Tuesday, July 14, 2009

MENGENANG MASA SILAM

ISLAM BERKEMBGANG DI LONDON


Aku dan isteriku, Sitti Haishah telah berangkat ke Bandaraya London pada 2 Oktober 2003. Pemergian aku ke sana dengan menggunakan wang aku sendiri. Aku juga menanggung wang tambang pergi balik dan hotel profesor itu selama di London. Selama dua minggu aku tinggal di London, profesor itu tidak membawa aku ke pejabat yayasan tersebut. Dia hanya membawa aku dan isteriku melancong dalam Bandaraya London. Pada hari Jumaat, dia telah memperkenalkan aku kepada beberapa orang pemimpin umat Islam bandaraya itu, dalam Masjid Regent’s.
Kami telah mendapat banyak pengalaman di sana. Aku telah meninjau ke beberapa tempat di Kota London dan pelabuhan bersejarah, iaitu Dover, di selat Dover.
Selama berada di bandaraya London, aku telah berpeluang menyelidik dan mengkaji kemajuan umat Islam di sana. Mereka itu terdiri dari orang British, Arab, India, Pakistan, Iran, Turki bangsa-bangsa lain lagi. Mereka itu kuat beribadat, suka melakukan amal ma’aruf dan amal jariah.
Dalam Bandaraya London sahaja terdapat kira-kira 109 buah masjid dan Pusat Islam –Mosques & Islamic Centres yang terletak di bawah kelolaan Majlis Umat Islam Britain – The Muslim Cauncil Of Britain.
WARISAN KRISTIAN
Di antara masjid-masjid dan Pusat Islam itu, ialah: Ahlul Bait Centre, Al Falah Islamic Centre, Al Hilal Masjid Tulsehill, Azhar Masjid, Darul Ulum Qadaria Jalani, Darul Amam Trust, Darul Ummah Mosque, Hussaineyyat al Rasul al ‘Adzam dan Masjid Abu Bakjar & Islamic Education Trust.
Oleh kerana bandaraya London telah menguatkan undang-undang bentuk bangunan, maka semua masjid tidak boleh dibina dengan reka bentuk sebuah masjid secara terserlah kepada umum. Setiap masjid mestilah mengikut reka bentuk yang diluluskan pihak Bandaraya London, supaya tidak hilang wajah warisan Kristian.
Majlis Umat Islam Britain itu telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan memikul tanggungjawab menjaga dan menyelia masyarakat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan di seluruh Britain.
AIR WANGI
Sesiapa yang menjenguk ke Bandaraya London dan berminat untuk mengetahui pergerakan majlis tersebut, bolehlah berhubung dengan The Muslim Cauncil Of Britain Wembley, Middlesex HA9 0XW dan telefon: 020 8903 9026 atau Email: admin@mcb.org.uk.
Di Bandaraya London terdapat banyak universiti dan kolej Islam yang dikendalikan oleh beberapa lembaga yang anggota-anggotanya terdiri dari orang-orang Islam Britain, Arab, Pakistan, India, Iran, Afghanistan dan bangsa-bangsa lain.
Di antara kolej dan universiti Islam itu, ialah Centaral For Islamic Studies Universiti Of Wales, The Islamic Academy dan The Muslim College.
Aku telah mendapati di Kota London sahaja ramai orang Islam yang terdiri dari orang Arab, India, Pakistan, Indonesia dan Melayu menjalankan berbagai-bagai perniagaan, diantaranya perunding perniagaan, ejen pelancongan, perhotelan, pemborong, pereka pakaian lelaki termasuk baju dari kulit, kedai air wangi, buku dan surat khabar, dan kedai makanan dan barang-barang keperluan rumah tangga dan sebagainya.
SURAT KHABAR
Kebanyakan orang Islam di sana menjalankan perniagaan dengan mnenggunakan modal mereka sendiri dan meminjam dari institusi kewangan. Hampir semua orang pula yang telah mendapat bantuan daripada berbagai institusi kewangan uamt Islam di sana, di antaranya dari Fadh Faundation atau Yayasan Fadh, iaitu milik Raja Fadh, Arab Saudi.
Sebuah surat khabar Islam telah diterbitkan di Bandaraya London, iaitu Muslim News. Suratkhabar tersebut telah menjadi lidah perantaraan umat Islam di Britian dan antara umat Islam kerajaan British dan rakyat British yang beragama Kristian.
Perkembangan agama Islam di England amnya dan di bandaraya London khasnya, adalah amat meyakinkan aku yang agama akan berkembang pesat di negara Kristian itu. Sama ada dari kedatangan umat Islam beribadat di masjid-masjid, kegiatan dalam pergerakan kebajikan dan dari beberapa orang Islam yang aku telah temui dalam Masjid Regent’s, bahawa agama Islam telah bersinar ke dalam Istana Maharani British semenjak tindakan Bush dan Blair memerangi umat Islam di Afghanistan dan Iraq.
Aku percaya akan cerita-cerita dari sumber istana Buckingham, bahawa beberapa orang dari keluarga diraja British telah cenderung kepada agama Islam dan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan umat Islam di bandaraya London.
MEMELUK ISLAM
Seorang ulama (tidak mahu didedahkan namanya) yang aku telah temui dalam Masjid Regent’s berkata, “Kebanyakan dari orang-orang Britain yang berpelajaran tinggi mempunyai kecenderungan mempelajari Islam dan berminat untuk memeluk agama Islam”.
“Mereka yang telah mempelajari Islam telah menolak pandangan pemimpin British dan Amerika yang mengatakan umat Islam pengganas,” katanya.
“Menerima penjelasan kami, bahawa dalam kejadian-kejadian ledakan bom, orang Islam tidak membunuh diri, tetapi mereka mati syahid kerana jihad menentang musuh-musuh Islam yang telah menzalimi orang-orang Islam,” katanya lagi.
“Saya yakin, selagi pemimpin-pemimpin Kristian, Yahudi dan agama lain terus menuduh umat Islam pengganas. Mereka melakukan penganiayaan dan kezaliman ke atas umat Islam. Maka sampai hujung hayat dunia ini umat Islam akan bangun menentang mereka. Menentang kezaliman dan kemungkaran manusia adalah jihad,” tambahnya.
Aku dan isteriku telah berpeluang sembahyang fardhu Asar dalam sebuah masjid yang dulunya sebuah gereja Kristian, di Brick Lane Algate East, dalam Bandaraya London.
Seorang petugas di masjid itu, Muhammad Yusuf, keturunan Pakistan dan beristerikan wanita France yang telah memeluk agama Islam, telah memberitahu kepadaku, bahawa masjid itu, dulunya sebuah gereja umat Kristian, kemudian telah dibeli oleh pihak badan rumah ibadah umat Yahudi.
“Kami, umat Islam dari berbagai keturuan telah membeli bangunan ini dari badan rumah ibadat umat Yahudi,”katanya lagi.
“Masjid ini menjadi pusat umat Islam di sini. Kami sama-sama menjaganya dengan baik dan masjid ini menjadi simbol perpaduan kami di sini,”tambahnya.
“Saya yakin, dalam tempoh sepuluh tahun lagi, Bandaraya London ini akan menjadi kota umat Islam, kerana pengaruh agama Islam di sini telah berkembang luas, lebih-lebih lagi semenjak Bush dan Blair bertindak memerangi umat Islam Afghanistan dan Iraq,” kata seorang peniaga Arab, Sheikh Ahmad Salabi dari Palestin.
“Ada juga di kalangan orang Kristian di sini menganggap kami pengganas, tetapi setelah kami memberi penerangan kepada mereka, mereka faham dan mereka menjadi sahabat kami,” tambahnya.
BANYAK HIKMAT
Di surau Lapangan Terbang Antarabangsa Heithrew, aku telah mendapati dua golongan beragama sembahyang di situ, iaitu di satu bahagian orang-orang Islam dan di bahagian yang lain orang-orang Kristian. Mereka dipisahkan oleh satu rentangan tali sahaja.
“Kami baru mengadakan sistem beribadat orang Islam dan Kristian dalam satu surau kerana kami mahu menyatu-padukan umat manusia yang berbagai agama menjadi satu keluarga yang damai,” kata seorang pegawai di lapangan terbang itu.
Selama dua minggu aku berada Bandaraya London, aku bersyukur kepada Allah, kerana di sebalik kejadian aku diperdayakan oleh seorang ulama dan profesor, aku dan isteriku telah mendapat banyak hikmat dari Yang Maha Kuasa itu. Kami telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman.
Beberapa tempat di Bandaraya London yang kami telah lawati, aku telah menggunakannya sebagai lokasi tema kisah dalam dua buah novel karyaku, iaitu, ‘Cinta Dan Jihad’ dan ‘Kelip-Kelip Di Kota London’ (belum terbit).
ORANG KAMPUNG
Novel ‘Cintan Dan Jihad’ (belum terbit), kisah seorang pemuda tukang labu tanah ‘labu Sayung’, di kampung Sayung, Kuala Kangsar, telah bercinta dengan seoran gadis dari keluarga kalangan kerabat diraja negeri Perak, yang tinggal di Bukit Chandan.
Keluarga gadis itu menentang pergaulan dan percintaannya dengan pemuda itu, kerana dia orang miskin dan anak orang kampung biasa. Gadis itu telah dihantar oleh ibu bapanya menuntut, di sebuah universiti, di Bandraya London. Pemuda yang kehilangan kekasih itu telah melanjutkan pelajaran agama Islam di Bandaraya Baghdad, Iraq, iaitu pada masa Presiden Saddam Hussein memerintah Iraq.
MENYERANG IRAQ
Lama kemudian dua kekasih itu bertemu semula dalam satu perjumpaan pemuda-pemuda Islam sedunia, di Bandaraya London. Mereka telah berkahwin dalam sebuah masjid, di sana dan kemudian mereka tinggal menetap di Bandaraya Baghdad.
Apabila Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Iraq, sepasang suami isteri Melayu itu telah melibatkan diri mereka dalam perjuangan-jihad-, menentang pengganas antarabangsa dari kaum kuffar. Mereka teleh membuat labu tanah dan dijadikan bom untuk menentang tentera Amerika Syarikat dan British.
Allah telah memisahkan suami isteri itu. Si suami telah mati syahid dalam perjuangan menentang tentera Amerika Syarikat. Si isteri bersama seorang anak lelakinya meneruskan perjuangan bersama umat Islam Iraq menentang musuh-musuh umat Islam.
KETURUNAN YAHUDI
Novel ‘Kelip-Kelip Di Kota London’, kisah seorang gadis bersama ibunya yang telaha janda di Batang Berjuntai Selangor. Gadis telah bercinta dengan seorang politikus. Kekasih gadis itu telah membiayainya melakutkan pelajarannya, di sebuah universiti, di Bandaraya London.
Ibu gadis itu telah jatuh cinta kepada kekasih anaknya. Dia telah datang ke London dan menghalang anaknya berkahwin dengan dengan kekasihnya. Si ibu telah bersumpah, kalau anaknya berkahwin dengan lelaki itu, anaknya akan tidak sempurna hidup. Lelaki itu telah meninggalkan wang yang banyak kepada kekasihnya sebelum dia berhijrah ke Mekah.
Si ibu yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan kekasih anaknya itu, telah menjadi sewel dan pada waktu subuh, dia merayau-rayau di sebatang jalan raya, beberapa orang lelaki telah memujuknya dan dibawanya ke sebuah banglo di tepi laut. Di sana dia telah dirogol selama beberapa hari. Kemujdian, setelah tubuhnya menjadi sarang HIV, dia telah dibawa ke tengah laut oleh lelaki-lelaki keturunan Yahudi itu dan mereka telah membunuhnya. Tubuhnya dipotong-potong dan di campakkan ke dalam laut untuk makanan jerung-jerung. Si gadis yang telah kehilangan kekasih dan ibunya itu tinggal murung duka bersama bangkai kelip-kelip yang telah kering.
(Sedutan dari buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. - Editor, Petah Shahrir Aidid)

No comments: