Mohd Nor Yahya | |||
KUALA KRAI, 3 Julai (Hrkh) - Biarpun Kampung Lela Jasa dianggap sebagai kubu Umno di peti undi Laloh, namun ramai penduduk hadir menemui Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertandang ke kampung tersebut hari ini. Menteri Besar turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid kampung berkenaan. Kehadiran orang ramai agak luar biasa. Selepas itu beliau hadir pada majlis kesyukuran di rumah seorang penduduk di kawasan berdekatan. Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan. Ketika menyampaikan khutbah sebelum itu beliau berkata, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat. Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas. Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam. Beliau juga berkata, khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam. "Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian. "Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik," katanya. (Berita ini diambil dari Harakah Daily, 4 Julai 2009). *****
Melayu sokong liberalisasiKUALA LUMPUR 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Barisan Nasional yang termasuk pemimpin utama Umno serta Melayu menyokong pelbagai langkah liberalisasi yang diumumkannya sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 3 April tahun ini. Beliau melahirkan keyakinannya bahawa ini boleh diterjemahkan sebagai sokongan kepada parti pemerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak. Beliau juga menyatakan bahawa semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) di dalam bentuk makronya akan diteruskan tetapi instrumen yang digunakan untuk mencapai langkah penstrukturan masyarakat dan mencapai persamaan perlu diubah. "Saya telah berunding dengan para pemimpin utama dan mereka mempercayai kini adalah masanya kami melakukan perubahan, penyemakan semula dan bergerak ke hadapan. Saya rasa rakyat menyedari perkara itu," kata Najib semasa ditanya sama ada partinya menyokong kesemua langkah yang dilaksanakannya. Bagaimana pun, dengan pengumuman kesemua langkah berkenaan, itu tidak bermakna negara ini telah mengetepikan keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang adil, kerana ia terus kekal sebagai matlamat utama, katanya dalam satu temu bual dengan Adam Bakhtiar dari CNBC yang disiarkan secara keseluruhannya hari ini. Satu versi singkat disialkan Rabu lepas di mana beliau menyentuh mengenai ringgit dan ekonomi. Semasa temu bual selama setengah jam itu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata partinya sedang berusaha menarik keyakinan dan sokongan rakyat. "Sesuatu dasar itu boleh dilihat kepada undi. Ini merupakan salah satu asas demokrasi dan akhirnya anda perlu mendapatkan sokongan rakyat. Saya mahu rakyat menghakimi tindakan saya dan berharap mereka akan memberikan sokongan apabila diperlukan," katanya semasa ditanya sama ada partinya akan dapat mengumpul kekuatan dengan melalui perkenalan langkah itu. Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa rakyat Malaysia secara keseluruhannya, termasuk Melayu dan Bumiputera, akan menyedari bahawa perubahan yang dimajukan oleh kerajaan merupakan cara terbaik untuk bergerak maju ke hadapan. Beliau menekankan bahawa beliau akan menunaikan janjinya semasa mengambil alih jawatannya Mac lepas. Antara langkah liberalisasi paling terbaharu baru-baru ini ialah menghapuskan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang berkuat kuasa serta-merta, yang termasuk pengambilalihan kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan. Dengan penghapusan garis panduan FIC itu, ia bermakna menggugurkan keperluan ekuiti bumiputera 30 peratus bagi syarikat Malaysia yang ingin disenarai awam tetapi kini mereka ditawarkan tebaran pegangan saham awal sebanyak 25 peratus. Katanya kerajaan akan mendapatkan pandangan dan berkomunikasi dengan rakyat mengenai langkah yang diambil. Katanya orang Melayu akan menyokong liberalisasi. "Terdapat usahawan dan peserta korporat bumiputera yang benar-benar bagus. Sesetengah daripada mereka menguruskan perbadanan utama dan mengendalikannya dengan baik, seperti yang anda tahu, mereka bukanlah orang yang tidak tahu apa-apa." Satu-satunya perkara yang baru di dalam dasar itu ialah kerajaan akan mengenal pasti syarikat bumiputera yang betul, yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang. "Jika anda menyokong syarikat yang layak dan mempunyai masa depan yang cerah, saya tidak fikir, malah golongan bukan Melayu pun, akan menegur anda kerana melaksanakan perkara itu. Saya rasa mereka ingin melihat ia dilaksanakan secara adil dan kami akan melakukan perkara itu," katanya. Kepada cadangan bahawa beliau berbalik semula kepada dasar bapanya berkaitan penyertaan ekuiti bumiputera, katanya: "Di segi matlamat, wawasan Tun Razak masih boleh diterima tetapi laluan yang kami pilih dan instrumen untuk mencapai matlamat itu mestilah baharu, instrumennya tidak boleh mengikut cara lama. "Masa sudah berubah, instrumen lama tidak benar-benar memberikan hasil, tidak mengikut matlamat yang diharapkan. Tetapi matlamat untuk mencapai masyarakat yang adil dan saksama adalah satu impian dan kesemua rakyat Malaysia berkongsi impian itu." "Hanya, ia perlulah adil mengikut cara pelaksanaannya, kita perlu memastikan tiada kumpulan etnik dipinggirkan dan juga tidak mendapat insentif," kata Najib. "Jadi, dalam hubungan itu, saya telah mengemukakan konsep 1Malaysia, dan saya menghuraikan dasar khusus 1Malaysia tetapi kami perlu bekerja bersama-sama sebagai satu masyarakat, satu negara dan yang utamanya satu impian," katanya. (Berita ini diambil dari Utusan online - BERNAMA, 4 Julai 2009) ----------------------------------------------------------------------------------------
|
No comments:
Post a Comment