Friday, July 10, 2009
BERITA
Pemansuhan PPSMI hasil perjuangan rakyat
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Jul 09, 09 | 12:35:09 pm MYT
Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.
Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.
Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, di samping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak. Image
Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.
Selain dari penekanan bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan, PAS juga berpendapat bahawa bahasa-bahasa ibunda yang lain juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk dipelajari oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Image
Tindakan ini sangat memalukan kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, sedangkan tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu bertulisan jawi juga mestilah diperkenalkan semua.
PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.
Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan. Image
Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata.
Dalam hal ini juga, pihak kerajaan hanya memandang sepi dan menunjukkan sikap berdegil terhadap semua pandangan yang mempertikaikan keberkesanan PPSMI di awal pengenalannya.
Kedua, pihak kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.
Seluruh episod ini sebenarnya menyebabkan kita juga berhak mempersoalkan kewajaran dasar-dasar besar yang lain, samada telah melalui proses-proses yang ketat sebelum ianya diperkenalkan.
(Berita ini diambil dari Harakah Daily,10 Julai 2009)
SELATAN THAILAND
JIHAD MENENTANG SIAM AKAN DITERUSKAN
Patani (melalui media maya), Para pejuang kemerdekaan empat wilayah umat Islam di Selatan Thailand akan meneruskan jihad mereka selagi penajajah Siam tidak menyerahkan bumi milik mereka umat Islam di sana.
"Kami akan terus berjihad, tidak akan berhenti, biar sepuluh gugur, seribu akan bangun menentang Siam yang menjajah tanah air kami," seorang anggota Pertubuhann Islam Patani memberitahu menerusi media maya malam tadi.
"Kami tidak faham mengapa negara - negara ASIAN,OIC dan PBB membiarkan keadaan kami terus menerus dijajah Siam, sedangkan empat wliayah ini diserahkan oleh Inggeris kepada Siam dengan tidak dengan persetujuan datuk nenek kami,"jelasnya.
Beliau memberitahu, dalam jihad ini, mereka akan menumpukan membunuh anggota polis, tetera dan kaki tangan kerajaan Siam serta tali barut mereka.
Beliau juga memberi tahu, bahawa uma Islam di sana tidak memusuhi orang - orang bergama Budha dan agama lain dari Islam, tetapi memerangi siapa saja yang menjajah mereka dan menjadi tali baru kerajaan siam.
*** ***
DR MAHATHIR 'TAK GEMBIRA' PPSMI DIMANSUHKAN
Tun Dr Mahathir Mohamad yang meluluskan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang akhir pentabirannya tahun 2003 dulu ‘ tidak gembira ‘ dengan keputusan kerajaan memansuhkannya.
Beliau anggap ia akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu.
Bekas Perdana Menteri itu mengesahkan beliau ada diberi taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pegawai Kementerian Pelajaran sebelum keputusan pemansuhan nak dibuat.
Katanya beliau tidak bersetuju ia dimansuhkan."Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan consultation, tapi cuma taklimat," katanya.
Semasa mengumumkan perkara it pada sidang akhbar di Putrajaya Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.
Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan.
"Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin.
Menurut Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.
"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui sains dan matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya. Pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.
Sementara itu Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pemansuhan proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah bukan satu proses yang mudah.
Beliau yang kini Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu bagaimanapun mendapat sokongan majoriti yang melihat ia sebagai tindakan paling wajar berdasarkan fakta dan kajian terhadap prestasi akademik murid yang kurang memberangsangkan.
"Pendekatan dan keputusan yang dibuat bersandarkan kepada keadaan dan realiti yang berlaku dan selepas enam tahun kohort pertama melalui PPSMI.
"Justeru semua pihak harus sedar bahawa keputusan yang dibuat bukan mudah, dan mustahil mampu memenuhi kehendak semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Putrajaya Rabu.
Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2012 di semua sekolah kebangsaan.
Menurut beliau, semua pihak perlu melihat keputusan itu dengan hati terbuka dan dalam konteks yang lebih luas memandangkan ia telah melalui perjalanan proses yang begitu panjang, bermula dari perbincangan meja bulat sehingga ke peringkat akar umbi.
"Saya juga nak ucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin merangkap Menteri Pelajaran kerana membentangkan hujah pemansuhan dengan lengkap bersandarkan kepada fakta, kajian dan pencapaian pelajar," katanya.
Segala keputusan Kementerian Pelajaran katanya, telah diambil selepas menggunakan secukup masa untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.
"Saya sendiri setuju dengan dasar-dasar baru yang dibentangkan dan banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pengajar," katanya.
(Berita ini dari Agenda Daily, 8 Julai 2009)
Pendapat Sasterawan dan penulis: Tun Dr.Mahathir Mohammad adalah satu - satunya Perdana Menteri Malaysia yang medewa - dewakan bahasa Inggeris. Beliau lepasan universiti di Singapura.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment