari-hari mendatangnya pula dia akan menjadi isteri kedua lelaki dari Malaysia itu. Isteri pertama lelaki itu, Tengku Intan akan menjadi rakan kongsi yang setia dengannya. Macam sindiket. Seperti dua sengkalan batu dengan seketul anaknya. Atau dua kolek satu dayungnya
Di pejabatnya, Ramlah Syakir menelefon Syamila. Kepada Syamila dimaklumkan yang dia telah menghantar surat cintanya kepada ‘Alimin.
“Itu aku tak tau, luar dari tanggungjawab aku, tetapi aku yakin ‘Alimin tidak akan menerima cinta kamu,”kata Syamila.
“Takkanlah, … belum tau lagi,”kata Ramalah Syakir.
“Kamu belum tahu lagi, Ramlah…,”kata Syamila.
“Apa, kak?”Tanya Ramlah Syakir.
“Dia lelaki Melayu, bukan lelaki Arab, kesetiaan lelaki Melayu kepada isterinya melebihi kesetiaan lelaki Arab, tau…kadang-kadang perempuan jadi macam hamba suami..,”jelas Syamila.
Ramlah Syakir diam.
“Kamu tau, surat itu tentu akan ditunjukkan kepada isterinya,…kepada aku, percayalah,” kata Syamila.
“Iakah?”Tanya Ramlah Syakir.
“Iaaa, aku tau kejujurannya, sebab itulah emak dan ayah aku anggap dia tu wali Melayu, …kamu tau,”jawab Syamila.
“Tak apa,…saya harap kakak tolong saya,”kata Ramlah Syamila.
“ …tolong boleh, tapi jangan harap aku akan tambat unta di padang…,”kata Syamila.
PERGERAKAN ISLAM
Ramlah Syakir ketawa. Hatinya berani menghadapi masalah yang mendatang. Falsafahnya mudah; cinta itu buta, dia lebih percaya kepada yang buta kerana dia terlalu faham; yang butalah membahagiakan makhluk bernyawa di dunia ini.
Sebaik-baik sahaja ‘Alimin tiba di pejabatnya, setiausahanya, Amirah Qandil memberitahu- nya, atas mejanya ada sepucuk surat dari Ramlah Syakir.
Pada waktu membuka sampul surat Ramlah Syakir,‘Alimin menyangka sampul surat itu berisi surat tugas pergerakan Islam, MAFI. Surat itu dibaca dari awal hingga ke akhirnya. Dibacanya sekali lagi. Senyumannya berbunga pada wajahnya. Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, surat itu dimasukkan ke dalam sampulnya dan dimasukkan pula ke dalam tas kulitnya.
“…hai perempuan, macamlah tak ada lelaki lain,” Alimin bersuara sambil mengeluh.
“Ya, Allah, walaupun poligami Kaululuskan, ‘…kahwinlah perempuan-perempuan yang kamu sukai; dua ,tiga dan empat, tetapi kalau kamu khuatir tidak dapat berlaku adil, hendaklah saorang isteri saja. Sadaqallahul Adzim.’ Tapi ya Allah, hindarkanlah diriku dari berpoligami,…aku cintakan isteriku, Intan…, aku tidak sanggup menduakannya, tidak sanggup, …wa sallallahu ala Sayyidina Muhammad.” Dia berdoa kepada Allah sambil mengangkat kedua belah tangannya.
RAKAN SEPERJUANGAN
‘Alimin bangun dari kerusinya. Dihela dua puntung kakinya atas permaidani biru muda. Hatinya bersuara, “…Ramlah, dia rakan seperjuangan, …dah buat fasal,…mungkin akan jadi masalah pada masa depan…”
“Kalau dia jahat, dia akan burukkan namaku,…aku harap dia jujur, dia akan faham bila aku menolak cintanya,” suara hatinya lagi.
“Aku tak boleh rahsiakan, aku akan beritahu isteriku,…kakak Syamila…,”tambah suara hatinya.
Pintu biliknya diketuk. Daun pintu terkuak. Amirah Qandil masuk memberitahunya, seorang lelaki berhajat hendak menemuinya.
“Persilakan dia masuk,”kata ‘Alimin.
“Baik,Tuan,”sahut Amirah Qandil lalu keluar.
‘Alimin melabuhkan punggungnya atas kerusi.
Seorang lelaki berkaca mata, berbaju kemeja kelabu tangan panjang, seluar khaki warna biru tua dan kasut kembes warna kelabu tua, masuk dan memberi hormat kepada ‘Alimin yang sedang berdiri.
“As salamu alaikum, saya Said Ali,”kata tetamu.
“…wa alaikum salam, saya ‘Alimin,”jawab ‘Alimin.
Mereka berjabat tangan. Erat. Ada rasa kejujuran.
‘Alimin mempersilakan Said Ali duduk atas sofa. Mereka duduk berhadapan di seberang meja.
“Apa khabar, ada hal…?”Tanya ’Alimin.
“Khabar baik,…saya datang dari Palestin, hendak berjumpa Tuan,” jawab Said Ali.
“Ia, apa hal?” Tanya ‘Alimin.
“Fasal sahabat kita, Asya syahid Abbas Marwan,…saya ada bawa dokumen- dokumennya untuk saya serahkan kepada Tuan,”kata Said Ali sambil mengerluarkan sampul surat berukuran A-4 dari tas kulit hitamnya.
Sampul surat berpindah ke tangan ‘Alimin.
“Dalam sampul itu ada sekeping cek bank oder bernilai 100,000 mata wang US atas nama tuan dan Syamila, dokumen dan surat-surat lain …,”kata Said Ali.
AMANAH ASY SYAHID
‘Alimin membuka sampul surat itu dan di perhatikan satu persatu cek, dokumen dan surat-surat tersebut.
“Allahu Akbar, …inna lilahi wa inna ilahi raji’un,” suara ‘Alimin dalam keluhan.
“Ina lillah, …kami dari barisan hadapan Palestin,…sama dalam pergerakan Islam,…saya membawa amanah asy Syahid kepada tuan dan isterinya,” kata Said Ali.
“Ia, kakak saya, baik, kita pergi berjumpa dia,”kata ‘Alimin.
“Ia, baik,”sahut Said Ali.
‘Alimin bangun dari sofa dan berjalan ke mejanya lalu mencapai telefon bimbitnya.
“…kakak di mana?”
“Di rumah.”
“Saya nak datang sekarang, sama tetamu.”
“Baik, datanglah, kakak tunggu.”
“…dalam setengah jam lagi.”
“Baik.”
“Baik, kakak.”
‘Alimin duduk semula atas sofa. Said Ali merenung wajah ‘Alimin. Senyumannya memanjang. Mesra. Tidak ada perasaan curiga terhadap ‘Alimin.
“…Tuan orang Malaysia?” Tanya Said Ali.
“Ia, Malaysia,”sahut Said Ali.
“Saya dari Hijaz, Mekah,… kampung saya di Tana’in,”jelas Said Ali.
“Oo, saya ingat Tuan orang Palestin,” kata ‘Alimin.
“Saya baru dua tahun di Palestin,…dulu di Jedah, dalam pergerakan Islam di sana,” jelas Said Ali.
“Begitu, Tuan seorang wira Muslimin,”kata ‘Alamin.
“…belum, bila telah syahid,…mungkin gelaran itu ada,”sahut Said Ali.
“Maafkan saya,”kata ‘Alimin.
“Taka pa, barakallah…,”sahut Said Ali.
Amirah Qandil masuk membawa dua gelas minuman lalu diletakkan atas meja. Sambil senyum dia meninggalkan mereka.
“…saya sering mengikuti perkembangan di Malaysia,”kata Said Ali.
“Ia,…Perdana Mahathir,timbalannya Abdullah Badawi, Perdana Menteri Nik Abdul Aziz, Fadhil Muhammad Noor, Abdul Hadi,”kata Said Ali.
“Ooo, begitu, kamu tau Nik Abdul Azizi dan Fadzil Muhammad Nur, Haji Abdul Hadi,”kata ‘Alimin.
“…ia, tetapi Mahathir seorang nasionalis, Abdullah Badawi juga nasionalis, tetapi nampaknya dia cenderung kepada politik Islam, …mahu berpandukan Quran dan as Sunnah,”jelas Said Ali.
‘Alimin mengangguk. Senyum.
“Dulu negara tuan terkenal dengan nama Jawi,…ramai orang Jawi di Mekah, ada di antara mereka menjadi ahli lembaga Masjidil Haram,”jelas Said Ali lagi.
“Ia, orang Jawi ada di mana-mana, selagi ada cahaya matahari,” sambut ‘Alimin.
Mereka ketawa. ‘Alimin belum percaya sama ada orang Melayu seperti yang dikatakan. Tetapi orang-orang China memanglah begitu.
“Baik, kita pergi ke rumah Syamila,”kata ‘Alimin.
“Ia, baik,” sahut Said Ali.
Pada ketika itu terlintas dalam otak ‘Alimin untuk perkenalkan Said Ali kepada Ramlah Syakir. Perkenalan itu nanti mungkin akan tumbuh putik cinta pada hatinya kepada pemuda dari Palestin.
Mereka berjalan keluar dari pejabat at Tahrir. Pada ketika mereka melintasi meja Amirah Qandil, gadis itu senyum dan memberi hormat kepada mereka.
(Dipetik dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN, HADIS DAN LAIN

Justify Full




MENDAPAT KEREDAAN ALLAH


... orang – orang yang berusaha dengan bersungguh – sungguh kerana memenuhi kehendak agama – Islam – Kami – Allah - , sesungguhnya Kami - Allah – akan memimpin mereka ke jalan –jalan Kami – menajdikan mereka gembira dan mendapat keredaan Allah - ; dan sesungguhnya – pertolongan – Allah adalah bersama mereka yang berusaha membaiki amalan mereka.
– Al ‘Akabuut: 69



HADIS

JUAL BELI DAN LAMARAN

Nabi Muhammad s.a.w. melarang: Orang – orang mukmin ituj adalah bersaudara, maka tidak halal – haram – kalau dia menjual atas jualan saudaranya – iaitu – memotong dalam jual beli – dan jangan melamar - waniat atau gadis - yang dilamarkan oleh saudaranya. Dihalalkan melamar wanita atau gadis itu setelah saudaranya membatal lamarannya atau member izin kepadanya.
– Perawi: Imam Muslim



-----------------------------------


BIBIR WANITA

Allah mencipta wanita awal - Hawa - dari tulang rusuk Nabi Adam alaihis salam yang kemudian menjadi suamini hingga ke akhir hayat. Jika sesiapa berhadpan dengan wanita, terutama gadis, pehatikan dengan hikmah akan lima perkara pada wajahnya, iaitu:
1 - Dahinya: Jika luas atau lebar dahinya menunjukkan dia bijak dan sanggup bersabar dalam semua hal.
2 - Dua mata, kalau dua biji matanya bula, besar dan bercahaya, menunjukkan dia bijak dan luas fikiran
serta ada bela kasihan.
3 - Lihat hidung, kalau kecil hidungnya, dia penakut dan lekas putus asa. Kalau besar hidungnya, dia
beranai
dan kuat bekerja
4 - Dua ulas bibirnya: Kalau dua ulas bibrnya agak tebal dan sentiasa basa, kuat nafsua berahinya.
5 - Dagunya: Kalau dagunya laksana sarang lebah bergayut, menandakan kuat iman dan yakin diri serta
taatkan suami.
* Perkara ini hanya diduga dengan akal dan hati manusia, tetapi Allah lebih berkuasa dan mengetahui.

Saturday, January 29, 2011

FIKIR SETAPAK

PENGARANG YANG JUJUR DAN TEGAS

Jika pengarang novel INTERLOK , Sasterawan Abdullah Hussein dan keluarganya mhu memudar atau menghapuskan maruah sebagai pengarang atau penulis dan mahukan wang atau kebendaan yang banyak, maka mereka tentulah menerima kehendak kerajaan untuk meminda beberapa yang tidak menyeronokkan hati para keturunan India di negara ini.
Jika mereka mahu mempertahankan maruah pengerang ata penulis, maka, mereka akan tidak membenarnkan dilakukan pindaan seperti yang disebut oleh pihak yang berkuasa.
Sesungguhnya, meminda sesebuah isi atau ayat atau rangkaian kata - kata dalam sebuah hasil karya pengarang atau penulis dengan semata - mata untuk menjaga hati orang lain, maka, perbuatan itu sama dengan membunuh semangat dan perjuangan pengarang atua penulis tersebut.
Orang - orang yang berkuasa dalam Kerajaan Malaysia, patutlah insaf, bahawa mempertahankan maruah penulis novel tersebut sama dengan mempertahankan maruah bangsa Melayu. Jika dikecai atau dpinda sana sini dalam novel itu, samalah dengan menghina penulis kerana kepentingan politik, dan boloeh dianggap menghina bangsa Melayu.
Seluruh rakyat India yang beragama Hindu di negara masih mempertahankan 'kasta', mengapa pula orang - orang India beraga Hindu di Malaysia rasa terhina dengan kasta tersebut?
Hendaknya orang - orang politik di Malaysia tidak dilemahkan oleh fikiran dan tentangan yang seperti berlaku pada zaman Negeri Perak di bawah kerajaan Gangga Negara pada zaman dahulu.

QURAN DAN HADIS






NABI MUSA TUMBUK ORANG


... tatkala Nabi Musa alaihis salam Sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatan - gagah – dan sempurna, Kami – Allah – kurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan, dan demikian Kami membalas – kepada – orang – orang yang baik amalan masing – masing.
Dan dia – Nabi Musa alaihis salam telah masuk ke Bandar – Mesir – pada waktu para penduduk tidak menyedarinya, lalu didapatinya dua lelaki sedang bekelahi, - seorang dari golongannya sendiri – iaitu dari kaum Bani Israel - dan seorang lagi dari pihak musuhnya – iaitu dari golongan Raja Fira’un. Maka, lelaki dari golonganya – Musa – meminta tolong kepadanya melawan lelaki dari pihak musuh itu; Nabi Musa alaihis salam pun menumbuk lelaki itu lalu menyebabkan dia mati. – Pada ketika itu Musa berkata: Ini adalah dari perbuatan syaitan. Sesunguhnya syaitan itu ialah musuh yang menyesatkan, yang nyata – angkara -.
Dia – Musa – merayu kepada Allah: “Ya Allah, sesungguhnya saya telah menganiaya diri saya sendiri, oleh itu ampunilah akan daku. – Allah mengampunkan dosanya. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha pengampun lagi Maha Pengasihani.
Nabi Musa alaihis salam merayu lagi, “Ya Allah, demi segala nikmat yang Anda kurniakan kepada saya, - peliharalah saya – agar saya tidak akan menjadi mpenyokong golongan yanb bersalah.
Semenjak itu tinggallah Nabi Musa alaihis slaam di banbdar – Mesir – dalam keadaan cemas sambil mendengar – merisik – berita mengenai dirinya – basalan dari pihaj Raja Fira’un - , maka tibalah orang – orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Nabi Musa alaihis salam berkata kepada mereka : “Sesaungguhnya kali ini ternyata sesat.”
Maka, tatkala dia – Nabi Musa alaihi salam – hendak menumbuk orang yang menjadi muduh kepada mereka berdua. “ Hai Musa, adakah anda hendak membunuh saya sebagaimana anda telah membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya anda hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan anda tidak hendk menjadi seorang pedamai.”
– Al Qasas: 14 – 19.


HADIS

MENGHORMATI TETAMU

Nabi Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Menghormati tetamu wajib tiasp tiam orang Islam. Maka jika seseorang tetapi berada di rumahnya tidak mendapat – jamuan menasabah -, maka hal itu menjadi pinjaman bagi tuan rumah yang menjadi haknya tetamu.
Sesiapa yang bertamu – di rumah – sesuatu kaum, maka mereka hendak lah dijamu.
– Perawi: Ahmad dan Abu Daud.

Friday, January 28, 2011

NOVEL INTERLOK





PINDA NOVEL IINTERLOK?


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak memberi reaksi berbeza terhadap keputusan Kementerian Pelajaran semalam untuk mengekalkan novel Interlok sebagai teks komponen sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), tetapi dengan pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong langkah itu yang disifatkan sebagai pertimbangan sama rata atau ‘menang-menang’ kepada semua pihak terbabit.
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata kerajaan pasti sudah meneliti dan mengambil kira semua aspek penting berkaitan isu berkenaan sebelum mengambil keputusan itu.
“Justeru, semua pihak harus menyokong dan memberi mandat kepada panel bebas yang dilantik untuk melaksanakan tugas membuat pindaan bersesuaian bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, turut menyokong langkah kementerian bagi mengelak pembaziran wang kerana perlu menerbitkan teks baru untuk KOMSAS.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz juga menyambut baik penyelesaian yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menolak sebarang pindaan dilakukan terhadap Interlok.
Ketua Dua GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata pertubuhan itu akan menghantar empat wakil menduduki panel khas itu untuk memberi penjelasan kepada sebarang salah faham atau salah sangka itu.
Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, pula berkata, jika Interlok dirasakan tidak sesuai, batalkan saja penggunaan novel itu dan ganti dengan novel lain.
Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, berkata persatuan itu tidak bersetuju dengan pindaan yang hendak dilakukan terhadap kandungan Interlok yang berusia 40 tahun itu.
Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata tidak ada asas kukuh terhadap dakwaan bahawa novel itu menghina orang India seperti yang sudah dibincangkan dalam banyak dialog dilakukan pelbagai pihak.
Isteri Abdullah, Datin Siti Saroja Basri, berkata sebarang pindaan terhadap novel itu perlu diserahkan kepada penulis untuk dipersetujui terlebih dulu.
Sementara itu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel mahu panel bebas yang diwujudkan bagi mengkaji pindaan itu meneliti apa yang disunting bagi mengelakkan sebarang pertikaian.(Berita Harian)

FIKIR DALAM FIKIR
Pinda kandungan novel INTERLOK membuktikan kerajaan kita lemah dalam perjuangan mempertahankan kesusasteraan Melayu, Maruah Melayu dan semangat kedaulatan bangsa Melayu.
Daripada melakukan pindaan, lebih batalkan sahaja penggunaan novel tersebut dan cari novel yang rendah mutunya yang mendapat sokongan dan sanjungan dari kebanyakan orang – orang keturunan India dan beragama Hindu.
Baru – baru ini Gabungan Persatuan Menulis Nasional – GAPENA dalam satu perhimpunan aman bersama badan – badan NGO Melayu telah mndesak Menteri Palajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mereka yang bertanggungjawab atas penggunaan novel itu dijadikan buku teks tingkstan lima, agar tidak meminda mana – mana bagian dan ayat dalam novel tersebut.- Mokhtar Petah

KUASA ALLAH



POHON KAYU

Dan kami menyatakan: Hai Adam, diamlah engkau dan isterimu di dalam syurga dan makanlah makanan di dalamnya dengan sepuas hati, menurut kesukaan kalian berdua dan janganlah hampiri pokok ini, nanti kalian berdua menjadi orang-orang yang zalim.

- Al Baqarah:35

Dan (firman Allah) Hai Adam, diamlah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah kalian berdua mana yang kalian sukai, tetapi jangan kalian hampiri pohon ini, kerana (kalau hampiri) kalian berdua akan menjadi orang-orang yang zalim.- Al ‘araaf: 19

Lalu syaitan membisikkan fikiran jahat kepada kedua-­duanya, supaya di buka kemaluan kedua-duanya yang tertutup. Dan syaitan mengatakan: Tuhan melarang kalian berdua dari pohon ini, tidak lain supaya kalian berdua jangan menjadi malaikat atau menjadi orang-­orang yang kekal.

- Al A’araaf;20

Lalu syaitan dapat menunduk (menjatuhkan)

kedua-­duanya dengan tipu daya, dan setelah kedua-duanya merasa buah pohon itu, teranglah bagi kedua-duanya kemaluan kedua-duanya, kalau kedua-duanya menutup diri mereka berdua dengan daun (tanaman) syurga. Kemudian Allah memanggil kedua-duanya: Bukankah aku telah melarang engkau berdua dari (menghampiri) pohon kayu itu, dan Aku telah katakan kepada kamu berdua, bahawa syaitan itu musuh yang terang bagi kamu berdua?

- Al A’araaf: 21

Tidakkah engkau lihat, bagaimana Allah membuat perumpamaan, perkataan yang baik adalah sebagai pohon kayu yang baik, uratnya teguh dan cabangnya menjulang langit.- Ibrahim: 24

Dan perumpamaan perkataan yang buruk adalah sebagai pohon kayu yang buruk, uratnya terbongkar dari bumi dan tidak dapat berdiri tegak..

- Ibrahim:26

Dan pada ketika kami mengatakan kepada engkau: Sesungguhnya Tuhan engkau telah mengepung manusia. Dan bukanlah mimpi yang kami perlihatkan kepada engkau, melainkan untuk menjadi ujian bagi manusia, dan pohon kayu yang terkutuk (disebut) dalam Al Quran. Dan kami hendak menakutkan mereka, tetapi hal itu menambah besar kedurhakaan mereka

.- Al Isra: 60

Dan pohon kayu Zaitun yang dikeluarkan dari gunung Sinai (Thur Sinai) menghasilkan minyak dan bumbu untuk orang-orang yang memakannya.

- Al Mu’minun: 20

Allah itu cahaya langit (planet) dan bumi. Perumpamaannya cahaya Allah itu sebagai sebuah lubang yang di dalamnya pelita. Pelita itu di dalam kaca. Kaca itu bagai bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dari pohon kayu yang berkat, iaitu zaitun tidak di timur dan tidak di barat. Hampir minyaknya memancarkan cahaya (sendiri) biar pun tidak dicetuskan api. Cahaya berlapis cahaya Allah memimpin siapa yang disukai­-Nya menerima cahaya-cahaya-Nya itu. Allah membuat beberapa perumpamaan untuk manusia, dan Allah itu mengetahui segala sesuatu.

- An Nur : 35

Apakah tempat (di syurga) lebih baik daripada pohon kayu Zakum (sejenis pohon yang pahit buahnya)

.- As Safaat: 62

Sesungguhnya pohon kayu itu keluar dari dasar neraka

.- As Safaat: 64

Dan kami tumbuhkan ke atasnya pohon bangsa labu (menjalar).

As Safaat:146

Kaliankah yang menumbuhkan pohon kayu untuk menyalahkan (api) atau kami yang menumbuhkan nya?

– Al Waqi’ah:72

Lebih 20 peratus daripada kawasan permukaan bumi ini adalah ,kawasan hutan rimba. Di dalamnya pohon-pohon kayu. Hutan rimba memberi oksigen kepada alam dan melindungi alam sekitar daripada udara buruk seperti udara yang bercampur dengan debu atau habuk.

Pohon-pohon kayu yang terdapat di seluruh dunia ini terdiri daripada berbagai-bagai jenis - kayu keras, setengah keras dan lempung.

Pohon-pohon kayu dalam kawasan tropika dinamakan Cyathea dan terdapat lebih dari 600 jenis (spesis).

Di California terdapat sejenis pohon kayu, iaitu kayu merah (redwood) yang pada umum tingginya 111 meter atau 364 kaki.

Dalam ayat-ayat Quran - Al Baqarah: 35, Al A'raaf: 19, 20 dan 21 Allah S.W.T telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengenai manusia pertama, iaitu Nabi Allah Adam dan isterinya diperdayakan oleh syaitan masa mereka di dalam syurga. Syaitan memperdayakan mereka supaya menghampiri dan memakan buah dari pohon kayu yang bernama ‘Syajarah’ atau ‘Syajaratul Khuldi’ (Pohon Khuldi).

Akibat dari itu, maka Nabi Adam AS dan isterinya telah diturunkan oleh Allah dari syurga ke dunia ini. Mereka diturunkan bersama syaitan yang telah memperdayakan mereka.

Kita,dapati dari keterangan ayat-ayat di atas, bahawa walaupun syaitan berjaya memperdayakan Nabi Adam AS dan isterinya, tetapi syaitan telah kecundang kerana dengan perbuatannya itu menjadikan makhluk yang diperdayakan itu telah me1ahirkan keturunan (manusia) seperti sekarang ini.

Manakala pohon kayu yang dikenali oleh Nabi Allah Adam a.s dan isterinya itu telah menjadi pengetahuan bagi mereka berdua tentang betapa besar gunanya pohon kayu bagi kehidupan manusia di dunia ini.

Allah SWT telah mengemukakan pohon kayu kepada Nabi Muhammad SAW di samping memper­kenalkan Nabi Adam AS dan isterinya kepada junjungan. Inilah satu rahsia atau falsafah dari Al Quran. Iaitu pengajaran bagi manusia meneroka akan asal usulnya dan mempergunakan pohon kayu bagi bahan teknologi untuk memodenkan kehidupan mereka di dunia ini.

Dalam ayat-ayat Ibrahim: 24 dan 26 Allah SWT memperjelaskan tentang pohon yang baik dan pohon yang tidak baik - pohon yang tidak baik urat (akar-­akar-nya)terbongkar dari bumi dan tidak dapat berdiri tegak.

Pohon kayu telah menjadi bahan penting dalam teknologi manusia masa kini. Semenjak zaman Nabi Allah Adam AS dan keluarganya menghuni dunia ini pun pohon kayu telah menjadi bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

Allah SWT tidak menghuraikan lebih lanjut tentang pohon kayu dan kegunaan kayu bagi manusia. Ini ada hikmatnya, iaitu supaya manusia sendiri mempelajarinya sesuai dengan falsafah atau ajarannya dalam surah Al Alaq (Segumpal darah), iaitu:

Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah

– Al ‘Alaq: 1, 2.

Yang mengajarkan dengan pena (tulis baca)

.- Al ‘Alaq

(Penjelasan: 'Qalam' yang dimaksudkan dalam ayat ini meliputi tulis dan baca, fikir dan kaji iaitu anak kunci ilmu pengetahuan yang meliputi segala keperluan dalam kehidupan manusia, di antaranya, sains dan teknologi, kebudayaan, komunikasi dan politik.)

Maka pohon kayu yang tersebut dalam ayat-ayat Quran seperti yang telah dikemukakan di atas dapat digunakan oleh manusia mengikut kesanggupan mereka mempelajari dan menyelidik terhadapnya mengikut falsafah Qalam .

Dalam surah 'Al Lahab' (Nyala) Allah Taala telah mengemukakan 'Kayu Api', iaitu kayu untuk dibakar dan digunakan untuk memasak makanan, meleburkan besi dan sebagainya, iaitu:

Dan isterinya memikul kayu api.

- Al Lahab:4

Pohon kayu telah wujud berjuta-juta tahun lampau di dunia ini. Menurut kajian oleh ahli ilmu kayu kayan, bahawa sejenis pohon kayu yang bernama Ginkgo telah mula tumbuh di muka bumi ini sejak 250 juta tahun yang lampau.

Berbagai-bagai jenis kayu dari berbagai jenis pohon kayu memberi guna kepada manusia dalam bidang sains teknologi yang dapat diagihkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

a. Bangunan, rumah, perahu, kapal, jambatan dan

perlombongan.

b. Perabot, keperluan dapur dan memasak seperti

senduk, alasan untuk memotong daging,

para-para dan sebagainya.

c. Perhiasan seperti pasu bunga, garpu, mangkuk,

paip (untuk menghisap asap tembakau dan lain-

lain.

d. Senjata, seperti batu atau gagang senapang, benting

atau kubu, untuk merobohkan kubu dan sebagainya.

e. Bahan bakar seperti kemenyan, gaharu dan cendana.

f. Bahan persolekan dan perubatan.

g. Kertas dan lain-lain.

Di negara kita ini terdapat kayu kayan yang baik untuk berbagai-bagai kegunaan, di antaranya kayu merbau, cengal, meranti, nyatuh, jati dan keruin.

Manakala kayu kayan boleh dijadikan ubat tumbuh di dalam belukar, gunung dan paya.

Semuanya itu dapat digunakan untuk faedah kepada manusia dengan menggunakan sains teknologi.

Terdapat lima ayat lagi dalam Quran yang di dalam­nya menyebut 'syajara', 'syajari' dan 'sajaru' yang bererti pokok iaitu:

Tetapi, tidak! Demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebenarnya, selagi mereka belum meminta keputusan kepada engkau dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang engkau lakukan dan mereka patuh (menjadi orang Islam) dengan keislaman yang sungguh.

- An Nisa: 65

Dan Dia yang menurunkan air (hujan) dari langit (awan) untuk kamu, sebahagiannya untuk minuman dan sebahagian untuk (menyuburkan) pohon-pohon yang kamu gunakan untuk ternakanmu.

- An Nahl: 10

Dan Tuhan engkau mewahyukan kepada lebah supaya membuat rumah (sarang) di bukit, di pohon kayu dan apa sahaja yang dapat mereka dirikan (sarang).

- An Nahl: 68

Atau siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan air (hujan) dari langit (awan) kepada kamu. Lalu kami tumbuhkan kerana air itu, kebun yang subur indah. Kamu tidak sanggup menumbuhkan pohonnya. Adakah tuhan di samping Allah? Tetapi, mereka kaum yang berpaling juga (dari kebenaran).- An Naml: 60

Sesungguhnya kamu akan memakan pohon Zakum (nama pohon yang amat pahit buahnya).

- Al Wagi’ah: 52

Begitulah kita dapati falsafah dari Quran tentang pohon kayu yang dikemukakan oleh Allah Taala yang memberi guna kepada kita dalam bidang sains teknologi hari ini.

Sebagai umat Islam kita hendaklah mempergunakan sains teknologi bagi mempelbagaikan kegunaan kayu kayan hendaklah mengikut jalan yang diredakan oleh Allah Taala, iaitu tidak mempergunakan untuk kejahatan seperti kapal laut yang dibina dengan menggunakan kayu (sebahagiannya) untuk memusnahkan umat manusia, menjadikan tempat melakukan maksiat dan sebagainya.

Maha Suci Allah Taala telah mengajar manusia dengan pohon kayu dalam kisah Nabi Adam AS dan isterinya di syurga hinggalah kepada pohon-pohon kayu di dunia ini. Semuanya itu adalah keperluan yang amat penting dalam bidang sains teknologi manusia.

(Disaring dari buku, Rahsia Dari Al Quran Sains, Teknologi dan Manusia, oleh: Mokhtar Petah)

Thursday, January 27, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

CERITA –CERITA HIBURAN

... ada di angara umat manusia yang memilih serta membelanjakan harta mereka kepada cerita – cerita dan perkara – perkara hiburan yang melalaikan; yang mengakibat menyesatkan – dirinya dan orang ramai - dari agama Ailah – Islam – dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan yang , dan ada pula yang menjadikan agama Allah – Islam – itu sebagai ejek – ejekan; mereka itulah yang akan menerima azab yang menghinakan.
– Luqman: 6.


HADIS

WANITA SOLEHAH

Nabi Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Dunia ini ialah harta benda dan sebaik – baik harta benda dunia itu ialah wanita – isteri – yang solehah. – Perawi: Imam Muslim.

NOTA.
Orang tua – tuan Melayu yang kuat berpegang kepada ajaran agama Islam berkata: Baik dan mulia seseorang suami kerana baik isterinya. Buruk laku seseorang suami kerana jahat isterinya.
Berpandukan kisah Nabi Adam a.s. dan isterinya, Hawa, di syurga; Hawa telah dipengaruhi oleh syaitan, maka dia makan buah khuldi dan Nabi Adam a.s. mengikut isterinya, gturut memakan buah tersebut. Maka semua wanita sentiasa dipengaruhi oleh syaitan dan ada yang bershabatr dengan syaitan.

---------------------------


PEMIMPIN DAN KELEMAHAN

Pada umumnya, sejak zaman berzaman dn hingga pada zaman ini, para pemimpin negara - negara di sekuruh dunia yang tidak kukud dalam agama Islam dan kuat iman kepada Allah, menjadi lemah, keliru, sewel dan kira - kira 1/3 gila, ialah disebabkan:

1 - Bernafsu besar untuk menguasai semua rakyat jelata,
2 - Tamak atau halobakan kekayaan dan kemewahan.
3 - Bernafsu besar kepada wanita - wanita muda dan cantik.
4 - Mengikut nasihat para pegawai dan poenasihat yang bodoh
atau mencari kesempatan dan peluang.
5 - Mengikut telunjuk atau arahan isteri, di sebabkan dia dan
isteri mengetahui rahsia jahat masing - masing.
6 - Minuman dan sebarang yang memabukkan menajdi
kegemarannya.
7 - Tidak pandai atau malah menulis ucapan dan semua ucapan
ditulis oleh pegawai - pegawainya.
8 - Tidak jujur kepada orang ramai dan sentiasa berbohong.
9 - Berfikiir, semua wang dan harta negara sebagai miliknya
dan dia membelanjakan wang negara mengiikut
kehendaknya kerana ada undang - undang.
10 - Menolak undang - undang dari Allah dan tunduk kepada
undang - undang ciptaan manusia kafir.

Wednesday, January 26, 2011

MENGENANG MASA SILAM


PARA PEJUANG KEMERDEKAAN

Pada tahun 1952 bangunan Madrasah Yahyawiyah, di Padang Rengas yang ada sekarang, masih berdiri dengan kerangkanya sahaja. Seluruh kerangka bangunan itu telah dinaiki akar-akar selaput tunggul dan pokok-pokok yang meliar.
Sekolah itu dibina dengan wang derma dari dan Orang Besar Negeri Perak, Dato’ Yahya. Nama sekolah tersebut telah memakai namanya. Oleh kerana Orang Besar itu telah meninggal dunia maka pembinaan sekolah itu tergendala kerana ketiadaan wang.
Pada masa itu orang-orang Melayu di Padang Rengas yang menajdi ahli UMNO dan Perikatan Melayu Perak tidak bekerjasama dengan orang-orang dari Parti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
BANGUNAN TUA
Akibat dari tidak muafakat itu, projek sekolah agama itu telah tidak dapat dijayakan. Maka tinggallah rangka bangunan itu seperti sebuah bangunan tua yang diselimuti oleh akar-akar dan pokok – pokok meliar.
Pada masa aku belajar di sana, sebuah Jawatankuasa baru bagi meneruskan usaha untuk membangunkan semula sekolah itu telah ditubuhkan. Jawatankuasa itu telah bekerjasama dengan kami penuntut-penuntut Madrasah al Yahyawiyah di tepi paya, Kampung Bawah Gunung.
Jawatankuasa itu dan kami tetelah memutuskan untuk mengadakan majlis ihtifa (perayaan) untuk memungut derma bagi meneruskan usaha membangun dan memulihkan bangunan sekolah tersebut.
Lebih dua ribu surat jemputan telah dikirimkan kepada orang-orang Islam di seluruh kawasan Kuala Kangsar, Parit, Beruas, Manjong, Taiping, Parit Buntar dan Hulu Perak telah diundang ke majlis ihtifal itu.
MENGHULURKAN DERMA
Aku telah diberi tugas untuk memberi ucapan dalam majlis ihtifal itu. Ucapanku itu bertujuan merayu kepada orang-orang yang hadir supaya menghulurkan derma mereka kepada sekolah tersebut. Ustaz Haji Abdul Samad Noh berucap bagi pihak jawatankuasa sekolah tersebut dan menghuraikan rancangan membina sekolah itu.
Perayaan itu telah dihadiri oleh Orang Besar Negeri Perak, Dato’ Temenggong, Wan Hamaruddin dan kira-kira dua ribu orang lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka itu orang-orang kampung-petani, penoreh getah, buruh dan suri rumahtangga.
Sebaik-baik sahaja aku selesai memberi ucapan, Orang Besar Negeri, Perak, Temenggong, Dato’ Wan Hamaruddin telah bangun dan menghulurkan dermanya berupa wang (banyak). Kemudian dikuti oleh mereka yang hadir dengan menghulurkan wang masing ke dalam kotak-kotak yang dibawa oleh penuntut-penuntut dan ahli-ahli Jawatankuasa sekolah tersebut.
Dalam majlis ihtifal itu, Jawatankuasa sekolah telah berjaya memungut derma beberapa ribu ringgit (aku telah lupa jumlahnya). Beberapa orang hartawan Melayu yang hadir dalam majlis itu telah mengaku akan menderma wang mereka untuk meneruskan usaha membina sekolah yang terbengkalai itu.
ORANG MELAYU
Semasa aku belajar di Madrasah Yahayawiah di lembah dekat lembah, aku telah berkanalan dengan dua orang dewasa dan mereka telah menjadi sahabatku. Seorang bernama Encik Mat Noh, bekas jurutera lombong bijih timah, yang tinggal di hujung Kampung Bawah Gunung dan Pandak Licin(kepalanya licin tidak tumbuh rambut), penduduk kampung itu juga. Mereka itu sering datang sembahyang berjemaah di madrasah tempat aku belajar itu.
Mat Noh banyak bercakap denganku tentang pelajaran dan ekonomi orang Melayu. Di antara kata-katanya yang aku masih ingat, ialah, ”...kalau orang Melayu dah merdeka, tapi pelajaran dan ekonomi deme tu lemah, ...deme akan jadi buruh di negeri sendiri..., orang-orang politik Melayu akan jadi alat orang asing, ...kekayaan negeri orang asing yang punya...”
”Kalau deme kuat politik, ekonomi tak kuat, deme jadi kuli orang yang kaya raya saja...,”katanya lagi.
Pandak Licin pula, pada tiap-tiap kali dia bercakap, dia suka mempersendakan ayat Quran dan Hadis, misalnya ’Aamanu’ di sebut, ”umno” dan hadis pula dipinda hujungnya, ”Kullu amrin bi ansurin (ansur)”. Pada satu hari aku telah menambah perkataannya, dengan, ”qala Pandak Licin...”(telah berkata Pandak Licin). Semenjak pada hari itu dia tidak lagi mempersendakan ayat-ayat Quran dan Hadis bila bercakap denganku.
Oleh kerana Madrasah Yahyawiah tepi paya itu dalam keadaan lemah. Dua orang orang gurunya sering tidak datang mengajar, hanya Ustgaz Haji Abdul Samad yang meneruskan tugasnya mengajar di sekolah itu selama kira-kira satu jam dalam sehari, maka aku telah terkepung dalam perasaan jemu untuk terus belajar di sekolah tersebut.
ILMU FALAK
Pada tiap-tiap hari, iaitu lepas belajar pada Ustaz Abdul Samad, aku telah pergi ke Bandar Kuala Kangsar. Di sana aku telah membantu Yahya Arif menjual buku-buku, di tokoh bukunya. Pekerjaanku di tokoh buku itu sama dengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja sambilan.
Dengan pertolongan Yahaya Arif aku telah berpeluang belajar ilmu falak pada bapa mertuanya, iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin. Pada masa itu ulama ilmu falak itu tinggal di Kampung Stesyen, Kuala Kangsar. Sheikh Tahir Jalaluddin tinggal di rumah itu sekadar beberapa hari sahaja dalam sebulan, kerana dia menetap di Muar, Johor. Tetapi aku belajar ilmu falak padanya sekadar dua minggu sahaja, kerana aku tidak tahan dengan perangainya yang garang itu. Lagi pula belajar ilmu falak menjemukan aku.
Di kampung-kampung dalam kawasan Padang Rengas banyak sekolah agama, di antaranya Madrasah Diniyah, Kampung Lalang, telah diasaskan oleh Sheikh Junid Tala, bapa mertua kepada Datuk Mohd.Asri Haji Muda.
Sama ada dari cerita-cerita lisan mahu pun catatan-catan sejarah; Padang Rengas adalah menjadi tempat awal berkembang perjuangan orang-orang Melayu atau umat Islam menuntut kemerdekaan tanahair. Perkembangan itu telah bermula dari tahun 1800 lagi kerana kawasan itu mempunyai kawasan sawah padi yang luas dan terkenal sebagai ’jelapang padi’, di samping itu dusun buah-buahan juga luas.
TANAH JAWA
Gua di Gunung Pondok telah menjadi tempat ahli-ahli suluk atau tarikat mengerjakan amal ibadat mereka. Orang-orang yang bertapa kerana menuntut ilmu kesaktian yang datang dari Tanah Jawa dan Sumatera telah mengunakan gua-gua dalam gunung itu sebagai tempat mereka bertapa.
Selain dari orang-orang dari Sumatera dan Pulau Jawa telah datang bertapa di Padang Rengas, maka ramai pula orang-orang alim dan politikus-politikus di Tanah Melayu dan dari Sumatera dan Pulau Jawa yang telah datang ke sana untuk mengembangkan ilmu pengetahuan Islam dan menyebarkan semangat perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanahair.
Pejuang-penjuang kemerdekaan Tanah Melayu, di antaranya Dr Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh sering datang ke sana untuk menggerakkan perjuangan mereka.
Seorang tokoh diplomatik dan pakar membuat senjata lepasan Universiti Istanbul, Turki, Yusuf Helmi Alfian bersama beberapa orangnya telah datang ke Padang Rengas untuk mengajar membuat senjata dan taktik perang gerila kepada sebilangan ahli-ahli Angkatan Pemuda Insaf (Api).
BIDANG EKONOMI
Yusuf Helmi Alfian, lahir pada 15 Jun 1916, telah menuntut di Universiti Istanbul Turki dalam bidang ekonomi. Kemudian setelah Indonesia merdeka beliau telah berkhidmat dalam Kementerian Luar Negara, sebagai Duta Republik Indonesia, di Switzerland dan Vatican, Jerman, Australian dan New Zealand dan bersara pada tahun 1979.
Ustaz Abdul Raq Tamimi dari Sumatera telah datang mengembangkan politik nasionalis dan Islam di Padang Rengas. Manakala Dr Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan beberapa orang lagi telah menggunakan Padang Rengas sebagai medan awal perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.
Manakala seorang anggota gerila Indonesia, Ustaz Abdul Raq Tamimi telah tinggal di kampung Lalang, Padang Rengas selama lebih dua tahun, iaitu sekitar tahun 1948 – 1950. Dia telah membimbing para pemuda di sekitar Padang Rengas untuk berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu yang selaras dengan falsafah perjuangan bangsa Indonesia, iaitu: Satu negara, Negara Melayu, satu bangsa, Bangsa Melayu, satu bahasa, Bahasa Melayu, satu agama, Agama Islam (iaitu agama negara).
Lebih 200 orang pemuda dari seluruh negeri Perak telah dilatih taktik perang gerila, di satu kawasan gunung, di Ulu Kangsar, Padang Rengas. Kemudian mereka itu telah dihantar ke Selatan Siam untuk membantu pejuang-pejuang Islam yang menuntut kemerdekaan dari penjajah Siam.
TANAH AIR
Patut aku catatkan di sini, bahawa Negeri Perak adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang paling ramai pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang menganut berbagai-bagai fahaman atau isme termasuk sosialisme . Di antara mereka itu:
( 1 ) Sheikh Tahir Jalaluddin ,Kuala Kangsar, Reformasi Islam dan polkitik orang Melayu (1926 – 1940).
( 2 ) Ustaz Abu Bakar al Baqir, Gunug Semanggul, polopor politik Islam dan Yang Dipertua parti Islam yang awal di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin (1945 – 1948).
( 3 ) Dr Burhanuddi Helmi, Kota Bharu, Perak, Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945...) dan Yang Dipertua Agung PAS (1956 – 1969).
( 4 ) Abdullah Thani atau Ahmad Boestamam, Kampung Behrang (kini Proton City), Tanjung Malim, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Ketua Parti Rakyat Malaya dan pengarang Melayu tersohor.
( 5 ) Dato’ Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Ipoh , Setiausaha agung UMNO pimpinan Dato’ Onn (1946).
( 6 ) Dahari Ali, Kampung Sengat, Ipoh , Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945. Wartawan Melayu tersohor.
( 7 ) Abdul Rashid Maidin ( Rashid Maidin), Gopeng, Ipoh, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945 dan berjuang dengan Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penjajah Inggeris.
( 8 ) Musa Ahmad (ustaz), Kampung Kuala Pari, Ipoh, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945. Kemudian berjuang dengan Parti Komunis Malaya (PKM).
( 9 ) Abdullah bin Che’ Dat (Abdullah C.D.), Lambor, Parit, Perak, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945, Pemimpin Tentera Pembebasan Nasional Malaya Rejimen ke-10 dan berjuang bersama Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penjajah Inggeris.
( 10 ) Putih Mariah binti Ibrahim Rashid, Kampung Paloh, Ipoh, UMNO, 1946. Pelopor Pergerakan Kaum Ibu UMNO.
( 11 ) Profesor Zulkifli Muhammad , Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Yang Dipertua PAS, salah seorang pelopor Parti Islam SeMalaysia (PAS).
( 12 ) Mustapha Hussein, Matang, Taiping.
( 13 ) Yussof Ishak, Kampung Kubu Gajah,Taiping.
( 14 ) Abdul Aziz Ishak, Kampung Kubu Gajah Taiping.
( 15 ) Haji Ahmad Fuad Hassan, Manong, Kuala Kangsar – Ahli Jawatankuasa Khas Agama Islam UMNO 1950 – 1951, iaitu sebelum penubuhan Parti Islam Se Malaya (PAS) pada tahun 1951 dan seterusnya dia menjawat jawatan Presiden parti islam itu.
(16 ) Haji Mohd.Ghazali bin Haji Jawi, Lenggong.
Manakala orang – orang bukan Melayu yang turut berjuang menuntut kemerdekaan tanah air, ialah Chin Peng , Sitiawan, dalam Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) dan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Tun Sri V.T.Sambanthan, Sungai Sipout Utara, Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) dan Leong Yew Koh, Malayan Chineses Association (MCA).
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

QURAN DAN HADIS


PERBUATAN SALAH

... apa yang menimpa kalian dari sesuatu kesusahan (atau bala), maka ia (bala itu ) disebabkan apa yang kalian lakukan (perbuatan – perbuatan salah dan berdosa), dan ( dalam pada itu) Allah mengampunkan sebahaegian besar dari dosa – dosa kalian.
– Asy Syura: 30


HADIS


KHALIFAH BOROS

Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Ada seorang khalifah (pemimpin Negara atau negeri) dari beberapa khalkifah yang memimpin kalian pada akhirt zaman nanti, dia menyebar – nyebarkan harta (milik negara atau negeri), sama sekali tidak menghitung ( berfikir kerana negara dan rakyat) berapa banyaknya.
- Perawi: Imam Muslim.

NOTA
Maksud Hadis di atas ini ada pemimpin negfara atau negeri membelanjakan wang Negara atau negeri dengan tidak mengambil kira akan Negara atau negerinya dan rakyat.
Pemimpin yang demikian, adalah zalim dan melakukan dosa kerana melakukan pecah amanah rakyat kepadanya.

RASUAH

ADA PUCUK PIMPINAN NEGARA DUNIA AMAL RASUAH

Negara-negara di seluruh dunia yang di bawah pengaruh Yahudi atau terpaksa mengikut telunjuk Yahudi, atau di bawah pengaruh agama Kristian, tetapi kebanyakan rakyatnya tidak mengikut secara ikhlas akan agama itu, adalah paling banyak kes rasuah, iaitu dari pucuk pimpinan negara hingga kepada kerani dan buruh.
Manakala negara-negara Arab, kerana orang-orang dari golongan atasan dan penguasa di bawah pengaruh Yahudi, maka terdapat banyak kes rasuah negara-negara tersebut.
Malaysia, sebagai contok negara yang mengalami brbagai pengaruh, seperti Yahudi, golongan Kristian tetapi tidak ikhlas kepada agama itu, golongan Budha dan conposius, tetapi tidak mengamalkan secara jujur akan falsah tersebut dan orang-orang Islam yang berani menantang hukum-hukum dalam Islam kerana kepentingan wang ringgi, harta benda dan sebagainya, maka berlakulah kejdian rasuah.
‘Ada orang berkata bahawa rasuah atau korupsi berlaku di mana-mana negara, baik di Timur mahupun di Barat, baik di negara bukan Islam mahupun negara Islam. Hal ini mungkin benar.Cuma bezanya ialah, di negara Jepun atau India, atau kebanyakan (negara lain), kalau tidak pun hampir di semua negara Barat yang maju, rasuah di kalangan pemimpin negara atau pegawai awam atau wakil rakyat ternyata tidak akan berlaku dan berlalu begitu sahaja. Tidak mungkin seorang menterei atau perdana menteri di Britain atau di negeri Perancis, mislnya, kekelihatan hidup mewah seperti maharaja zaman dahulu kala, lebih-lebih lagi jikalau diketahui bahawa mereka berasal miskin. Tidak mungkin anggota keluarga seorang presiden di Barat dibiar mendapat kontrek kerajaan bernilai ribuan juta ringgit, memiliki berpuluh-puluh buah rumah dan motokar mewah. Jika terdapat pegawai awam yang hidup kaya raya, pasti mereka akan disiasat, kalau tidak oleh pihak yang berkuasa, pasti oleh rakyat, pengundi, media massa, dan parlimen. Tidakan akan diambil menurut peraturan undang-undang. Tiada siapa yangn akan berani menggnggu proses undang-undang di negara itu untuk menyelamatkan orang yang disyaki melakukan rasuah semasa menjalankan tugas awamnya.
Saya teringat kisah seorang bekas Perdana Menteri Perancis tidak berapa lama dahulu. Rata-rata orang Perancis menganggp dia sebagai pemimpin yang bersih. Apabila dia tidak menjadi Perdana Menteri lagi, sebuah akhbar Perancis telah mendedahkan kisah dia meminjam wang satu juta wang Perancis(kira-kiraRM450,000 dari seorang peniaga sahabat karibnya untuk membeli sebuah rumah kerana bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyhai rumah peribadi.Selama beberapa hari kisah itu disiarkan dalam akhbar. Oleh kerana bekas Perdana Menteri itu berasa cukup malu dengan pendedahan itu dia membunuh diri.
Disesetengah negara pula, terutama negara yang belum maju lagi – kalau men urut teori sarjana Korea…, di kebanaayakan negara Islam (negara umat Isslam-mp) – korupsi di kalangan pemimpin negeri dikatakan sudah menjadi semacam adat atau budaya.Ketua yang memerintah, yang dipilih oleh rakayat menurut proses demokrasi, pada mulanya merupakan manusia yang berjiwa rakyat, bersih, serius dan tidak mementingkan diri. Setelah beberapa lama pemimpinn itu akan menjadi sebagai pemimpin korp[orat, tidak lagi pemimpin populis, pemimpin rakyat,. Masanya untuk rakyat tidak ada lagi. Dia lebih bersifat business friendly, yakni lebih bersahabat dengan sector korporat perniagaan daripada menjadia rakyat-friendly. Akhirnya, dia dan anggota keluarganya menjadia sebahagian daripada sector korporat itu sendiri. Hidupnya mula mewah. Jika sahabatnya dari dunia korporat tertuduh kerana rsuah atau melakukan penyelewengan dia akan membela orang itu dengan berbgai-bagai cara. Untuk memastikan orang tidak akan bercakap banyak, mempersoalkan kewibawaannya dan kemewahanb keluarganya, dia mula menyekatr kebebasan bersuara semua pihak. Akhirnya, dia terpaksa dan mesti memerintah secara autokrasi, atau secara autokratik, kalau tidak rahsianya akan terdedah.
…dalam halk ini kita teringatlah seruan yang dibuat oleh Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung parti itu yang lepas: “Tolalk calon (pemimpin ) berasuah!” Jikalau seluruh dunia mengetahui bahawa para pemimpin kita boloeh dijadikan mangsa rasuah, yakni boleh dibeli, saya kira agenda kita untuk emnajdi negara maju dalam tahun 2020 boleh disabotaj, dikendalakan oleh pakatan dunia –global yang ‘sulit”.
Jikalau itu berlaku (diharap tidak), kuasa bangsa Melayu tidak akan kekal di negeri ini.’
Artikel di atas ini telah ditulis oleh seorang cedekiawan Melayu – bekasa Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Tulisan beliau telah membuka ‘ruang fikiri’ masyarakat umum, bahawa amalan rasuah boleh menjadi berleluasa, sekiranya pemimpin sesebuah negara itu mementingkan kekayaan dan kemewahan hidup dirinya dan keluarganya.
PERBUATAN RASUAH
OLEH PARA PEMIMPIN
Tetapi tidak semua negara, sama ada negara maju mahupun negara mundur, perbuatan rasuah oleh para pemimpin dan pegawai-pegawai awam boleh terus menerus diamalkan,kerana dalam berjuta-juta rakyat ada indvidu-inddividu yang mempunyai kesedaran, bertanggungjawab dan mahu rasuah dihapuskan, maka dia akan bangun bersama rakyat jelata menentang pemimpin-pemimpin dan pegwai-pegawai awam yang curang itu.
Hal yang demikian itu telash berlaku di beberapa buah negara di seluruh dunia. Ada pemimpin-pemimpin negara diguling dengan cara demokrasi,iaitu melalui pilihanraya dan ada pula dengan cara paksa dalam revolusi atau pemberontakan. Contohnya Iran yang bertukar corak, dari sebuah negara monarki kepada negara Republik Islam disebabkan pihak-pihak atasan dan pegawai-pegawai awam mengamalkan rasuah dengan berbagai golongan termasuk rangkaian penajajah dan ahli-ahli perdagangan antarabangsa. – Mokhtar Petah.