Monday, May 19, 2008

Tazkirah

ADAKAH HARTAWAN MELAYU JADI QARUN

Oleh: Mokhtar Petah


Ada orang berkata, iman pada manusia seperti lilin pada besi. Selagi besi itu sejuk, lilin tetap kekal pada besi itu, tetapi bila besi itu panas, sama ada kerana cahaya matahari mahupun api, lilin itu cair.

Walau sealim mana seseorang itu, kalau iman tidak kuat, tidak ikhlas, tidak amanah dan tidak ada akhlak, maka dia akan terpengaruh dengan harta benda yang banyak atau kekayaan.

Allah telah meninggalkan contoh kepada kita, iaitu mengenai orang alim dan warak, iaitu Qarun. Pada satu hari dia melihat Nabi Musa pandai menjadikan emas dari batu, pasir dan tanah, maka Qarun meminta nabi allah itu mengajarnya membuat emas, tetapi Nabi Musa enggan mengajarnya kalau-kalau dia akan lupa diri.

Tetapi, oleh kerana Qarun berkali-kali memohon kepada Nabi Musa, maka nabi Allah itu telah mengajar Qarun akan ilmu membuat. Qarun telah membuat emas. Apabila dia telah kaya raya, imannya kepada Allah telah lebur dan dia akhirnya Allah membenamkan dia dan harta bendanya ke dalam bumi.

Dari kisah itulah, pada masa ini, di mana-mana orang ramai bercakap tentang harta Qarun

‘Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum kerabat Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka, dan Kamu Kurniakan kekayaan kepadanya, yang anak kuncinya (gedung hartanya), berat, dipikul oleh sekumpulan orang yang gagah. Perhatikanlah pada ketika kaumnya berkata kepadanya: Jangan kamu sombong; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan dirinya.

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pa) sebagaimana halka dan kebahagiaan pada hari akhirat dan jangan kamu melupakan bahagian kamu (keperluan dan bekalan kamu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepda hamba-hamba Allah) sebagai amanah Allah berbuat baik kepada kepada kamu (dengan kurniaan yang melimpah ruah); dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepda orang-orang yang melakukan kerosakan. (Qarun) menjawab: Sesaungguhnya kekayaan ini diberikan kepada aku kerana pengetahuan aku. Tidaklah dia (Qarun) mengetahui, bahawa sebelum itu Allah telah membinasakan orang-orang yang lebih besar kekuatan dan lebih banyak (kekayaan) yang dikumpulkannya? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya lagi tentang dosa mereka.

Lalu dia (Qarun) keluar kepada kaumnya dengan (memakai) perhiasaannya (yang indah). Orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia ini telah berkata: Wahai, kiranya kami mempunyai (seperti) apa yang dikurniakan kepada Qarun! Sesungguhnya dia beruntung besar (bernasib baik).

Tetapi mereka yang berpengetahuan berkata: Malang nasib kamu. Pahala dari Tuhan lebih baik untruk orang-orangn yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, tetapi, hanya mereka yang sabar dapat menerimanya.

Lalu Kami benamkan dia bersama dengan mahligainya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah, dan dia juga tidak dapat menolong dirinya.

Maka mereka yang berkeinginan (menjadi) seperti Qarun kelmarin, berkata: Ah, sesungguhnya Allah yang membanyakkan dan membatasi rezeki kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Sekiranya Allah tidak mengurniakan kepada kami, tentulah dibenamkan kami ke dalam bumi. Ssungguhnya tidak beruntung mereka yang tidak beriman.( surah al Qasas: 76 – 82)

Adakah di antara orang-orang Melayu yang kaya raya berperangai atau menyombong seperti Qarun? Jawabnya tentulah ada. Oleh sebab itulah ramai orang Melayu hidup melarat dan ramai pula menjadi jahat; penyamun dan pencuri yang mengganggu mereka yang kaya raya.

Ulama terkenal di Kuala Kangsar (1930-an hingga 1942), Sheikh Haji Nawawi bin Muhammad (Sheik janggut merah) telah berkata, bahawa mana-mana rumah yang dimasuki pencuri dan pencuri telah mencuri barang-barang atau wang di dalamnya, menandakan harta dan wang tuan rumah itu tidak bersih, iaitu didapati dengan jalan haram, seperti riba, rasuah, penipuan, harta anak yatim dan sebagainya.

No comments: