Saturday, July 25, 2009
SAJAK
MANUSIA DAN KEMANUSIAAN
Ini manusia bermadah kata,
Bukan haiwan telanjang merata,
Tak juga unggas berlegar di angkasa,
Lintah kenyang luruh dari kerbau,
Kutu dan hama pada bulu manusia.
Ini manusia bermadah kata,
Kamilnya khalifah alam maya,
Allah jadi kudanya,
Derhakanya terkenal merata,
Firaun dan Qarun dirinya.
Ini manusia bermadah kata,
Bodohnhya lembu Kedah,
Cerdiknya hamba orang,
Tegaknya manusia temberang.
Di daratan beruang,di laut memerang.
Ini manusia bermadah kata,
Cerdiknya tak boleh diikut,
Bodohnya tak makan ajar,
Jiwanya besi waja,
Hatinya batu di cegar.
Ini manusia bermadah kata,
Hadayatnya, hidayat Allah,
Nabi putera Makah hikmahnya,
Quran pedoman hidupnya,
Tak cari kaya harta berkota.
Ini manusia bermadah kata,
Abid,kerangka dirinya,
Mursyid, otak dan hatinya,
Ikhlas amal lakunya,
Hidupnya kerana Allah.
Rimba UK ....................................Mokhtar Petah
Ini manusia bermadah kata,
Bukan haiwan telanjang merata,
Tak juga unggas berlegar di angkasa,
Lintah kenyang luruh dari kerbau,
Kutu dan hama pada bulu manusia.
Ini manusia bermadah kata,
Kamilnya khalifah alam maya,
Allah jadi kudanya,
Derhakanya terkenal merata,
Firaun dan Qarun dirinya.
Ini manusia bermadah kata,
Bodohnhya lembu Kedah,
Cerdiknya hamba orang,
Tegaknya manusia temberang.
Di daratan beruang,di laut memerang.
Ini manusia bermadah kata,
Cerdiknya tak boleh diikut,
Bodohnya tak makan ajar,
Jiwanya besi waja,
Hatinya batu di cegar.
Ini manusia bermadah kata,
Hadayatnya, hidayat Allah,
Nabi putera Makah hikmahnya,
Quran pedoman hidupnya,
Tak cari kaya harta berkota.
Ini manusia bermadah kata,
Abid,kerangka dirinya,
Mursyid, otak dan hatinya,
Ikhlas amal lakunya,
Hidupnya kerana Allah.
Rimba UK ....................................Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment