Friday, April 30, 2010

ORANG KAFIR


Orang – orang kafir (iaitu yang menidakkan wujud Allah, menyengutukan Allah dan tidak percayakan Allah) yang menikmati kesenangan di dunia dan mereka makan minum sebagaimana haiwan –m haiwan ternakan makan dan minum, sedangkan (tentunya) neraka akan menjad tempat tinggal mereka. – Muhammad:12



HADIS


DUNIA DAN AKHIRAT


Nabi Muhammad s.a.w. bersambda: Dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan akhirat, melainkah salah seorang dari kalian mencelupkan jarinya ke dalam laut, maka, lihatlah apa yang dikeluarkannya. –Perawi: Imam Muslim

KHUTBAH JUMAAT




IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI PEKERJA

(30 APRIL 2010 / 15 JAMADIL AWWAL 1431)


Pada hari Jumaat yang berkat ini, dikenali juga sebagai Penghulu segala hari, maka saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita berterusan bertakwa kepada Allah SWT, takut kepada Allah dengan menghayati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan ketakwaan itu, akan mewujudkan anak-anak dan keluarga kita yang menjadi asas kekuatan masyarakat ini menjadi insan soleh serta membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah:
IHSAN MEMPERKASA JATIDIRI PEKERJA.
Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah SWT menciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan menjadi hamba Allah iaitu menguruskan dunia ini dengan sebaik mungkin mengikut standard piawaian atau peraturan yang ditetapkan-Nya. Selepas itu manusia akan dikembalikan ke akhirat untuk menghadapi penilaian dan pengadilan sejauhmana prestasi melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah matlamat utama dan halatuju kehidupan manusia di dunia ini.
Sebagai pekerja Allah di atas dunia ini samada bekerja dengan kerajaan, swasta dan bekerja sendiri , mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Menurut ajaran Islam, pada dasarnya setiap pekerjaan orang Islam mempunyai dua sasaran utama : Pertama melaksanakan hak Allah SWT dan Keduanya melaksanakan muamalah sesama manusia seperti dalam politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Mimbar amat yakin jika umat Islam dapat memenuhi dengan cemerlang melaksanakan dua sasaran itu maka umat Islam akan memperolehi kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Bagaimanapun isu yang sering menjadi perbahasan hangat mengenai pekerja ialah kualiti pekerjaan dan kecemerlangan dalam usaha memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada dua pelanggan tadi iatu Allah SWT dan manusia.
Islam telah memberi peringatan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat baik, cemerlang dan menjaga kualiti atau bersifat ihsan dalam melakukan setiap pekerjaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:
Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.
Ketika mengulas perkara yang sama mengenai kecemerlangan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.(Riwayat Baihaqi).
Dalam hadith terkenal yang diriwayatkan al-Bukhari menyatakan Malaikat Jibril mengajar Rasulullah SAW tentang perihal Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan. Jika salah satu komponen ini tidak ada atau tidak difahami, maka kita belum menghayati Islam secara sempurna.
Berdasarkan pemerhatian mimbar, memahami dan menghayati sifat ihsan ini akan membantu umat Islam mewujudkan pekerjaan yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Sifat ihsan bermaksud kita melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah pekerjaan kita dilihat dan dipantau oleh Allah SWT. Sabda Rasullullah SAW ketika di tanya oleh Jibril tentang ihsan:
Apakah ihsan itu?, sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu
melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya
Dia melihat kamu.
( Riwayat al-Bukhari )
Unsur penting sifat ihsan ialah bekerja secara profesional, menguasai bidang kerja, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Penghasilan yang baik sudah tentu menjadi hak pekerja dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk melahirkan ihsan atau sebaik-baik pekerjaan yang amat dituntut dalam Islam itu?. Berdasarkan dalil al-Quran, hadith Rasulullah dan pakar pengurusan, prinsip ihsan meliputi perkara berikut:

Pertama: Berakhlak mulia,
Kedua: Kita perlu mempunyai keterampilan dan kemahiran tinggi dalam sesuatu
bidang tugas,
Ketiga: Mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan
dalam menganalisis sesuatu maslahah dan peka dengan keperluan masyarakat
semasa,
Keempat: Mempunyai wawasan dan dapat membuat jangkaan tentang keperluan
masa depan,
Kelima: Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menghasilkan kecemerlangan
sesuatu aktiviti.

Prinsip ihsan tidak berhasil jika semata-mata kuat beragama tetapi tidak menguasai ilmu dan kemahiran pekerjaan. Prinsip ihsan juga akan cacat jika hebat menguasai ilmu tetapi lemah dalam penghayatan agama. Berdasarkan pengertian sebenar sifat ihsan ini, akan melahirkan pekerja yang bertanggungjawab, beristiqamah dengan suruhan Allah SWT dan sekaligus mengutamakan kepentingan pelanggan dalam melakukan tugasannya, samada ketika berhadapan dengan orang ramai atau di tempat yang sunyi, samada ketika bersama dengan majikan ataupun ketika ketiadaan majikan.
Pekerja yang melaksanakan tugas mengikut bidang yang ditetapkan dengan penuh ihsan dijanjikan pahala yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 112:

Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya)
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh
pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya
kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mimbar mengingatkan bahawa kecemerlangan sesebuah organisasi itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat dan tidak dapat kita capai tanpa ada perubahan ke arah peningkatan.
Selari dengan tuntutan ajaran Islam, Allah SWT telah menegur umat manusia supaya berani membuat perubahan positif dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi prestasi dan kualiti keinsanan seseorang. Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 11:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Bekerja atas dasar ihsan untuk memenuhi hak Allah SWT dan keperluan manusia sejagat akan memperkasa jati diri dan meningkatkan harga diri pekerja. Seseorang akan takut melakukan perbuatan keji, tercela seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang, ponteng kerja, dan perbuatan negatif yang lain. Jangan mendapatkan rezeki atau kekayaan dengan sembarangan, dengan jalan haram, dengan jalan penipuan, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Semua wang kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan menganiaya pihak lain dengan merugikan orang lain adalah wang dan kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram hakikatnya tidak membawa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, tetapi akan membawa kesengasaraan dan kecelakaan di dunia dan akhirat. Jiwa manusia, jiwa pekerja pada asalnya adalah sesuatu yang suci. Tetapi harta yang diperolehi secara tidak halal tidak mungkin dapat memberi kebaikan pada jiwa kita.
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru semua golongan pekerja, sempena sambutan Hari Pekerja 2010 yang bertemakan:Pekerja berinovasi pemacu tranformasi, maka marilah sama-sama kita memperkasa jati diri dengan menghayati sifat ihsan supaya setiap amalan dan pekerjaan kita memenuhi standard piawaian Allah dan memberi kepuasan kepada Allah SWT serta manusia sejagat.
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 105:

Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan,
maka Allah SWT. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT.
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian
Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.
(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, untuk Masjid Putra dan Masjid Besi, Putrajaya, pada hari ini).

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


---- kita sama - sama fikir ----

AMARAN SULTAN
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memberi amaran, sesiapa yang tidak bersetuju dengan undang-undang, di negeri baginda, meliputi larangan berpolitik dalam masjid dan surau, jangan datang ke Selangor.
Baginda menegaskan, walaupun tidak ada tegahan bagi rakyat negeri - negeri lain bermastautin dan mencari rezeki di negeri Selangor, tetapi mereka hendaklah mematuhi segala undang-undang

ANAK BEKASTPM Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.(Harakah)

AMBIL ALIH FELDA

Kerajaan negeri diminta menyemak semula terma-terma yang terkandung dalam Akta GSA 1960 bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan diisi bagi penempatan generasi kedua Felda.

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, hari ini. (Harakah)



Thursday, April 29, 2010

POLITIK

BANGSA MELAYU

Kemunculan Bangsa Melayu di Kepulauan Melayu atau Nusantara seperti bangsa- kemunculan bangsa-bangsa lain di negara-negara di seluruh dunia juga, iaitu permulaan kehidupan dengan fasa kebudayaan dari zaman batu (stone age). Zaman manusia tidak pengetahuan. Tidak beragama yang mengakui wujudnya Tuhan. Tidak bijaksana sebagai manusia sejati.Zaman purba, kuno, kolot atau primitif.
Pada zaman batu (stone age), orang Melayu menggunakan batu sebagai alat penting dalam kehdipan. Manakala kayu, akar, tali dari kulit kayu, damar, tulang, gading, siung atau taring haiwan dan sebagainya untuk baham membantu dalam penggunaan batu untuk kehidupan.

The cultural phase during which man relied on stone, supplimented by wood,
bone, or antler,as material for weapens and tools.

Untuk mendapatkan api, mereka menggunakan batu. Batu pejal digesel dengan batu pejal. Manakala rabuk, iaitu serbuk debu pada kulit pelepah pokok dudur atau remedin yang kering di letakkan pada bahagian batu yang digesel. Api yang keluar dari dua batu itu menyambar kepada rabuk itu. Api pada rabuk itu diletakkan pada rabuk yang banyak. Api yang membakar rabuk itu membesar dan dibakar daun-daun dan kering dan kayu - kayu kering.
BELIUNG
Alat-alat kelengkapan untuk digunakan dalam kehidupan disepadukan batu dengan kayu dan rotan. Misalnya alat untuk menebang pokok, iaitu beliung, hulunya yang panjangnya kira-kira 600mm dari kayu, tempat memegangnya dari kayu lempung atau lembut. Pada sarang batu di dipangkal hulu beliung itu diikat dengan rotan. Begitu juga lembing atau tombak. Hulunya dari kayu. Untuk mengikat batu yang menjadi matanya diikat dengan rotan. Biasanya rotan seni atau rotan segar.
Orang Melayu yang hidup pada zaman batu, tidak mempunyai peraturan, sistem atau undang-undang dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan. Mereka hidup bergantung pada kebiasaan, adat yang mereka warisi dari datuk nenek, bergantung pada perasaan hati. Bila hati baik keadaan ikut baik dan bila hati jahat atau marah, maka berlakulah keadaan yang buruk.
Adat dan perasaan seperti dalam falsafah atau peribahasa Melayu, ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’ dan ‘ yang baik itu budi yang elok itu bahasa’. Bahasa ertinya tutur kata, tingkah laku yang kini dinamakan ‘budi pekerti’ atau ‘akhlak mulia’.
AKHLAK
Kita tidak menafikan, pada masa itu orang Melayu telah mempunyai budi pekerti atau akhlak mulia, seperti:
1. Kepada diri sendiri. Setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri, seperti menjaga harga diri seperti menutup kemaluan dengan kulit atau daun kayu. Makan minum. Tidur baring. Memenuhi keperluan seks. Menjaga kesihatan diri. Yakin pada diri sendiri.
2. Isteri, anak dan keluarga. Menjaga atau melayan kepentingan isteri dan anak-anak, seperti mencari tempat berteduh, makan dan minum dan menjaga dari terkena penyakit, mengubat penyakit dan mengahwinkan anak.
3. Rakan atau taulan. Berbaik dengan rakan-rakan yang senasib terutama sesama dalam satu puak. Tidak khianat isteri dan anak-anak rakan.
4. Jiran tetangga. Berbaik-baik dan menghormati jiran tetangga. Menjaga keselamatan mereka.
5. Segala yang bersifat misteri dan ghaib. Hormat, taat dan percaya kepada sesuatu yang ghaib dan misteri, seperti pusara, gua, tempat-tempat tertentu, haiwan dan unggas dan sebagainya. Kerana budi pekerti, maka mereka memohon, memberi jamuan dan menyembah kepada yang mereka percaya itu.

PAKSA
Walaupun tidak ada sistem kekeluargaan yang bertulis, tetapi dalam perkara nikah kahwin, pada umumnya Orang Melayu pada masa itu berpegang pada runding muafakat. Teruna dan dara yang akan berkahwin itu ditentukan ‘suka sama suka’ atau ‘cinta sama cinta’. Tidak digalakkan berkahwin secara paksa. Sama ada paksaan oleh ibu bapa mahupun paksaan oleh pihak lelaki yang akan mengahwini seseorang gadis tersebut.
Pada zaman itu Orang Melayu hidup dalam keadaan berpuak-puak yang dikenali dengan kaum. Misalnya kaum di atas bukit, kaum di lurah dan kaum di tepi laut. Kadang-kadang disebabkan kawasan mencari makan dicerobohi oleh kaum lain, maka berlakulah perkelahian antara mereka
Kepulauan Melayu (Malay archipelago) atau Nusantara. Pada tahun-tahun sebelum terbentuk Malaysia dan disebut juga Melayu Raya, mempunyai kawasan yang luasnya lebih dari 2000,000 km persegi. Kawasan itu dari Kemboja-Campa di Semenanjung Indocina, meliputi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo atau Kalimantan, Suamtera, Aceh, Tanah Jawa, Pulau Sunda, Pulau Maluku, Filipina hingga ke kawasan Australia. Nusantara bersempadankan Lautan Hindi dan Lautan Pacific.
TERPISAH
Menurut kajian arkeologi, bahawa lebih 11,000 tahun lalu telah berlaku perubahan air batu menyebabkan berlaku perubahan pada paras laut dan daratan, sekitar Sunda dan Laut Cina Selatan ditenggelami air dan berlakulah pembahagian atau terpisah Semenanajung Tanah Melayu, Kalimantan atau Borneo, Sumatera, Jawa, Filipina dan kawasan Australia.
Disebabkan keadaan daratan terpisah-pisah, maka penduduk-penduduknya telah terpisah dan menjadi masyarakat atau kaum di tempat atau kawasan masing-masing.
Pada zaman batu Orang Melayu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan tujuan untuk mencari makan atau untuk meneruskan hidup.
Pada zaman itu belum wujud ilmu pengetahuan- sains dan teknologi teratur. Ertinya pada zaman itu Orang Melayu telah wujud dan tahu menguruskan kehidupan pada zaman mereka.
(Dari buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, oleh: Mokhtar Petah)



QURAN DAN HADIS


PERANG PADA JALAN ALLAH

Sesungguhnya Allah Allah telah membeli diri dan harta orang – orang yang beriman dengan mengurniakan shyurga untuk mereka; mereka berperang di jalan Allah (menegak dan membela Islam), kerana demikian mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yang sebenarnya dari Allah dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih dipercayai memenuhi janji melebihi Allah? Oleh itu bersukacitalah dengan perejanjian yang kalian telah melaksanakan, dan itulah keuntungan yang besar.
Mereka yang tobat (kepada Allah), mereka yang menyembah (Allah), mereka yang berpuasa, mereka yang rukuk, mereka yang sujud, meeka yang menyuruh mengerjakan kebaikan, mereka yang melarang melakukan kejahatan dan mereka yang menjaga hudud (batas hukum Allah). Sampaikanlah berita gembira kepada orang – orang yang beriman.
– At Taubah:111, 112.



HADIS


HAMPIRKAN DIRI


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Tidak hamper mereka yang menghapiri (seperjuangan) dengan saya, kecuali dengan menunaikan segala yang Saya (Allah) telah fardukan kepada mereka.
– Perawi: Imam Bukhari.

Wednesday, April 28, 2010

BASMI RASUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


MAKLUMAT BOLEH DIHANTAR DENGAN CARA :

1. Datang sendiri ke mana-mana Pejabat SPRM terdekat
2. Gunakan Laman SPRM http://www.sprm.gov.my
3. Maklumat melalui SMS
4. E-mel : info@sprm.gov.my.
5. Tulis surat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peti Surat 6000,62007 Putrajaya atau mana-mana negeri (tanpa setem)
6. Talian bebas tol SPRM 1-800-88-6000

KEWAJIPAN MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH
Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(1) SPRM 2009

Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh,atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(3) SPRM 2009

PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT DAN KANDUNGAN MAKLUMAT
Semua pemberi maklumat kepada pegawai suruhanjaya (SPRM) adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintah untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Dalam hal maklumat, segala bahagian yang mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan.

Sek. 65(1) dan (2) SPRM 2009

QURAN DAN HADIS

ORANG KAFIR
Orang – orang kafir (iaitu yang menidakkan wujud Allah, menyengutukan Allah dan tidak percayakan Allah) yang menikmati kesenangan di dunia dan mereka makan minum sebagaimana haiwan –m haiwan ternakan makan dan minum, sedangkan (tentunya) neraka akan menjad tempat tinggal mereka.
– Muhammad:12


HADIS

DUNIA DAN AKHIRAT


Nabi Muhammad s.a.w. bersambda: Dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan akhirat, melainkah salah seorang dari kalian mencelupkan jarinya ke dalam laut, maka, lihatlah apa yang dikeluarkannya.

– Perawi: Imam Muslim

PERISTIWA DAN KITA



CATATAN

Mokhtar Petah


---- kita sama - sama fikir ----


PAS DI BUKIT PERANGINAN


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan melancarkan Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Kawasan Cameron Highlands pada malam 1 Mei ini di Hotel Cool Point, Tanah Rata.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Al Ahmadi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi tadi berkata serentak dengan pelancaran itu, satu majlis ramah mesra bersama rakyat membabitkan pimpinan PAS negeri dan Kawasan Cameron Highlands akan diadakan.
“Majlis ramah mesra ini akan bermula jam 9 malam dan kita menjemput orang ramai hadir pada majlis yang amat bersejarah ini. Penubuhan kelab penyokong di kawasan Cameron Highlands ini amat dibanggakan kerana ia merupakan kejayaan PAS menarik penyertaan rakyat berbagai kaum ke dalam perjuangan PAS,” katanya. (Harakah)

TIDAK PERLU MINTA MAAF
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa daripada Pas, tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lepas yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah tentang kuasa raja yang tidak dihormati dan beliau bukannya mempertikaikan tentang kuasa raja sebagai ketua agama. (Sinar Harian).

KUASA RAJA
Mereka yang bergelar wakil rakyat tidak sewajarnya mengemukakan soalan yang menyentuh tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan sultan sebagai Ketua Agama Islam.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, wakil rakyat sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada pihak yang lebih pakar dan mahir dalam soal undang-undang serta kuasa institusi beraja.
Katanya, adalah tidak wajar untuk mereka mengemukakan soalan seperti itu pada sidang Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. (Utusan Malaysia)
Komen. Pendapat Md. Shukri ini telah ketinggalan zaman. Hanya pada zaman Rom tua, rakyat tidak boleh menyoal dan mempertikaikan hal ehwal raja pemerintah.
Sila baca buku: Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah.

SULTAN IDRIS SHAH



DIALOG SULTAN PERAK


DENGAN


DIALOG SAYA


Oleh: Mokhtar Petah

Sultan Idris Shah


Sepanjang pemerintahan Sultan Idris Shah, di Negeri Perak, pada tahun 1970 – an, telah berlaku ‘revolusi mental’ umat Islam di negeri tersebut terhadap hukum – hukum dalam Islam berhubungan dengan ibadat puasa dan raya - aidil fitri.
‘Revolusi mental’ terhadap hokum - hukum Islam itu dimulakan oleh Sultan Idris Shah, iaitu menjalankan kuasanya – Sultan Ketua Agama Isalam dan Adat Istiadat Melayu - , seperti yang tersebut dalam Perlembagaan negeri, baginda telah memerintahkan semua rakyat negeri tersebut yang beragama Islam menyambut hari raya aidil fitri sebari sebelum negeri – negeri lain berhari raya.
Menurut kelaziman, umat Islam di semua negeri di Malaysia – berpegang kepada Imam shafie, dari mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaat. , mula berpuasa pada bulan Ramadan dan mneyambut hari raya aidul Fitri , pada awal syawal setelah mendengar pengumuman oleh pemegang mohor Raja – Raja Melayu, tetapi Baginda telah membelakangi tata majlis Raja – Raja Melayu.
Penjajah Inggeris telah memaksa Raja - Raja Melayu di negeri – negeri Melayu agar mengikut Imam Shafie dan tidak boleh mengikut tiga imam lagi dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali, kerana mereka itu dianggap oleh Inggeris sebagai imam – imam Islam yang ekstrimis. Manakala Imam Shafie lemah lembut, sabar dan tidak menenetang sesuatu perkara itu dengan kekerasan.
HARI MEMASAK LEMANG
Dengan perintah Sultan Idris yang dipandang ganjil oleh kebanyakan orang Islam yang berpegang kepasa kelaziman, maka berlakulah pnduduk – penduduk Islam Negeri Perak di sempadan negeri – negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah berhari raya pada hari mamasak lemang bagi umat Islam di negeri – negeri tersebut.
Ada seorang berdua ima masjid di Negeri Perak dan gburu agam yang menentang perintah Sultan Idris telah dikenakan tindakan.
Tindakan tersebut, ialah, baginda menarik balik pingat, iaitu Pinagat Jasa Kebaktian – PJK yang telah diqanugerahkan kepada mereka.
“You fikiorle, kalau tak buat perintah begini, umat Islama di negreghi ni jadi pak gturut aje, umat Islama di negagha lain dan berhagi ghaya, sehari kemudian, kita baghu ghaya,” titah Sultan Idris kepada saya.
“Contohnya, Arab Saudi berhaghi ghaya pada haghi Isnin, kita berhaghi ghaya pada haghi Ghabu ..., selalunya kita berhari ghaya puasa pada dua haghi bulan Syawal ..., macamlah kita ni tak ada alim ulama,” titah Sultan Idris lagi.
“Negeghi kita ada alat kelengkapan perhubungan yang cukiup, telefon, televisyen, radio dan macam – macam lagi, ngapoa tak hubung dengan negagha – negagha Islam tu, Tanya bila haghi ghaya ..., tapi tak buat ..., tak bertanggungjawab,” tambah Sultan Idris.
ANAK BULAN
Saya mengusik Suakltan Idris dengan berkata, “Agaknya orang Islam tak boleh raya kalau tak tengok anak bulan lebih dahulu ...”
“ ...tu namenye pegang agama Islam sambilo lewa aje ..., kita tak iku ilmu pengetahuan Islam ...,” sahut Sultan Idris Shah.
Kadi daerah Kuala Kangsar, Allahyarham Haji Zazkari bin Mat Dohor, Allahyarham Dato’ Raja Hanif Shah, bapa saudara baginda dan guru pelawatg sekolah – sekolah agama, Allahyarham Ustsaz Najmuddin bin Haji Ahmad yang turut dalam pertemua dengan Sultan Idris itu kelihatan tunduk.
Raja Hanif merenung kepada saya. Senyum.
Raja Hanif adalah seorang dari keluarga diraja Perak yang paling gemar mengambil bahagian dalam majlis – majlis menyambud maulud Nabi Muhammad. Dia seperti kebanyakan orang India Malabari.
“Apa macam tuan kadi?” Sultan Idris bertanya kepada Haji Zakaria yang berasal dari Tanjung Belanja, Parit.
Kaadi itu mengangkat dua punting tangannya kedahi kerana menghormati baginda dan berkata, “ ...ampun Tuanku, yang Tuanku buat tu betul benor ...”
“Saya tak kata yang saya buat ni betul semuanye ..., tapi alim ulama di negeghi ni bolehlah caghi jalan, supaya kita tak diketawakan oleh oghang – oghang yanbg beragama lain ...,” titash Saultan Idris Shah.
* Penjajah Inggeris telah memaksa Raja - Raja Melayu di negeri – negeri Melayu agar mengikut Imam Shafie dan tidak boleh mengikut tiga imam lagi dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali, kerana mereka itu dianggap oleh Inggeris sebagai imam – imam Islam yang ekstrimis. Manakala Imam Shafie lemah lembut, sabar dan tidak menenetang sesuatu perkara itu dengan kekerasan. (mp).
(Bersambung kepada Rabu depan).

CEGAH RASUAH


RASUAH RACUN NEGARA

Oleh: Mokhtar Petah


Semenjak negara ini mencapai kemerdekaan hingga pada masa Perdana Menteri yang ke lima ini, kerajaan dan rakyat sentiasa berhadapan dengan masalah rasuah dari peringkat atasan (ikan jerung) hingga ke peringkat bawahan (ikan bilis).Ada di antara mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah itu telah di tangkap, di bicara dan dihukum penjara.
Di antara mereka itu selain dari pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah ditangkap, dibicara atau dihukum penjara, ialah: Dua orang bekas menteri besar. Seorang daripada mereka telah ditangkap pada masa belum wujud Badan Pencegah Rasuah, tetapi kerana Tunku Abdul Rahman Putra telah campur tangan,maka kesus itu tidak dikemukan ke mahkamah.
Bekas Menteri besar yang seorang lagi telah ditangkap pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul razak bin Dato’ Hussein telah dihukum penjara. Seorang bekas timbalan perdana menteri telah dihukum penjara pada masa Perdana Menteri,Dr Mahathir Mohamad.
ANGGOTA EXCO
Dalam tempoh setahun Dr Abndullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, seorang menteri dan empat orang bekas anggota exco kerajaan kerajaan negeri atas tuuduhan melakukan rasuah.
‘Sekiranya mereka yang berkuasa – raja, menteri, pegawai kerajaan dan sebgainya lupa diri, suka berfoya-foya, tidak dapat tidak mereka melakukanm perbuatan rasuah – brbagai-bagai cara memberi dan menerimanya sehingg tidak dapat dihidu oleh para petugas pencegas rtasuah tetapi Allah Yang Maha Kuasa melihat, maka orang-orang itu termasuk dalam golongan yang dilaknat oleh Allah.
Pemberi dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah.
Laknat oleh Allah lebih besar atau dahsyat dari dosa. Kalau dosa mungkin Allah membalas dengan azab atau derita di dunia atau akhirat, tetapi laaknat, selain dari azab atau derita di dunia atau akhirat, akan berlaku ke atas orang-orang itu, di antaranya:
* Ditangkap oleh penguasa dan dihukum
penjara dan mungkin disebat beberapa kali.
* Mendapat malu.
* Kemalangan atau kecelakaan.
* Rumah terbakar dan sebagainya.
* Anak-anak menajdi penagih dadah atau
gemar kepada perbuatan maksiat,
seperti zina,judi dan seumpamanya.
* Isteri berlaku curang atau melcurkan diri
secara terhormat. setelah bersara
dihinggapi oleh berbgai penyakit, di
antaranya: Kecing
manis, darah tinggi, jantung dan kenser.’
Jika merenung pada ajaran agama Islam, maka akan jelas,bahawa orang-orang yang memakan makanan hasil dari sumber haram akan mengakibatkan dia akan dicampakkan oleh Allah ke dalkam neraka atau tubuhnya – sama ada jantung dan segala dalaman tubuhnya,daging,darah dan otak- akan diziarahji penyakit. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tentang dua akibat tersebut seperti maksud di bawah ini:
Semua daging tubuh yang digemukkan dari makanan haram, maka api neraka amat berpatutan dengannya.
- Hadis
Bahawa makanan halal itu tidaklah menjadikan kamu (mudarat) melainkan sekadar mengenyangkan dan (makanan) haram itu menajdikan kamui kenyang berlebihan (membawa medarat –penyakit).
- Hadis
GELISAH
Orang-orang yang mengamalkan rasuah menjalani kehidupan sentiasa gelisah, serba tidak cukup, tidak pernah bersyukur kepada Allah, gemar melakukan maksiat, tidak senang melihat orang lain,iaitu hasad dan memikirkan diri sendiri sahaja yang lebih pandai dan bijak dari orang -orang lain.
Pendeknya orang yang melakukan amalan rasuah, adalah musuh kepada dirinhya, isteri dan anak-anaknya (isteri dan anak-anak sentiasa berdoa atau memohon razeki yang halal kepada Tuhan , tetapi dia membawa balik rezeki yang haram), masyarakat, rakayat dan negara.
Kod Etika Ahli Parlimen Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri,Dr Abdullah Ahmad Badawi pada bulan Mei 2003. Di bawah ini cabutan dari kandungan Kod Etika itu:
Tatalaku Atas Sifat Rasmi
(4) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar daripada menggunakan kedudukannya sebagai ahli Parlimen bagi faedah peribadinya.
Tatalaku Secara Am
(5)Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada kegtiataan yang boleh mendedahkan mereka kepda rasuah.
(6)Ahli Parlimen hendakalah sentiasa mengamalaakan
gaaya hidu mengakut kemampuan masing-masing.
Pengisytiharan Harta
Ahli Parlimen hendaklah mengisytiharkan harta mereka,
suami/isteri, anak-anak dan pemegang amanah setiap
dua tahun sekali kepda Perdana Menteri dengan menggunakan Borang
Harta APK 1/04.
Semenjak zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra hingga pada masa ini, sebilangan dari ahli-ahli Parlimen (termasuk Dewan Sanate dan Dewan Negeri) yang menyertai syarikat-syarikat besar,seperti kontrek,saham,insuran dan seumpamanya. Mereka itu ada yang menjadi pengerusi (tidak eksekutif), pengarah(cara proxy) dan jawatan-jawatan lain.
MENDAPAT HABUAN
Syarikat-syrikat mengguanakan mereka – sama ada peribadi,pengaruh atau kuasa – untuk mendapatkan sesuatu dari kerajaan, seperti tender sesuatu projek dan sebagainya. Apabila pegawai-pegawai kerajaan yang berkuasa atas sesuatu tender, AP dan sebagainya, mendapati syarikat yang memohon itu dipegerusikan oleh Yang Berhormat, maka mereka mengutamakan syarikat itu dan syarikat lain yang tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat’ tidak mendapat habuan.
Penglibatan ahli Parlimen, Dewan Sanate, Dewan Negeri dalam syarikat-syarikiat swasta patut disekat atau tidak dibenarkan, kerana mengikut ‘tafsiran rasuah’ dalam Akta Mencegah Rasuah’,iaitu (f) ‘…persetujuan atau pengaruh…persetujuan atau pengaruh yang berpura-pura’, dapat difahami penglibatan wakil-wakil rakyat dalam syarikat-syarikat ada unsur-unsur rasuah.
KETIDAK JUJURAN
Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra telah menolak pemintaan seorang ahli perniangaan China, seorang datuk, yang meminta supaya anak lelaki Tunku, Tunku Ahmad Nerang, akan dimasukkan namanya dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh datuk itu. Tunku Ahmad Nerang akan menjandi pengarah dalam syarikat tersebut.
Tegas Tunku, “…Datuk nak meniaga tak apa, tapi jangan masukkan nama anak saya,...saya perdana menteri, tak baik,…kalau masuk anak saya, syarikat tu tak akan dapat apa-apa dari kerajaan.”
Demikian seorang negarawan menolak ketidak jujuran atau amalan menjuruskan kepada rasuah.
Berikut ini adalah pandangan bekas Ketua Hakim Negbara dan Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM - , adalah
a creature of statute. Ia ditubuhkan oleh undang-undang. Ia diberi kuasa oleh undang-undang. Jenis dan had kuasanya ditetapkan oleh undang-undang.
Adalah penting bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM- , menjalankan tugasnya dalam batasan undang-undang dan mengikut undang-undang. Orang ramai juga tidak sepatutnya mengharapkan SPRM melakukan apa sahaja siasatan yang mereka ingin SPRM lakukan dan mendakwa sesiapa sahaja yang mereka mahu didakwa.
Kuasa siasatan SPRM adalah terhad kepada kesalahan-kesalahan yang ditetapkan oleh undang-undang yang dibuat oleh Parlimen yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang politik. Jika tidak sukakan sesuatu undang-undang, mintalah Parlimen memindanya,
MENYALAH GUNAKAN KUASA
Kuasa pendakwaan terletak kepada Pendakwa Raya. Itu ditetapkan oleh Perlembagaan. Setakat yang saya tahu, demikianlah pembahagian kuasa di negara-negara common law mana juga pun. Ini adalah untuk mengelak penyalahgunaan kuasa jika kuasa penyiasatan dan pendakwaan diberi kepada satu orang atau satu jabatan sahaja. Jika tidak sukakan pembahagian kuasa seperti ini, mintalah Parlimen meminda Perlembagaan.
Jangan harapkan SPRM mengetepikan Perlembagaan dan undang-undang semata-mata kerana kita mahu ia melakukan sesuatu yang terletak di luar bidang kuasanya. Jika pihak berkuasa lain yang melakukan sesuatu di luar bidang kuasanya ia dikatakan ‘menyalahgunakan kuasa’ dan SPRM di diminta menyiasatnya. Apa bezanya jika SPRM sendiri yang berbuat demikian?
Apa yang saya katakan mengenai SPRM ini terpakai juga kepada LPPR dan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang ditubuhkan bersamanya. Masing-masing mempunyai bidang kuasa masing-masing. Sebagai misalan, kuasa LPPR diperuntukkan oleh seksyen 13 Akta SPRM. Peranan LPPR adalah menasihati SPRM dalam perkara-perkara yang disebut dalam peruntukan itu. LPPR adalah penasihat kepada SPRM, bukan kepada Pendakwa Raya. LPPR juga bukan satu tribunal rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya mengenai kes rasuah atau mempunyai bidang kuasa judicial review. Maka LPPR dan jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan juga perlu bertindak di dalam bidang kuasa masing-masing.
PATUT MEMAINKAN PERANAN
Kita mesti ingat bahawa SuruhanjayaPencegahan Rasuahb Malysia ditubuhkan untuk memerangi rasuah. LPPR dan jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk membantunya memerangi rasuah.
Setiap organisasi dan setiap individu juga bertanggungjawab membantu SPRM memerangi rasuah. Dalam memerangi rasuah sepatutnya tidak ada politik kepartian, tidak ada kerajaan dan pembangkang, tidak bangsa dan keturunan, tidak ada pegawai kerajaan dan peniaga. Semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama. Semuanya patut memainkan peranan yang serupa: menghindar diri dari rasuah dan membantu memerangi rasuah.
Maka, kepada pegawai-pegawai SPRM, nasihat saya ialah supaya jangan sekali-kali kecewa dengan tuduhan dan kritikan yang tidak munasabah dan tidak berasas. Tumpukan masa dan tenaga dalam menjalankan tugas tuan-tuan dan puan-puan dengan betul, ikhlas dan mengikut undang-undang. Sambil itu, tuan-tuan dan puan-puan mestilah peka kepada pandangan, rungutan, aduan malah kritikan yang munasabah dan berasas.
Kepada semua ahli-ahli LPPR dan Jawatankuasa-Jawatankuasa saya menyeru supaya kita sama-sama membantu SPRM memerangi rasuah. Cara yang paling berkesan ialah melalui Lembaga atau Jawatankuasa masing-masing. Jika ada idea-idea yang bernas untuk memperbaiki prestasi SPRM, sediakan kertas kerja untuk dibincangkan dalam Lembaga atau jawatankuasa masing-masing dan melaksanakannya.
CEKAP DAN BERKASAN
Kepada Kerajaan Persekutuan, saya pohon komitmen yang bersungguh-sungguh dan berterusan untuk memerangi rasuah dengan memperbaiki sistem pentadbiran dan urusan kewangan yang akan mengurangkan peluang dan keperluan berlakunya rasuah dan dengan memberi kemudahan, kelengkapan dan peruntukan yang mencukupi kepada SPRM untuk membolehkannya melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan.
Kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri, jika tidak dapat membantu secara terus pun, sekurang-kurangnya, janganlah menghalang SPRM dalam menjalankan tugasnya.
Kepada badan-badan bukan kerajaan saya berseru, berilah sumbangan yang positif dan substantif yang boleh memperbaiki prestasi SPRM. Membuat kenyataan dalam akhbar sahaja apatah lagi jika tanpa mengetahui fakta yang lengkap dan sebenar tidak akan membantu SPRM dalam memerangi rasuah.
Jika ada apa-apa idea yang hendak diketengahkan, kemukakanlah kepada Sekretariat Lembaga Penasihat atau jawatankuasa yang berkenaan. Dewan-dewan perniagaan juga patut membantu “to educate” ahli-ahlinya supaya tidak memberi rasuah: tiada pemberi tiada penerima.
Kepada media massa dan penulis-penulis blog, pertama sekali saya harap bahawa mereka pastikan bahawa faktanya betul dan lengkap sebelum membuat laporan dan memberi pandangan. Pandangan yang diberi hendaklah berasaskan fakta yang betul dan lengkap bukan hanya menggunakan fakta-fakta yang sengaja dipilih, apatah lagi memanipulasinya, untuk menyokong pendapat yang hendak diberi.
Kepada setiap rakyat Malaysia, tidak kira pemimpin atau yang dipimpin, dari pihak kerajaan atau pembangkang, ahli-ahli politik atau penyokong mereka, pegawai atau peniaga, penulis atau pembaca dan seterusnya, saya berseru, jika kita betul-betul hendak memerangi rasuah, perkara pertama sekali yang masing-masing mesti lakukan ialah menghindar diri daripada perbuatan rasuah.
Caranya mudah dan semua orang tahu: jangan beri dan jangan terima rasuah. Dalam hal ini tidak ada sesiapa yang terkecuali dan tidak ada sesiapa yang istimewa.
Selagi ada orang-orang atau pihak-pihak yang menganggap diri atau kumpulannya terkecuali daripada menghindar amalan rasuah, selama itulah usaha untuk memerangi rasuah tidak akan berjaya. Sikap ‘saya atau kami boleh melakukannya tetapi SPRM hendaklah memerangi rasuah’, adalah satu sikap yang tidak sepatutnya wujud.
Para ulama dan mereka yang kuat iman sedang dalaqm keadaan gelisah melihat dan mendenga amalan rasuah dilakukan di mana – mana, terutama dalam jabatan – jabatan kerajaan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM telah dan sedang memandang serius akan amalan rasuah. Dalam khutbah Jumaat untuk Masjid Putra dan Masjid Besi Putrajaya, JAKIM telah menekankan akan keburukan amalan rasuah, seperti berikut:
Umat Islam secara fitrahnya adalah terpelihara darah dan harta mereka. Oleh itu, apa-apa juga perkara yang mempunyai unsur khianat terhadapnya adalah dianggap melakukan perbuatan jenayah. Bahkan wajib diperangi ke atas orang yang melakukan kezaliman kepada hak harta dan darah orang lain tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, lazimnya tabiat memakan harta secara salah, memberi rasuah atau menerima rasuah serta menzalimi hak orang lain dilakukan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188:
Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Apa yang menakutkan lagi, orang yang melakukan perbuatan rasuah, menzalimi orang lain, mendatangkan kerosakan dan kemusnahan pihak lain mendapat laknat Allah SWT dengan azab yang sangat keras. Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mengambil tanah tanpa haknya, maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sehingga ke dasar tujuh lapisan bumi”.
– Riwayat: Bukhari
Penjenayah rasuah yang pelbagai latarbelakang ini membawa imej negatif terhadap kebersihan dan ketelusan perkhidmatan negara. Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009, sebanyak 500 tangkapan telah dibuat atas kesalahan jenayah rasuah. Daripada jumlah ini di dapati seramai 191 orang atau 38.2 peratus adalah penjawat awam dan seramai 180 orang atau 38 peratus adalah orang awam. Manakala selebihnya ahli-ahli politik, anggota pentadbiran, kakitangan swasta dan lain-lain.
Bagaimana pun apa yang membimbangkan kita kini ialah bilangan orang awam yang terlibat rasuah semakin meningkat. Sekiranya penjawat awam dan masyarakat bersikap tidak peduli, maka dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Malah para pelabur asing akan lari kerana bimbang diburu oleh pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa ini. Apatahlagi pada masa ini tersebar dakwaan jahat media asing tentang amalan rasuah di negara ini yang semakin membimbangkan pelabur.
Justeru, Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan secara halal dengan kudrat dan kemampuan yang ada. Hasil titik peluh yang halal menjadikan jiwa kita sihat dan mempengaruhi personaliti diri. Jangan sesekali kita cemarinya dengan sesuatu yang haram, kotor dan makruh kerana ia menjadikan jiwa tidak tenteram, gelisah, diburu ketakutan dan menyalahi titah perintah Allah SWT.
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada menceritakan kisah seorang lelaki yang kusut masai berada dalam kesusahan berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak memakbulkan doanya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Baginda kemudian menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir, berambut kusut masai, berdebu, berdoa tidak henti-henti kepada Allah: Wahai tuhan! Wahai tuhan! Wahai tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya juga haram, pakaian yang membaluti badannya juga haram serta perutnya di kenyangkan dengan sumber yang haram, maka bagaimana doanya boleh diterima.
Riwayat: Imam Muslim dan Abu Hurairah.
Berdasarkan hadith ini, jelas pengaruh pemakanan dan sumber pendapatan yang haram merosakkan kesempurnaan ibadah. Oleh itu, setiap muslim wajib membersihkan hartanya dari sebarang dosa agar doa dan ibadah diterima Allah.
Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah, ibadah menjadi sia-sia. Bahkan lebih malang lagi, menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Mimbar bimbang, jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah akan menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah. Renungilah firman Allah:
Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.
– Ali Imran: 112
Berdasarkan petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjadi pegangan asasi kita, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersyubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, rakyat dan satu Malaysia. Kita perlu ingat dan insaf, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan dapat membuat penilaian, pengukuran dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencermini diri dan berusaha untuk memerangi jenayah rasuah, mengheret ikan jerung dan bilis dalam negara kita demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar sekali lagi mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:
Pertama : Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
Kedua : Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
Ketiga : Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan
Keempat : Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.
Oleh itu, marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu, iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Mengikuti sepanjang kiempen pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, pertandingan antara calo9n MIC – BN – Kamalanthan dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, telah menyaksi secara terangan, amalan rasuah (mengikut falsafah Islam) yang dilakukan oleh UMNO – Barisan Nasional di sana.
Perbuatan memberi wang kerana membantu individu dan kumpulan serta janji akan mwujudkan berbagai – babgia parojek dalam kawasan tersebut dengan tujuan untuk meraih sokongan orang ramai kepada kerajaan yang dipimpin UMNO – BN adalah perbuatan rasuah. (mp).

QURAN DAN HADIS



HATI


Allah tidak menjadikan seorang manusia mempunyai dua hati dalam dadannya (kerana itu iman kepada Allah dan kufur kepada Allah tidak dapat bersamna dalam hati manusia) dan tidak pula menjadikan isteri kalian yang kalian ceraikan dengan zihar (pada zaman Arab Janiah lelaki mengatakan kepada isterinya, bahada faraj atau tubuhnya seperi ibunya sendiri, maka perempuan itu tidak disetubuhi dan tidak diceraikan. Tinggallah perempuasn itu berkeadaan gantung tidak bertali), menjadi ibu kalian (menjadi isteri), anak angkat menjadi anak kandung kalian, itu adalah dengan perkataan mulut kalian sahahja. Allah mengatakan kebenarannya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).
– Al Ahzab:4


HADIS

HAKIM

Apabila seseorang hakim menghukum dan berijtihad lalu dia (mnencapai keputusan) yang betul, maka dia meperolehi dua pahala. Sekiranya dia menghukum dan berijtihad tetapi tersilap (menjatuh hukuman), maka dia mendapat satu pahala (sahaja).
– Nabi Muhammad sallal llahu alaihi wasallam

Monday, April 26, 2010

QURAN DAN HADIS

PEMIMPIN
Hai orang - orang yang beriman, jangan kalian mengambil orang -orang Yahudi dan Kristian (begitu juga kafir musrikin) menjadi pemimpin - pemimpin (kalian); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi yang lain. Siapa di antarea kalian mengambil mereka menjadi pemimpin, sesunggunnya orang itu termasuk golongan mereka (orang - orang kafir). Sesaungguhnya, Allah tiak memberi petunjuk kepada meeka yangb zalim. - Al Maaidah:51.
HADIS
GADIS
Dari I*bnu Abbas, sesaungguhnya telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w., bahawa dia telah dikahwinkan oleh bapanya dengan lelaki yang dia tidak cinta. Maka, Rasulullah s.a.w. telah memberi peluang kepada gadis itu untuk gterus hidu dengan suaminya atau membatalkan perkahwinan itu.
- Perrawi: Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Daruquthi.

Sunday, April 25, 2010

CERPEN (Ulangan)

BERDIALOG DENGAN BULAN

Oleh: Mokhtar Petah

Malam hitam bermandi warna perak memeluk sekitar Bukit Warisan. Beberapa ekor burung tukang berbunyi kalut, sahut menyahut, dalam belukar di pinggir bukit. Pungguk mendayu hiba di dahan berangan di belakang kawasan perumahan di situ.
Awan putih berarak manja di dada langit biru. Melintas lalu di hadapan bulan sedang senyum. Mesra. Sesekali awan seperti malu melewati bulan tunggal.Tetapi, apakan daya, pertemuan hanya sekelip mata; awan berlalu meninggal bulan muda.
Di jendela berkipas kaca, terbuka seperti menanti bulan masuk ke rumah itu, berdiri gadis eksekutif sebuah jabatan kerajaan, Sri Anisah. Dia baru selesai sembahyang hajat. Pada malam malam itu, dalam sembahyangnya yang khusuk, dia membaca di hujung fatihah pertama. Surah al Ikhlas, di akhir al Fatihah kedua. Kepada Allah dia memohon agar mengurniakan nikmat sihat kepadanya.
KALIMAT KERAMAT
Pada tingkata usianya 32 tahun, dia menggantung harap kepada Yang Maha Asa, hendaknya dia Segar. Gembira. Tidak putus asa. Akan diteruskan tanggungjawabnya kepada negara. Sebagai ikrarnyaK kepada negara, ditacapkan kalimat keramat,’Kerana Allah, kuserahkan badan dan nayawaku kepada negara’.
Permukaan Tasik hati Sri Anisah berkocak; bagai dipuput udara petang. Lima wajah bekas kekasihnya melintasi hatinya. Lima insan itu dilepas dan terlepas, kerana tidak wujud persamaan idea. Tidak seimbang harapan. Berbeza timbang berneraca. Sri Anisah dan lima jejaka itu telah memilih jalan dan denai masing – masing.
“ ... Umar, kekasih awalku ..., aaah, cinta monyet ..., pada masa menuntut sekolah menengah ..., putus ..., mungkin kerana aku sakit ..., syukur kepada Allah,” suara hati Sri Anisah.
Sejak usia lima belas tahun, Sri Anisah dimamah sakit anaemia (keadaan darah yang disebabkan kekurangan korpusel merah – menyebabkan penghidapkan pucat dan lesu).
Pada peringkat awal penyakit itu disedari,pada ketika dia di sekolah. Darah turun seperti orang datang bulan. Berketul – ketul. Mengejutkan para guru dan pelajar sekolahnya.
“... emak, ayah ..., adik beradik Sri sangka Sri keguguran. Mereka pandang tak baik kepada Sri, pada waktu itu, mana sakit, mana menahan rasa malu lagi, emak dan ayah sangka begitu ...,” Sri Anisah mengadu kepada bulan.
“Di hospital, doktor sahkan Sri mengidap sakit Anaemia, dah lama, barulah dia orang tua tak sangka buruk kepada Ari lagi,” Sri Anisah mengadu lagi.
“Di universiti, Amin, ...kami bercinta ..., tak lama ..., tak sesuai ..., dia tak ada daya leader ship ..., dalam negara mencabar ni, suami mesti ada daya tu ...,” suara hatinya lagi seolah – olah dia memberitahu kepada bulan.
“Bila dah kerja, sangkut cinta lagi ..., cinta dengan Hassan ..., putus, tak sesuai juga ..., entak, Sri tak ada selerapada dia ...,” bisik Sri Anisah sambil mendongakkan wajahnya kepada bulan indah.
“Saya tahu ..., anda memilih...,”kata bulan.
“ ...taklah, tak memilihlaaa ..., tapi ...,”sahut Sri Anisah. Dua bola matanya masih tersangkut pada bulan bujang.
“Habis, fasal apa?” Bula bertanya sambil mengusap sepasang pipi gadis itu.
“Macam mana ..., Sri rasa tak sesuai, tak selera ..., macam tu juga dengan Kamal ..., dengan Kamal, dengan Manan ...,” suara Sri tersangkut pada anak lidahnya.
“Manan, Sri suka, ibu bapa Sri suka ..., tapi gadis saudar pupunya cintakan dia ..., dia tak sanggup tolak, takut lerai adik beradik, kaum kerabat ..., Sri tak sanggup bermadu ..., kami putus ...,” bisik Sri Anisah kepada bulan.
“Subhanallah, la ni ada yang sangkut ...?” Bulan bertanya.
“Ada, tapi, entahlah ..., Sri duk kira nak putus ..., tak sesuai dengan Sri ..., tak boleh, dia ego semacam ..., bangga diri, banggakan keluarganya kaya ..., heee, tak sesuai ...,”jerkah Sri Anisah kepada bulan.
Bulan ketawa.
“Anda jerkah saya ..., saya tak pernah bercinta..., hanya menyaksi umat manusia bercinta ..., janji tepi tasik, di pantai, di mana – mana bawah saya, kadang – kadang saya dijadikan saksi dalam sumpah mereka ...,” ujar bulan mangsa jerkah Sri Anisah.
“Iake ...?” Suara berdarah Jawa Felda itu, menjadi lembut.
“Iaaa, tapi, kebanyakannya, macam anda jugalaaah,” putus berkecai ..., ada yang bunuh diri ..., wallah, minta lindung dengan Allah ...,” ujar bulan lagi.
“A’uzubillah ..., walaupun putus cinta, Sri kuat semangat, tabah, berserah kepada Allah ..., semua itu takdir Allah jua ...,” sahut Sri Anisah.
“Baguslah, anda wanita jujur ..., solehah ...,” bulan memuji gadis mangsa penyakit dan cinta itu.
“Maca anda tau, Sri jujur, Sri solehah ...?” Seri bertanya.
“ ...kan saya ni dan tua, sama tua dengan alam maya ni ..., saya tengok ruang kuku ibu jari tangan anda ..., jari jemari anda ..., wajah anda ..., saya tahu anda jujur ..., solehah,” sahut bulan. Senyum mesra.
“Iake ...?” Sri Anisah bertanya. Hairan.
“Hanya satu ...,”kata bulan. Mesra.
“Apa dia?”Tanya Sri Anisah.
“ ...anda janganputus asa, anda bercinta lagi ..., tak usap pilih lelaki, kata orang – orang Nusantara, pilih – pilih tebu, terpilihj buku teberau ...,” bulan menasihati Sri Anisah.
Sri Diam. Dada suburnya berobak dalam cahaya bulan.Nasihat bulana itu diterima setulus hatinya.
Sri tahukan, dalam Quran, Allah menyatakan aszwaaju’, yakni pasangan ..., ada lelaki ada perempuan, ada jantan ada betina ..., ada positif ada nagatif ...,” jelas bulan.
Sri Anisah tunduk. Sejenak kemudian, dia mendongat kepada bulan. Dalam relung otaknya menjelma data Quran. Dalam kitab suci itu ada dua belas kata azwaaju – pasangan.
“Kalau Sri tak kahwin, Sri tak sempurna jadi manusia dalam golongan manusia berperikemanusiaan, Sri mesti ada anak ..., keturunan Seri ..., pengganti Sri ..., pewris Sri ...,” bulan menasihati Sri Anisah.
“Iake?” Sri bertanya.
“Ia, jika Sri tidak bersuami, tak ada anak ..., tak ada manusia yang tahu Sri dilahirkan dan wujud, di muka bumi ini ...,” jawab bulan.
Sri Anisah meletakkan jari telunjuk tombak serainya ke celah sepasang bibitnya. Di gigit hujung jari itu, seperti orang geramkan ssuatu.
“Yakinlah Sri, firman Allah, dalam surah al insyirah: Sesungguhnya, tiap – tiap kesukaran itu disertai kemudahan.”
Dari pohon akasia, di seberang jalan, bunyi pungguk mendayu – dayu. Hiba. Entah benar, entah tidak si unggas buruk itu merindukan bulan. Sepanjang hayatnya, bertepuk sebelah tangan. Entahkan umat yang menyangka pungguk rindukan bulan itu, tertipu oleh fikiran mereka sendiri. Pungguk berzikir. Ratib nama – nama Allah – asmaul husna.
“Selama pagi, sayang,” bulan mengucap mesara kepada Sri Anisah.
“Selamat pagi,”sahut Sri Anisah.
Bulan berlalu menjalankan perintah Allah. Sri Anisah masih berdiri manja dalam cahaya bulan di Jendela. Hatinya terlerai dari duka yang sentiasa mengocah ketenteraman jiwanya.
“Bulan...,” Suara Sri Anisah tertelah dalam halkumnya sendiri.
Nekadnya; nasihat bulan akan dijadikan paduan di perjalanan hidupnya yang jauh.

Tamat


POLITIK

PILIHAN RAYA ULU SELANGOR

MENJAHILKAN YANG TIDAK JAHIL

Oleh: Mokhtar Petah


Biasanya,pada masa – masa yang lalu, lidah Pasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih masin dari mana – mana pemimpin di negara ini, apakah lidahnya masin lagi dengan katanya 30,000 pengudi di Hulu Selangor dalam tangan, akan memungkinkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan mencapai kemenangan mudah.
Jika ditilik kepada kelumpuhan Barisan Nasional memimpin kerajaan Selangor, kini kerajaan negeri itu berada dalam tangan PKR, semangat nasionalisme dan Islamisme orang Melayu kawasan Dewan Rakyat Hulu Selangor menanamkan keyakinan yang kuat bahawa calon PKR akan mendapat kemenangan dan diistiharkan pada malam ini.
Satu punca yang akhir menyebabkan orang – orang Melayu (bukan ahli UMNO) mengalih pandangan berat kepada calon PKR, setelah Perdasna Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menuduh Musyidul ‘Am PAS derhaka kepada Sultan Selangor.
Sayqa dan svesiapa yang faham ilmu Islam tidak akan menuduh Nik Aziz derhaka kepada Sultan Selangor, kerana Menteri Besatr Keklantan itu bercakap atas asa Islam, iaitu boleh berucap mengenai politik Islam dalam masjid.
Tetapi Islam tidak membolehkan politiik Yahudi dan Kristian atau lain dari politik Islam, diucap dan didakwahkan dalam masjid.
Maka, jika politik UMNO – Barisan Nasional, PKR dan DAP didakwah dalam masjid, maka perbuatan itu berlawanan dengan peraturan Islam.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menjalankan ucapan dan dakwah mengenai poltiik,ekonomi dan lain dalam Masjid An Nabawi, Madinah.
Saya setuju dengan pendapat Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, cemah bukan poltik Islam dalam masjid adalah haram, tetapi kalau politik Islam, beliau memfatwakan ‘haram’, maka, fatwa itu boleh dipertikaikan lagi kerana fartawa beliau bukan firman Allah.
Demikian juga tuduhan Menteri Pertahanan, Dato’ Zahid Hamidt terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat – adat Melayu, Infrastrukgtur dan Kemjudahan Asas Selangor, Dato’ Hassan Ali berucap ‘politik’ dalam khutbah dalam sebuah masjid di Hulu Selangor.
Jabatan Agama Isalam dan Adat Istiadat Melayu Selangor (JAIS) telah menolah tuduhan yang khutbah Hassan Ali dalam masjid bersih dari politik.
Undang – undang menegah berpolitik dalam masjid dikuagtkuasakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Nik Aziz tidak menderhakakan Sultan, kerana dalam Isalam, Saultan duduk dibawah agama Islam dan apa yang katakana oleh Naik Aziz itu sebagai satu menyedarkan Sultan dan bukan derhaka.
Saya melihat dalam sepanjang kempen di Hulu Selangor, sama ada pihak Barisan Nasional mahupun pihak parti – parti pembangkang seolah – olah menjahilkan orang – orang yang tidak jahil, kerana ucapan – ucapan yang mereka luahkan berlawanan dengan lojik dan ilmu pengetahuan.
Contoh: Menteri Penerangan, Dato’ Sri Rais Yatim menyeru semua warga agar mengenang Tun Razak yang telah mewujudkan Felda. Tuan Razak wujudkan Felda ada kehendak kerajaan Persekutuan dan kemudian Malaysia. Kalau parti politik masna pun Berjaya membentuk kerajaan tanggungjawab seperti perlu dilaksanakan.
Tentulah tidak lojik kerana mengenangkan Tun Razak, maka mereka wajib sokong anaknya, Najib. Itu bukan berpolitik namanya, tetapi menjadikan jahil orang – orang yang tidak jahil.
Pihak UMNO – Barisan nasional mengambil kesempatan dalam sepanjang hari – hari kempen mengku akan membantu rakayat dengan wang ringgit, pembangunan dan sebagainya kepada rakyat di Hulu Selangor. Maka pengakuan dan perbuatan demikian, jika dilihat dalam Isalam dan berpandu kepada beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w., maka adalah termasuk dalam bidang rasuah juga.
Kalangan parti – parti pembangkang sering berucap dengan dengan melupakan salah atau tidak kata – kata mereka itu. Di antara kata – kata salah itu, iaitu “kita jatuhkan kerajaan Malaysia atau kerajaan Barisan Nasional”. Bukan menjatuhkan kerajaan, setaspi melumpuhkan UMNO dan Barisan Nasional agar kerajaan Malaysia disambung oleh parti – parti politik lain.
Begitu juga pihak Barisan Nasional, melakukan tuduhan terhadap peribadi, seperti derhaka kepada sultan dan berucap hal politik dalam masjid, calon minum arak dan kaki judi. Cara demikian adalah menjahilkan oranbg – oranbg yang tidak jahil.
Melihat kepada keadaan menjahilkan orang yang tidak jahil, maka eloklah kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPRM, mengkaji semula peraturan yang ada dan diubah suai, iaitu mana- mana wakil rakyat yang meninggal dunia, berhenti dari jawatan atau melompat kepada parti lain, maka kawasan itu dikekalkan ‘dalam tangan’ parti yang menang dan tidak diadakan pilihanraya kecil.
Pilihanraya kecil, selain manjadikan medan orang menjahilkan orang yang tidak jahil, maka kerajaan juga terpaksa memikul kos atau wang yang terlalu banyak dan perbuatan itu seperti mengamalkan pembaziran.
Pada malam ini kita akan mengetahui, calon parti – parti politik mana yang akan menang. Kalau calon PKR menang, maka lidah Anwar Ibrahim terus masin dan harapannya pada masa depan cerah. Jika calon MIC – BN mnencapai kemenangan, orang Melayu dan umat Islam tentulah hampa dan Kerajaan Barisan Nasional suka membantu dengan licin penduk – penduduk di sana seperti yang dijanjikan kerana kebanahyakan tanah milik Kerajaan Selangor.
(Tamat).

Friday, April 23, 2010

KHATAN

WANITA WAJIB KHATAN

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.
Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri.
Sehubungan itu, selaras dengan padangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.
(Dipetik dari laman web Jab atan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM)

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah



---- kita sama - sama fikir ----


KONTRATOR RESAH

Sebilangan kontraktor resah, kerana banyak rancangan dan projek Kerajaan Pusat, dalam negeri - negeri yang diperintah oleh parti - parti pembangkang; Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tanah negeri yang tidak diluluskan oleh kerajaan - kerajaan negeri.

UNIVERSITI ISLAM

PAS telah menubuhkan universiti Islam dengan nama Universiti Zulkifli Muhammad, bertempat di markas PAS yang lama, di Taman Malewar, dekat Kuala Lumpur.

Nama tersebut sempena dengna nama Profesor Dato' Zulkifli bin Muhammad (Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar), Timbalan Yang Dipertua PAS, ahli Parlimen PAS bagi kawasan Bacok, Kelantan dan penctus kewujudan univerrsti Islam antarabangsa Malays.

Zulkifli pernah menjadi Setiausaha dan pensyarah Kolej Islam Klang.

IKAN SUNGAI PUPUS

KUANTAN: Sikap tamak sesetengah pihak menggunakan pistol dan bom buatan sendiri, arus elektrik, racun serta pukat tarik untuk menangkap ikan di sungai di negeri ini mengancam populasi spesies ikan, termasuk yang dilindungi pihak berkuasa. Lebih mengecewakan apabila aktiviti berkenaan bagi mengaut keuntungan dilakukan di kawasan larangan menangkap ikan seperti di Tasik Bera dan Empangan Sungai Lembing yang diwartakan Jabatan Perikanan sebagai tempat pembiakan ikan seperti kelah, sebarau, baung, kerai dan jelawat. Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perikanan negeri menahan 17 individu berusia antara 25 hingga 50 tahun yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan menggunakan peralatan berkenaan yang dilarang sama sekali.(Berita Harian).

KAMPUNG PANDANG KERBAU
TALANG (Kuala Pilah)– Sudah lebih setahun, penduduk Kampung Padang Kerbau terpaksa mengharungi jalan berlopak, rosak dan berbatu-batu serta berlumpur kerana jalan rosak disebabkan lori membawa kayu getah yang menggunakan laluan itu.
Lebih teruk, ada sesetengah penduduk kampung tidak dapat keluar dari rumah untuk ke pekan berikutan kesan tanah merah daripada pemotongan kayu getah menutupi jalan raya tersebut apabila hari hujan hingga menyebabkan jalan licin dan berlumpur tebal.(Sinar Harian).













KHUTBAH JUMAAT

KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH

23 April 2010

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk:
KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH .
Kepimpinan yang unggul dan berintegriti merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Kepakaran dan kemahiran dalam kepimpinan serta perwatakan peribadi boleh mempengaruhi corak kepimpinan dan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Keluhuran dan keperibadian itu juga dapat mencerminkan sikap dan perwatakan masyarakat atau rakyat yang dipimpinnya.
Islam amat menitikberatkan aspek kepimpinan yang memiliki kualiti nilai insan yang hebat dan boleh menjadi contoh kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana kita mempunyai seorang tokoh yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh Umat Islam malah disanjungi oleh ramai cendekiawan Barat kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin sebuah negara dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya. Beliau memikul tanggungjawab dengan penuh amanah selari dengan kehendak Allah SWT sehingga masyarakat Arab menggelarnya al-Amin. Sabda Rasulullah SAW ;
Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.
Riwayat al-Bukhari)
Kepimpinan amatlah penting bagi membentuk kehidupan yang sempurna. Maka lantaran itulah Allah SWT mengutus para rasul-Nya untuk mempimpin umat-umat terdahulu untuk menjadi manusia yang memiliki sifat-sifat yang menepati dengan kehendak Allah SWT. Allah SWT mengutuskan para rasul-Nya untuk menjadi pemimpin kerana ciri-ciri kepimpinan yang ada pada mereka boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin lain di sepanjang zaman. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 36 :
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul ( dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taaghut. Maka di antara mereka ( yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan…..
Mempimpin sesebuah negara adalah suatu amanah yang diberikan oleh Allah SWT dan mereka yang diberi tanggungjawab ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72 :
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Memimpin golongan masyarakat pula adalah tanggungjawab bagi memenuhi keperluan mereka samada dari segi jasmani iaitu hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, kebajikan, kesihatan, ekonomi dan pengurusan dan dari segi rohani iaitu hal yang berkaitan dengan akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan.
Sehubungan dengan itu, Islam amat menekankan kepimpinan yang cemerlang, berkualiti dan terbukti unggulnya. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang harmoni dengan semua peringkat masyarakat. Ciri-ciri kepimpinan ini akan memberi kesan kepada masyarakat, mereka akan menghormati dan menyanjungi corak kepimpinan yang diberikan.
Di samping itu, kebijaksanaan dalam kepimpinan juga merupakan aset penting dalam pembangunan sesebuah organisasi. Antara kebijaksanaan yang dimaksudkan itu ialah kemampuan diri mengawal emosi pada semua situasi dengan tenang dan terkawal.
Kita melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya di atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat. Ada suatu peristiwa di mana serombongan kafilah yang dalam perjalanan pulang ingin bermalam di pinggir kota Madinah dengan membawa barang dagangan yang banyak. Atas keperihatinan Khalifah Umar al- Khattab RA, beliau mengajak hartawan Abdul Rahman bin Auf untuk mengawal dan menjaga keselamatan barang dagangan rombongan kafilah tersebut daripada gangguan pencuri.
Mimbar amat yakin, kepimpinan yang beramanah dan bertanggungjawab dalam masyarakat mencerminkan suasana kepimpinan yang cemerlang. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.
Apa yang jelas, terdapat dua perkara asas dalam ayat ini:
Pertama, kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT.
Kedua, kepimpinan hendaklah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru seluruh pemimpin di pelbagai peringkat supaya mengambil langkah-langkah berikut :
Pertama:Bertindak selari dengan apa yang dikata atau yang dijanjikan supaya kita menjadi manusia yang disayangi, dan dihormati.
Kedua:Hendaklah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan orang yang dipimpin di dunia dan di akhirat.
Ketiga; Menginsafi bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.
Firman Allah SWT dalam surah asy- Syu'araa' ayat 215-217:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
(Khutbah Jumaat ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM untuk Masjid Putra dan Masjid Besi, Putrajaya, pada Jumaat ini).

LESUNG BATU

Isteri memakai kain batik ketang dada, tanpa baju, duduk
bercangkung dan sedang menumbuk sambal; cili aspi, garam,
belcan dan asam buah mempelam muda, dalam lesung batu
di ruang dapur.

Suaminya duduk di sisinya. Wajahnya senyum dan penuh cinta kepada isterinya, sambil merenung kain batik isterinya terbuka hala ke lesung batu.

Katanya: "Cinta kita suci benar sayang." Usah ada syah dan
sangka dalam hati sayang." Demi Allah, mas tetap jujur
dan bertanggungjawab kepada sayang.

Biar kita hidup semati;
jika terlentang sama - sama meneguk embun,
bila terterap,
sama - sama membaham pasir.

Ditakdirkan kita mendapat cahaya mata, abang hendak anak
kita sarat dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, tidak bermuduh dengan
orang - orang sebangsa, tidak sombong sesama mukimin dan mukminah,
Jihadnya dijalan, ajaran Allah.

Insya Allah dia tidak akan hidup merempat di bumi pusaka
datuk moyang kita.

MELAYU WAJIB BERSATU




PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).

QURAN DAN HADIS

BICARA TENTANG ALLAH
Dan ada di kalangan umat manusia, mereka yang membicarakan tentang Allah dengan tidak mempunyai ilmu dan petunjuk Rasul dan tidak dengan kitab yang terang (Zabur, Taurat, mashah - mashaf dan Quran) - tidak diubah - ubat. - Luqman:20.
HADIS
SATU AYAT
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sampaikan (siar atau ajar) oleh kalian daripada saya, walaupun hanya satu ayat, dan sesiapa yang mendustakan perintah saya (tidak percaya kepada seruan saya), tempatnya adalah dalam neraka.
- Perawi: Imam Bukhari.

Thursday, April 22, 2010

TERKENANG (Ulangan)



CHAW KIT SUNGAI DARAH

Pada hari - hari saya di Mongolia, saya terkenang Chaw Kit, Kuala Lumpur. Kawasan itu menjadi 'padang sejarah' negara. yang diChaw Kit perlu dicatatkan dalam sebuah buku sejarah yang dilahirkan oleh Bandaraya Kuala Lumpur.
Di Cahw Kita ada berbagai ilmu dan hikmah. Di antaranya:
1 - Tempat melatih sebilangan orang Melayu dari luar bandar dalam bidang
ekonomi; perdagangan,peruysahaan dan sebagainya.
2 - Tempat para pemimpin Melayu, termasuk Tunku Abdul Rahman, Dr.
Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam,
Hussein Yaakob.
3 - Tempat para penulis meneroka ruang otak dan menggarap peristiwa menjadi
cerita untuk orang ramai. Di antara para penulis itu: Pak Sako, Ruhi Hayat, Subky
Latif (Pada masa muda terkanl wartawan pakai seluar kaki besar), Hussein
Yaakob dan Harun Hassan.
4 - Tempat para mujahidin kenal darah dan tulang musuh bangsa dan agama Islam.
di antara mereka mengambil bahagian dalam tragedi 13 Mei 1969.Padamasa
tragedi itu Chau menjadi sungai darah.

5 - Tempat Seniman P.Ramlee, A.Ra. Tompel dan rakan -rakannya meneroka ilham
dan idea untuk menghindang filem cereka - kias dan kritik. Bewgitu juga lagu -
lagu merdu yang diminati oleh ramai orang hingga pada masa ini.

6 - Tempat 1 MALAYA ; para gadis, janda(ada pondan) dan isteri lelaki dari luar
bandar menjaja tubuh dan nafsu kerana mencari rezeki sejak Tanah Melayu
belum hingga hingga kini bernama negara 1 Malaysia. Mereka bergelar pelacur
semua bangsa - muhibba dan harmoni.
7 - Chaw Kit menjadi tempat Ahmad Bestamam, saya dan Sheikh Azhari Brunei
berbincang untuk Parti Rakyat Berunei melakukan revolusi di negara kecil dan
kaya itu.
8 - Chaw Kit menjadi pengajaran dan amaran kepada para keturunan pendatang,
sesungguh orang Melayu rela bersahabat dan berekluarga dengan siapa sahaja
dan jangan berlaku seperti guntingh dalam lipatan dan tidak tahu membalas budi.
9 - Kini si tengah kawasan Chaw Kit, siang malam pelacur perempuan, pondan dan
jantan berkeliran, Parti Islam Se Malaysia (PAS) mewujudkan bangunannya
sendiri dengan gah dan mengatasi gah UMNO.
Saya menganggap Chaw Kit adalah sebuah universiti bagi setiap rakyat negara ini
yang meneroka kehidupan masing - masing. Mereka menjadi manusia Malaysia
yang sedang mencari jalan kebenaran sejati. - Mokhtar Petah

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah



---- kita sama - sama fikir ----


ULAMA TAKBUR

Seorang bekas hakim mahkamah tinggi berkata, bahawa pada zaman silam terkenal kebanyakan orang kaya sombong dan bakhil seperti dalam filem lakonan P.Ramlee, pada masa sekarang, kebanyakan orang kaya tidak sombong dan sentiasa menderma, tetapi kebanyakan orang alim sombong dan ria.

NIK AZIZ DI HULU SELANGOR

Pilihan raya Hulu Selangor akan lebih menarik apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dijadualkan turun ke medan esok sekembalinya dari Mekah.

Kedatangan TGNA adalah kemuncak kesungguhan jentera PAS membantu calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat. Maklumat diterima, jentera Pilihanraya PAS telah dikerahkan berlipat kali ganda berikutan serangan membabi buta BN dengan bantuan jentera kerajaan.

MAKANAN SEGERA


S.M. Mohamaed Idris

Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.(Sinar Harian)

KERANA ARAK

Kartika Sari Dewi, wanita dari Ipoh, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Kuantan,telah tiga minggu menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKTAF) di sini.


Kartika sedang masuk ke kereta untuk pulang ke rumah bapanya.

KARTIKA Sari Dewi Shukarno meninggalkan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah tempat dia menjalani hukuman khidmat sosial atas kesalahan meminum arak, di Kuantan, Pahang, 22 April. Kartika awalnya dikenakan hukuman sebat atas ke

Dia memakai baju jubah berwarna coklat dilihat keluar dari RKTAF dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana V6 kira-kira pukul 6.20 petang, kembali ke rumah bapanya di sungai Siput, Perak.

Difahamkan Kartika Sari Dewi tamat menjalani hukuman tersebut kira-kira pukul 5 petang.

PUTERI UMNO

Anggota -m anggota Puteri UMNO paling sibuk membantu kempen pilihan raya kecil kawasan Dewan Rakyat, Hulu Selangor. Mereka menjalankan kerja - kerja mengatu kempen, menyertai lawatan para menteri dan orang - orang kenamaan UMNO yang berkempen di sana.