Wednesday, May 14, 2008

Berkenalan Dengan Ulama

DATUK DR. HAJI HARUN SANI ZAJARIA

MUFTI KIERAJAAN PERAK

Oleh: Mokhtar Petah

[Mufti adalah orang yang paling rapat dengan Sultan sesebuah negeri. Fatwanya diikuti oleh Sultan dan Rakyat. Di segi agama Islam, suara Mufti di atas suara Sultan. Sultan bertitah bersandarkan adat istiadat Melayu. Mufti berfatwa berdasarkan Quran dan Hadis.

Mufti menyanggah titah Sultan bererti dia melakukan kesalahan pada adat istiadat Melayu. Tetapi Sultan membantah fatwa Mufti, bererti melakukan dosa di segi agama Islam.]

Penulis

Dr. Haji Harun Sani

Di Negeri Perak terdapat ramai cendekiawan Islam. Salah seorang dari mereka itu, ialah Datuk Dr. Haji Harun Sani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Perak.

Beliau mula memagang jawatan Mufti Kerajaan Perak, pada tahun 1985. Mufti orang yang bertanggung jawab atas hukum hakam dalam Islam.

Pada masa itu Mufti terletak di bawah Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Pada tahun 1992 dengan kehendak Sultan Perak, Mufti mempunyai sebuah jabatan khas, iaitu Jabatan Mufti. Jabatan tersebut paling rapat dengan Sultan Perak.

Dr. Haji Harun Sani dilahirkan di desa Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, pada 8 April 1939. Pada usianya tujuh tahun, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar.

Melanjutkan pelajarannya ke Anglo Chinese School, Parit Buntar, kemudian melanjutkan pelajarannya di sekolah agama, Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Beliau telah memasuki Kulliah Al Attas, Johor Bharu.

Setelah tamat di kolej tersebut, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam Malaya, Klang dan berjaya mendapat diploma pendidikan, Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya, dan kemudiannya mengikuti kursus khas, di Muslim College, London.

Sebelum memaagang jawatan Mufti Kerajaan Perak, Dr. Haji Harusn Sani telah berkhidmat dalam Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri (1964-1967) . Beliau telah berkhidmat sebagai kadi, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( 1967- 1973).

Pada masa berkhidmat di Pulau Pinang, beliau telah menjadi pensyarah sambilan di Maktab Perguruan Persekutuan, Gelugur, pensyarah sambilan di Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang.

Beliau telah diangkat ke jawatan Kadi Besar Pulau Pinang (1973 - 1985).

Telah menyertai dialog antara agama; Kristian, Yahudi dan Islam (1989). Pada tahun 1996 beliau telah berceramah dan berdialog dengan penuntut-penuntut Malaysia di Washington, Amerika Syarikat. Dan lawatan sambil belajar ke Negara-negara diTikjur Tengah dan Eropah.

Dr. Haji Harun Sani adalah timbalan Pengerusi Majlis Fatwa kebangsaan, Ahli Lembagsa Teks Al Quran,Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Beliau telah menulis beberapa buah buku. Di antara buku-buku tersebut, ialah: Syaitan Musuh Insan (1978), Hukum-Hukum Perkahwinan (1999) dan Ibadah Qurab (1999).

No comments: