Sunday, July 5, 2009

QURAN

MANUSIA DAN LALAT

Hai manusia, dibuat perumpamaan, maka dengarlah, sesungguhnya apa – apa yang kalian minta (sembah) selain dari Allah itu tidak akan dapat membuat lalat, biarpun mereka berkumpul (berpakat) membuatnya, dan kalau lalat mengambil sesuatu daripada mereka, nescaya mereka tidak dapat mempertahankannya; lemah yang meminta dan (lemah) tempat meminta. – Al Haj:73

HADIS

UBAN

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Jangan kalian mencabut uban, kerana uban itu adalah cahaya bagi seseorang muslim pada hari qiamat.

- Perawi: Abu Daud, At Tarmizi dan Annasai.

-

PETUA


CAKAP BESAR

Kebanyakan manusia suka bercakap besar, tetapi mereka tidak sedar, bahawa percakapan mereka itu menghinakan diri mereka sendiri. Maka lebih baiklah bercakap seumpama bunyi angin; lunak dan merdu dapat menghiburkan manusia, jika kuat dan gelora sesuai dengan dirinya, mungkin merobahkan manusia dan alam.

*** ***

TAHUKAH?

Burung pipit raya atau tempua membuat sarang bergayut pada pokok - pokok yang di bawahnya ada haiwan atau serengga bahaya seperti ular bersarang, lebah, penyengat dan tebuah. Dari pandai tempuan itulah, orang Melayu mencipta peribahasa: Jika tidak ada berada masakan tempua bersarang rendah.

GAJUS DAN KISMIS

Biji buah gajus (dibuat orang makanan seperti pada kuih muih) tidak baik dimakan, kerana ia mengakibatkan lupa atau lemah otak untuk mengingatkan sesuatu. Buah kismis elok dimakan, kerana ia menyempurnakan ingatan bagi otak manusia.

POLITIK

Politik yang berdasarkan kapitalisme, sosialisme dan komunisme atau sebarang fahaman ciptaan manusia, tidak boleh menyelamatkan manusia, hanya menjadi benteng orang – orang yang gila kuasa, tetapi politik yang berdasarkan Islam – Islamisme, adalah sebebar – sebenar politik yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

GAH TAPI SUSAH

Putrajaya, satu kawasan yang indah dan gah, tetapi sesiapa yang melawat ke kawasan pejabat kerajaan , menjadi susah kerana sukar meletak kenderaan.

No comments: