Thursday, July 23, 2009
MENGENANG MASA SILAM
HARAPAN IBUKU.
AKU TAKUT JANDA
Ibuku mempunyai kemahuan yang tinggi; dia mahu anak-anaknya yang hanya dua orang – lelaki - , menjadi dua manusia yang memberi guna kepada bangsanya, negaranya dan agama Islam. Pada usiaku baru 14 tahun, ibuku pernah berkata, ” ...kalau emak pejam mata..., emak mati, emak puas hati, kalaumu , adikmu, Li (Ghazali) jadi orang pandai, bijak, ...anak soleh...”
Ibuku dari seorang gadis pingitan. Dia tidak pernah bekaja di mana-mana sekolah. Hanya mengaji (belajar) ilmu agama (fardu a’in) pada guru-guru agama kampungku, Lebai Salleh, Sheikh Haji Nawawi Muhammad, Ustaz Haji Harun dan pada bapaku.
Kerana ibuku mempunyai sedikit pengetahuan agama, maka dia sentiasa memerhatikan aku dan adikku; kalau-kalau kami cuai sembahyang fardu, berkelakuan tidak baik, termasuk tidak menghormati orang-orang tua.
TERASA RUNSING
Bila tiba waktu Subuh dia menggerakkan kami supaya kami sembahyang. Begitu juga dia menyuruh kami segera menunaikan sembahayang fardu pada waktu-waktu lain. Pada masa aku masih kanak-kanak, aku terasa runsing juga dibuat begitu oleh ibuku. Aku rasa seperti didera.Tetapi apabila aku telah meningkat remaja dan dewasa, kerana jasanya, aku tidak dapat mencari kalimat-kalimat yang lebih dari mengucapkan terima kasih kepadanya.
Kerana jasa ibuku jugalah, aku mengakui, bahawa aku tidak pernah membantah ibuku, walaupun dengan perkataan ’uh’. Setiap kali ibuku memarahiku, aku hanya diam atau menangis sahaja. Kemudian aku meminta maaf kepadanya.
Salah satu cara ibu dan ayahku mendidik kami, ialah, apabila ibuku sedang memarahi aku atau adikku di hdapan ayah kami, maka ayah kami mendiamkan diri, iaitu tidak menyokong ibu atau membela kami. Begitu juga pada waktu-waktu ayah memarahi kami.
KAMBING BETINA
Pada masa aku belajar di Padang Rengas, ibuku telah menternak sepasang kambing. Kambing betina berwarna hitam dan kambing jantan bertampung hitam dan putih. Kuku kaki kanan dan depan kambing betina itu capang, kerana ia telah terpijak bara api dalam kandangnya.
Sepasang kambing itu ditempatkan dalam kandang di belakang rumah kami. Memang Allah telah mengurniakan rezeki kepada ibu dan bapaku dengan kambing-kambing itu. Setiap kali kambing betina itu beranak, tidak kurang dari empat ekor anaknya dan ada masanya kambing betina itu telah beranak hingga enam ekor. Kambing itu membiak.
Ibuku telah tidak melepaskan dengan bebas atau meliar kambing-kambingnnya. Kambing-kambingnya dijauhkan atau dielak dari memakan tanaman-tanjaman orang lain di sekitar kampung kami.
HARAM DIMAKAN
Ibuku amat yakin akan fatwa guru-guru agamanya; iaitu haiwan-haiwan peliharaan yang telah memakan tanaman-tanaman dan sesuatu milik orang dengan tidak diizin oleh tuannya, haram dimakan dagingnya, tidak boleh dibuah ibadat kurban dan akikah. Wang hasil jualan haiwan itu juga haram dimakan dan tidak boleh digunakan untuk sedekah dan amal ibadat seperti umran dan haji.
Pada tiap-tiap dua bulan atau empat bulan sekali, anak-anak kambing yang telah besar itu, telah dijual oleh ibuku kepada pembeli kambing yang datang ke rumah kami. Sebahagian dari wang hasil jualan kambing itu, digunakan oleh ibuku untuk menanggung aku dan adikku belajar dan sebahagian lagi untuk keperluan mereka suami isteri.
Ibuku juga menternak ayam-ayam kampung. Ayam-ayamnya diberi makan isi kelapa masak yang dicincang, sagu rumbia batang rumbi dan padi.
MENJUAL GETAH
Pada masa sekolah cuti aku pulang ke kampung dan bekerja menoreh getah di kebun getah ibuku. Wang hasil dari menjual getah itu aku telah serahkan kepada ibuku. Kemudian dia menyerahkan pula kepada aku sebanyak mana yang aku memerlukannya.
Aku tidak pernah bertanya kepada ibuku. Aku terpaksa memendam kehairananku sendiri. Iaitu ibuku tidak pernah menyimpan wangnya di pejabat pos atau bank. Tetapi di mana dia telah menyimpan wangnya.
Pada satu hari aku telah menyerahkan wang hasil jualan getah keping kepada ibuku. Setelah dia mengambil wang sebanyak $250.40 sen dariku, aku tidak mengetahui ke mana wang itu di bawanya. Aku telah menyangka wang itu telah disimpan di bawah tilamnya.
BAWAH DAPUR
Allah menganugerahkan ilmu pengetahuan kepada manusia dengan berbagai cara. Aku juga telah dianugerah ilmu oleh Allah dengan satu cara yang Dia sendiri yang amat mengetahui, ’sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu’. Pada satu petang, aku sedang mencari botol kosong, di bawah dapur berkaki empat seperti meja - di atasnya dibuat berpetak seperti peti dan dalam petak itu diturap tanah dengan tungku empat ketul batu sungai - , aku telah terjumpa sebiji periuk tembaga yang telah usang dan buntutnya telah tembuk, di bawah dapur itu. Dalam periuk tembaga itu terdapat wang kertas dan siling lebih $950.00.
Selepas aku terjumpa wang dalam periuk tembaga itu, ibuku telah memberitahu kepadaku yang dia telah menyimpan wangnya dalam lubang tiang dan dalam kandang kambing. Wang itu dimasukkan ke dalam buluh yang serupa dengan buluh berisi garam untuk kambing dan diselitkan pada kayu rabung kandang itu.
Apabila aku mengingatkan ibuku, jika dia menyimpan wangnya seperti itu lagi, mungkin pada satu hari nanti, wangnya akan dicuri oleh pencuri, dia lalu berkata kepadaku, ” ...kalau duit halal , rezeki halal orang tak curi..., Allah jaga duit tu, ...kalau duit haram, rezeki haram, disimpan dalam bank, ...gunung besi pun orang curi, hilang juga...”
MEMINTA WANG
Kerana aku telah memikirkan betapa susahnya ibu dan bapaku mencari wang, maka untuk membeli buku-buku pelajaran dan bacaan, aku telah tidak tergamak meminta wang kepada mereka. Aku telah mencari sendiri wang yang aku perlukan itu, iaitu aku menoreh getah dan menangkap ikan dalam Tasik Chenderoh pada waktu malam.
Aku dan adikku, Ghazali telah berazam; walau macam mana susah sekalipun ibu bapa kami, kami tetap akan melanjutkan pelajaran dan akan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.
Ibuku telah memelihara seekor kucing jantan. Bulunya berwarna hitam dan ibuku memangilnya dengan nama ’hitam’ juga. Hitam telah menjadi pengawal peribadi ibuku. Pada tiap-tiap malam, setelah ia pulang dari menemui teman betinanya atau menangkap burung, ia baring di tepi pintu bilik ibuku. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan, seperti pencuri, ular sawa masuk ke dalam kandang ayam dan sebagainya, ia segera mengiu dan berjalan ke sana kemari dalam rumah ibuku sehingga ibuku terjaga dari lenanya.
ULAR SAWA
Pada satu malam, ibuku sedang nyenyak tidur, tiba-tiba kucing hitam itu mengiau berkali-kali dan belari ke sana kemari dalam rumah. Ibuku telah terjaga dan dia yakin ada sesuatu di bawah rumah. Mungkin ular sawah telah masuk ke dalam kandang kambingnya.
Ibuku telah mencapai parang lading bapaku yang terselit di dinding dan dengan menggunakan lampu picit dia telah turun ke tanah dan menyuluh ke arah kandang kambing dan reban ayam. Dia ternampak seekor ular sawa sedang masuk ke dalam reban kambingnya. Dengan menggunakan sebatang galah dari buluh yang diikatkan tali penjerut pada hujungnya, ibuku telah berjaya menjerut kepala ular sawa itu dan menangkapnya.
Hitam pandai menghurut lengan dan kaki ibuku. Bila ibuku lengoh-lengoh lengan atau kaki, dia telah meminta kucing itu mengurutnya. Hitam juga sering menangkap burung pada waktu malam. Mana-mana burung yang halal dimakan yang telah ditangkapnya, dibawah pulang dan diserahkan kepada ibuku.
KUBUR KUCING
Sayang, pada satu malam, kucing hitam itu telah mati digilas lori kayu balak, atas jalan raya, di hadapan rumah kami. Bangkainya telah ditanam oleh ibuku dan atas kubur kucing hitam itu di tanam pokok bunga melor.
Setelah aku berhenti dari Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas, aku tinggal di kampungku kira-kira sebulan. Ramai rakan-rakanku yang sama belajar denganku di sekolah Melayu dulu telah bekerja sebagai guru sekolah Melayu di Sauk dan di tempat-tempat lain.
Mereka telah datang ke rumahku pada hari-hari sekolah cuti. Mereka itu Syed Zakaria bin Syed Mohamad, Meor Arif bin Meor Abu Bakar, Shamsuddin bin Pandak dan Zakaria bin Din. kekadang ibuku telah menjamu mereka makan tengah hari dengan nasi berlaukkan gulai pucuk paku, ikan pekasam goreng, gulai lemak ikan sungai dan sambal belacam berulamkan kacang kelisa, pucuk-pucuk kayu dan umbut pisang hutang yang direbus.
KAUM KERABAT
Telah menjadi ’kebiasaan’ bagi orang-orang kampung di Perak, terutamanya dalam kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak, iaitu ’ siapa ada anak perempuan dirisik-risik atau dipadan-padankan dengan anak-anak teruna orang jiran sekampung atau kampung-kampung yang berhampiran.
Begitu juga siapa yang ada anak lelaki di usul-usul dan dicadang – jodohkan dengan gadis-gadis kaum kerabat dan sahabat handai. .Aku sendiri telah menjadi salah seorang jejaka yang terkepung dalam kepompong ’kebiasaan’ demikian itu.
Sama ada ibu saudaraku di sebalah ibuku mahupun di sebeklah bapaku dan begitu juga rakan –rakan ibu dan bapaku, mereka sentiasa mengemukakan hajat masing-msing agar aku sudi menjadi menantu mereka. Ada di antara mereka itu telah membawa anak-anak gadis masing-masing bertandang ke rumah ibuku. Mereka telah memperkenalkan anak-anak gadis mereka itu kepadaku.
TEMAN HIDUP
Seorang guru perempuan dari Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Cikgu Nik binti Haji Said – dari kaum kerabat bapaku, dia telah meminta aku memilih salah seorang dari dua orang anak angkatnya untuk teman hidupku. Aku telah menolaknya dengan alasan aku akan melanjutkan pelajaran lagi. Kemudiannya kedua-dua anak angkatnya itu telah menjadi seperti adik-adik kandungku sendiri.
Pada masa itu aku terlalu kuat berpegang kepada ajaran dalam bahasa Arab, iaitu, ”Lelaki terkang di antara dua pehanya ( perempuan)”, iaitu orang lelaki akan tidak dapat meneruskan cita-cita atau perjuangannya, kalau telah terikat dengan cinta dengan perempuan atau telah berkahwin.
Aku sendiri berpendapat; cinta itu murni, tetapi murninya membuta dan membelenggukan orang yang bercinta. Lelaki dan perempuan yang bercinta, sama-sama menjadi mangsa seperti ’semut mati dalam madu’.
ASYIK SEKAMPUNG
Sebagai seorang remaja, aku amat takut kepada perempuan yang telah bergelar janda. Tetapi apa yang aku takutkan itu telah berlaku satu kajadian atas diriku. Pada pagi (lepas sembahyang Subuh) aku telah pergi untuk menoreh pokok-pokok getah dalam kekebun getah ibuku, di Takung Murah.
Kebun getah itu bersebelahan dengan kebun getah yang ditoreh oleh seorang janda muda yang cantik (tidak menyebut namanya). Dia telah dipuja puji oleh beberapa orang pemuda dan lelaki yang telah ada isteri di kampungku. Pendeknya janda itu telah menjadi bunga ’asyik sekampung’.
Sebagai biasa dalam cahaya samar waktu subuh di bawah naungan pepohon – pepohon getah itu, aku telah menoreh sepokok demi sepokok akan pokok-pokok getah di situ. Tiba pada sebatang pokok getah yang besar, aku telah terhidu bau harum seperti bau bedak yang dipakai oleh perempuan. Aku telah menyangkakan bau harum itu dari bau langsuir.
HARIMAU GARANG
Pada ketika aku menarik mata pisau pada alur kulit batang getah itu, tiba-tiba tubuhku dipeluk oleh janda itu. Dia berkeadaan telah hilang perasaan malu telah mencium muka dan leherku. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diriku dari pelukannya.
Janda itu lebih kuat dari aku. Kerana tidak ada cara lain untuk melepaskan diriku dari pelukannya, aku telah memekikkan perkataan ”Allahu Akbar” sekuat-kuat suaraku di telinga kanannya.
Allah telah menolongku. Janda itu telah melepaskan dua puntung tangannya yang memeluk tubuhku. Seperti takutkan harimau garang, aku telah melangkah ’tapak seribu’- lari dari janda yang tercungap-cungap dalam rahang nafsunya itu- , mengikuti denai dan lorong dalam kebun getah yang seperti belukar itu.
JANDA MERNYAM
Aku telah lari menurun bukit hingga ke tempat aku meletak dua biji timba getahku. Sebaik-baik sahaja aku tiba di situ, aku telah mencapai dua biji timba dan pengandarku, lalu lari meninggakan kebun getah itu dalam keadaan tubuhku menggigil. Aku terus pulang ke rumahku.
Setibanya aku di rumah, ibuku telah hairan kerana aku telah pulang dengan membawa dua biji timba yang kosong. Aku telah memberitahu kepadanya yang aku tidak sihat.
”...ha, la, ...mukamu nampak pucat...,”kata ibuku.
”...ngapa tak pucat, takutkan janda...,”hatiku menjerit.
Semenjak pagi itu aku tidak datang menoreh di kebun ibuku di Takung Murah itu lagi. Tetapi aku telah pergi menoreh di kebun getah ibuku yang luas satu ekar, di tempat yang jauh dari kebun getah tempat ’janda merenyam’ itu memeluk aku.
Aku teringat akan kata-kata Pak Ali, orang Lambor, di Teluk Anson dulu, iaitu ” Janda gatal macam ular sawa, anak dara gatal macam ular daun atau ular cinta mani”. (Suntingan dari buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh:Mokhtar Petah. – Editor, Petah Sshahrir Aidid)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment