Saturday, May 10, 2008

Artkel

PENULIS POLTIK BIDAN KUCING

Oleh: Noor Iskandar.

Kita pernah mendengar lelaki menjadi bidan kepada perempuan-perempuan yang bersalin, tetapi lain pula dengan penulis politik terkenal, Sayuti Omar, dia telah menjadi bidan kucing susah beranak dengan memberi minum susu yang dijampi selusuh untuk mudah beranak.

Sayuti Omar adalah Ketua Pengarang surat khabar mingguan ‘Siasah’.

Sayuti Omar

Dia gemar memelihara kucing. Semua kucing yang dipelihara adalah yang dipungut dijalanan, iaitu kucing terbuang.

“Bila kucing saya nak beranak, saya sediakan tempat untuk kucing tu beranak, tapi pada satu hari kucing saya yang sepatutnya beranak, jadi susah nak beranak,” ceritanya.

“Bila saya tengok kucing betina tu susah beranak, saya minta isteri saya beri susu yang kami minum, saya jampi selusuh, iaitu untuk mudah beranak,” ceritanya lagi.

“Beberapa saat lepas kucing tu minum susu yang saya jampi tu, ia beranak,” tambahnya.

Menurut Sayuti, pada satu masa dulu, dia pernah menunggu kucing betinanya beranak seekor lepas seekor hingga enam ekor.

Dia berkebolehan mengenai kucing bunting dan hampir beranak, dia memegang perut kucing itu, maka dia tahu berapa ekor anak kucing dalam perut ibunya dan bila akan beranak.

No comments: