Perjuangan Bangsa Melayu menuntut kebebasan atau kemerdekaan bumi milik mereka adalah amalan soleh. Amal makruf dan jihad. Perjuangan atau jihad mereka atas cita-cita dan dengan semangat untuk membentuk sebuah negara merdeka. Sebuah ‘Negara Bertuah dan Allah Maha Pengampun’, iaitu mendapat keampunan dan keredaan Allah.
Bangsa Melayu adalah satu bangsa besar yang meliputi seluruh Kepulauan Melayu, iaitu dari Campa, Petani, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina. Seperti umat manusia di bumi-bumi lain di seluruh dunia juga, Umat Melayu bermula dari manusia-manusia yang hidup dalam zaman primitif atau kuno.
Mereka itu hidup berkembang dari zaman batu, iaitu zaman menggunakan batu, kayu, tulang dan sebagainya untuk digunakan bagi keperluan dalam kehidupan seharian.
Pendeknya kehidupan Orang Melayu, sama ada yang tinggal di daratan atau di lereng-lereng bukit, dalam gunung dan tepi lau, semua berkeadaan seperti kehidupan Orang Asli yang terdapat dalam rimba raya pada masa ini.
MELAYU JATI
Orang Melayu jati adalah mereka yang terdiri dari keturunan Orang Melayu Asli di seluruh Kepulauan Melayu. Contohnya, anak dari pasangan Melayu Semenanjung dengan Melayu Bukit Seguntang atau Indonesia, Moro atau Filipina, Campa dan Selatan Thailand adalah Anak Melayu jati.
Manakala Orang Melayu yang lahir dari pasangan Melayu dengan orang-orang Islam dari India, Yaman, Cina, Siam dan dari bangsa-bangsa lain tidak boleh dinobatkan sebagai Melayu Jati. Mereka adalah Melayu kacukan.
Tetapi, kerana agama Islam tidak memilih bangsa dan warna kulit. Semua manusia dari keturunan mana jua pun, kalau mereka itu beragam Islam, menurut firman Allah dalam Quran, mereka dikira sebagai umat Islam, iaitu ‘umat yang satu’ dan ‘umat yang satu’ dan ‘umat yang pertengahan’ Oleh sebab petunjuk atau doktrin dari Quran itu, maka pandangan ‘Melayu jati’ dan ‘Melayu kacukan’ telah tidak wujud lagi dalam rumpun atau masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Geografi bumi, politik dan sosial bumi dan Orang Melayu setelah berbagai jenis penjajah menguasai bumi Melayu. Mereka telah melakukan pecah-pecah perintah (divides and rules), maka telah berlaku pemisahan atau pembahagian kawasan, seperti Melayu Semenanjung, Melayu Borneo, Melayu Sumatera, Melayu Aceh dan Melayu Pulau Jawa dan sebagainya.
QURAN DAN SUNNAH
Dengan langkah itu, maka wujudlah rasa kedaerahan di kalangan Orang- Melayu. Orang Melayu bahagian Semenanjung memandang rendah kepada Orang Melayu bahagian Borneo. Begitulah Orang Melayu bahagian terhadap Melayu bahagian-bahagian lain.
Perjuangan untuk membebaskan atau memerdekakan seluruh Kepulauan Melayu, termasuk Brunei dari bertuankan orang-orang kafir atau tidak beriman - penjajah Partugis, Belanda, Inggeris dan sebarang sifat penjajahan, sama ada bentuk lama mahu pun bentuk baru, penjajah politik, ekonomi, budaya dan sebagainya, adalah perjuangan atau jihad yang dituntut oleh Islam.
Perjuangan atau jihad bangsa Melayu, terutama di Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulaunya dan Wilayah Selatan Thailand adalah berpandukan atau mengikut ajaran Islam atau doktrin dari Quran dan Sunah. Selain dari itu dari adalah dari nasihat para ulama dan cendekiawan Islam, sejarah Pemerintahan Islam semenjak zaman Nabi Muhammad hinggalah kepada beberapa pemerintahan dan dan kerajaan Islam yang terakhir.
Hasil kajian saya terhadap perjuangan bangsa Melayu, bahawa bangsa Melayu telah berjuang menuntut kebebasan tanah air mereka tidak di tunjuk oleh orang-orang kafir – Hindu (termasuk Budha), Kristian, Yahudi, Majusi dan agama-agama lain. Golongan dari agama-agama itu telah menjadi alat penjajah untuk mengusai negeri-negeri Melayu. Mereka juga menjadi pendorong kepada para pemeluknya untuk menjajah negeri-negeri Melayu dan mengusai ekonomi dan budaya Melayu.
KETURUNAN PENDATANG
Manakala penjajah-penjajah dan mereka yang terdiri dari golongan pendatang di- kepulauan Melayu amnya dan Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) khasnya, selain dari memiliki nafsu untuk mencari makan dan kaya raya, mereka bertujuan untuk menjadikan bumi Melayu sebagai negara mereka.
Contoh yang nyata, Pulau Singapura, setelah melalui beberapa proses kepolitikan, perundangan dan perlembagaan, maka pulau itu kini telah menjadi negara terasing dari wadah perjuangan bangsa Melayu. Pemerintah negara itu terdiri dari mereka dari keturunan pendatang.
Semua penjajah – dalam apa jua bentuk - , yang menjajah bumi Melayu telah menganggap bangsa Melayu yang menentang mereka adalah terdiri dari golongan Orang Darat atau Orang Asli, anggota kongsi gelap atau pertubuhan bawah tanah, mereka dari golongan pengganas komunis dan orang-orang Islam yang melampau atau penjahat.
Dengan tuduhan itu, mereka mendapat simpati orang luar, dunia luar dan bangsa-bangsa yang menganggotai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Dengan cara demikian mereka berjaya meneruskan penjajahan, menguasai negara yang pada masa lalu datuk nenek mereka menjadikan tapak penghijrahan untuk mencari makan atau kehidupan. Akhirnya mereka ingin menguasainya sebagai negara mereka. Mereka membenci anak watan atau orang Melayu. Mereka mengusai mereka. Contohnya, Singapura.
PENJAJAH BENTUK BARU
Walaupun pemerintah Cina, iaitu di Negara Cina tidak berhasrat untuk menjajah negara-negara orang lain, tetapi orang- orang Cina yang berhijrah, selain bertujuan mencari makan, mereka juga bertujuan untuk menguasai atau menjajah negara-negara lain dengan menggunakan kuasa dagang dan ekonomi mereka.
Pada masa ini, di segi sejarah bangsa Melayu, orang-orang Melayu di Singapura berada di bawah penjajah bentuk baru. Demikian jua di segi sejarah; bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah penjajah bentuk baru juga, iaitu orang-orang Cina dan India yang menjadi rakyat negara ini dan menguasai negara ini bersama orang Melayu.
Seperti yang saya telah utarakan di atas, iaitu, kerana proses kepolitikan, perundangan dan perlembagaan, maka kita tidak boleh menganggap orang-orang bukan Melayu yang memerintah negara ini sebagai penjajah bentuk baru. Walaupun di segi sejarah bangsa Melayu ‘gelaran’ demikian benar, tetapi di segi kepolitikan, perundangan dan perlembagaan, maka ‘gelaran’ itu dianggap salah.
Sesungguhnya, masalah pendatang, penjajah dan siapa kena jajah di kawasan-kawasan dalam Kepulauan Melayu tidak akan selesai sampai bila-bila. Masalah itu akan ditimbulkan oleh generasi bangsa Melayu pada masa akan datang. Nescaya akan berlaku seperti bangsa Arab di Palestin terhadap penjajahan Yahudi yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1947 – 1948.
Rakyat Cina di Negara Cina dan rakyat India di negara India tidak membenarkan sama sekali orang-orang asing memerintah negara mereka. Tetapi kerana politik penjajah Inggeris sebelum membebaskan negara ini pada tahun 1957, telah diterima oleh pemimpin-pemimpin pada masa itu, maka bangsa Melayu terpaksa berkeadaan ‘rela dalam paksaan’ terhadap orang-orang keturunan pendatang turut berkongsi kuasa dengan orang Melayu memerintah negara ini.
(Dari kata pengatar manuskrip buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment