Azmi bersama lima rakannya melangkah masuk ke dalam masjid itu. Keadaan sekitar dalam perut masjid itu terlalu tua. Mungkin usianya telah menjengkau lebih sepuluh abad. Seluruh perut masjid itu berbau harum semerbak seperti dalam sebuah tokoh air wangi dalam pasar raya, dekat Masjid Haram, Mekah.
Mereka telah sembahyang iktikaf masjid itu. Kemudian mereka sembahyang fardu Asar bersama kira-kira tiga puluh orang sidang jemaah. Sebaik-baik sahaja imam selesai memabca doa, semua sidang jemaah meninggalkan masjid itu. Iman berjalan masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk imam.
GEMBALA KUDA
Seorang lelaki tua, berjubah kelabu dan serbannya nipis kelabu jua, berdiri dan berjalan menghampiri Azmi dengan rakan-rakannya dan mengucapkan salam kepada mereka. Salamnya disambut oleh tetamu-tetamu itu dengan ucapan mesra.
“Ooo, tuan Maya, Allah berkatkan Tuan,”seorang lelaki dari yang lima menegur.
“Ia, alhamdulillah, apa khabar?”Tanya Maya.
“Baik,” mereka menjawab. Suara mereka jadi satu.
”Tuan, ini kami bawa Azmi, bakal menantu Tuan, ”kata seorang lelaki dari yang lima.
”Ia, alhamdulillah, terima kasih,” sahut Maya.
Azami terpegun. Bapa Dara sedang berdiri di hadapannya.
Azmi menjabat tangan Maya. Mereka berpeluk sejenak.
“Apa khabar, ayah?” Azmi bertanya.
“Khabar baik, …bagaimana perjalanan tadi?” Maya bertanya.
“Alhamdulillah, baik hingga tiba ke sini, ayah,” jawab Azmi.
“Alhamdulillah, Allah berkatkan kita semua,” sahut Maya.
Lelaki dari yang lima - ketua mereka - , bangun dan berkata kepada Maya, “Tuan tak apalah, Tuan, kami kena pergi…, kami tinggalkan Tuan Azmi ini kepada Tuan.”
”Ia, tak apa, elok …,”sahut Maya.
Setelah bersalaman dengan Maya dan Azmi, lima lelaki bersama gembala kuda itu meninggalkan Azami dan dan bakal bapa mertuanya dalam masjid itu.
”Mari Madu, ...ke rumah ayah, Dara sedang tunggu tu...,”kata Maya.
”Ia, ayah...,” sahut Azmi.
SUARA HATI
Mereka berjalan keluar dari masjid itu. Azmi menggalas bujam dan berjalan beriringan dengan Mayat. Di pintu pagar masjid itu Maya Berdiri dan merenung wajah bakal menantunya.
“Madu, ayah nak Tanya…,”kata Maya.
“Ia, ayah, apa, ayah?” Azami bertanya.
“…siapa beri nama anak ni Madu?” Maya bertanya.
“...nama saya Azmi, ayah,”sahut Azmi.
“Tapi Dara panggil nama anak Madu,”kata Maya.
“Saya guna dua nama, ayah,” kata Azmi.
“Ooo, begitu, maknanya anak ni kuat cita-cita, azam,”kata Maya sambil senyum.
Hati Azmi menyambut kata-kata Maya itu, “kalau tak kuat cita-cita, azam..., tak sampai ke sini pun….”
“Ia…, sungguh…, kalau tak kuat azam, Azmi tak sampai ke sini,” kata Maya seperti dia mengetahui suara hati Azmi.
“Iaa, ayah, ‘alhamdulillah, Allah mencipta langit dan bumi, menjadikan para malaikat dan utusan bersayap, masing-masing dua, tiga dan empat, Allah menambah ciptaannya sebagai mana yang dikehendaki-Nya; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala’ , ayah,”sambut Azmi.
”Dara tu sayang sangat kepada Azmi, ...jagalah dia baik-baik,...dia ada mengaji agama, mengaji tauhid, fikah, akhlak, tasawuf ...cukulah untuk diri dia…,”kata Maya.
”Ia, ayah…,”sahut Azmi.
”Azmi ada pelajaran tinggi, ada ilmu syariah, ilmu wahyu..., tak apa, dia taat kepada Azmi, macam emak dia taatkan ayah…,”kata Maya.
”Ia, ayah,”sambut Azmi.
Azmi kehairanan, dari mana orang tua itu mengetahui dirinya berpengetahuan demikian. Sejenak kemudian Azmi tidak pelik lagi. Allah telah mengilhamkan kepadanya, lalu hatinya yakin, sesungguhnya Maya dari golongan orang-orang yang kasap atau laduni.
Dalam perjalanan yang pendek itu, Maya banyak bercerita mengenai anak gadisnya, Dara dan isterinya, Cahaya. Setiba di halaman rumahnya, Maya memberi salam. Dara dan ibunya sama-sama menyambut salamnya. Mereka berlari ke pintu dan membuka pintu.
Azmi mengikuti Maya memanjat tangga naik ke rumah.
“Apa khabar, emak?”Azmi bertanya kepada Cahaya.
“Baik, Madu, alhamdulillah, Madu apa khabar?” balas Cahaya.
“Baik, emak, alhamdulillah,”jawab Azmi.
Azmi berpaling kepada Dara yang sedang senyum kepadanya.
“Apa khabar, Dara?”Azami bertanya.
“Alhamdulillah, baik, abang,”jawab Dara.
PENUH HORMAT
Cahaya mempersilakan Azmi duduk atas tikar mengkuang warna perak. Dengan penuh hormat, Azmi melabuhkan punggungnya atas tikar itu. Dara duduk bersimpuh menghadapnya.
”...ha, dah siap makanan, ...makan apa?”Maya bertanya kepada isterinya.
“…sudah abang, Dara masak gulai telur angsa, …sayur umbut bayas, kerabu pegaga dengan pucuk putat campur udang samai,”jawab isterinya.
Maya masuk ke biliknya. Kemudian dia keluar lalu duduk di hadapan Azmi. Wajahnya sentiasa senyum. Mesra Dia memandang kepada bakal menantunya itu.
“Azmi, malam ini Dara nak ikut Azmi balik,”kata Maya.
Dara memandang wajah bapanya. Kemudian dia merenung wajah Azmi. Hatinya hairan aka bapanya memanggil Madu dengan nama Azmi.
DISARUNGKAN CINCIN
Wajah Maya tenang. Pada saat dia melabuhkan punggungnya atas tikar di hadapan Azmi, warna sedih berarak perlahan pada wajahnya. Isterinya tunduk dan dua biji matanya seolah-olah bergolek atas tikar kelarai-kelarai di hujung lututnya.
Dara menahan debar jantungnya. Pada ketika itu dia berkeadaan seperti seorang gadis yang sedang disarungkan cincin pada jari manisnya oleh tunangnya.
“Macam ini, emak, ayah ..., kaum kerabat dah setuju, ...malam ini nak nikahkan Azmi dengan Dara...,”kata Maya.
”Ia, ayah, saya ikut saja...,”sahut Azmi.
”...ini hajat kami...,”Maya berkata.
” ...ia, elok tu, ayah,”sahut Azmi.
”...di sana Azmi nikah sekali lagi, kalau tidak buat begitu orang sana tak akui nikah Azmi dengan adik Dara,”kata Maya.
”Ialah, kami di sini menikah tak pakai surat…,ikut syarat, ikut hukum nikah saja...,”sahut Cahaya.
”Lepas menikah, Azmi bawalah Dara, …dia dah jadi isteri Azmi…,”kata Maya.
”Baik ayah, emak,”sahut Azmi.
“Lepas sembahyang Maghrib, orang-orang masjid akan datang, mualim akan akad nikah Azmi,”kata Maya.
“Ia, ayah…,”sahut Azmi.
“Ada bawa mahar?” Tanya Maya.
“…ada, saya ada bawa duit…,”kata Azami serba salah.
“ …ooo, duit, …tapi Dara nak mahar dia, Quran,”kata Maya.
“Ia, …macam emak juga,”sambut ibu Dara.
“Tak apa, Dara beri Quran kepada bang, lepas tu abang buat mahar Dara,”kata Dara.
”Elok, tu, elok,”kata Maya.
Mereka sama-sama ketawa kecil.
Dara bangun dan masuk ke biliknya. Sebentar kemudian dia membawa sebuah Quran kulit bersalut air emas. Quran itu diserahkan oleh kepada Azmi.
“Elok tu..., Dara ni nak Quran, tak nak benda lain...,”kata Cahaya.
”Ia, emak,”sahut Azmi.
Bapa Dara senyum. Dara tunduk menatap kelarai tikar di hujung lututnya.
“….ayah ingat, lepas menikah di sini, eloklah Azmi hantar Dara ke kampung Kota, Pattani, …biar dia mengaji di pondok tiga empat bulan...,”kata Maya.
“Ia, ayah,” Azmi mengaku.
“Di sana ada orang tua kami, …boleh tolong...,”kata Maya.
“Ia, ayah…,”sahut Azmi.
“lepas tu, pergi nikah sekali lagi di sana…, boleh dapat surat nikah…,”kata Maya.
Azami mengangguk.
“...abang duduk rehat dulu, nak ke dapur,” kata Dara sambil bangun.
“Ia, baik,” sahut Azmi.
“Elok tu, ...siapkan makanan ...,”Kata Maya.
JEMAAH MASJID
Maya mengikut anaknya ke ruang dapur. Maya meninggalkan Azami dan masuk ke dalam biliknya.
Setelah selesai makan petang, Maya pergi ke masjid bersama Azmi.Setiba mereka dalam masjid itu, Maya memperkenalkan Azmi kepada sebelas orang lelaki ahli jemaah masjid tersebut. Mereka itu terdiri dari orang tua, dewasa dan belia.
Sebik-baik sahaja selesai sembahyang fardu Isya, mereka sebelas orang bersama ahli-ahli jemaah masjid itu, mereka mengikuti Maya ke ruahnya.Dalam perjalanan ke rumah Maya, Azmi mendengar orang-orang itu bercakap sesama mereka, bahawa ialah kali pertama pertama gadis di alam ghaib di tempat itu akan berkahwin dengan pemuda dari alam nyata.
”Semua ini kuasa Allah, ’kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi, Dia yang memberi kehidupan dan kematian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu’ , yang ghaib dan yang zahir sama bagi-Nya,” seorang dari mereka berkata.
KAUM BUNIAN
Majlis pernikahan Azmi dengan Dara pada malam itu mencatatkan satu ayat panjang dalam sejarah mereka, iaitu ‘walaupun pernikahan ini berlawanan dengan tradisi kami kaum bunian, tetapi kehendak Allah tidak siapa boleh menentangnya, dan kami dengan ikhlas meredainya’.
Sebelum istiadat akad nikah dilangsungkan, Azmi menyerahkan sebuah Quran kecil mahar Dara kepada Imam masjid yang akan mengakad nikahnnya dengan Dara. Pada akhir istiada akad nikah itu, semua yang hadir telah berdoa dan bersyukur kepada Tuhan.
Semua tetamu telah meninggalkan rumah pengantin baru itu. Maya duduk di hadapan isterinya, Dara dan menantunya.
”Alhamdulillah, Azmi sudah menjadi menantu kita, suami Dara...,”kata Maya kepada isterinya.
”Ia, abang,”sahut Cahaya.
”Dara, anaka ayah, pada malam ini, kamu ikutlah suami kamu, ...tak usah risaukan kami di sini,”pesan Maya dan wajahnya senyum bercampur muram.
”Ia, ayah, insya Allah, ayah, doakan ayah, ...Dara selamat,” sahut Dara.
”Ialah..., insya Allah,”sambut Maya.
”Macam ini Azmi, ...ayah, emak, ...ialah, kami di sini tak guna duit, ...rial, pitis...,”kata Maya.
“Ia, ayah,”sahut Azmi.
“…tapi, mana tahu, bila Azmi nak guna duit, insya Allah kami beri duit tu,”kata Maya.
Wajah Maya diusap warna sedih.
BAWAH SEJADAH
Azmi diam. Hatinya mencari keyakinan dari kata-kata bapa mertuanya itu.
”Bila Azmi nak duit, ...banyak mana pun tak apa,”kata Maya lagi.
Azmi diam lagi.
”…pada malam Jumaat, lepas sembahyang Isyak, Azmi baca AL Fatihah dua puluh lima kali, selawatkan Nabi Muhammad lima kali, lepas tu Azmi ambillah duit bawah sejadah Azmi tu,”pesan Maya.
“Insya Allah, ayah,”sahut Azmi.
Maya mengangkat Tangannya dan berdoa. Azmi, Dara dan Cahaya ikut mengangkat tangan masing-masing.“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kurniaan di sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami jalan yang lurus dalam urusan kami,” . Pada akhir doanya Maya telah meletakkan dua tapak tangannya atas dahi Azmi dan dahi anaknya.
Cahaya memeluk anak dan menantunya. Suami isteri itu menjadi satu dalam pelukannya.” …Allah reda…, emak rela…, ayah reda, anakku,”suara Cahaya lembut. Sedih.
“Alhamdulillah, terima kasih ayah,” suara Azmi dan Dara menjadi satu.
“…ha, elok, Allah bersama kalian…, pergilah…,”kata Maya.
MENATAP WAJAH
Azami bersalaman dengan bapa dan ibu mertuanya. Dara bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia keluar semula dengan membawa pundutnya. Wajahnya yang berhias senyuman itu, tersembunyi perasaan sedihnya. Pada detik-detik menatap wajah bapa dan ibunya kali terakhir, hati Dara seolah-olah menyanyikan syair ini:
Pergi Dara tak kembali ,
Ikut suami teruna pujaan;
Alam nyata tempat pergi,
Demi cinta Dara berkorban.
”Assalamau alaikum,”ucap Maya kepada Azmi dan Dara yang sedang berdiri di kaki tangga.
”Wa alaikum salam,”suara Azmi dan Dara satu menyambut salam dari Maya.
Azmi menyangkutkan pundut Dara pada bahu kanannya. Bujam Azmi tersangkut di bawah ketiak Dara. Azmi memegang tangan kanan isterinya. Kemudian mereka menjejaki jalan dalam gelap menuju gunung batu. Setibanya di kaki gunung itu, Dara memagang bahu kanan Azmi dan memeluknya erat-erat. Azmi terasa dirinya terapung-apung laju dalam awan. Ayat-ayat Quran yang telah diterima oleh Azmi dari Haji Marzuki, di Pangkalan Kubur, Kelantan, dibaca dan dihembuskan ke telinga kanan isterinya. Tubuh Dara menggigil dalam pelukannya.
“...abang dah baca…?”Tanya Dara.
“Sudah, sayang,” jawab Azmi.
”...patut Dara rasa telinga, tubuh Dara sejuk sangat,”kata Dara.
“...berkat, alhamdulillah...,” sambut Azmi.
Dara mengangguk. Tangan kenannya membelit pinggang Azmi.
“...kita dah tiba, abang...,”kata Dara sambil mengundurkan tubuhnya dari pelukan suaminya.
”Di mana, Dara?” Tanya Azmi.
“…kampung Kota, Pattani..., dekat rumah tok, abang,”jawab Dara.
”Kampung Kota, ...dekat telaga Hang Tuah, Dara?”Tanya Azmi.
”...Dara tak tau, abang, siapa Hang Tuah tu?”jawab Dara.
Azmi senyum, ”nantilah, abang akan ceritakan...,”jawab Azmi.
Dara mengangguk. Manja.
”Siapa nama Tok Dara tu?”Tanya Azmi.
”....aaaa, nanti Dara ingat, ....Fakih Jirim, nenek nama ...Siti Aminah,”jawab Dara
”Ia, Alhamdulillah,”Azmi mengucap syukur.
“...abang,”kata Dara.
”Ia, Dara, ...apa?”Tanya Azmi.
”Dara tak boleh balik, …tak boleh ghaib lagi..., dah jadi macam abang, macam orang di sini...,”kata Dara.
Azmi memeluk tubuh isterinya. Pada ketika itu Azmi lantas teringat peristiwa Allah telah memerintahkan Nabi Adam dan isterinya, Hawa, turun ke bumi, ’...pergilah kamu semua dari sini...’.
CAHAYA RIANG
Azmi dan Dara telah pergi ke sebuah rumah lama. Bentuknya seperti kebanyakan rumah orang Melayu Negeri Perak. Setiba mereka di halamana rumah itu, belum sempat Azmi dan Dara memberi salam, pintu rumah itu terbuka.Seorang lelaki tua berdiri di pintu dan pelita minyak tanah di tangannya ditayang-tayang ke arah tangga.
”Assalamu alaikum, Tok,”Dara mengucapkan salam kepada Fakih Jirim.
”...wa ’alaikum salam, ha, naiklah, naik...,” suara Fakeh jirim.Suaranya lembut dan mesra.
”Baik, Tok,”sambut Azmi.
Dara memanjat tangga dan diikuti oleh Azmi. Kedua-dua mereka berjabat tangan dengan Fakih Jirim dan isterinya.
”Duduklah,” Fakih Jirim mempersilakan Azmi dan Dara duduk atas tikar menggkuang kelarai Pattani.
”Terima kasih, Tok,”ucap Azmi.
Azmi dan isterinya melabuhkan punggung masing-masing atas tikar itu. Fakih Jirim dan isterinya duduk di hadapan mereka. Pada wajah kedua-dua orang itu terpancar cahaya riang kerana menyambut ketibaan cucu perempuan mereka yang belum pernah mereka temui sebelum itu.
”... Tok, Nenek ni ... duk dua oghe saja di ghumah ni ,”kata Fakih Jirim kepada Dara.
”...ia, Tok, ini abang Azmi, suami Dara, Tok,”kata Dara.
”Ia, Tok dah tau…,” sambut Fakih Jirim.
“…mu ni mek, dengan Azmi ini, macam pine belah dua,”kata isteri Fakih Jirim.
Azmi senyum.
”Nek ni...,”sambut Dara. Tersipu-sipu.
”Allah berkatkan muma...,”kata Fakeh Jirim.
”Insya Allah, tolong doa, Tok...,”kata Azmi.
Fakih Jirim senyum.
DAGING LEMBU
Isteri Fakih Jirim menjamu Azmi dan Dara dengan makanan yang dimasak cara masakan orang Melayu Selatan Siam.Paprit, tomyam daging lembu masak merah.Pada malam itulah pertama kali Dara mengecap masakan daging lembu, sup tulang lembu, sotong, udang.
Manusia-manusia yang hidup dalam alam ghaib tidak makan daging haiwan atau makhluk bernyawa. Mereka mempunyai perasaan belas kasihan kepada haiwan-haiwan melebihi perasaan manusia di alam nyata ini.
”Nenek masak sendiri, lauk-lauk ni, nek?”Azmi bertanya kepada isteri Fakih Jirim.
”Dak deh, Tok beli di kedai sana tu,”jawab isteri Fakih Jirim.
”... dah tau muma nak maghi, Tok sughuk nenek beli,”sambut Fakih Jirim.
”Sedap, Nek,”kata Azmi.
”Masakan oghe Pattani, sedap, ...oghe Semenanjung, Kelate..., Peghak, beghahi make lauk macam ni,” kata isteri Fakih Jirim.
Berkali-kali Dara mengebam bibirnya sendiri kerana dia tidak tahan pedas cili.Wajahnya merah dan dua matanya berair.
”Kena apa Mek?”tanya Fakih Jirim.
”... Mek tak tahan pedih...,pedas, Tok, ...tapi sedap,” jawab Dara sambil mengesat bibirnya dengan belakang tangan kirinya.
”Oghe tempat Mek tak makan cabai,” kata Fakih Jirim.
Dara senyum. Azmi merenung wajah isterinya yang kemerahan dalam cahaya lampu.
Pada malam itu, Azmi dan Fakih Jirim telah bercakap sehingga awal pagi. Sementara Dara tidur bersama neneknya dalam bilik tidur. Sekadar merehatkan tubuh, Fakih Jirim dan Azmi tidur di tengah rumah
Esok pagi, sebaik-baik selesai bersarapan, Fakih Jirim membawa Azmi dan Dara pergi menemui guru sekolah pondok di kampung itu, Sheikh Hassan Dala. Setelah Fakih Jirim menerangkan maksud dan hajat Dara dan Azmi, maka Sheikh Hassan Dala telah menerima Dara menuntut di sekolahnya.Sekolah tersebut sebuah sekolah yang dikhaskan kepada penuntut-pentuntut perempuan sahaja.
“…aaa, tiga bulan tak lama,” kata Sheikh Hassan Dala.
“Ia, Tok...,”sahut Azmi.
“ …Tok akan dapatkan sughat beghanak Dara,”kata Sheikh Hassan Dala.
”Baik, Tok,”kata Azmi.
”Tak apa, kalau Azmi nak nikah denge Dara di sini pun tak apa...,”kata Sheikh Hassan Dala lagi..
”...ia, Tok, insya Allah,”sahut Azmi.
“Surat nikah ada cop Majlis Agama Islam, ...pejabat Negeghi Kelate, Peghak, Kedah, Peghelis, teghima, ...sah, ”kata kata Sheikh Hassan Dala.
“Ia, Tok,”sahut Azmi lagi.
”...ghame oghe Islam daghi sana maghi nikah di sini, ...di sana susah nak nikah, ada mace-mece kaghenah...,”jelas Sheikh Hassan Dala.
“Ia, Tok,”sambut Azmi.
(Disaring sunting dari manuskrip novel, Cinta Dan Hidayat, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment