KETUA JABATAN AGAMA ISLAM
Ipoh, Sebilangan umat Islam termasuk ulama telah menyifatkan sebagai ‘langkah bijak dan adil’ tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamauddin menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, Dastuk Jamry Sury, ke pejabat Setusaha Kerajaan negeri itu.
Menteri Besar telah bertindak menukarkan Jamry Sury dalam tempoh 24 jam atas sebab sikap pegawai yang tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri pakatan PAS, DAP dan PKR.
“Untuk mencari jalan baik dan memantapkan pentadbiran mmanglah patut Menteri Besar bertindak begitu, kerana Jamry Sury seorang pegawai kerajaan dan bukan orang politik,”kata seorang ahli politik yang tidak mahu disiarkan namanya.
“Dalam negara demokrasi, pegawai kerajaan hendaklah patuh kepada kerajaan yang dipilih rakyat, walaupun kerajaan itu tidak sama dengan seleranya,”katanya.
“Pegawai kerajaan bekerja dan makan gaji, kesetiaannya kepada kerajaan mesti diamalkan, kerana kerajaan negeri Perak sekarang tertakuk di bawah Perlembagaan Negara dan kerajaan yang sah,” katanya lagi.
“Tak jadi salah Menteri Besar bertindak, bukan membuang kerja tetapi ditukar ke pejabat SUK, lagipun Haamry Sury seorang pegawai yang dipinjamkan kepada Jabatan Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perak,” tambahnya.
Seorang veteran UMNO yang mahu dikenali sebagai Mustafa Ali, mengaku-alukan tindakan tegas Menteri Besar itu.
“ Walaupun dari tidak sama parti dengan Menteri Besar, tetapi tindakannya wajar kerana dia menjalankan amanah rakyat dan harapan Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam dan Adat istiadat Melayu negeri Perak,” katanya.
“ Saya berpendapat, mana-mana pegawai kerajaan tidak mahu beerjasama dengan Menteri Besar yang mengetuai kerajaan negeri, bererti dia tidak bekerjasama dengan Sultan, kerana Menteri Besar dilantik oleh Sultan dan mengangkat sumpah di bawah daulat Baginda,” tambahnya.
Menurut Menteri Besar, bahawa Jamry Suri telah memegang jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas, di pejabat Setiausaha Kerajaan Perak.
GERAI MAKANAN
Ampang, Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim diminta turun padang untuk melihat gerai-gerai makanan yang didirikan oleh Kerajaan Selangor yang lalu di beberapa tempat termasuk Taman Melawati fasa 6 berkeadaan seperti dangau dalam sawah.
Semua gerai makanan itu didirikan kira-kira dua bulan sebelum Pilihan Raya ke-12 , atas tapak-tapak gerai ayang telah dirobohkan oleh Penguat kuasa Majlis Daerah atau perbandaran.
Sejak didirikan hingga kini gerai-gerai itu belum dibuka dan peniaga-peniaga makanan tidak dapat menjalankan perniagaan di gerai itu kerana kecil dan atapnya seperti atap dangau.
Peniaga, Shamsuddin Yusof berharap Kerajaan Selangor meneliti semula gerai-gerai itu dan membina gerai-gerai baru supaya para peniaga dapat berniaga dengan selesa.
SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Oleh: Hadhri Mohamad
Taiping, Jawatankuasa sekolah agama rakyat bagi warga tua - Darul Ulum, di Changkat Jering, dekat sini merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi supaya membantu kewangan bagi membiayai pembinaan sekolah itu yang terbengkalai semenjak lebih dua tahun.
Pengerusi Jawatankuasa sekolah itu, Dato’ Haji Mat.Isa Ismail telah memohon bantuan kewangan lebih RM1juta kepada Perdana Menteri , tetapi belum diluluskan.
“Kami tidak mendapat tahu, sama ada permohonan kami diuluskan atau tidak,” kata Haji Mat Isa.
“Kami harap Perdana menteri dapat meluluskan permohonan kami itu kerana pembinaan sekolah itu terbengkalai,”katanya.
Mohd.Isa adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (Changkat Jering) dan Speaker Dewan Undangan. Pada pilihan raya umum ke-12, beliau kalah kepada calon parti pembangkang .
Difahamkan, pembinaan tapak sekolah itu telah dijalan oleh sebuah syarikat, tetapi hingga kini syarikat itu belum mendapat bayaran dari pihak sekolah itu.
No comments:
Post a Comment