Putrajaya: Pendaftaran Negara Malaysia telah menolak permohonan seorang wanita Islam untuk menukarkan namanya yang dipandang ‘tidak manis’ kepada nama baru yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor.
Wanita tersebut, Wati binti Azahari, bekerja dalam syarikat swasta memberithau, dia telah menghantar surat permohonan kepada ibu pejabat Pendaftaran Negara di sini lebih setahun lalu, tetapi setelah beberapa lama permohonannya ditolak.
Menurut wanita yang berasal dari Taiping, Perak itu, bahawa nama yang telah diberi bapanya telah didapati tidak sesuai kerana maknanya ‘tidak manis’’
“Saya telah mendapat surat kelulusan tukar nama kepada nama baru yang saya pilih dari pihak Pejabat Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Gombak Timur, Taman Keramat.,” katanya.
“Surat permohonan saya itu bersama surat sumpah seperti yang diperlukan oleh Jabatan itu,” katanya lagi.
“Saya sendiri telah datang berjumpa dengan pegawai di pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya, tetapi mereka memberitahu saya yang permohonan saya itu tidak dapat dilayan,”tambahnya.
Dia memberitahu, sikap pegawai pejabat itu amat dikesalkan kerana penolakan itu tidak ada alasan.
Difahamkan beberapa tahun lalu, iaitu pada masa pejabat tersebut di Petaling Jaya, telah meluluskan tukar nama seorang wanita Melayu yang berasal dari Bagan Datoh, Perak.
Dia telah mendapat kelulusan tukar nama dari pihak Pejabat Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.
No comments:
Post a Comment