KOS JAMBATAN KEDUA TINGGI KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan meneruskan projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang kerana menganggap kos pembinaan iaitu sebanyak RM4 bilion sebagai tinggi. Sebaliknya, beliau mencadangkan agar satu laluan alternatif dibina yang menghubungkan bahagian utara Pulau Pinang dengan Seberang Perai kerana bukan sahaja menelan kos yang jauh lebih keci malah menjimatkan masa dan jarak sebanyak 10 kilometer lebih dekat berbanding jambatan asal. Katanya, laluan alternatif itu juga mampu menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM4 bilion yang boleh digunakan lebihan kosnya oleh kerajaan untuk membina 40 hospital atau 400 buah sekolah baru. “Saya tidak menolak cadangan pembinaan projek tersebut tetapi saya musykil mengapa projek jambatan kedua ini diteruskan sedangkan laluan yang dicadangkan yang menelan perbelanjaan besar, “Ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangkan oleh Menteri Kewangan, untuk meneruskan projek di laluan alternatif, kalau ini dapat diteruskan ia akan menjimatkan perbelanjaan sebanyak 4 billion ringgit, termasuk ganti rugi kepada syarikat yang mendapat projek itu,” katanya di Lobi Parlimen, semalam. Menurutnya, beliau tidak membantah sekiranya kerajaan mahu meneruskan dengan syarikat yang dilantik kerana kerajaan sebelum ini telah memberi kontrak kepada syarikat itu. “Tetapi syarikat itu pun boleh juga membuat projek itu di bahagian utara yang jaraknya dapat dijimat 10 km dan melibatkan kos yang lebih rendah, dan menjimatkan RM4 bilion dana awam,” katanya. Anwar berkata, pembangkang tidak akan mempertikaikan tindakan kerajaan sekiranya rundingan semula termasuk memabayar ganti rugi kepada syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan jambatan kedua itu sekiranya meminta syarikat terbabit meneruskan pembinaan laluan alternatif itu, meskipun surat tawaran bernilai RM2.2 bilion telah diberikan kepada syarikat dari China itu. “Jadi soal perundangan tentang pembatalan tidak berbangkit,” katanya. Dalam perkembangan lain, Anwar mempersoalkan penahanan ahli Hindraf dan kumpulan Jemaah Islamiah dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sehingga kini masih belum mempunyai motif yang jelas tentang penahanan mereka. Menurutnya, jawapan yang dikemukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah tidak releven iaitu kerana bukti tidak dikeluarkan sedangkan mereka ditahan sehingga tujuh tahun. “Kerajaan kata mereka didapati mengumpulkan dana untuk membeli senjata api termasuk bahan letupan tetapi sehingga kini tiada sebarang bukti dikemukakan. “Hindraf pula dikatakan telah mengadakan perhimpunan yang membakar semangat kaum, oleh kerana kuil mereka di robohkan, orang india mati di lokap, kemudian dikatakan pula menurut perisikan penasihat Hindraf pernah berjumpa dengan pemimpin LTTE,” katanya. Beliau berkata, kerajaan baru di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mencapai sebarang pembaharuan dalam dasar Akta ISA. (Berita ini dari Sinar Harian, 1 Julai 2009) |
Wednesday, July 1, 2009
ANWAR IBRAHIM:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment