Wednesday, September 8, 2010

Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu. (Harakah Daily).

Nota: Felcra Negeri Perak. Seberang Perak telah tidak menjelaskan pembayaran kepada sebuah syarikat yang menjalankan kontrek membangun dan memulihkan tanah Felcra di sana lebih RM1 juta sejak beberapa tahun lalu.

Menurut pihak syarikat, mereka sedang menjalankan kerja - kerja di sana,tiba - tiba pihak berkusa Felcra melanggar perjanjian dan telah memberikan kerja itu kepada syarikat lain.

Syarikat berkenaan telah menuntut wang pembayaran mereka, tetapi Felcra berkeras hati. Kemudian pihak syarikat telah mengemukan tuntutan itu ke mahkamah, tetapi pihak Felcra melengah - lengahkan hingga kini.

Kes ini adalkah dari beberapa kes yang berlaku dalam Felcra Negeri Perak.

Bagaimana Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan para peserta supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang?

Masalah ini bukan di pihak para peserta, tetapi di kalangan para pegawai dan kaki tangan Felcra.

Pengerusi Felcra sekarang, Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman - ahli Dewan Rakyat kawsan Pasir Salak, nampaknya lembut lidah danb lembut telinga dengan para pegawai Felcra.

Perkara ini seorang berdua ahli UMNO cawangan dalam bahagian Pasir Salak memberitahu saya.


No comments: