Friday, July 24, 2009
KHUTBAH JUMAAT
“ MEMPERKASAKAN AGENDA KESELAMATAN NEGARA”
(24 JULAI 2009 / 2 SYAABAN 1430)
Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah “ Memperkasakan Agenda Keselamatan Negara ”.
Dalam sejarah ketamadunan manusia telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Keamanan bererti bebas dari segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian hidup di pelbagai peringkat. Perlu disedari bahawa ancaman keselamatan adalah merupakan permasalahan sejagat. Namun kita amat bersyukur walaupun negara sedang menghadapai beberapa isu yang mengancam keselamatan, tetapi negara kita masih mampu mewujudkan dan mengekalkan keamanan kepada rakyat jelata.
Berdasarkan pemerhatian mimbar, salah satu ancaman yang mengganggu gugat keselamatan negara adalah gerakan puak pelampau perkauman dan agama yang kelihatan agresif dan ganas. Dimaksudkan pelampau perkauman dan pelampau agama adalah gerakan memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau agama tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti kaum atau agama yang lain. Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, mereka berarak kehulu –hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara, malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.
Apa yang paling malang lagi puak-puak pelampau ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet, dan meniru tindakan keganasan puak-puak pelampau asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka. Mimbar juga amat bimbang puak-puak pelampau ini membina pusat gerakan di negara asing, bersubahat dengan agen perisik dan rangkaian pelampau asing dalam usaha memenuhi tuntutan mereka.
Dalam menangani pelbagai ancaman yang dihadapi oleh negara maka mimbar yang mulia ini berpendapat bahawa pendekatan yang bersepadu wajar dilaksanakan. Pendekatan tersebut ialah pertama, meningkatkan kualiti dan kemahiran pertahanan dan keselamatan negara sejajar dengan perkembangan teknologi moden. Adalah satu hakikat bahawa penguasaan teknologi terkini dalam sistem pertahanan dan keselamatan negara merupakan aset penting dalam menghadapi ancaman dalam dan luar negara.
Demi kedaulatan tanahair yang kita cintai ini, maka aspek pertahanan dan keselamatan negara perlulah dipertingkatkan dengan teknologi moden. Ini bertepatan dengan perintah Allah s.w.t dalam surah Al-Anfal ayat 60:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
Berdasarkan ayat tersebut Allah s.w.t memerintahkan supaya aspek pertahanan negara perlulah dilihat kuat, mantap dan dapat menggerunkan segenap musuh.
Kedua, anggota pertahanan dan keselamatan mestilah ditingkatkan aspek kerohanian. Kekuatan kerohanian akan menentukan pasukan keselamatan mengamalkan budaya kerja amanah, jujur, berlaku adil, tidak mengamalkan makan rasuah dan mematuhi perintah Tuhan. Penerapan amalan mulia dan sifat murni ini akan menjadikan pasukan pertahanan dan keselamatan negara mempunyai integriti dan akauntabiliti yang tinggi bagi mengelakan diri diperalatkan, dipergunakan dan dipengaruhi pihak lain bagi mencapai matlamat yang mengancam keselamatan negara.
Ketiga, perlunya kesedaran di kalangan masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Perlu difahami bahawa ruang lingkup ancaman keselamatan negara amat luas dan musuh wujud di mana-mana. Justeru tidak mungkin anggota-anggota pertahanan dan keselamatan mampu menangani setiap aspek ancaman-ancaman yang begitu luas ruang lingkupnya.
Negara Malaysia adalah tanah air kita yang perlu dipertahankan. Di sinilah tempat kita membiakkan keturunan, membesarkan jenerasi Islam, menyuburkan syiar Islam dan menjaga kemaslahatan ummah yang kita warisi daripada asal usul keluarga Islam kita. Majlis Raja-Raja dan Perlembagaan negara ini telah meletakkan Islam adalah hak ketuanan negara ini. Oleh itu marilah kita berusaha mewujudkan dan mengekalkan keamanan yang telah dirintis oleh pasukan keselamatan kita. Mimbar menyeru jemaah dan umat sekalian jangan terjebak, tidak terikut-ikut dan jangan termakan budi dengan puak-puak pelampau yang tidak menyedari asal usul mereka dan tidak memahami adat istiadat latar belakang penduduk dan agama di negara ini.
Tuntutan ini selaras dengan perintah Allah s.w.t dalam firman-Nya dalam surah Ali ’Imran ayat 104 :
”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.”
Sempena sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini yang kita sambut pada 30 Julai 2009, marilah kita sama-sama mengucapkan syabas dan berhutang budi jasa besar yang disumbangkan oleh pasukan keselamatan dan pertahanan dalam usaha mengekalkan keamanan serta menjaga kestabilan negara ini daripada sebarang bentuk ancaman. Insafilah bahawa keamanan negara ini bukan datang bergolek tetapi adalah datang daripada pengorbanan para pahlawan negara dan seluruh rakyat yang ikhlas berkorban demi keselamatan negara.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga, mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(Khutbah Jumaat ini dfisediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia –JAKIM)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment