Saturday, May 3, 2008

Berita

UMNO KELANTAN


Kota Bharu: Tokoh veteran UMNO Kelantan dan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, Datuk Abdullah Ahmad percaya, bahawa UMNO negeri itu tidak akan kuat dan tidak boleh diharap oleh para ahlinya, selagi dipimpin oleh Datuk Anuar Musa.

“Selagi Datuk Anuar Musa pimpin, UMNO Kelantan akan bertambah teruk, tak akan berjaya merampas Kelantan dari PAS pada masa akan datang,” katanya.

“Dia kata nak letak jawatan jika ada yang mahu dia buat begitu, apa nak tunggu orang minta, dah tahu awak tak berkebolehan dan jadikan UMNO bertambah daif, lebih baik letak jawatan,” katanya.

“Pemimpin yang ada sekarang ni bermasalah, macam mana nak pimpin UMNO dengan baik, lebih baiklah orang lain,”katanya lagi.

“Orang Melayu Kelantan bukan tak sukakan UMNO, tetapi kerana mereka menolak pemimpin Datuk Anuar Musa,”tambahnya.

Abdullah Ahmad yakin, UMNO akan bertambah kuat dan mendapat kepercayaan orang Melayu, kalau dipimpin oleh Datuk Mustapa Mohamed yang kini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

No comments: