BEROLOEH KEJAYAAN
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh mereka yang beriman pada ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul – Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, mereka hanya berkata: ”Kami dengar dan kami taat.”. Dan mereka itulah orang – orang yang beroleh kejayaan. – An Nur: 51
HADIS
DITOLAK
Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang kami tidak memerintahkan, maka (amalan itu) ditolak.
-Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim
PETUA
SERBAN
Jika anda memakai serban putih, maka hendaklah menjadikan hati anda bersih atau putih seperti serban anda, dan jangan menganggap orang Islam yang tidak memakai serban itu tidak sama dengan anda beriman kepada Allah, kerana anggapan anda itu akan mneyebabkan hati anda tidak sewarna dengan serban anda (brdosa).
*** ***
SIA -SIA
Sesiapa yang berrjuang untuk bangsa dan negara n ya tidak selaras dengan kehendak yang dituntut oleh agama Islam, maka di sisi Allah perjuangan itu adalah sia – sia.
PEMIMPIN
Pemimpin yang banyak bercakap tetapi tidak banyak dibuktikan atau tidak dilaksanakan apa yang dicakapkan itu, maka dia adalah sama dengan orang yang tidak beramanah dan dia tidak mendapat keredaan Allah.
PEREMPUAN
Perempuan yang baik adalah yang mentaati Allah dan perempuan yang paling baik yang mentaati Allah dan suaminya. Allah menyediakan neraka kepada perempuan yang menderhakakan suaminya yang membimbingnya kepada jalan Allah.
SEMBAHYANG
Bagi orang – orang yang arif, mereka dapat mengetahui seseorang Islam itu mengerjakan sembahyang atau tidak mengerjakannya. Orang yang mengerjakan sembahyang wajahnya berseri dan bercahaya sempurna dan orang yang tidak sembahyang wajahnya seperti muka haiwan yang diharamkan oleh Allah memakannya.
No comments:
Post a Comment