BUKU-BUKU BARU
Manusia biasa tidak akan menjadi bijak kalau tidak rajin membaca buku. Manusia akan sentiasa mengalami resah, gelisah – stress – jika tidak gemar membaca novel. Penulis-penuli novel dapat menolong manusia untuk melepaskan dari penyakit jiwa itu.
Bacalah novel yang akan terbit ini:
KASIH IBUKU
Oleh:
‘Dia ibuku, di hujung jarinya perjuanganku.
Bawah tapak kakinya syurga bagiku.
Kerana beruk garang kacau janda,
ayahku kahwin lagi.
CINTA DAN JIHAD
Oleh:
‘Dua kekasih berjihad,
labu Sayong jadi bom bunuh askar Amerika di Iraq.’
KELIP- KELIP DI KOTA LONDON
Oleh:
‘Kekasih orang politik Malaysia
menggonggong duka di London’
MADU DAN HIDAYAH
Oleh:
‘Segarang-garang isteri, menentang poligami,
beri makan nasi tangas kepada suami,
akhirnya macam kerak nasi direndam dalam air;
akhirnya rela bermadu jua.’
BUNGA PADMA DI LEMBAH NIL
Oleh:
‘Harapan ibu bapa, bila anak gadis mereka kembali
dari Mesir mengulit ijazah dari Universiti Al Azhar,
tetapi anak pulang membawa cucu tanpa bapa dalam perut.
Bekas kekasih mati meragam di Selatan Thailand’.
AIR MATA KERING DI PIPI
Oleh:
‘Gadis universiti bercinta dengan professor - lelaki tua,
Dia laksana menumpang batang reput hanyut dalam
arus sungai menuju muara.’
2 comments:
Membaca judul-judul kitab roman sdr sungguh menarik kerana ianya penuh bidalan, segar dan indah. Sdr masih mempertahankan gaya bahasa Zaaba. Tahniah dan syabas. Dan saya percaya kisah-kisah dalam kitab berkenaan adalah separuh real mengenai kisah kehidupan dan percintaan sdr sendiri. Sekali lagi tahniah. - Bidan Kucing.
Tuan, sekadar bertanya sudahkah tuan ada penerbit untuk novel-novel tuan?
Saya suka tulisan tuan yang mengesankan dan saya harap tuan mendapat penerbit yang baik sehebat tulisan tuan juga.
Post a Comment