Saturday, May 3, 2008

WAKIL RAKYAT HULU KELANG

Oleh: Petah Shahrir Aidid

Ulu Klang: Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Hulu Kelang, Haji Shaari Sungib, telah menerbitkan risalah, ‘Agenda Hulu Kelang’ untuk menerangkan kepada orang ramai akan kegiatan kerjanya bersama rakyat selama 40 hari bergelar wakil rakyat.

Beliau bersama pembantunya ditemui sedang membahagikan risalah-risalah tersebut kepada semua peniaga dan pengunjung pasar malam di Taman Melawati, di sini..

Selain dari menyebarkan risalah, beliau telah menemui peniaga-peniaga untuk bertanyakan masalah mereka.

Hj. Saari Sungib

Risalah dua halaman itu, menggunakan simbol rasmi Kerajaan Selangor, menyiarkan sepuluh keping gambar kegiatan beliau bersama rakyat dalam kawasannya, termasuk menyampaikan bantuan kerusi roda kepada warga emas, di kampung Sungai Sering, menyertai perarakan maulidur rasul dan melawat Gurdwara Sikh di Kuala Ampang.

Risalah itu telah menyiarkan agenda membela masyarakat terpinggir dan mengekalkan kawasan hijau di Hulu Klang. Di antara sepuluh agenda tersebut ialah:

* Menyampaikan kuliah maghrib dan tazkirah di semua masjid

dan surau dalam kawasan Hulu Klang.

* Dialog agama bersama wakil-wakil agama Buddha, Sikh, Hindu

dan Kristian.

* Menganjurkan khidmat kesihatan percuma untuk masyarakat

Kuala Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Klang Gate,

Keramat Pangsa, Kampung Fajar, Ukay Perdana dan Taman

Melawati fasa 6.

* Mengadakan dialog dengan pegawai Majlis Perbandaran

Ampang Jaya, Pejabat Daerah, Jabatan Agama Islam

Daerah, Mahkamah Syariah dan Lembaga Zakat Selangor.

No comments: