Sunday, July 19, 2009

CERPEN

IJAZAH

Oleh: Mokhtar Petah


“Ijazah ….”
“Degree ...”
“Degree …, human reasurce …”
“Ijazah …, ijzah ilmu sumber manusia ...”
“Yang, Ima dah terima ijazah ...”
“ ...Ima berjaya …, berkat doa Yang ...”
“Ima …, Ima rindukan Yang ...”
Suara Na'ima tersankut pada halkum Payah benar baginya menyebut nama kekasihnya, Firdaus. Nama itu tidak timbul dalam suaranya. Nama agung tersebut entah di mana. Kerana suara itu tidak terluah dari celah dua ulas bibinya yang cantik, hatinya didera sedih. Pilu. Kosong. Sepi laksana dalam guna tengah belantara.
“Yang banyak nasihatkan Ima …, Yang suruh Ima tabah hati …, sabar …, tawakkal kepada Allah …, Ima ikut nasihat Yang ..,” suara gadis berasal dari Pahang itu sayu. Tenggelam dalam halkumnya.
Na'ima memegang segulung ijazah. Ijazah ilmu sumber manusia. Dengan ijazah itu dia akan terus meniti atas denai kehidupannya dengan berpandukan nasihat aruah kekasihnya.
Dia dan cermin saling berbudi.
Saling kasih.

Dua puntung betis Na'imah beroma halus bak sutera terpaku atas lantai papan. Wajahmnya yang ayu menatap wajah cermin. Cermin menghadiahnya wajah bersilau kepadanya. Dia dan cermin saling berbudi. Saling kasih. Seperti dia dengan kekasihnya dulu.
Sebulan lalu, Na'ima menerima ijazah ilmu sumber manusia dari universiti. Ijazah itu menamui dirinya pada usianya lebih tiga puluh tahun. Kerana masalah keluarga, dia telewat melanjutkan pelajarannya ke universiti. Dia terpaksa bekerja sebagai pegawai perhubungan dalam sebuah syarikat orang dagang di Kuala Lumpur.
Empat tahun yang lalu, dengan bantuan sebuah badan khas, Na'ima telah melajutkan pelajarannya dalam jurusan sumber manusia di universiti. Jurusan itu menjadi minatnya. Menjadi harapannya. Bidang itu memungkinkan dia berhubungan dengan semua manusia. Dia mahu menjadi manusia yang berperikemanusia dalam alam jagat ini.
Majnun cintakan Laila.
Zulaikha ciantakan Yusuf.
Sejak dia menerima ijazah itu, rakan – rakan sepejabatnya sentiasa memujinya. Pujian mereke ikhlas. Kerana Na'imah seorang kaki tangan pejabat itu yang tangkas berfikir.Lantasa betindak mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh majikannya. Dia rajin dan dedikasi.
Majikannya yang masih muda; Syed Sirajuddin, sayangkan Naima. Sayang sebagai pekerja setia. Saya laksana adik kandung. Pada sebulan dua ini sayang pemuda usahawan itu kepadanya beransur ke kuntum kasih seperti Majnun cintakan Laila. Zulaikha cintakan Yusuf. Namun Na'ima tidak perasan yang majikannya telah jatuh hati terhadap dirinya.
“Yang, kalau Yang ada …,” suara Naimah terluah dari celah dua ulas bibirnya.
Wajah Na'ima dalam cermin itu berbalut warna suka dan duka. Sukanya kerana dia telah berjaya menerima ijazah. Dukanya kerana kekasihnya telah meninggalkannya di luar kehendaknya.
“Dalam kita kasih sayang …, kita terpisah, sayang …, Ima tinggal seorang …, tak ada orang lain dalam dunia ni …, tak ada lelaki lain tempat Ina bergantung, sayang …,” suara Na'ima meraba sepi biliknya.
Air matanya
adalah bukti
sebuah pengorbanannya.
Dua puntung kaki Na'ima telanjang dalam suram bilik rumah pangsa di pinggit bukit Sungai Sering. Dari hadapan cermin besar itu dia melangkah lemah ke tepi katilnya.Punggungnya yang berisi pejal itu diluruhkan atas birai kati. Air matanya mulai meruak.Melimpah dalam dua telaga matanya.Air jernih itu luruh atas pahanya.
Semenjak Firdaus berhijrah ke alam baka, saban malam Na'imah menangis. Walaupun dia tahu kekasihnya tidak akan kembali lagi kepada. Tidak akan menjenguk ke dunia ini lagi, namun atas nama kekasih, dia ingatkan pemuda itu. Kasihnya tidak lekang. Air matanya adalah bukti sebuah pengorbanannya.
“Ima …, cinta kita macam bunga kembng pagi, bunga harap terus kembang …, tapi, bila tengah hari tiba ..., bunga mala …, bunga layu …, bunga tak harum lagi …,” madah kekasihnya masih tersemat dalam lubuk hatinya.
“Takdir saya dipanggil Allah ke alam baka …, Ina tak usah sedih lama - lama …, tak usah tunggu …, pilihlah teman baru …, kahwinlah dengan dia …,” suara Firdaus lembut tetapi menghiris urat saraf pangkal hati Na'ima.
Putus cinta kalai pertama,
bercinta kali kedua
Na'ima seperti kebanyakan gadis pada zaman ini. Zaman melihat ramai lelaki. Gadis tidak terdaya menahan hati berhadapan dengan lelaki.Na'ima telah tiga kali bercinta dengan dua pemuda dan seorang dewasa isteri orang. Cinta laksana gula – gula dalam mulut. Kalau tidak terluah jatuh ke pasir, hilang juga dari mulut kerana cair. Mengalir ke dalam usus. Putus cinta kali pertama, bercinta kali kedua. Putus cinta kali kedua, bercinta kali ketiga. Putus cinta kali ketiga, bercinta kali ke empat. Cinta kali ini dengan firdaus, lelaki berusia empat puluh tujuh tahun.
Percintaan Na'ima dengan tiga kaksihnya yang lalu tidak mendorong dia kepada memusnahkan dirinya. Dia menjadikan dirinya seperti rakyat iran yang berjaya mempertahankan benteng negara mereka dari pencerobohan Amerika Syarikat.Kerana kasihnya kepada Firdaus, dia telah merelakan segala- gala yang ada pada dirinya menjadi milik lelaki itu. Naima menjadi kuntum bunga mekar pagi dan Firdaus menjadi kumbang.
Sepasang kekasih itu sama – sama menyanyi dalam hati: Kalau roboh kita Melaka, papan di Jawam saya dirikan; kalau sungguh bagai dikata, badan dan nyawa saya serhakan.Tidak pernah tumbuh pohon sesal dalam hati Na'ima.
“Sayang ..., Ima rela …, sayang, Ima rela tak kahwin sampa ke hujung usia Ima …,” Na'ima berbisik kepada gambar Firdaus yang kaku dalam pembingkai kayu di kepala katilnya.Na'ima tidak menyesal.
Kita akan ada anak …,
I nak lima anak ...
Na'ima dan Firdaus telah saling memakai cincin tanda. Jika Na'ma telah menerima ijazah dari universiti, mereka akan menikah.Pernikahan mereka tidak menajdi halangan,kerana Firdaus seorang duda. Lebih tujuh tahun lalu, isterinya telah meninggal dunia. Mereka tidak ada cahaya mata.
“...kita nikah …, kahwin nanti …, Ima nak anak …, anak perempuan …, comel …, cantik …,” kata Na'ima kepada Fairdaus.
“Ia, kita akan ada anak …, I nak lima orang anak …,” kata Firdaus.
“Wau, teruk tu, sayang …,” kata Na'ima. Senyum.
“ … pengorbanan, kan?” Suara Firdaus lembut.
“Ia …, korban apa saja …,”sahut Na'ima. Manja.
Bulan dara senyum. Dalam cahayanya nan indah sayu. Tubuh yang berbungkus alam baju kurung warna merah terbenam dalam pelukan kekasihnya.
“Seorang anak kita, jutera ...”
“Lagi?”
“Wartawan...,pengarang ...”
“Seorang lagi?”
“Doktor …, ahli falsafah Islam dan kemanusiaan ...”
“Seorang ..., dua …, tiga orang …, dua orang lagi”
“Ahli sejarah …, kalau lelaki, kalau perempuan …, doktor pakar sakit puan ...”
“Al hamdulillah …, mudah – mudahan kita ….”
Tubuh Na'ima terluah dari pelukan kekasihnya.Wajah yang ayu bercahaya diusap cahaya bulan. Bulan dara senyum. Bulan tidak pernah bercinta. Tetapi dia tahu pungguk rindukan dirinya.
Kadang – kadang na'ima merajuk.
Merajuk lagi.
Dari birai katil itu, Na'imah meluruhkan tubuhnya atas lantai kayu yang bedi. Pada detik – detik begitu terasa hidungnya terusmbat. Lendir dari dua lubang hidungnya hampir meleleh atas bibir atasnya. Salsema mulai menyerangnya. Sejak dia bercinta dengan Firdauh, jika dia berjauhan atau lama tidak bertemu dengan lelaki itu, selsema menyerangnya. Pada malam itu selsema datang lagi. Firdaus tidak kembali lagi.
Na'ima berkeadaanneklayan menarik puka tunda di laut dalam, dia mengingat kembali pada masa dia bersama Firdaus. Mereka sering bertekak. Kadang – kadang Na'ima merajuk. Manja semula setelah dipujuk.Merajuk lagi. Firdaus tidak marah kepada kekasihnya, kerana dia amat sedar, gadis itu manusia panas baran,
Pada masa menuntut di universiti dulu, kerana terlaluj marah akan ego Firdaus, Na'imah telah mengambil sikap mahu memilih lelaki lain untuk dijadikan kekasihnya. Lelaki peniaga kecil akan dijadikan pengg Firdaus. Biar Firdaus menggigit jari. Tetapi Na'imah tidak tercapai hasratnya, kerana keinsafan menjadikan dia seda dirinya sendiri; seorang kekasih mestilah banyak sabar.
Na'imah bernekad,
dia tidak akan bekerja di luar negara.
Pada tiga bulan sebelum Firdaus meninggalkannya. Berhijrah ke alam baka setelah ditenggek penyakit darah tinggi, Na'imah yang sering didera perasaan kurang harapan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan ijazah ilmu sumber manusia, telah meluahkan isi hatinya kepada kekasihnya.
“Kalau Yang, nak kejar gaji besar, puluh rib memang ada di negara – negara Arab, tapi …,” kata Firdaus.
“Ngapa …, Yang tak suka Ima kerja di luar negara?” Na'ima bertanya. Wajahnya ada memek merajuk.
“Bukan tak suka, tapi jika mahu terlalu kejar wang yang banyak, lambat laun manusia jadi hamba duit …,” jawan Firdaus. Senyum
You ni kuno sangat …,” kata Na'kma dengan suaranhya disambar api panas barannya.
Firdaus diam. Dia tidak mahu bercakap lagi.
Pada malam itu, Na'ima bertekad. Dia tidak akan bekerja di luar negara. Mungkin kerana insaf dengan pandangan kekasihnya atau kerana sebab lain. Pekerjaan yang disandangnya sekarang menimbunkan wang yang banyak kepadanya.Lumaian.
“Kalau I mati .., Yang cari orang lain … orang muda …, kahwin ...,” kata – kata Firdaus membuaikan hati Na'imah yang kosong.
“Siapa,ye.” hati Na'ima bertanya.
Kata-kata keksihnya itu bagaikan hadiah emas dan permata baginya.
“ … Yang, Ima …, Ima love you …,” Na'imah menelan suaranya sendiri.Air matanya tumpah lagi.
Tamat.

No comments: