Thursday, May 8, 2008

SULTAN DAN MB BETUL

Oleh: Mokhtar Petah

Sultan Perak

Tindakan Menteri Besar Perak,Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menukarkan Datuk Jamry Sury Yang Dipertuan Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah betul dan tindakan Sultan Perak juga betul.

Menteri Besar sebagai Ketua Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab menukarkan mana-mana pegawai yang didapati ada sebab-sebab tertentu, kerana beliau bertindak dengan nasihat setiausaha kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang negeri itu.

Oleh itu, setelah Sultan Perak, Sultan Azlan menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan itu, Datuk Jamry Sury tidak kembali memegang jawatan tersebut, sebaliknya beliau telah dilantik semula untuk menduduki kerusi Yang Dipertua itu.

Sultan Perak dianggap betul, kerana baginda Ketua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri itu, berhak menitahkan Menteri Besar demikian kerana Baginda mendapati perlu Datuk Jamry Sury berada di situ.

Walau bagaimana pun, kalau didapati Datuk Jamry Suri telah melakukan melanggar peraturan seperti ditentukan dalam standing oder,maka catatan dalam buku rekodnya tetap dilakukan.

Betul Menteri Besar dan betul Sultan Perak adalah menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai kerajaan,bahawa di mana mereka berada dan dalam kerajaan mana sekali pun, selagi kerajaan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara, maka mereka mestilah taat dengan ikhlas.

Kejadian itu berbeza dari kejadian pada masa Menteri Besar, Datuk Seri Wan Ahmad Wan The sekitar tahun 1970-an yang bertindak hendak memecat ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh.

Menteri Besar tidak berhak memecat ulama itu, kerana ulama itu telah dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Idris Shah. Manakala Datuk Jamry Sury dilantik (dipinjamkan) oleh Ketua Kerajaan negeri dan beliau bekerja dengan kerajaan adalah melalui pemilihan oleh Pesuruh Jaya Perkhidmatan /Awam.

Kejadian yang berlaku di Negeri Perak itu telah selesai.

Sekarang orang ramai terutama rakyat Negeri Perak yang terdiri dari orang Melayu terasa ‘amat terhiris hati’, kerana ahli Dewan Rakyat (Bukit Gelugur) dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, telah mengadakan sidang akhbar mengecam Sultan Perak, di luar dewan Rakyat, pada 5 Mei lalu.

Perbuatan Karpal Singh itu tidak manis di segi adat istiadat orang Melayu, kerana adat Melayu tidak boleh rakyat menyangga atau mengecam Sultan. Dalam adat Melayu orang seperti Karpal Singh itu dianggap ‘manusia tak tahu adat’.

Mungkin Karpal Singh fikir perbuatan beliau benar, tetapi perbuatan itu sama dengan seseorang merentap serban seorang lelaki Sikh, di khalayak ramai.

Karpal Singh seorang pakar undang-undang, tetapi dia bukan pakar adat istiadat Melayu. dikhuatirkan, dengan perbuatan beliau itu akan mengakibatkan seperti seseorang mengganggu sarang tebuan.

Perbuatan Karpal Singh yang melanggar adat istiadat orang Melayu itu, seperti membawa api membakar jerami,maka dia perlu memohon ampun dari Sultan Perak kerana di seorang rakyat dalam negeri di bawah perintah Yang dipertuan Agong yang menjadi ketua kepada Raja-Raja Melayu.

Sebagai seorang ahli Parlimen dan wakil rakyat, Karpal Singh mestilah sedar, bahaya hati orang Melayu mesti dijaga dan di mana kaki berpijak di situ langit dijunjung.

No comments: