Friday, January 2, 2009

SAINS POLITIK

NEGARA ISLAM

(Sambungan dari mijnggu lalu)

KETUA NEGARA DAN RASUAH

Oleh: Mokhtar Petah

Negara Islam mestilah diketuai atau dipimpin oleh seorang lelaki Islam lagi mukim – taqwa kepada Allah.Create Tidak melakukan maksiat termasuk rasuah. Berpengetahuan tentang politik Islam dan pengetahuan – poengetahuan lain. Berakal dan sebaik – baiknya tidak cacat seperti buta mata, tempang dan sebagainya.

Sesorang Islam yang hendak menjadi ketua Negara Islam – Presiden atau Perdana Menteri dan sebagainya, sebelum dia menamakan dirinya menjadi calon untuk dipilih oleh rakyat atau orang ramai, maka, dia hendaklah sedar dan insaf akan dirinya; adakah dia seorang yang telah melakukan rasauah tidak sembahyang lima waktu, tsakut kepada isteri atau bawah kuasa isteri dan melanggar hukum Allah.

Jika dia melakukan perkara di atas, maka dia hendaklah mengundurkan diri dari dicalon atau menyertai pilihan raya atau pungutan suara oleh rakyat.

SEDAR DAN TAKUT

Atas nama orang beriman, dia mestilah sedar dan takut, bahawa orang yang melakukan rasuah di laknat oleh Allah. Tidak menunaikan kewajiban, seperti sembahyang, melakukan dosa besar, maka dengan dirinya menjadi pemimpin negara Allah akan melaknatinya bersama negara dan rakyat.

Di antara laknat – lakanat Allah itu, ialah:

1 - Walaupun negara kaya raya tetapi tidak mendapat

keredaan Allah.

2 - Walaupun negara kaya raya tetapi rakyat jelata tetap

miskin, menderita dan ramai yang papa kedana.

3 - Berlaku kecurangAN atau tidak ada amanah di kalangan

mereka yang bertanggungjawab dengan pemerintah.

4 - Di landa mala petaka atau musibah, seperti banjir besar,

ribut taupan, kebakaran dan sebagainya.

UNTUK KAUM KERABA

Negara hendaklah menjaga muslihat rakyat. Adil dan ihsan. Tidak boleh pilih kasih. Hak kerajaan termasuk projek dan sebagianya, tidak digutamakan untuk kaum kerabat. Pendeknya habuan yang dikurniakan kepada rakyat mestilah adil.

Apabila menghadapi pilihan raya umum atau peilihan raya kecil ketua negara dan para menteri serta ahli-ahli syura – Parlimen ,tidak boleh menggunakan wang pemerintah, kenderaan pemerintah dan kemudahan dari pemerintah untuk berkempen dan sebagainya. Perbuatan itu adalah salah. Hendaklaah menggunakan wang sendiri atau wang parti politik sendiri.

Pemerintah tidak boleh membantu rakyat – mencurahkan wang berjuta – juta ringgit pada masa menghadapi pilihan raya atau pemilihan umum kerana mahukan rakyat mengundi calon – calonnya atau rakyat menyokongnya, kerana perbuatan itu rasuah juga. Perbuatan itu akan dilaknat oleh Allah.

UNDANG – UNDANG ISLAM

Negara Islam mestilah mengguna dan mengamlkan perlembagaan Islam dan perundangan Islam. Semua rakyat yang beragama Islam dan bukan Islam yang melakukan kesalahan di bawah hudud – jenayah dalam Islam mesti dihukum mengikut yang ada dalam undang – undang Islam.

Rakyat yang beragama lain dalam Negara Islam yang menentang hukum Islam, seperti hudud, maka dia adalah termasuk orang yang mendurhaka kepada negara dan boleh dihukum berat.

Rakyat dalam dalam Negara Islam tidak boleh menjatuhkan ketua atau pemimpin yang beriman kepada Allah, taqwa – tidak rasuah, tidak meninggalkan sembahyang wajib dan pendeknya dia seorang yang soleh. Jika sesiapa yang menurunkannya, sama ada dengan kekerasan atau muslihat lain, maka perbuatan itu salah di sisi agama Islam.

DENGAN CARA BERUNDING

Seorang calon dari parti politik Islam telah dipilih menjadi ketua negara – Presiden atau Perdana Menteri, maka dia telah menjadi milik rakyat atau orang ramai. Maka pemimpin itu tidak boleh meninggal atau meletakkan jawatannya dengan cara berunding sesama dua tiga orang atau oleh partinya.

Contohnya, tindakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan meletakkana jawatannya pada Mac nanti setelah berunding dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib dan parti mereka bersetuju, maka langkah itu di segi Islam tidak baik dan ‘ berdosa” kepada orang ramai. Selain dari meninggalkana tanggungjawab dan amanah, mengenepikan Yang Dipertuang Agung yang melantiknya dan rakyat yang memilihnya.

Yang Dipertuan Agung juga berdosa, jika membiarkan Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya sama ada dengan cara baik atau paksaan, kerana amanah Baginda kepada negara dan rakyat jelata tetapi wujud.

PARTI BANGSA MELAYU

Abdullah Badawi memikul amanah Yang Dipertuan Agung, negara dan rakyat. Rakyat juga boleh menentang langkah itu, jika mengikut sistem negara Islam.

Yang Diperetuan Agung kena fikir masak –masak. Abdullah Badawi kena fikir baik-baik. Rakyat jelata kena fikir dengan amanah. UMNO kena fikir sebagai parti bangsa Melayu yang beragama Islam.

Menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi dengan cara baik atau cara keras, maka perbuatan itu seperti berusaha menghapuskan usaha Abdullah Ahmad Badawi yang hendak meneruskan kerajaan berunsur Islam di negara ini.

Fikir secara orang Islam dan beriman!.

(Tamat).

No comments: