MENCARI HANG TUAH DI BANDAR MELAKA
Pada pagi itu saya berjalan dengan mata liar di sekitar Bandar Hilir dan pada jam 8.00 malam saya berdiri dengan mata liar juga di Jalan Hang Tuah, saya tidak melihat orang yang saya cari.
Sesungguhnya saya mencari Hang Tuah di Bandaraya Bersejarah itu. Saya tidak menemui pahlawan Melayu itu, hanya sebatang jalan besar bernama Jalan Hang Tuah.
Saya teringat, dalam Bandaraya Kuala Lumpur ada Jalan Hang Tuah dan para sahabatnya, Hang Jebat,Hang Kasturi dan Hang Lekiu.
Pada satu masa dulu, saya di Pattani, wilayah Melayu di Selatan Thailand yang dijajah oleh Siam, di kampung Kota, saya telah ditunjukkan sebuah telaga batu, iaitu telaga Hang Tuah.
Nama Hang Tuah termasyhur di seluruh Nusantara. Bukunya dibaca oleh sebilangan cendekiawan di seluruh dunia.
Sebenarnya kita telah dipengaruhi oleh kepercayaan diluar kenyataan dan pengetahuan. Sebenarnya Hang Tuah dan kawan-kawannya tidak wujud. Buku Hang Tuah sekadar sebuah sebuah buku yang dikarang sebagai melaporkan peristiwa zaman Kerajaan Melayu Melaka, sama dengan novel yang menggarapkan peristiwa pada zaman Sultan Melaka.
Oleh kerana kisah Hang Tuah tidak bersifat sejarah, maka Melaka tidak diberi perhatian untuk melantik seorang Sultan bagi menyambung kembali kesultanan negeri itu.
Setelah mengkaji kandungan buku Hang Tuah, kuat keyakinan, bahawa pengarang buku itu adalah seorang yang alim akan pengetahuan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Mungkin dia seorang Melayu Nusantara dan mungkin orang Cina yang beragama Islam dan alim.
Nama-nama watak tidak dalam kisah itu; Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Lekiu seperti nama orang Cina dan Hang Kasturi seperti nama orang Melayu.
Pengarang yang tersembunyi itu, telah mengemukakan Hang Tuah seorang pahlawan yang amat taat dan setia kepada Sultan dan Hang Jebat pula seorang pahlawan menentang Sultan yang dianggap zalim kerana telah menghukum Hang Tuah dengan tidak meneliti atau usul periksa terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment