TEA TARIK DAN CAWAT
Lelaki yang gemar minum teh tarik dan bayi lelaki yang memakai cawat (pamperts) akan diseksa dan merana oleh penyakit ‘mati pucuk’, demikian hasil kajian beberapa orang bomoh dan tukang urut Melayu.
Lebih sepuluh orang bomoh dan tukang urut, di Lembah Klang dan Perak memberitahu, bahawa setiap sepuluh lelaki yang berusia antara 25 hingga 45 tahun, tujuh orang dari mereka mengalami mati pucuk akibat gemar minum tea tarik.
Menurut seorang dari mereka, Pak Ali di Dato Keramat, bahawa lelaki yang gemar minum teh tarik, selain dari menderita mati pucuk, mereka akan terseksa oleh penyaki kencing manis, gaut dan lemah urat saraf.
“Penyakit-penyakit itu bukan disebabkan daun teh, tetapi kerana pewarna yang digunakan pada teh itu,”katanya.
“Daun tea yang digunakan untuk teh tarik bukan teh yang baik seperti teh Cameron Highland, Sabah dan dan banyak jenis teh lagi, daunnya jika direndam tidak berwarna seperti teh jenis lain,” katanya lagi.
“Untuk menjadikan warna air dari teh itu bermarna merah, daun teh itu dicampur dengan pewarna yang merbahaya kepada tubuh badan manusia,’ tambahnya.
Dia menasihat pengemar teh tarik mengubah selera dengan memilih jenis-jenis teh tulin, iaitu tidak dicampur dengan pewarna.
Pak Mat, bomoh dan tukang urut di Kampung Gajah, Perak, memberitahu, 10 pemuda berusia antara 18 hingga 25 tahun dan baru berumah tangga telah datang menemui mereka untuk meminta rawatan tradisional, 4 hingga 6 orang dari mereka itu didapati ‘mati pucuk’ akibat pada masa kecil mereka memakai cawat bayi.
Dia berpendapat, memberi bayi lelaki memakai cawat bayi akan mengakibatkan pada masa depan bayi itu menderita penyakit mati pucuk.
“Saya minta ibu bapa tak usah pakaikan cawat bayi kepada anak-anak, kerana kita hendak senang, anak-anak kita akan menderita pada masa remaja … , dewasa …,” katanya.
“Beri bayi pakai cawat longgar, tak apa anak-anak kita tu kencing berak dalam seluar atau cawat longgar, kerana kita seksa kian dema pada masa dema dah besar,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment