KEADILAN DAN EHSAN
Islam menuntut pemimpin kerajaan atau pemerintah; dari khalifah, presiden, perdana menteri, menteri-menteri, hakim, pengarah atau pegawai semua peringkat - perkhidmatan awam, kepeguaman, kepolisian, ketenteraan -, parti-parti politik dan semua rakyat – berlaku adil dan ihsan.
Jika pemerintah atau kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat jelata, maka lambat laut pemerintah atas kerajaan itu akan porak peranda dan akan jatuh tersungkur, kerana ia dibenci oleh rakyat jelata dan dimurka dan dikutuk oleh Allah.
Sejarah banyak mengajar kita tentang kejatuhan kerajaan-kerajaan atau pemerintah-pemerintah di seluruh dunia, sama ada pada zaman silam mahu pun pada zaman moden ini, disebabkan tidak berlaku adil dan ehsan kepada rakyat.
Di antara kerajaan-kerajaan itu,ialah kerajaan pimpinan Firaun – pada zaman Nabi Musa alaihis salam, kerajaan Kristian Rom (43 – 410 AD), kerajaan Melayu Melaka (1511) hingga kepada kerajaan Parsi, di bawah Maha Raja Shah Redha Pahlavi; telah runtuh dan hancur; digantikan oleh Allah dengan Republik Islam Iran, pimpinan Ayatullah Ruhullah Khomeini.
“Pada awal abad yang ke sembilan belas, ada lebih dari 900 buah takhta dalam dunia ini,tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan,dan pada hari ini – pada dekat ke lapan abad kedua puluh – hanya sebanyak 40 buah takhta sahaja.”
Keadilan dalam Islam berdasarkan perintah dari Allah seperti firman-Nya yang bermaksud di atas. Keadilan mesti disertakan dengan ehsan (berbuat kebaikan) ,iaitu ada sikap timbang rasa, peri kemanusiaan atau kemanusiaan sejagat.Tidak melakukan kekuasaan untuk menindas, memaksa dan menekan fisikal, jiwan dan fikiran rakyat.Dalam menjalankan keadilan tidak boleh pilih bulu atau pilih kasih.Walaupun berlaku ke atas diri sendiri.
Kalau orang lain melakukan kesalahan dihukum, tetapi diri sendiri, anak-anak sendiri dan rakan sendiri melakukan kesalahana tidak dihukum, maka akan matilah kuasa (undang-undang). Dan akibatanya akan wujudlah tidak ihsan, tidak adil dan kesungsangan dalam kerajaan atau pemerintahan. Akan wujudlah falsafah sungsang, ‘Biar mati adat (undang-undang) jangan mati anak’.
Doktrin dan perintah Allah dalam al Quran seperti maksud di bawah ini wajib diamal dan dilaksanakan oleh semua piahak dalam Negara Islam Hadhari yang kita mendaulatkannya sekarang ini.
Hai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat menegakkan keadilan, menjadi saksi kebenaran kerana Allah, biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kerabat kamu; ataupun kepada orang kaya atau miskin, kerana Allah dekat kepada keduanya; sebab itu kamu jangan mengikut kemahuan yang rendah (hawa nafsu) untuk tidak melakukan keadilan. Kalau kamu berputar atau tidak mau menurut (perintah Allah), sesungguhnya Allah itu tahu benar apa yang kamu kerjakan.
An Nisa: 135
Ya Daud! Sesungguhnya Kami menjadikan kamu kha- lifah di muka bumi, oleh itu, putuskanlah perkara di antara manusia dengan kebenaran(adil), dan jangan kamu turuti kemauan (nafsu), nanti kamu akan di sesatkan dari jalan Allah. Sesungguhnya, orang-orang yang sesat dari jalan Allah itu, akan mendapat (hukuman) siksaan yang sangat (keras), disebabkan mereka melupa- kan hari perhitungan.
Shad.26
Sesungguhnya kita semua yang beriman kepada Allah ‘amat insaf’,bahawa oleh kerana kebanyakan umat manusia di seluruh dunia ini telah mengenepi atau membelakangi ‘keehsanan dan keadilan’, dan mengguna-pakai ‘kejahatan dan kezaliman’, maka pada hari ini telah wujud, ‘ dalam masyarakat haiwan tidak ada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia ada haiwan’.
Dalam sejarah agama Allah – agama Islam – semenjak Nabi Adam alaihis salam hingga kepada Nabni Muhammad s.a.w., nabi akhiruz zaman, maka Nabi Daud alaihis salam, adalah pelopor hakim dan institusi ke hakiman dalam masyarakat insaniyah,di muka bumi ini.Perhatikan firman Allah kepada Nabi Daud alaihis salam seperti maksudnya di atas.
Saya yakin, Perdana Menteri Malaysia,Dr Abdullah Badawai dan Timbalan beliau,Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak akan dapat melakukan keehsanan dan keadilan dan ehsan sebaik mungkin dalam kerajaan yang mereka terajui.Mereka adalah dua pemimpin yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin umat Islam dan rakyat Malaysia. Jika adalah hal-hal atau kuasa-kuasa dalam kerajaan yang lalu kurang adil atau tidak adil di sana sini, maka mereka perlu membetul dan menyesuikan dengan perintah Allah , ‘adil dan ehsan’.
AGAMA ISLAM
al marhum Sultan Alang Iskandar Shah, elok saya jadikan contoh keadilan seorang raja yang berilmu pengetahuan agama Islam.Iaitu:
Pada tahun 1960-an, adinda Baginda, Raja Ahmad Shahbuddin (Engku Tam) bin Sultan Iskandar Shah, mempunyai dua orang eristeri. Isteri tuanya tinggal di Bukit Chandan dan isteri mudanya tinggal di kampung Kolam, Kuala Kangsar.Pada satu malam dalam bulan Ramadhan, Encku Tam telah pulang ke rumah isteri tuanya. Pada malam itu kanak-kanaka dan remeja terdiri dari murid-murid dan penuntut-penuntut sekolah sedang bermain mercun di halamah rumahnya.Kerana Engku Tan stress atau rungsing (sering ada pada lelaki beristeri dua),dia telah mengambil seanapang – rifle-nya dan menembak ke arah yang tidak menentu. Peluru riflenya itu telah melantun dan menembusi peha seorang remaja lelaki, penuntut tingkatan enam. Kejadian itu telah menjadi kasus polis dan diketogarikan ‘melakukan jenayah’.
Pihak Engku Tan telah datang menemui saya dan meminta saya mengadap Sultan, agar kes itu dibatalkan begitu sahaja. Sebelum saya mengadap Sultan, satu pertemuan antara saya dengan Engku Tan telah diadakan di Idris Club, Kuala Kangsar.
TANGGUNG DOSA
Kemudian saya telah berbincang dengan rakan saya, Kadhi daerah Kuala Kangsar, Allahyarham Haji Zakaria bin Mat Dohor. Kami mencari jalan sama ada kasus itu boleh boleh diproses atau dibicarakan mengikut hukum (undang-undang) dalam Islam.
Kami telah menemui Presiden Mahkamah Tengah dari Taiping , Ah Man Saw. Dalam perbincangan kami, dia sedia membicarakan Engku Tam mengikut undang-undang Islam.Dia membuat syarat, Kadhi Haji Zakari akan menjadi pembantu tidak resminya - sepanjang perbicaraan Haji Zakaria dan saya dalam kamar hakim dengan memberi nasihat-, berpandukan al Quran, al Hadis dan beberapa kitab fiqh mazhab As Shafie.
MEMBAYAR DIAT
Presiden (hakim) menetapkan; orang yang bersalah dikenakan membayar diyat (ganti rugi kecacatan anggota) dengan nilai tiga ekor unta kepada mangsa dan yang bersalah diwajibkan menanggung perbelanjaan mangsa menghabiskan pelajarannya dalam tingkatan enam, iaitu selama kira-kira setahun.
Kemudian, Sultan Idris telah menolong adiknya,iaitu dengan mengeluarkan wang Baginda sendiri untuk membayar diyat dan beberapa perbelanjaan lain.
Biarlah saya ‘munulis yang benar walaupun pahit’; Kerajaan Islam tidak akan memberi apa-apa erti kepada umat Islam dan rakyat negara ini, sekiranya ‘ihsan dan keadilan’ tidak diambil kira sebagai syarat penting kepada kerajaan. Allah berfirman dan maksudnya:
Maka potonglah kaum yang zalim itu sampai keuratnya, dan segala pujian untuk Allah, Pemimpin semesta alam.
Al An’am:45
Katakan ,bagaiamana fikiran kamu, jika Allah menda- tangkan azab dengan sekonyong-konyong atau terang-
terangan; yang dibinasakan hanyalah kaum yang zalim.
Al An’am:47
Mereka mempunyai tempat tidur dari api neraka yang menyala, dan di atas mereka ada tutupan dan begitulah kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim.
Al ‘Aaraf:41
Saya telah memepelajari, menyelidiki, menerima pengaduan dari orang-orang yang terelibat,bahawa dalam kerajaan Malaysia; sebelum berkonsep Islam Hadhari, terdapat banyak perkara yang tidak bersifat ehsan dan adil (dinilai di segi agama Islam), telah dilakukan oleh orang-orang yang diberi tugas atau yang diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan. Maka, dalam Negara Islam Hadhari ini perkara yang ‘tidak ehsan dan adil’, jika dilakukan juga, maka azab oleh Allah secara sekonyong-konyong dan terang-terangan tidak mustahil akan berlaku. Oleh yang demikian, maka, dengan fikiran terbuka,kebijaksanaan dan tanpa alas an-alasan atau dalih-dalihan, dapat diperbetul dan dihapuskan sama sekali.
Sesuai dengan falsafah Islam Hadhari, maka saya berharap pihak kerajaan Malaysia dapat mengkaji semula beberapa perkara termasuk undang-undang atau akta-akta yang telah berjalan dan sedang berjalan – diubah-suai agar selaqras dengan ajaran Islam, iaitu adil dan saksama, seperti firman Allah:
Hai Daud! Sessunguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (menjkalkankan kekuasaan), di muka bumi, sebab itu putuskanlah perkara-perkara di antara manusia sdengan kebenaran, dan janganlah kamu mengikut kemauan (nafsu), nanti kamu akan disesatkan dari jalan Allah.Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah itu, akan mendapat siksaan yang sangat (kers), sebab mreka melupakan hari perhitungan.
Keadilan yang telah ditunjukkan oleh Allah dalam al Quran itu amat sesuai dilaksanakan dalam negara yang berperadaban atau hadhari seperti Malaysia.
Perhatikan artikal (20) Human Rights In Islam, ‘ No person shall be arrested or punished or his freedom restrained unless for valid lawful cause. He shall not be subjet to physical or psychological torture or to any sort of degrading or severe treatment inconisted scientific or medical axperimet without his consent and without predudice to his healthe or jeopardizing his life. Law that enable the executive authorities to carry out such things shall not be anacted.’
Artikal, ‘Taking man as a hostage by any means and for any reason is unlawful.’
Nabi Muhammad s.a.w.,sepanjang menjadi Rasul Allah dan memerintah Negara Islam Madinah,kecuali atas perintah berperang, tidak pernah menahan musuh Islam dan politik Junjungan, seperti ketua orang-orang munafiq, Abdullah ibni Ubai dan pengikut-pengikutnya.
Dr Abdullah Badawai boleh memikirkan perkara ini, kerana beliau bukan Dr Mahathir Mohamad yang memerintah ‘bagaikan doktor bedah’.” Saya dengan cara saya sendiri,”kata Dr Abdullah dalam Perhimpunan UMNO 2004.
Saya menyanjung langkah kemanusiaan yang telah dilakukan oleh Dr Abdullah Badawi laku ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pemimpin Darul Arqam, Ustaz Ashaaru Muhammmad. Dalam tempoh setahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dua orang yang telah dikenakan tindakan undang-undang itu telah dibebaskan.
Mungkin boleh diatasi secara beransur-ansur segala yang tidak bersesuai dengan Islam Hadhari, sekiranya individu-individu yang bertanggungjawab mempunyai latihan kerja yang jujur, beriman, ada moral yang tinggi, ada perasaan ‘ehsan dan adil’. Mereka itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan duniawi dan akhirawi, iaitu yang boleh mengenali dosa dan pahala.
Dalam Negara Islam hadhari mestilah diwujudkan ramai para pegawai dan kaki tangan kerajaan yang mempunyai ilmu pengetahuan Islam, cenderong kepada mengerjakan kebaikan dan menegah dari melakukan keburukan – tidak ehsan dan adil -, rasuah, tidak amanah, haloba, menindas, mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat.
Mereka yang memikul tanggungjawab dalam kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan parti-parti politik yang tidak ada sikap ‘ehsan dan adil’, adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak taat kepada pemerintah, Rasul dan Allah. Ertinya mereka menentang doktrin dan perintah Allah seperti maksud firman-Nya yang berikut ini:
Dan siapa yang taatkan Rasul maka sesungguhnya mentaati Allah, dan siapa yang melawan,maka Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi penjaga mereka.
An Nisa:80.
Hai orang-orang yang beriman,taatkan perintah Allah dan taat perintah Rasul, dan jangan kamu batalkan pekerjaan kamu.
Muhammad:33
Orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut dan bertaqwa kepada Allah, orang-orang itulah yang beruntung.
An Nur:52.
Kerana UMNO menjadi parti induk yang memerintah negara ini, maka saya berkewajipan mengesyurkan,iaitu sesuai dengan Negara Islam, Perlembagaan parti tersebut Fasal 3.3 ‘Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi Negara serta menghormati kebebasan beragama’, susunan kata-katanya longgar atau ringan. Patut diubah kepada: ‘Islam sebagai dasar , mengamalkan hukum-hukum Islam, mempertahankan Islam agama rasmi Negara dan mengembangkan Islam,di samping menghormati prinsip kebebasan beraga’.
Jika tidak dilakukan perubahan, maka perlembagaan itu canggung jadinya, dan UMNO boleh dianggap seolah-olaha tidak bersungguh-sungguh mengamalkan Islam Hadhari – berdasarkan al Quran dan as Sunah.
Di segi lojik bahasa Perlembgaan yang ada; Menegak, tidak digunakan;mempertahan, tidak diguna-pakai; mengembangkan, tidak bertanggungjawab mengamalkannya. Yang demikian, orang ramai boleh menganggap dengan lojik, yang UMNO memperalatkan agama Islam.
Patut diingatkan, bahawa perlembagaan UMNO yang diguna-pakai semenjak tahun 1946, telah digubal oleh mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yang tinggi; hanya oleh para individu sekular Barat. Alim ulama terermasuk pengerusi Jawatankuasa Khas Agama,Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim,Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Hajik Abdul Rahaman Merbuk, Haji Ahmad Abdul Malik (Ahmad Maliki) dan Haji Sulaiaman Palestin tidak diajak bersama. Pada hakikatnya Perlembagaan itu digubal oleh beberapa orang peguam yang diketuai oleh Allah yarham Panglima Bukit Gantang,Dato’ Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz. Yang demikian itulah yang menjadi satu dari banyak penyebab, alim ulama dalam UMNO telah menubuhkan PAS pada tahun 1951.
No comments:
Post a Comment