PM puas hati pencapaian menteri Kabinet
KUALA LUMPUR 5 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh menteri-menteri Kabinet untuk mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang merupakan satu transformasi kepada perkhidmatan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon memberitahu, Perdana Menteri juga akan mengumumkan mengenai beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan berhubung KPI memandangkan setiap kementerian mempunyai bidang keutamaan yang berlainan.
''Ada kementerian yang lebih cepat untuk dinilai dan ada kementerian yang sukar dinilai kerana bidang berbeza.
''Kami akan cuba mengenal pasti bidang utama bagi menetapkan KPI dan Perdana Menteri akan mengumumkannya tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Fiesta Satu Hati anjuran Wanita Gerakan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Najib dan menteri-menteri Kabinet mengadakan pemukiman Kabinet untuk kali ketiga di sebuah hotel di Subang Jaya kelmarin selepas mengadakan pemukiman buat kali pertama pada Mei dan kali kedua pada Jun.
Pada acara dua hari itu Najib dan menteri-menteri Kabinet dikatakan membincangkan pelbagai perkara mengenai pembangunan dan pentadbiran negara termasuk KPI.
KPI yang diumumkan Najib pada April lalu, diperkenalkan dalam Kabinetnya untuk memantau prestasi dan pencapaian menteri sebagai melambangkan pembaharuan serta pendekatan kerajaan yang lebih bertanggungjawab, berfokus dan mendahulukan rakyat.
Tsu Koon memberitahu, Perdana Menteri semasa pemukiman itu telah mengingatkan menteri-menteri Kabinet meningkatkan prestasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat.
''Pemukiman itu menumpukan kepada usaha untuk mencapai KPI dan menyusun kaedah-kaedah yang akan digunakan untuk pengukuran prestasi tersebut.
''Berdasarkan kepada maklum balas syarikat perunding, menteri-menteri Kabinet telah mencapai prestasi yang memberangsangkan dimana program yang biasanya mengambil masa selama setahun untuk syarikat-syarikat swasta melaksanakannya tetapi kerajaan hanya mengambil masa tiga bulan menjadikannya realiti," katanya.
Tsu Koon memberitahu, pemukiman itu juga tidak memikirkan bentuk tindakan atau denda yang akan dikenakan terhadap kementerian yang gagal mencapai KPI.
(Berita ini diambil dari Utusan Online, 6 Julai 2009).
RAKYAT MISKIN TANGGUNG KERAJAAN PUSAT
Oleh: Mokhtar Petah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beritahu Ahad tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.“Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta."Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta , dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya.(Agenda Daily 6 Julai 2009)
Saya geli hati membaca berita mengenzai cakap – cakap Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, Sanator Datuik Seri Sharizat Abdul Jalil. Orang tua – tua Melayu telah berkata, ‘bercakap siang pandang –pandang’ dan orang sekrang berkata, “Bercakap pandang ke hadapan, krana di hadapan kita ramai orang yang lebih pandai dari kita dan sekurang – kurangnya mereka tertawakan kita, bila kita bercakap tidak sama dengan pengetahuan mereka.
Tanggungjawab membantu rakyat miskin bukan atas bahu kerajaan negeri, tetapi terpikul sebagai beban dan amanh atas Kerajaan Pusat.
Dulu pada masa Dato’ Zainuddin Maidin Setisuaha Parlimen kemudian ujadiu menteri, beliau telah membongkarkan keluarga fakir misiin di Kelantan memernusi tv dan sebagainya. Tujuannya hendak menaikkan namanya dalam Kerajaan Pusat dan memperlecehkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah.
Beliau bercadang hendak menjadikan isu kemiskinan di Negeri Kelantan itu sebagai isu berpanjangan dengan tujuan hendak menjatuhkan Kerajaan Kelantan.
Akhirnya usaha beliau itu tidak kecapaian kerana pihak atasan menegah dan menghalangnya.
“Bukan tanggungjawab Kerajaan Kelantan, tapi tanggungjawab kerjaan kita,” kata orang atasan.
Allah murka kepada sesiapa menerjah segala amalan orang Islam. Maka yang jatuh bukan Kerajaan PAS, tetapi yang menerjah kalah dalam pilihan raya.
Harap – harap Sharizat tidak menjadi seperti cerita perempuan dengan gobek sirih pinangnya. Gobek hilang, sirih kering dan pinag hilang.
No comments:
Post a Comment