Tuesday, August 30, 2011

SUFI



TARIKAT - TARIKAT SUFI

Di seluruh dunia,sama ada di negara – negara umat Islam mahupun di negara – negara umat beragama lain, tetapi ada umat Islam, terdapat banyak tarikat ( tariqat – Arab) sufi Islam. Tarikat – tarikat itu ada yang besar dan diamalkan di seluruh dunia dan ada di negara – negara atau wiolayah – wulayah kecil. Berikut ini dicatatkan sekadar sebhagian dari tarikat sufi Islam yang dapat dipetik dari buku – buku sejarah sufi Islam, iaitu:
1 - Ahmadiyah
Tarikat ini dinamakan dengan sempena nama pelopornya, iaitu Ahmad
Badawi – 596 – 634H - , lahir di Masir dan dia terkenal di kalangan
para orang sufi sebagai ‘ wali agung’ Masir.
2 - Al Akbariyah
Tarikat ini dinama sempena dengannama Sheikh agungnya, Muhyiddin
bin Arabi. Dia seorang yang suka mendiamkan diri dan tarikatnya ditubuhkan atas dasar ‘diam’ juga dan uzlah, iaitu mengsingkan diri dari orang ramai, bertahan lapar dan berjaga malam. Keadaannya seperti Nabi Ishak laihi salam.
3 - Al Bakdasyiyah
Tarikat ini diikut atau dianut oleh ramai orang Turki. Tarikat ini adalah penting dalam penyebaran ajaran agama Islam di kalangan orang Turki dan Mongol. Pada zaman Uthmaniyah berkuasa, tsrikat ini mempunyai peranan penting dalam kerajaan tersebut. Para ahli tsrikat ini terdiri dari mereka yang memegang fahaman sunni dan syiah.
4 - Ad Dasuqiyah
Tarikat ini adalah menggunakan nama pemimpin atau pelopornya, iaitu
Ibrahim Ad Dasuq – 633 – 676H -. Tarikat ini membawa para
pengikutnya memurnikan jiwa raga, menyayangi sesama makhluk
Allah, berswerah diri kepada Allah dan dalam keadaan dapai
mengikut pemimpinnya.
5 - Aidrusiyah
Tarikat ini, ditubuhkan seorang mualim dan ahli tarikah dari suku
bangsa Arab Al Idrus. Di antara para guru tarikat ini, ialah, Syeikh
Abu Bakar al Idrus, meninggal dunia pada 814H.
5- Al Malamatiyah
Tarikat ini didirkan oleh ahli tarikat yang berwsemangat jihad pada jalan Allah, Abu Saleh Hamdun bin Ahmad bin ‘Ammar dan tekenal dengan panggilran Al Qassar – w 271H - . Hampir semua pengikut tarikat ini diransangkan dengan semangat jihat pada jalan Allah, menentang kemungkara dan melaksanakan amal makruf.
6 - Al Maulawiyah
Tarikat ini ditubuhkan oleh ahli tarikat, penyair, Farsi – kini, Iran,
Jalaluddin Rumi (w 672H - . Cara atau sistem tarikat ini ada kelainan
dari tarikat – taikat lain, iaitu ia ada tarian dalam dewan sikir mereka.
Ertinya mereka bersikir dalam keadaan menari. Khabarnya pada
masa silam, tarikat ini tersibar di Turki dan Asia Barat. Tetapi pada
masa ini tarikat tersebut berkuarangan.
7 - An Naqsabandiyah
Tarikat ini, ialah sempena nama pemimpinnya, iaitu Shah
Naqsanbandi - Sheikh Bahauddin Muhammad bin Muhammad Al
Bukhari -618 – 791H - .
8 - Al Qadiriyah
Tarikat ini, ialah ari nama pengasasnya, iaitu Sheikh Abdul Qadir
Jailani – 470 – 561 - . Dia seorang yang banyak anak, iaitu 49 orang
dan 11 orang dari mereka teloah menyebarkan tarikat ini ke seluruh
dunia.
9 - Ar Rifaa’iyah
Tarikat ini, ialah mengunakan nama pemimpinnya,iaitu Sheikh
Ahmad Rafie – w 580H - .ari dari suku Arab yang bernama Rifa’ah.
10 - Sammaniyah
Ditubuhkan oleh mualim dan ahli tarikat, di Madinah al munawwarah
Sheikh Muhammad Saman. Ramai muridnya yang datang dari
kepulayan Melayu, termasukj Aceh.Dia mneninggan pada tahun
1720M.
10 - Asy Syaziliyah
Tarikat ini, ialah dari nama pengasanya, Sheikh Abu Hassan Asy
Syazili – 593 – 656H-.
Agama Islam, adalah sebuah agama yang diredai dan diberkati oleh Allah, maka, ia tidak tertumpu kepada ibadat KeTuhanan semata – mata, tetapi, iala meliputi hal ehwal kehidupan umat manusia, seperti siasah atau politik, ekonomi – meliputi berrdangan, perusahaan dalam semua bidang, seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan sebagainyaagama, termasuk kemasyarakat dan kemanusia sejagat.
Dalam parti – parti politik yang berideologikan Islam di negara – negara umat Islam di seluruh dunia, terdapat ramai ahli sufi dan ahli tarikat berjuang dalam parti – parti politik ataun menyertai parti – parti politik tersebut.
Dalam parti politik Masir, Ikhwanul Muslimin, di antara mereka, ialah: Sheikh Hassan Al Bana (324 – 1369) dan Syed
Qutb (1906 – 1966). Mereka adalah pejuang Islam yang berjuang untuk menegakkan negara Islam di bumi Masir. Dilihat dari segi kaca mata orang Islam yang sayangkan agama Allah, bahawa Hassan Al Bana, Syed Qutb dan para pejuang dalam parti Ikhwanul Muslimin Masir adalah dalam golongan orang yang berjihad atau berjuang pada jalan Allah. Kebanyakan mereka dalam parti politik tersebut telah dibunuh dengan cara tembak sampai matai dan gantung sampai mati oleh kerajaan Masir.
(Disunting dari manuskrip buku, Ibadat Hakiki Kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)

NASIHAT




CIUM TANGAN

Pada hari raya dan hari - hari berikut, anda hendaklah mengawal akhlak mulia, iaitu jangan membiar atau jangan membenarkan anak - anak anda lelaki dan perempuan yang berusia tiga empat tahung hingga belum balik melakukan berjabat tangan (bersalaman) dengan mencium tangan, kerana amalan itu akan menjadi anak - anak anda berjiwa sempit, fanatik dan lemah semangat sebagai manusia Islam.
Amalan ini termauk dalam bida’ah sesat.
Anak - anak anda hanya boleh berjabat tangan ( bersalaman) dengan mencium tangan dengan ibu bapa, datuk dan nenek mereka dan guru yang paling dekat mengajar ilmu agama Islam, terutama Quran dan Hadis. Iaitu, anak lelaki dengan guru lelaki dan anak perempuan dengan guru perempuan sahaja.

MAKSUD AYAT QURAN DAN HADIS




REZEKI DARI ALLAH

Isa anak Maryam berdoa: Wahai Allah, Pemimpin kami, Engkau turunkan atas kami hidangan dari langit, yang akan menjadikan HARI AIDAN - RAYA bagi kami, orang pertama dan yang terakhir dan menjadi bukti kebenaran diri Engkau. Dan kurniakanlah kami rezeki, dan Engkaulah Penganugerah rezeki yang paling utama.
- Al maidah:114

HADIS

ISTERI BERPUASA

Abu Hurairah radhiallahu ‘an memaklumkan: Rasulullah, Muhammad s.a.w. telah bersabda: Jikalau seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya (dengan tujuan bercekarama), lalu isterinya menolak, kemudian suaminya itu bermalam dalam keadaan marah (kecewa tidak dapat), maka, isterinya itu dilaknat para malaikat sehingga kepada waktu pagi.
Dalam riwayat lain: Sampai isteri itu kembali mengikut kemahuan suaminya.
Dari Abu Hurairah, bahawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tidak halal (haram) bagi seseorang isteri jika dia berpuasa, sedangkan suaminya menyaksikan - yakni ada di rumah - , melainkan dengan izin suaminya (untuk berpuasa sunat). Juga tidaklah dianggap telah mendapat keizinan (berpuasa sunat), kalau dia dalam rumjah suaminya itu, kecuali dengan izin suaminya sendiri (untuk dia berpuasa). - Hadis ini diakui oleh semua perawi Hadis.

Sunday, August 28, 2011

AHLI SUFI




MANUSIA - MANUSIA SUFI


(Setiap individu yang hendak menjadi ahli sufi atau tarikat mesti atau wajib ada pengetahuan tauhid, usuluddin, tasawwuf dan akhlak Islam. Jika tidak ada yang demikian, mereka akan menjadi orang sesat dalam ibadat dan seperti buta kehilangan tongkat - Penulis)
Perkataan ‘Sufi’ terdapat banyak pendapat dari para ahli bahasa Arab dan bahasa – bahasa lain, bahawa perkataan itu berasal dari bahaya Yunani, iaitu bererti ‘hikmah’.Tetapi pada umumnya para ulama Islam berpendapat, bahawa perkataan itu dari bahasa Arab, yang bererti ‘bulu kambing’.
Perataan ‘sufi’ menggunakan ‘ssad’, iaitu ‘sin’ berganda atau tebal. Perkatan ‘ssufi’ berasal dari kata ‘ssuf’, iaitu bulu kambing. Contoh yang boleh kita trima, ialah dari Hadis Rasul Allah Muhammad sallallahu alaihi wa sallam, yang ada kata ‘ssuf’ iaitu:
Saya telsah keluar pada safar bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam dan beliau memakai jubah dari ssuf – bulu kambing.
– Perawi: Abi Burdah
Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. di Madinah al Munawarah, iaitu sebelum turun wahyu Allah di masjid Qablatain – dua kiblat – berhubungan dengan Allah Subhanhu wa Ta’ala memerintahkan Junjungan dan umat Islam mengubah penghadapan sembahyang atau kiblat dari Baitul Muqdis ke Baitullahil Haram, ada ramai orang Arab hitam dan miskin, hampir semua memakai ‘ssuf’ bulu kambing warna putih, menumpang tinggal di bahagian penjuru masjid An Nabawi, dan tempat mereka tinggal itu dinamakan ass sufa.
Sesungguhnya Kami – Allah – melihat berbalik – balik – berulang kali tengadah - muka anda – Muhammad – pada langit - meminta datang wahyu -.Dengan demikian Kami – Allah – palingkan muka anda ke kiblat yang anda sukai, maka, hadapkanlah muka anda ke arah Masjid Al Haram – Ka’abah -. Di mana sahaja anda berada, hadapkanalah muka anda ke arahnya – Ka’abah - .
– Al Baqarah: 44
Banyak pendapat, Ssufi diambil dari kata ssuf , iaitu bulu kambing – putih – menandakan bersih. Para ahli sufi memang berhati bersih; bersih terhadap Allah, Kuat iman, takwa, menyerah diri kepada Allah, berharapkan reda Allah dan zuhud, iaitu mengutamakan Allah dan hari akhirat dari menyayangi dunia. Dunia yang didmaksudkan, ialah kemewahan sehingga mengabaikan iman, takwa,menhyerah diri kepada Allah dan berharap keredaan Allah.Dinia juga bermaksud segala yang terlarang dalam Islam dan oleh Allah. Dalam bahasa Arab ada menyebut tentang dunia demikian, iaitu:
Dua itu bangkai, siapa yang menuntutnya, bangkai.
Orang – orang sufi terdiri dari mereka yang sarat dengan ilmu pengetahuan agama Islam. Mereka orang – orang yang kenal diri sendiri, Kenal Allah Subhanahu wa Taala, beriman kepada yang Maha Esa itu, Ihsan kpada allah dan kepada umat manusia, beramanah, berakhlak dan kuat beribadat kepada Allah yang Maha Esa.
Pada zaman Rasul Allah Muhammad s.a.w. di Makkatul Mukaramah sebelum berhijrah ke Madinatul Munawwarah, selama Junjung tinggal di Madinah dan setelah wafat Junjungan, ramai ahli sufi di Tanah suci tersebut, di antara mereka, iaitu:
1 - Para sahabat tertinggi:
a. Abu Bakar As Siddiq,
b. Uthman ibni Affan,
c. Umar Al Khattab,
d. Ali bin Abni Talib.
2 - Para sahabat seperjuangan pada jalan Allah:
a. Mereka yang terkorban dalam perang Badar, perang Uhud, perang Yamamah dan perang Nahawand. Di antara tujuh puluh orang yang terkorban dalam perang Abdullah bin Jahsy, Al Haris bin Anas bin Rafi dan Malik bin Sinan bin Ubaid bin Sa’alabah.
3 - Para sahabat yang bertugas mencatatkan hadis – hadis Rasul
Allah Muhammad s.a.w. dan di antara mereka itu, ialah:
a. Abu Hurairah – mencatat 5,374 hadis.
b. Abdullah ibni Umar – mencatat 2,630 hadis.
c. Anas bin Malik – mencatat 2,286 hadis.
d. Abdullah ibnu Abbas – mencatat 1,660 hadis
e. Jabir bin Abdullah – mencatat 1,540 hadis.
f. Abu Said al Kudri – mencatat 1,170 hadis.
Para pemimpin mazhab:
Ahlus sunnah wal jamaah
a. Hassan Asy Syaari.
b. Imam Hambali
c . Imam Shafie
d.Iman Hanafi
e.Imam Maliki dan beberapa orang lagi.
Para imam pemimpin mazhab – mazhab lain,di antara mereka:
Taimiyyah, Taqiuddin Abu Al Abbas Ahmad bin Sahabuddin Abil Mahasin Abdul Halim bin Majuddin Abi Al Barakah Abdus Salam bin Abi Muhammad Abdullah bin Abi Al Qasim Al Qudri bin Muhammad Al Qadri bin Ali bin Abullah bin Taimiyyah (661H – 1263M).
Abu Abbas Ahmad bin Muhammad bin Muhtar bin Ahmad bin Muhammad Salim Tijani (1150 – 1230h/ 1737 – 1815m ), pengasas mazhab Tijaniyah, Abu Ala Al Maududi (1321 – 1399H / 1903 – 1979), pemimpin Jama’ah Islam India dan Pakistan,
Pecinta Hikmah
Pada zaman para khalifah Islam dan kemudian dari mereka terdapat ramai ahli sufi yang tekenal dengan gelaran failasuf – dari bahasa Yunani, filsuf, ertinya, Pencinta Hikmah. Di antara mereka itu,ialah:
1- Al Kindi – Abu Yusuf ibnu Ishak al Kindi (188 – 260 / 803 – 873).
2 - Abu Bakar Muhammad ibnu Zakaria Ar Razi (312 – 864 ? – 924).
3 - Abu Mughith Al Husain Mansur Al Halaj ( 244 – 309 H) , Seorang dari para ulama Islam yang
menganut mazhab hululiyyin dan ittihadiyyah,
di Iraq. Dia di bunuh denga di potong tangan
dan kakinya oleh Penguasa.
4 - Al Farabi - Muhammad ibnu Muhammad ibnu
Tarkhan ibnu Uzlagh Abu Nasr al Farabi (257 –
339 / 870 – 950).
5 - Ibnu Sina – Hussein ibnu Abdullah ibnu sina –
Aven Sina - (370 – 428 / 980 – 1037).
6 - Al Ghazali – Abu Hamid bin Muhammad al
Ghazali (450 – 5t05 / 1058 – 111). Di antara
buku – buku karangannya, Ihya’ Ulumuddin.
7- Ibnu Bijah – Abu Bakar ibnu Yahya ibnu Al
Sa’igh – Avenpace atau Avempace (500 – 33 /
1106 – 38).
8- Ibnu Tufail – Abu Bakar Muhammad ibnu
Abdul Malik ibnu Muhammad ibnu Muhammad
ibnu Tufail Al Qaisy (504 – 581)
9 - Ibnu Rusyd – Abu Al Walid Muhammad ibnu
Ahmad ibnu Muhammad ibnu Rusyd –
Averroes ( 520 – 95/ 1126 – 98).
10 -Ibnu Khaldoon – Abu Zaid ‘Abdur Rahman
ibnu Khaldoon ( 732 – 808 / 1332 – 1406).
11- Omar Khayyan, Farsi – Iran (1048 -,
1131H).Dia terkenal sebagai penyair
terkenal sebagai penyair.
11 –Jalaluddin Rumi bin Bahauddin Walas –
1207 – 1273 –
12 - .Abu ‘Ala Al Maududi bin Sayyid Ahmad
Hassan (1321 – 1399H / 1903 – 1979).
13 - Rabi’atul Adawiyyah (w 135H, 180 atau
185H). Dia ahli sufi wanita.
15 - Zun Nun Al Masri (w 245)
16 - Mahyuddin bin Arabi – Sheikhul akbar
(560 – 638H).
17 - Abu Hassan Asy Syazali (593 – 656 H)
18 - Abu Al Qasim Al Junaidi (w 297 H) .
19 - Abu Mughith Al Husain Mansur Al Halaj
(244 – 309 H).
20 - Abu Yazid Bustami (w 234H)
21 - Sheik Muhammad Ilyas Kandahlawi (1303 –1364) .
22 - Al Hussein Az Zahra,penyaiar sufi (1833 –
1895M).
Mereka yang tergolong dalam orang – orang sufi menjalankan ibadat yang dinama tarikat, iaitu, ibdat pada jalan Allah – dan sulk atau suluk – ibadat pada jalan Allah. Mereka digelar ahli tarikat dan ahli suluk.
Ahli sufi dunia Melayu
Dalam dunia Melayu – dari Champa, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan Utara – Sarawak, Sabah dan Brunei - , seluruh kepulauan Melayu atau Indonesia dan hingga Filipina – kawasan umat Islam - , terdapat ramai ulama dan dalam golongan ahli sufi. ahli tarikat atau ahli suluk.
Di antara ulama yang dalam golongan ahli – ahli sufi nusantara, ialah:
1- Imam Bonjol, Indonesia
2- Wali – wali songo atau wali sembilan,
3 - Sheikh Kuala – Aceh, Indonsia,
4 - Sheikh Daud Pattani, Selatan Thailand,
5- Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al falaki ,
Kuala Kangsa, Perak - ,
6 - Sheikh Haji Nawawi Muhammad – Sheikh
janggut Merah – Pantai Remis, Perak.
7 - Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik – Kedah ,
8 - Sheikh Haji Junid Tala, Padang Rengas, Perak,
9 - Sheikh Muhammad Idris al Marbawi, Lubuk
Merbau, Kuala Kangsar, Perak,
10 - Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir, Pattani, Selatan
Thailand,
11 - Sheikh Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau
Pinang,
12- Sheikh Abdul Rahmam Merbauk, Kedah,
13 - Haji Wan Musa Wan Tabal, Kota Bharu,
Kelantan,
14 - Haji Muhammad Salleh Masri, Bukut Mertajam,
Pulau Pinang.
15 - Haji Ahmad Maher bin Ismail, Kita Baharu,
Kelantan,
16 - Tok Kenali atau Muhammad Yusof bin Ahmad,
Kota Bharu, Kelantan,
17 - Haji Abdul Karim Amarullah atau Hamka,
Indonesia,
18 - Haji Ahmad Fuad Hassan, Manong, Kuala
Kangsar, Perak,
19 - Haji Hussain Che Dol, Guar Chempedak, Kedah,
20 - Kiyai Haji Ahmad Dahlan, Indonesia,
21 - Ustaz Abu Bakar Al Baqir,Gunug Semanggol,
Perak,
22 - Ustaz Haji Mat Saman bin Muhammad, atau Haji
Mat Saman Kati,Taiping, Perak,
23 - Sheikh Muhammad Arshah Al Banjari, Indonesia
24 - Haji Agus Salim, Indonesia,
25 - Sheikh Abu Bakar Al Shaari, Perlis,
26 - Imam Sheikh Ibrahim al Pattani, Selatan Thailan,
27 - Sheikh Muhammad Nafis bin Idris Al Banjari – Pengarang kitab – kitab kuning - , Darun Nafis.

Terengganu
1 -Tok Pulau Manis, Sheikh Abdul Malik bin Abdullah (1650 – 1736) –
pengarang kitab tasawwuf Syarh Hikam.
2 – Sheikh Daud Al Fatani - Dsud non Abdullah Pattani (1769 – 18470.
3- Tok Pulai Chondong, Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah bin Imam Hashim, kpg Bira, Pattani (1207H (1792M)
3 – Sheikh Nik Dir - Sheikh Abdul Kadir bin Aqbdul Rahmanb al Fatani.
4 – Sheikh Muhammad Said Linggi, N. Sembilan (1875 – 1926)
5 – Tok Malik Sungai Pinang Haji Abdul Malik binN Hasan (1813 – 19280.
6 – Tok Kenali , (1868 – 1933) Muhammad Yususf bin Ahmad.
7 - Tok Kemuning , Haji Ismail bin Haji Senik (1885 – 1934)
8 Tuan Husin bin Hjai Muhammad Nasir Kedah (1863 – 1936
Semua ulama yang termasuk dalam golongan ahli sufi, tidak menggelarkan diri mereka sendiri dengan gelaran ‘ahli sufi’, tetapi di gelar atau diberi penghormatan dengan gelaran atau ganti nama tersebut oleh para murid atau para pengikut mereka dan orang ramai yang mengetahui diri mereka.
(Disaring dari manuskrif buku,Manusi Dan Hakikat Ibadat Kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)

NASIHAT


BERMIMPI

Jika saudara saudari dan saudarai hendak tidur pada waktu malam, saudara membaca basmalan 40 kali dan membaca al farihah 7 kali (sama banyak dengan Allah jadikan langit dan bumi, jika pada tengah lena saudara saudari bermimpin akan sesuatu, mimpi itu dari Allah dan bukan dari syaitan. Cubalah ikhtiar mempelajari atau mengenali mimpi itu. Jika mimpin itu perkara yang baik, mohonlah kepada Allah dan jika perkara buruk, mintalah perlindungan dari Allah.

-----------------------------------


GADIS BERUSIA LEBIH SESUKU ABAD

Jika seseorang gadis telah berusia lebih 30 tahun, berpendapatan baik dan berkedudukan baik, memulakan percintaan dengan seseorang lelaki - sama ada lelaki itu muda mahupun leloaki itu telah tua telah belum pernah berumah tangga, maka pelajarilah kebenaran lelaki itu. Jika dia melambat - lambat atau melengah - lenagahkan untuk berkahwin dengan anda dan diada - adakan berbagai alasan, maka, surutkanlah kepercayaan kepadanya, kerana lelaki tersebut, tidak sesuai untuk anda yang telah berusia lebih sesuku abad.
Lelaki yang demikian, ada pada dirinhya tiga perkara: 1 - Sengaja menggunakan anda untuk mengisi masa lapangnya, 2 - Kerana mahukan wang atau harta anda, 3 - Kerana dia tidak mempunyai tenaga batin tetapi keinginan kepada perempuan ada padanya.


NAKSUD AYAT QURAN




PERINTAH TUTUP AURAT

Katakan (Muhammad s.a.w.) kepadapara wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka (para wanita) menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka da janganlah mereka menampakkan perhiasa (semua yang ada pada tubuh mereka yang menimbulkan keinginan lelaki), kecuali yang (biasa) Nampak dari pada mereka. Dam ereka hendaklah meutup (dengan) kain tudung ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan (bentuk buah dada) mereka, krcuali kepada suami mereka, ataua putera - putera mereka, atau putera - putera suami mereka (anak tiri) , dan saudara - saudarfa lelaki mereka, atau putera - putera saudara lelaki mereka, atau putera - putera saudara perempuan mereka , atau wanita - wanita Islam, atau hamba - hamba yang mereka miliki, atau pelayan - pelayan lelaki yang tidak ada keinginan (syahwat), atau anak - anak (lelaki) yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan jangan mereka menghentakkankaki mereka agar diketahui akan perhiasan yang mereka sembunyikan (dalam kain dengan tujuan ria). Dan bertaubatlah kalian kepada Allah, hai orang - orang yang beriman, supaya kalian beruntung.
- An Nur:31

Thursday, August 25, 2011

BUKU PEMIMPIN MALAYSIA




NAJIB RAZAK
PILIAH TEPAT

Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata beberapa kali, bahawa beliau silap memilih Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Tetapi orang bijak pandai yakin, bahawa kata-kata beliau itu bukan suara hatinya, kerana pilihan itu adalah ‘pilihan tepat’ dan dengan petunjuk Allah.
Mungkin Dr. Mahathir Mohamad boleh menyetujui pandangan, iaitu beliau tentunya bersyukur kepada Allah, kerana Allah telah menunjukkan kepada beliau jalan yang lurus dengan memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti beliau.
Elok dijelaskann di sini, beberapa orang pengarang Melayu berpendapat, bahawa untuk mencari ‘seorang Melayu’ dari UMNO untuk memimpin rakyat Malaysia selepas Dr. Mahathir Mohamad, ialah Abdullah Badawi.
Sebagai pengarang Melayu, saya telah mengambil kesempatan menggunakan ‘ikhtiar manusia di bawah iradat dan kudrat Tuhan’. Saya telah yakin yang saya boleh melakukannya, maka saya telah melaksanakannya.
Pada masa Abdullah Badawi diturunkan sebagai ‘bendera luruh dari hujung tiang ke pangkalnya’ dan naik sedepa sukar berkibar, kerana kuasa dan tindak tanduk Dr. Mahathir Mohamad pada zaman itu, maka saya telah menulis sebuah buku tentang diri Abdullah Badawi, iaitu, Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejag t.
Tokoh Penting
Saya telah menulis buku itu setelah ada keyakinan dalam hati saya yang Abdullah Badawi adalah salah seorang tokoh penting dalam UMNO. Beliau bakal memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sesungguhnya, saya tidak pernah berkeyakinan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menduduki takhta berkuasa itu selepas Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi, pada masa akan datang, kemungkinan beliau memimpin negara ini, hanya Allah yang Maha mengetahui.
Pada tahun 1999, Abdullah Badawi terlonjak dalam sejarah tanah air. Beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad untuk memikul amanat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau telah menggantikan tempat Anwar Ibrahim yang tersingkir dari kabinet Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO.
Dalam beberapa minggu sebelum Abdullah Badawi dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya tertanya-tanya; siapakah bakal menyandang jawatan itu. Ada yang meramalkan seorang tokoh dari Johor. Ada yang menyangka seorang tokoh dari Pahang. Ada seorang yang sanggup potong jarinya; kononnya dia yakin bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ialah seorang tokoh dari Kelantan. Ada pula yang menepuk dada, kononnya seorang dari Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bakal dilantik ke jawatan penting itu.
Pada satu hari, bekas senator dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Allahyarham Datuk Azman Attar telah menemui saya di sebuah hotel dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Dia telah bertanya kepada saya, “…sebagai seorang penulis politik, siapakah bakal Timbalan Perdana Menteri yang baru?” Saya menjawab, “…Datuk Seri Abdullah Badawi.” Allahyarham setuju dengan pendapat saya itu.
Sepucuk Surat
Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, sebelum Presiden UNMO dan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan nama Timbalan Perdana Menteri yang baru, saya telah menghantar buku ‘Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’ bersama sepucuk surat kepada Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya, Seri Perdana, Kuala Lumpur. Dalam surat itu, saya telah mengemukakan pandangan saya kepada beliau tentang betapa baik dan pentingnya Abdullah Badawi diberi peluang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Di antara pandangan saya kepada Dr. Mahathir Mohamad itu, ialah:
* Dr. Abdullah Badawi seorang yang sangat setia kepada UMNO.
* Beliau mempunyai pengetahuan Islam yang tinggi dan berpengalaman sebagai pegawai tinggi kerajaan, menteri dan diplomatik.
* Kalau Dr. Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pengaruh Anwar Ibrahim akan berkurangan, demonstrasi reformasi jalanan akan tidak berlaku lagi dan orang Melayu akan bersatu.
Sesungguhnya, saya tidak mengetahui sama ada pandangan saya itu diterima atau tidak oleh Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi, saya percaya, kerana saya seorang penulis lama (semenjak tahun 1951) dan beliau banyak mengikuti tulisan saya sama ada dalam buku mahupun akhbar , pada saat beliau membaca buku biografi Dr. Abdullah Badawi dan surat saya itu, tentulah beliau senyum dan terbuka hatinya dengan hidayat Allah.
Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir Mohamad, kerana beliau telah memberi kepercayaan kepada the smiling leader itu untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tuduhan Berat
Sesiapa pun boleh membuat andaian, bahawa Dr. Mahathir Mohamad terpaksa melantik Abdullah Badawi pada masa keadaan rakyat sedang bergelora kerana Anwar Ibrahim di singkirkan dari jawatannya dan dari UMNO. Pada masa itu Pengaruh Anwar Ibrahim telah mengatasi pengaruh beliau. Lebih-lebih lagi sebilangan besar rakyat tidak percaya akan ‘tuduhan berat’ beliau kepada bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu.
Saya juga telah memikirkan, bahawa Najib Tun Razak boleh memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau berpengetahuan yang tinggi. Berpengalaman dalam politik. Gigih dan berwibawa. Tetapi beliau tidak boleh memagang jawatan itu,selepas Anwar Ibrahim dan dalam keadaan rakyat masih bergelora. Beliau sesuai memegang jawatan tersebut, ialah, selepas Abdullah Badawi.
Kalau Najib Tun Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim disingkirkan, saya telah meramalkan, kedudukan beliau sebagai pemimpin negara ini akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan mereka yang cenderung kepada Anwar Ibrahim.
Abdullah Badawi ada falsafahnya sendiri untuk meraih keyakinan sebilangan dari mereka yang cenderung kepada Anwar Ibrahim untuk menyertainya. Beliau ada cita-cita dan pegangan murni, iaitu mengambil agama Islam sebagai panduan untuk memimpin kerajaan dan rakyat. Beliau telah memperkenalkan doktrinnya, iaitu ‘bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman’ dan ‘bongkar rahsia sunnah nabi, cari panduan’, dalam sajaknya ‘Mencari Damai Abadi’.
Rakyat Malaysia
Hingga pada hari ini pun Abdullah Badawi tetap dalam sebuan parti politik orang Melayu dan berakerjasama dengan parti-parti kaum lain dalam Barisan Nasional. Tetapi Anwar Ibrahim dengan parti politik campuran semua kaum – Melayu, Cina, India dan kaum lain.
Parti politik campuran lambat laung akan menenggelamkan orang Melayu dalam parti politik itu seperti yang telah berlaku pada PAP Singapura, DAP, GERAKAN dan Parti Progresive Rakyat (PPR)di negara ini.
PAS sebuah parti politik yang berbeza dari parti-parti politik di atas. Parti tersebut berideologikan Islam.Walaupun ia tidak mementingkan kebangsaan, tetapi ahlinya terdiri dari rakyat Malaysia yang beragama Islam. Maka parti itu tidak akan mengakibatkan orang Melayu tenggelam atau terhakis kerana orang Melayu adalah orang Islam (Muslim) dan mempunyai hak istimewa seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Abdullah Badawi seorang Nasionalis Islam dan Najib Tun Razak demikian juga. Maka Dr. Mahathir Mohamad telah memilih Abdullah Badawi adalah pilihan tepat. Dan Abdullah Badawi memilih Najib Tun Razak adalah pilihan tepat juga.
*** ***
Kritikan Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Abdullah Badawi, memang telah menjadi perkara biasa dalam sejarah Malaysia. Hal demikian telah berlaku di mana-mana negara di sekuruh dunia.
Tunku Abdul Rahman telah banyak mengkritik Tun Abdul Razak setelah beliau meninggalkan kerusi Perdana Menteri. Walaupun kritikan Tunku Abdul Rahman itu tidak banyak disiarkan oleh akhbar, tetapi kritikan bekas Perdana Menteri itu diluahkan kepada rakan karibnya.
Tunku Abdul Rahman juga telah banyak mengkritik Dr. Mahathir Mohamad. Kerana Allahyarham telah melakukan kritikan yang berlarutan, maka Dr. Mahathir Mohamad terpaksa datang menemui bekas Perdana Menteri itu.
Tun Hussein Onn telah tidak puas hati dengan penggantinya, Dr. Mahathir Mohamad. Banyak polisi, cara dan tindakan Dr. Mahathir Mohamad menjalankan kepimpinan telah dikritik oleh Hussein Onn.
Apabila Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad pula bersungut dan mengkritik beliau.Keadaan demikian sama dengan seorang lelaki yang membebel marah kepada lelaki yang telah mengahwini jandanya.
Tokoh Politik
Seorang profesor di sebuah universiti di negara ini, beberapa orang pegawai kerajaan dan tokoh politik bertanya kepada saya mengenai ‘Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Saya telah menjawab “…bekas Perdana Menteri itu dengan Abdullah Badawi sama dengan seorang abang dengan adik kandungnya.”
Saya masih ingat, pada beberapa hari sebelum Dr. Mahathir Mohamad melantik Abdullah Badawi untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, seorang ahli parti politik yang menyokong kerajaan telah berkata dengan lantang, “…saya mau Datuk Najib, tak mau Dolah...”.
Kata-kata itu telah dihadapkan kepada bekas sanator dan Ketua UMNO bahagian Batu, Kuala Lumpur, Allahyarham Datuk Azman Attar, dalam bilik rehat ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada satu petang. Azman Attar sedang duduk atas sofa menghadapi ahli parti politik itu. Saya duduk di belakang ahli parti politik tersebut dan sedang bercakap dengan seorang ahli Dewan Rakyat dari Johor.
“…Dato’, kita patut sokong Datuk Abdullah Badawi jadi Timbalan Perdana Menteri,” kata Allahyarham Azman Attar kepada si ahli parti politik itu.
“Don’t talk…, saya mahu Dato’ Najib jadi Timbalan Perdana Menteri..., saya tak mahu Dolah…,” sergah si ahli parti itu.
“Azman diam. Dua biji matanya kelihatan lebih banyak putih dari hitamnya. Saya merenung kepadanya pada ketika dia menghumban senyumannya kepada saya.
Kira-kira dua minggu setelah Abdullah Badawi menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, saya telah menemui si ahli parti itu. Dia mesra dengan saya. Dia memanggil saya ‘abang’. Katanya kepada saya, “…abang, saya nak letak jawatan…, saya tak nak giat ... lagi, tak minat politik...”
“Mengapa pula, you masih diperlukan oleh Perdana Menteri..., Timbalannya..., you kena sabar…,” kata saya.
Dekat Sayang
Si ahli parti politik itu senyum. Tunduk sejenak. Berfikir seketika. Sambil menarik nafas panjang, dia mengalihkan perbualan dengan saya kepada topik yang lain. Mungkin dia telah menerima pendapat saya. Mungkin dia seperti sesetengah orang yang bila jauh marah, bila dekat sayang.
Sesungguhnya setelah Abdullah Badawi penduduki kerusi Perdana Menteri, si ahli politik itu termasuk dalam golongan para politikus yang menyokong Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Abdullah Badawi telah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mulai pada 8 Januari 1999. Kira-kira tujuh bulan kemudian telah berlaku satu kejadian yang mengemparkan negara dan orang ramai, iaitu anggota-anggota kumpulan pencak silat yang bernama Al-Ma’unah yang diketuai oleh Mohd. Amin bin Ghazali, dikatakan telah merompak 119 senjata api dari Kem 304 Askar Wataniah di Grik, Perak pada 2 Julai 2000.
Kebetulan pula, pada malam kejadian rompakan senjata itu UMNO Malaysia telah mengadakan mesyuarat yang pertama kali, di luar ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. iaitu di kediaman Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
Menggugat Kuasa
Anggota-anggota Al-Ma’unah telah dituduh dengan tuduhan yang berat, iaitu menggugat kuasa Yang Dipertuan Agong.
‘Kuala Lumpur 11 Julai – Polis berjaya menahan hampir kesemua ahli kumpulan Al-Ma’unah yang dipercayai terlibat dengan sekumpulan 15 lelaki melarikan senjata automatik dan peluru dari Kem 304 Askar Wataniah dan pos tentera di Gerik, Perak pada 2 Julai lalu.
Kejayaan polis itu secara tidak langsung telah melumpuhkan rangkaian pergerakan Al-Ma’unah yang dikatakan mempunyai lebih 800 keahlian di seluruh negara.
“Kita telah menahan hampir kesemua mereka yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan perompak senjata itu dalam masa yang singkat.
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama orang ramai,” kata seorang pegawai kanan polis di sini hari ini.
Setakat ini polis telah menahan 23 ahli pertubuhan itu di seluruh negara di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sebanyak 13 yang ditahan di bawa ISA di tangkap di Selangor, empat di Kuala Lumpur dan bakinya di Perak, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Kelmarin polis menahan seorang ahli kumpulan itu di Kuala Selangor yang akhirnya membawa kepada terjumpanya selaras senjata automatik M-203 di Sungai Patani, Kedah.
Seorang ahli kumpulan itu juga ditahan di Johor di bawah seksyen 117 Kanun Keseksaan kerana dipercayai boleh membantu dalam siasatan kes rompakan senjata api.
Bagaimanapun, polis percaya akan membuat beberapa tangkapan lagi ahli kumpulan tersebut yang masih bersembunyi.
Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Yaacob Amin berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kejadian rompakan senjata, penahanan tebusan di Sauk dan kegiatan haram Al-Ma’unah.
Dalam kejadian 6 Julai lalu, seramai 27 ahli Al-Ma’unah menyerah diri setlah lima hari bersembunyi di Bukit Jenalik dekat Kuala Kangsar.
Mereka yang menyerah diri itu kini disiasat kerana terlibat melarikan senjata api, membunuh dan menculik.
Di Klang, Ketua Polis Selangor, Datuk Nik Ismail Nik Yusof berkata, 13 yang ditahan di bawah ISA adalah bagi membantu siasatan polis berhubung aktiviti pertubuhan berkenaan. Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 40 tahun.
Di Kota Baharu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yunus Othman memberitahu, polis menahan seorang pemimpin kanan kumpulan Al-Ma’unah di sini baru-baru ini. Menurut beliau, lelaki berusia 42 tahun itu diberkas mengikut Seksyen 73 (1) ISA.
Al-Ma’unah ditubuhkan pada September 1988 dengan keahlian permulaan 54 orang. Aktiviti kumpulan itu berpusat di Klang dengan cawangan mereka di Pulai Chondong, Kelantan; Kepala Batas, Pulau Pinang; Grik, Perak; Kedah; Oaka, Terengganu dan Muar, Johor.
Semalam, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan kumpulan Al-Ma’unah berhasrat menumbangkan kerajaan yang sedia ada dan menubuhkan negara Islam secara kekerasan di negara ini.’
Anggota-anggota Al-Ma’unah yang ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur, ialah, Presiden Al-Ma’unah, Mohd. Amin bin Razali (bekas tentera), Naib Presiden, Zahit Muslim (bekas komando 69) dan Mejar Jamaluddin Darus (bekas tentera).
Ahmad Sarkawi Sulung (pekerja kontrak), Kamarudin Mustafa (inspektor Petronas), Nasaruddin Mohd. Jailani (buruh), Riduan Berahim (juru DIGI), Idris Anas (juruteknik telekom Malaysia) dan Suhaimi Hasbullah (penjual kain).
Mohamad Fauzi Hamdan (penganggur), Che Sabri Che Jaafar (ejen insurans), Mohd. Amin Othman (mekanik), Abdul Ghani ali (pensyarah MFI), Mohd. Bukhari Ismail (kerani am), Mohd. Ramli Mahmood (pemandu Felcra) dan Mohd. Zaini Mohd. Zainal (peniaga gerai).
Jasmin Jaafar (eksekutif Proton), Zainal Mohd. Jailani (pekebun), Yunus Hussin (pekerja TNB), Mohd. Roshidi Yaacub (posmen), Jemari Jusoh (pemandu van), Azlan Abd. Ghani (juruteknik NEC) dan Aziz Kamirulzailan (penganalisis Pernec).
Idris Ibrahim (peniaga gerai), Muhamad Nurshah Bandi Che Mansor (cedera), Megat Mohamad Hanafi Alias (cedera), Abu Bakar Ismail (cedera) dan Abdul Halim Ali @ Ahmad (mati ditembak).
Mohd.Amin Razali telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Mayatnya telah dikebumikan di kampung ibu bapanya, Kampung Ngor, Kuala Kangsar.
*** ***
Setelah beberapa hari Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dua orang tokoh UMNO di Kelantan telah mengaku setia kepada beliau.
Seorang tokoh veteran UMNO Negeri Pahang memberitahu saya, “Pada mulanya kami berharap Dato’ Najib jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi apa nak dikatakan, Allah hendakkan Pak Lah ..., kami terima dengan ikhlas…, kami syukur...,” katanya.
“Kami sokong Pak Lah dan Dato’ Najib ..., kami harap dua orang pemimpin kami itu dapat sama-sama memimpin negara ini dengan cemerlang,”katanya lagi.
Dalam temu bual TV3 bersama Abdullah Badawi, di Putrajaya, pada 6 Januari 2004, beliau telah menjelaskan mengenai kerjasama beliau dengan Najib Tun Razak:
Soalan: Dalam UMNO kalau pelantikan baru menimbulkan perebutan kuasa yang merugikan parti, apakah pelantikan Dato’ Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan masalah yang sama?
PM: Tiada masalah, daripada awal tiada masalah, Alhamdulillah.
Soalan: Bagaimana Datuk Seri melihat kerjasama?
PM: Tak ada masalah, kita bekerjasama, saya tidak menemui apa-apa masalah.
Soalan:Adakah pihak yang cuba menonjolkan isu?
PM: Mungkin ada, saya ada dengar pada peringkat awal tapi setelah beberapa kali Dato’ Seri Najib sendiri membuat kenyataan-kenyataan tentang dia dengan saya boleh bekerja, dia taat setia kepada saya, maka kalau ada sesiapa nak cocok dah tak boleh cucuk lagi dah .... Kecewalah mereka.
Yakin Diri
Sebagai seorang yang ber‘daging darah politik’, ber‘jiwa besar’ dan ‘yakin diri’, pada hari-hari sebelum Dr. Mahathir Mohamad melantik Abdullah Badawi menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak tentulah ada ‘hajat’ untuk menduduki kerusi tersebut. Tetapi sebagai bapa beliau, Allahyarham Tun Razak yang sentiasa setia kepada ketua dan pemimpinnya, maka Najib Tun Razak dengan senang hati dan reda dengan ketentuan Allah. Beliau setuju dengan kebijaksanaan Dr. Mahathir Mohamad melantik Abdullah Badawi menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri bagi negara ini.
Memanglah, sebagai manusia yang beragama Islam, beriman kepada Allah atas kudrat dan iradat-Nya dan sikap kesetiaan kepada pemimpin dan cintakan partinya, maka Najib Tun Razak menerima Abdullah Badawi dengan hatinya yang tulus.
Pada masa Abdullah Badawi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menduduki kerusi Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang berjawatan Menteri Pertahanan telah memberi kerjasama yang amat baik kepada beliau.
Mungkin ada orang-orang yang telah ‘cucuk’ atau ‘hasut’ Najib Tun Razak supaya ‘menikam dari belakang’ atau melakukan ‘hipokrit’ terhadap Abdullah Badawi, tetapi beliau telah dapat menilai akan ‘baik buruk’ akan cucukan atau ‘hasutan’ tersebut. Beliau menjaga maruahnya dan tidak akan menjadi manusia makan hasutan dan masuk dalam golongan manusia yang hipokrit.
‘Di samping mengukuhkan kedudukan politik Abdullah, UMNO, BN dan negara, pelantikan Najib itu menurut sebilangan penganalisis politik, akan mengelakkan sebarang perebutan kuasa – sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini – di dalam UMNO seperti yang pernah terjadi pada pemilihan UMNO 1987 dan 1993. Pada pemilihan 1987 semua jawatan utama dipertandingkan oleh dua kumpulan yang bersaingan kuasa dalam parti – Team A dan Team B. Pada pemilihan 1993 pula, Anwar Ibrahim menggunakan kekuatannya untuk menewaskan musuh-musuh politiknya dengan menunggang Tam Wawasan. Kedua-dua peristiwa itu menjejaskan perpaduan dan kestabilan UMNO. Menurut pemerhati politik perebutan kuasa yang sengit di dalam UMNO mungkin berlaku lagi sekiranya Timbalan Perdana Menteri yang dilantik oleh Abdullah bukan Najib.
Ini kerana para pemerhati politik mencongak sekiranya ada satu-satu tokoh UMNO yang boleh melemahkan kedudukan Abdullah, tokoh itu ialah Najib. Menurut mereka, ini boleh berlaku sekiranya Najib enggan menerima keputusan melantik lain selain beliau, katakan Muhyiddin, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut perhitungan pandangan ini – yang belum tentu betul – Najib, atau setidak-tidaknya penyokong beliau akan memberontak andainya Najib dinafikan sekali lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, kali ini oleh Abdullah, kali pertama oleh Dr. Mahathir pada tahun 1999.’
Terasa Rindu
Walaupun Dr. Mahathir Mohamad telah menkriti dan telah mempertikaikan kedudukan Abdullah Badawi sebagai pemimpin UMNO dan Kerajaan Malaysia, tetapi suara beliau itu adalah seperti seorang yang mencintai kekasihnya; ‘dalam benci ada sayang’ dan ‘bila jauh terasa rindu’.
Mungkin pendapat ini boleh kita jadikan pelajaran atau mengakuinya; iaitu, sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri nescaya ‘memainkan peranan menguatkan kedudukan politik dan kerajaannya’ untuk kepentingan parti politik dan negaranya.
Some Prime Minister do indeed seek to create an administration consisting entirely of political clones of themselves. In addition, though, Prime Minister face the need to provide representation for the various ideological stands in their parties, partly in order to achieve an equitable, partly to keep certain troublesome nuisance quit. Anyone who wishes to qualify for the letter category should manage a nice compromise between being troublesome enough but not too troublesome .
Abdullah Badawi amat mengenang budi dan menyanjung jasa Dr. Mahathir Mohamad yang telah memimpin negara ini lebih 22 tahun. Dalam ucapan beliau pada ketika membentang ‘Usul Ucapan Terima Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad’ dalam Dewan Rakyat pada 3 November 2003, berliau telah berkata:
“Izinkan saya bangun membawa usul khas dalam Persidangan Dewan kali ini yang berbunyi: Bahawa Dewan ini, menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat sejak 16 Julai 1981, dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas, cekap, berkesan, cemerlang dan bijaksana, telah pun mengosongkan persada kepimpinan negara; Menghargai serta menyanjung tinggi perjuangan, pengorbanan, budi, jasa dan bakti Ahli Parlimen Kubang Pasu yang amat murni, abadi serta tidak ternilai besarnya, menerusi pelbagai dasar, strategi dan program yang pragmatik, demi perpaduan dan ketahanan nasional, keselamatan dan kesejahteraan bangsa serta kemakmuran dan kegemilangan negara;menyedari serta menginsafi konsistensi, kesungguhan dan keprihatinan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu di dalam perjuangannya memartabatkan Islam dan umat Islam di seluruh jagat, khususnya di negara Malaysia yang majmuk, menerusi penguasaan dan kecemerlangan ilmu di semua bidang kehidupan mutakhir; Menghayati serta menyokong penuh kebijaksanaan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu dalam menangani krisis ekonomi negara akibat kedurjanaan pengganas kewangan antarabangsa menerusi strategi ekonomi, kewangan dan pengurusan yang unik, efektif dan diiktiraf dunia;
Mengiktiraf bahawa wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu adalah satu doktrin perdana bagi perjuangan membina negara Malaysia yang terus berdaulat dan merdeka serta lebih bersatu padu, sejahtera, aman, makmur, maju, cemerlang, bermaruah dan berwibawa di era globalisasi dan non-kolonialisme; Mengakui bahawa perjuangan Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu memajukan ICT menerusi penubuhan Koridor Raya Multimedia, serta memajukan bioteknologi menerusi Lembah Bio akan memberi manfaat kepada bangsa dan negara Malaysia di hari muka;
Mengagumi kewibawaan, kebijaksanaan serta keberanian Ahli Parlimen Kubang Pasu yang telah memperkasakan martabat bangsa dan negara Malaysia serta umat manusia di negara-negara membangun secara amnya, di arena antarabangsa, menerusi multilateral sewilayah, di antara benua dan di seluruh jagat, serta menerusi pandangan, gagasan serta pemikirannya yang universal di bidang kemanusiaan, kesaksamaan, kesamarataan, perdagangan, sains, teknologi, siasah dan keluhuran undang-undang antarabangsa, khususnya di peringkat ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ,Pergerakan Negara-Negara berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), maka Dewan Rakyat yang bersidang pada hari ini 3 November 2003, bersamaan 9 Ramadan 1424, mengambil ketetapan untuk;
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih dari seluruh rakyat jelata Malaysia kepada Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu; Berikrar akan terus berjuang mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan kesejahteraan tanah air menerusi dasar, strategi dan program yang telah diperkenalkan serta diperjuangkan oleh Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu.’
Abdullah Badawi telah melanjutkan ucapannya dengan memuji dan menyanjung Dr Mahathir Mohamad. Ucapan itu telah menjadi bahan sejarah tanah air kita yang akan di jadikan pelajaran, bahasan sejarah dan seumpamanya
Menilai sebahagian dari ucapan Abdullah Badawi mengangkat martabat, menyanjung dan berterima kasih kepada Dr, Mahathir Mohamad, maka nyatalah Abdullah Badawi bukan jenis manusia seperti ‘kacang lupakan kulit’. Beliau memandang bekas Perdana Menteri itu sebagai ketua, guru dan abangnya sendiri.
(Dari buku, NAJIB RAZAK DI BAWAH SANG SAKA BANGSA, oleh: Mokhtar Petah (286 halaman), akan dilancarkan pada 10 Januari 2012, dengan restu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak).

MENGENANG MASA SILAM



ANAK RAKYAT JELATA DENGAN SULTAN

Bermula dari pertemuanku dengan Sultan Idris Shah di rumah Sheikh Abdullah Fahim, di Kepala Batas, Seberang Perai pada tahun 1954, apabila Baginda menduduki takhta Kerajaan Negeri Perak, maka aku sebagai rakyat marhein sentiasa berdampingan dengan Baginda.
Elok aku mencatat pengalamanku di sini, iaitu kira-kira dua tahun sebelum Sultan Yusuf Izzuddin Shah mangkat, aku sering mengadap Baginda dan Raja Perempuan Ta’yah di Istana Iskandariyah, Bukit Chandan. Kadang-kadang aku datang ke Istana Iskandariyah bersama Raja Razman dan Raja Hanif Shah. Mereka adalah pensasihat kebudayaan dan hal ehwal rakyat kepada Sultan Yusuf.
Sultan Yusuf seorang Raja memerintah yang kuat berpegang pada semangat kebangsaan Melayu. Dalam percakapan denganku, Baginda lebih cenderung kepada parti-parti politik yang telah diharamkan oleh Kerajaan Inggeris, iaitu kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
KEBANGSAAN MELAYU
Mengenai UMNO, Sultan Yusuf telah menerangkan kepadaku sama dengan yang telah diterangkan oleh Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz bekas Setiausaha Agung UMNO Malaya.
Menurut Sultan Yusuf, apabila parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) telah ditubuhkan, Kerajaan British rasa tergugat dan sentiasa mencurigai parti-parti itu. Pada satu malam Ahad, akhir bulan Disember 1945, Penasihat-penasihat British (British adviser) Negeri-negeri Pahang, Perak, Kedah, Selangor, Negeri sembilan dan Johor telah mengadakan majlis jamuan makan malam dan tari menari, di sebuah hotel, di Cammeron Highlands, iaitu sempena menyambut perayaan Hari Christmas.
Di antara orang-orang kenamaan Melayu yang telah diundang ke majlis itu, ialah Raja Muda Yusuf, Onn bin Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Ab dul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Raja Kamaruzzaman bin Raja Mansor(Raja Kecil Tengah), Zainal Abidin bin Haji Abas, Raja Haji Shahar bin Raja Harun dan Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman.
HIZBUL MUSLIMIN
Dalam majlis itu, para Penasihat British tersebut telah mengingatkan Onn Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab dan mereka yang hadir, bahawa ’bahaya dari gunung’ akan tiba, iaitu Parti Hizbul Muslimin pimpinan Ustaz Abu Bakar al Baqir, Gunung Semanggul, Perak, bahaya kepada orang-orang Melayu yang mendapat pendidikan England atau London Orientation dan masa depan mereka akan menjadi kabur.
Cerita Sultan Yusuf lagi, bahawa penasihat-penasihat British itu telah menjelaskan, iaitu Hizbul Muslimin adalah membawa ideologi Islam seperti yang dianut oleh parti Ikhwanul Muslimin Mesir. Kalau parti itu berjaya memerdekakan Tanah Melayu, masalah besar akan timbul, di antaranya mereka yang berpendidikan England atau London Orientation akan tidak ada tempat atau peluang memerintah Tanah Melayu kerana mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan Islam.
Penasihat-penasihat British itu telah menasihatkan pemimpin-pemimpin Melayu itu supaya menubuhkan sebuah parti politik nasionalis Melayu untuk membunuh Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
AGAMA ISLAM
Menurut Sultan Yusuf, para menasihat British itu menentang konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), iaitu Satu negara:Negara Melayu, satu bangsa:Bangsa Melayu, satu bahasa: Bahasa Melayu dan agama Islam menjadi agama Negara Melayu.
Dalam perjumpaan itu, Onn Jaafar telah memaklumkan kepada penasihat-penasihat British itu, iaitu orang Melayu sukar untuk disatukan dalam sebuah parti politik, kerana mereka mempunyai sikap kenegerian yang kuat. Penasihat-penasihat British itu telah memberi jaminan, bahasa pihak Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan British ada isu yang boleh menyatukan orang-orang Melayu.
”...ape isunye..., mike tau?’ Sultan Yusuf bertanya kepadaku.
”Ampun, Tuanku, patik ..., Tuanku...,”aku menyembah kata.
”...Malayan Unionle..., deme udah susun...,”titah Sultan
Yusuf.
Sultan Yusuf memberitahu lagi, setelah British mengadakan Malayan Union, maka Onn Jaafar dan Haji Abdul Wahab serta rakan-rakan mereka telah menubuhkan parti kebangsaan Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR atau UMNO.
ANAK DARA
Raja Perempuan Taayah suka membuat kuih muih tradisional Melayu dan almarhumah juga suka santap kuih muih tersebut. Kuih muih itu di antaranya, ketayap, anak dara dua sebilik, lepat pisang, buah Melaka, badak berendam dan lepat ubi. Tetapi kebanyakan kuih muih itu dibuat oleh tukang-tukang masak (perempuan) atau dayang-dayang Istana.
Aku sering dijemput oleh Raja Perempuan Taayah untuk makan kuih muih di istananya. Baginda memerintahkan pemandu kereta istana, Chu Saad mengambilku dengan kereta istana (Morris Minor) dan membawaku ke Istana Iskandariyah.
Pada satu hari, Raja Perempuan Ta’ayah telah bertanya kepadaku mengenai hukum orang menyiksa anak yatim. Aku telah menerangkan kepadanya mengenai Allah menegah melakukan tidak baik kepada anak yatim. Almarhumah telah memberitahu kepada aku, bahawa dia telah menyiksa seorang anak yatim di istana, di Batu Gajah, iaitu dengan menggosok kepala anak yatim itu dengan seterika yang menggunakan arang kayu. Tidak lama kemudian kepala Allahyarhamah telah menjadi botak.
POLITIKUS MELAYU
Sultan Yusuf menceritakan kepadaku akan hal-hal mengenai kehidupan rakyat jelata, karenah para politikus Melayu yang berselisih faham sesama mereka. Ada di antara mereka menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, tetapi mereka itu menjadi orang-orang harapan penjajah Inggeris.
Almarhum Sultan Yusuf juga telah menceritakan kisah ’putus cinta’nya dengana bekas kekasih dan isterinya Nurizan. telah bercerai dengan Nurizan kerana perempuan itu telah jatuh cinta kepada seniman P.Ramlee. Perkahwinan Norizan dengan P.Ramlee berakhir dengan perceraian juga.
Sepanjang tahun-tahun aku berdampingan dengan Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah, aku telah melibatkan diriku dengan Baginda sebagai:
• Juru foto.
Pada waktu-waktu mengikut Baginda melawat ke kawasan luar bandar, aku telah diminta menggunakan kameranya untuk mengambil berbagai-bagai objek.
• Pemburu binatang liar.
Mengikut Baginda memburu haiwan-haiwan liar seperti rusa
dan kijang dengan dikawal oleh anggota-anggota Pasukan Keselamatan dalam rimba raya Banding, Hulu Perak.
• Tukang motorbot.
Pada waktu-wakut Baginda bertukang motorbotnya, bila aku tiba, baginda berbincang denganku mengenai botnya, seperti huluan dan buritan, perut, lantai bot dan sebagainya.
• Pelukis.
Baginda sering melukis gambar-gambar pemandangan dan abstract. Pada waktu-waktu aku berada di sisi Baginda sedang melukis, Baginda telah bertitah tentang keindahan lukisan-lukisannya yang abstract itu. Kadang-kadang kami ketawa melihat gambar gadis berbogel lukisan karya Baginda.
• Bomoh.
Pada masa Baginda baru pulang dari Keroh (Pengkalan Hulu), iaitu setelah bertemu dengan perempuan cantik – isteri seorang lelaki petani Siam di Teluk Ayam, Betong, Selatan Siam-Baginda telah menunjukkan kepadaku gambar perempuan itu yang diambil dengan kameranya. Baginda telah meminta aku menjampi gambar prempuan itu supaja dia jatuh hati kepada Baginda.Mahu tidak mahu aku telah menjampi gambar perempuan itu dengan al Fatihah dan ayat-ayat Quran. Kemudian perempuan itu telah menganut agama Islam dan berkahwin dengan Baginda, memakai Satira.
• Penggubah lagu.
Pada waktu Baginda sedang menggubah lagu untuk pancaragamnya, “Rashah Combo’, Baginda telah bertanya kepadaku tentang kata-kata puitis untuk lagunya. Sepanjang bulan-bulan ‘cinta dan rindu’ Baginda kepada Satira, Baginda telah minta aku menulis sajak atau lirik lagu-lagunya yang berunsur cinta dan rindu. Di antaranya ’Gunung Kenerong’ Lagu itu telah dimainkan oleh ‘Rishah Combo’ dan Radio Malaysia stesen Ipoh.
• Orang bijak Raja.
Pada masa Menteri Besar, Tan Sri Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak kali yang kedua (1974 – 1977) dan Datuk Seri Wan Mohamed bin Haji Wan Ten (1977 –1982) telah berlaku krisis antara Baginda dengan Menteri Besar dan pihak UMNO, maka aku telah diminta oleh Baginda menjadi ’orang bijak raja’ penasihat hal ehwal politik peribadi Baginda.
(Disunting dari , manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertonmgkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

NASIHAT



SAYANGKAN NEGARA

Semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India dan lain kegturunan yang melaungkan ke langit terbuka, bahawa mereka sayangkan Malaysia - negara yang mengikut sejarah, adalah tanah Melayu - , janganlah sayang sebagai mana perempuan - prempuan dalam ‘golongan jalang’, yang ciantakan suamai mereka kerana wang ringgi, harta benda dan kedudukan atau darjat.
Ertinya, jangan sayangkan Malaysia, kerana negara ini makmur, aman dan memberi peluang kepada kita berpijak di buminya dan berpayungkan langitnya.
Sayangkanlah tanah air kita ini sebagai mana kita menyangi diri kita sendiri. Bukti kesayangan kita yang ikhlas, kita tidak minta - minta kepada negara, tetapi kita menyumbang wang dan sebagainya untuk negara.
Jangan menjadi pengemis kepada Negara, tetapi jadilah penderma dan pejuang untuk Negara.
Merdeka!!!

MAKSUD AYAT QURAN


TIDAK BOLEH MOHON AMPUN BAGI ORANG KAFIR

Sesungguhnya, Allah membeli peribadi dan harta orang - orang yang beriman dengan mengurnia (membayar) kan syurga untuk mereka; mereka perperang di jalan Allah, sebab itulah mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yang sebenarnya dalam Taurat. Injil dan Quran. Siapakah yang lebuih dipercayai (dapat) memenuhi janji melebihi Allah? Oleh itu, bersukacitalah dengan perjanjian yang telah kalian laksanakan, dan itulah keberuntungan yang besar.
Mereka yang tobat (kepada Allah), mereka yang menyembah (Allah), mereka yang memuji (Allah), mereka yang berpuasa (kerana Allah), mereka yang ruku’, mereka yang sujud, mereka yang menyuruh (orang) melakukan perbuatan baik, mereka yang melarang (orang) melakukan perbuatanjahat dan orang - orang yang menjaga batasan - batasan (peraturan atau prundangan) Allah, sampaikanlah berita gembira kepada orang - orang yang beriman.
Tidak sepantang (tidak boleh) bagi Nabi (Muhammad s.a.w.) dan orang - orang yang beriman untuk memohon keampunan (dari Allah) bagi orang - orang kafir (Yahudi,m Kristian, Majudsi dan semua penganut agama yang lain dari Islam), biarpun kaum kerabat, (iaitu) telah terang bagi mereka, orang - orang itu (kafir) isi neraka:
- al Bar’ah / at taubat:111, 112, 113.

Wednesday, August 24, 2011

MENGENANG MASA SILAM



SULTAN PERAK DAN MALAY RESERVE

Pada zaman darurat, Tanah Melayu semenjak tahun 1948 dan sampai kepada masa Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer, semua orang Cina, Melayu, India dan mereka dari keturunan-keturunan lain yang tinggal dalam kawasan-kawasan tepi rimba terpencil dan sebagainya telah dipindahkan ke kampung-kampung baru, di seluruh Tanah Melayu.
Mereka itu diasingkan ke dalam kampung-kampung baru kerana pihak Kerajaan Inggeris tidaka mahu mereka membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka itu dalam keadaan dikurung dalam kampung-kampung baru yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota Polis Khas yang diketuai oleh ’pegawai-pegawai Palestin’, iaitu pegawai polis Inggeris yang telah berkhidmat di Palestin, sebelum tahun 1947.
Setelah Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney mati ditembak oleh pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair, dari Rejimen ke 10 yang dipimpin oleh Abdullah C.D. , di Bukit Fraser, pada 6 Oktober 1951, tempatnya diganti oleh Jeneral Sir Gerald Templer pada Mac 1952.
PARTI KOMUNIS
Pasukan Rejimen ke 10 adalah dianggotai oleh pejuang-pejuang Melayu bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dan berpangkalan di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.
’PKM juga yakin bahawa sokongan orang-orang Melayu amat diperlukan demi memastikan tercapainya matlamat perjuangan komunis untuk mendirikan negara komunis di Tanah Melayu. PKM cuba memperbetulkan kesilapan pada masa lalunya yang mengabaikan orang Melayu.
Dalam usaha untuk menarik sokongan orang Melayu, PKM membentuk rejimen kesepuluh yang berpangkalan di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Rejimen yang dikhaskan kepada anggota Melayu PKM itu mengambil angka sepuluh, bersempena dengan tarikh kelendar Islam 10 Zulhijah (Hari raya korban), dengan harapan akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan dan pengorbanan di kalangan anggotanya. Rejimen kesepuluh itu diketuai oleh Abdullah C.D. dan Rashid Maidin.’
Elok aku rakamkan di sini, apabila Sir Gerald Templer melihat kehebatan pemuda UMNO di bawah pimpinan Saadon Haji Zubir dan Haji Ahmad Badawi, maka untuk melemahkan semangat juang mereka, dia telah bertindak untuk mengharamkan Pemuda UMNO.
’Oleh kerana Pemuda-Pemuda UMNO telah bergerak terlalu cergas dan penuh semangat, kerajaan telah menggertak hendak mengharamkan dan membubarkannya. Tetapi gertak itu telah dicabar oleh Tunku dengan beraninya. Akhirnya gertak itu tinggal gertak sahaja.
Bagaimanapun seperti kata pepetah Melayu, ”Tidak dapat tanduk telinga dipulas” kerajaan telah menggunakan kuasanya untuk menyekat dan melemahkan pergerakan Pemuda UMNO dan dengan demikian melemahkan UMNO dengan mengharamkan pakaian seragam (uniform) Pemuda UMNO.
Kebetulan pada permulaan tahun 1953 tatkala Pemuda-Pemuda UMNO mengadakan Persidangan Agungnya di Melaka, Pemuda-Pemuda UMNO Melaka telah menghadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman sepasang uniform Pemuda UMNO. Tunku telah memakai uniform itu tatkala memeriksa barisan kehormat Pemuda-Pemuda UMNO sebelum membuka Persidangan Agung Pemuda-Pemuda UMNO itu. Tunku kelihatan bergaya dan hebat dengan uniform itu. Pemandangan seluruh istiadat pemeriksaan barisan kehormatan itu sungguh menaikkan semangat.
Tetapi hal inilah yang menjolok mata kerajaan. Dengan serta merta Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, pada masa itu, telah bertindak, satu perintah mengharamkan uniform Pemuda UMNO telah dikeluarkan.’
Di sekitar Kuala Kangsar termasuk Sungai Siput dan Hulu Perak, terdapat kampung-kampung baru, yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota polis khas. Penduduk-pendudukan semua kampung baru itu, sebilangan besar dari orang-orang orang-orang China, diikuti orang India dan Melayu.
Kampung-kampung baru dalam daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput, di antaranya, Kampung –kampung baru Sauk, Liman, Padang Rengas, Jerlun, Manong, Karay, Salah, Lasah, Jalong dan Rimba Panjang.
LADANG GETAH
Dalam daerah Grik, Hulu Perak, di antaranya, Kelian Intan, Padang Gros, Grik, Air Kala, Lenggong dan Kota Tempan.
Kampung Baru Sauk juga telah dipagar dengan kawat berduri yang meliputi rumah-rumah kedai dari tepi jalan raya hingga meliputi dusun buah-buahan dan ladang getah orang Melayu yang bertaraf ’Malay reserve’ (simpanan Melayu).
Aku memaklumkan lebih awal di sini, bahawa dalam pertemuan aku dengan Menteri Besar Perak, Ghazali Jawi, di pejabatnya, di Ipoh pada tahun 1976, aku telah bertanya kepadanya mengenai tanah Malay reserve (simpanan Melayu) di seluruh daerah Hulu Perak dan dalam daerah-daerah lain, termasuk kampung-kampung baru telah diduduki oleh orang-orang bukan Melayu dan Negeri Perak telah memberi hak milik kepada mereka.
RANCANGAN KERAJAAN
Ghazali Jawi telah menjawab, ’...you wartawan, bukan ahli exco, kami ada kuasa hendak beri hak milik tanah kepada siapa saja, ini hak kerajaan ..., kerajaan demokrasi.”
”Tapi Sultan Perak telah bersungut perkara Malay Reserve itu, bagaimana?” Aku telah bertanya kepadanya.
”...Encik Mokhtar, ...walaupun Tuanku ada kuasa, tapi kalau semua anak dapat setuju Tuanku, susahlah, ...satu apa pun rancangan kerajaan tak jadi,” jawab Mohd.Ghazali Jawi.
Aku mempunyai seorang sahabat yang baik dalam kampung Baru Sauk. Dia seorang gadis, Elin Lee (bukan nama sebenar) anak kepada seorang kontraktor dan hartawan Cina. Elin yang lepasan Junior Middle three sekolah Cina itu, membantu ibunya berniaga kain dan pakaian di kedai mereka dalam kampung baru itu.
Ibu bapa Elin Lee baik denganku. Aku sering mengunjungi rumah mereka. Menurut ibu Elin Lee, bahawa datuk neneknya telah tinggal berjiran dengan keluaga-keluarga China Islam di Negara Cina. Walaupun mereka tidak memeluk agama Islam, tetapi makan minum mereka seperti orang-orang Islam juga. Mereka tidak makan daging khninzir. Tradisi datuk nenek itulah terbawa-bawa ke dalam keluarga Elin Lee di kampung baru Sauk.
PENGGERAK FIKIRAN
Elin Lea sering datang ke rumah ibuku. Setiap kali dia datang, dia telah membawa buah tangan, seperti buah-buahan dan kain ela sekadar sepasang baju untuk ibuku.
Pada masa aku bergerak dalam UMNO dalam bahagian Kuala Kangsar dan cawangan Sauk, Elin Lee telah banyak membantuku dengan wangnya. Dia juga telah memberi galakan kepadaku supaya aku terus menulis, kerana katanya, penulis dan wartawan dianggap oleh orang tua-tua Cina pada masa silam sebagai penggerak fikiran orang ramai.
Aku tidak dapat meyakinkan diriku yang Elin Lee menaruh prasaan cinta kepadaku. Kami hanya bersahabat biasa. Kadang-kadang dia telah mengikut aku pergi ke Bandar Kuala Kangsar dan Taiping.
PERASAAN CINTA
Ada beberapa kali Elin Lee telah bertanya kepadaku mengenai bagaimana dia hendak memeluk agama Islam. Kalau dia memeluk agama Islam, adakah dia dimestikan berkhatan, mesti sembahyang dan berpuasa. Aku telah meminta dia berfikir masak-masak sebelum memeluk agama Islam.
Walaupun aku dengan Alin Lee bersahabat biasa sahaja dan aku tidak ada perasaan cinta terhadapnya, tetapi entah mengapa, kalau aku berjauhan dengannya, terasa benar rinduku kepadanya dan ingin menemuinya. Aku mengakui, dia telah menjadi sebagai salah satu sumber ilhamku untuk menulis.
Kadang-kadang aku terpikir juga, apakah aku seorang yang zalim, telah menggunakan seorang gadis yang tidak aku cintai sebagai sumber ilhamku?
GURU BESAR
Oleh kerana aku bekerja sambilan dengan dua buah surat khabar Melayu – Utusan Melayu dan Warta Negara, maka saban hari aku berada di Kuala Kangsar dan kadang-kadang di Ipoh, maka perhubungan aku dengan Elin Lee menjadi renggang dan jauh.
Pada masa kami berjauhan hampir setiap hari Ahad, Elin Lee telah datang ke rumah ibuku. Kalau dia tidak datang ke rumah ibuku, dia datang ke rumah kakak saudaraku, Guru Besar Sekolah Perempuan Sauk, Nik binti Haji Said.
Pada masa bekerja pemberita sambilan, aku telah bergaul rapat dengan beberapa Orang Besar-Besar Negeri Perak, orang-orang kenamaan, di antaranya Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz(setiausaha UMNO pada zaman Onn Jaafar dan Menteri Besar Perak), Raja Hanif Shah, Raja Musa bin Raja Mahadi (Yang Dipertua Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak), Dato. Haji Meor Aris kemudian menjadi ahli Dewan Parlimen kawasan Sitiawan, Dato’ C.M. Yusof (kemudian menjadi Speker Dewan Parlimen), Datok Haji Ismail Hamzah (Mufti Kerajaan Negeri Perak), Dato’ Tan Dewa Ramli bin Abdullah (Orang Besar Istana) dan Raja Razman Shah(ahli sejarah).
PENJAJAH INGGERIS
Selain daripada mereka itu, aku telah bergaul dengan beberapa orang bekas ahli Parti Islam Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah tidak ditahan dalam khemah tahanan oleh kerajaan Inggeris.
Pada masa itu hampir semua pemberita, wartawan dan penulis Melayu bersemangat menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair dari penjajah Inggeris. Tetapi mereka memiliki idea atau fahaman politik yang berbeda antara satu dengan lain. Mereka itu telah masak dengan sejarah tanahair dan penindasan Inggeris terhadap orang Melayu dan memberi muka kepada golongan pendatang, terutama dalam bidang perusahaan dan perdagangan.
Sebilangan wartawan dan pengarang Melayu telah menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan sebilangan lagi menyebelahi perjuangan Onn Jaafar Onn Tunku Abdul Rahman.
PRESIDEN SOEKARNO
Mereka yang menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi dan rakan-rakannya telah menyanjungi perjuangan Presiden Soekarno dan naibnya, Dr Mohd.Hatta, kerana perjuangan mereka memberi kedaulatan kepada bangsa dan negara Indonesia secara hakiki.
Sekitar tahun 1955, kira-kira dua bulan aku dan seorang guru agama Islam dan penulis, Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas pegawai polis Cawangan Khas, telah berpolemik dalam surat khabar Warta Negara, mengenai isu politik dan agama Islam. Pada masa itu dia berdampingan rapat dengan Tunku Abdul Rahman.
Ustaz Abu Bakar Hamzah telah meminta Tunku Abdul Rahman membantunya mengembangkan sekolah agama dan istitusi pondok di seluruh Tanah Melayu. Pada mulanya Tunku Abdul Rahman telah keberatan menerima permintaannya, kerana pandangan Tunku sama dengan pandangan rakan-rakannya yang berpendidikan Barat, iaitu sekolah agama dan intitusi pondok akan memundurkan rakyat dan akan melahirkan ramai ’mu’allim dan muslimin dan muslimat yang extreme dan tidak memihak kepada UMNO.
Kemudian fikiran Tunku Abdul Rahman telah berubah. Mungkin telah mendapat hidayat dari Allah setelah dia merenung ke belakang; UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946 telah mendapat sokongan dari alim ulama dan mereka yang berpendidikan agama Islam. Dalam UMNO ramai individu yang berpendidikan agama Islam lepasan sekolah-sekolah agama Islam atau isntitusi-institusi pondok.
Tunku Abdul Rahman telah memanggil Ustaz Abu Bakar Hamzah dan memberitahu kepadanya, iaitu dalam menghadapi kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku akan memajukan semua sekolah agama rakyat dan institusi pondok di seluruh Tanah Melayu .
(Disunjting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

NASIHAT


ADIL DAN SAKSAMA

Para hakim (dan para pendakwa raya) yang beragama Islam! Hendaklah memikul tanggungjawab kepada amanah Allah yang dipikulkan ke atas bahu dan atas kepala kalian dengan jujur dan saksama. Allah telah memberitahu - mengarahkan atau memerintahkan - Nabi Daud alaihis salam seperti yang Allah wahyukan dalam Quran: Hai Daud! SesungguhNya Kami telah menjadikan engkau khalifah (orang menjalankan kuasa atas pemerintahan) di muka bumi ini. Oleh itu, putuskanlah perkara di antara umat manusia dengan kebenaran (timbang rasa dan keadilan), dan jangan engkau mengikut kemahuan ( nafsu), nanti engkau akan disesatkannya dari jalan Allah. Sesungguhnya, mereka yang tersdesat dari jalan Allah itu, memperoleh siksaan yang sangat (keras), di sebabkan mereka melupkan hari perhitungan (di akhirat). - Shad:26.

MAKSUD AYAT QURAN




BERJUANG DI JALAN ALLAH

Orang - orang yang beriman, berpindah, berjuang di jalan Allah dengan harta dan dan diri mereka sendiri, dan itulah orang - orang yang menang (berhasil cita - cita).
Allahmenyampaikan berita gembira kepada mereka dengan beroleh rahmat dan keredaanNya dan syurga, yang di dalamnya mereka akan peroleh kesenangan abadi.
Mereka kekal di sana selama - lamanya. Sesungguhnya, di sisi Allah itu ada pahala yang besar.
- At tabubah / al bara’ah:20, 21, 22.

Nota:

Firman Allah ini ditujukan kepada umat Islam pada zaman Nabi Muhammad ditentang oleh orang - orang kafir dan umat Islam menentang dan memerangi mereka pula.
‘Berhijrah’ bererti, berpinda dari Makkah yang menjadi pusat pengganas kafir, ke tempat - tempat lain, seperti ke Yathrib atau Madinah al munawwarah.
Sekarang ‘hijrah’ bagi orang Melayu adalah wajib, iaitu berhijrah dari mengguna dan patuh kepada undang - undang ciptaan manusia kapitalis dan sebagainya kepada undang - undang Islam yang berpandukan al Quran dan as Sunnah , iaitu membentuk Negara Islam. Negara makmur (kebajikan) dan Allah Maha Pengampun (etinya negara mendapagt keampunan Allah).

Tuesday, August 23, 2011

NASIHAT



PENDATANG BERAGAMA ISLAM

Pada tiap - tiap hari raya, kita umat Islam di negara ini, termauk Kuala Lumpur, lebih mengutamakan orang - orang beragama lain menjadi tetamu di rumah terbuka, majalis raya dan sebagai, tetapi orang - orang Islam dari Indonesia, Banggalades dan Negara - Negara lain yang menjadi buruh (pekerja asing) di negara kita iniu, kita biarkan atau tidak menjemput kita, sedangkan mereka itu orang Islam musafir dan terhidung dalam fi sabilillah (pada jalan Allah).
Di Kuala Lumpur misalnya, para pendatang Islam, setelah sembahyang di masjid, mereka berasa di Zoo Negara, Tugo, Chaw Kit, ibu negara dan di tempat - tempat lain.
Kalau boleh terima nasihat saya, pada hari raya puasa mendatang ini, Jabatan - jabatan agama Islam, para ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan pemimpin - pemimpin Islam, usahakanlah menjamu para pendatang asing yang beragama Islam pada hari raya.

MAKSUD AYAT QURAN




ORANG PEKAK DAN BISU

Hai orang - orang yang beriman,taatlah kalian akan Allah dan RasulNya dan jangan kalian membelakangiNya, pada hal kalian mendengar.
Dan jangan kalian (jadi) serupa dengan orang - orang yang mengatakan: “Kami mendengar.” Sedangkan yang sebenarnya mereka tidak mendengar.
Sesungguhnya, binatang yang paling buruk pada sisi (pandangan) Allah, ialah orang - orang pekak dan bisu yang tidak berakal (mengerti).
- Al Anfaal:20 - 22

Nota.

Bermula dari Yang Di Pertuan Agong, para Raja Melayu, Perdana Menteri dan kita semua, marin kita bertanya kepada diri kita; apakah kita benar - benar taatkan Allah dan RasulNya?
Allah memerintahkan kita menjalankan hukuman yang diturunkanNya, (misalnya) seperti dalam Al Maidah, ayat: 44,45 dan 47, tetapi kita masih mengguna pakai ‘hukum’ yang berasal dari Rom tua dan negara Inggeris atau ciptaan orang Yahudi dan Kristian.
Saya amat taku, kalau - kalau Allah berfirman kepada kita seperti firman firmannya mengutuk kaum Yahudi: Hendaknya kalian menjadi monyet yang dibenci manusia. - Al Baqarah:65.

Monday, August 22, 2011

KISAH BULAN PUASA




RAKAN RUNTUH RUMAH TANGGA KAWAN

Seorang isteri, pegawai kerajaan, sejak minggu lalu pulang ke rumah, tidak bertegur sapa dengan suaminya. Membongkam.Detelah hatinya lembut dia bertanya kepasa suami: “U ada cakap - cakap menggatal dengan kawan di pejabat I, Murni?”
Suaminya terpinga - pinga. Sangkaan buruk mendera hatinya. Isterinya memberitahu, Murni ada memberitahu dia yang suaminya telah bercakap dengan melalui telefon. Cakapnya menggatal dengannya.
Suami menafikan. Dia memang ada bercakap secara lawak dengan seorang kenalannya, gadis, namanya, Murni, tunang orang, di sebuah kelab di Putrajaya.
“Ngapa aku telefon dia, aku tak ada nombor telefon dia,” hati suami bersuara.
“Biasanya Allah laknat orang memburukkan orang pada bulan puasa ini, kerana pada bulan baik kebanyakan orang sentiasa membaca ayat Quran.
Isteri memberitahu suaminya, bahawa dia ada menggunakan telefonya untuk bercakap dengan kawannya, Murni. Nombor telefon Murni pada muka panggilan telefon suaminya tidak padamkan.
“Ia, sangka nombor telefon I tu nombor telefon Murnia. Pada ketika I bercakap I dengan suara lain dari suara Murni,” jelas suami.
“Mana pula I menggatal dengan kawan you, perempuan apa tuduh orang begitu ...,” suara hati suami sedih dan meninggalkan isterinya yang menunjukkan muka asam jeruk.
Kasian, perempuan macam Murni pegawai kerajaan yang berpelajaran memburukkan suami rakannya dalam bulan puasa ini.
Nasihat, hai perempuan beriman, kalau memang ada lelaki cakap salah dengan anda, usahlah lekas menyebar cerita. Siasat dengan teliti dulu. Lebih - lebih lagi orang berrkenaan telah meminta maaf. Perbuatan anda itu sama dengan meruntuh rumah tangga rakan sendiri.

MAKSUD AYAT QURAN

IBLIS BERDIALOG DENGAN ALLAH

Sesungguhnya, Kami (Allah) telah menciptakan kamu (Nabi Adam alaihis salam) dan Kami (Allah) telah bentuk rupa kamu, kemudian kami firman kepada para malaikat: Tunduk (hormat)lah kepada Adam.Lantas mereka tunduk (hormat), melainkan iblis; dia tidak termasuk para malaikat yang tunduk.
Allah berfirman: Apakah halangan yang menyebabkan enkau (iblis) tidak tunduh, pada ketika Aku perintahkan. Jababnya (iblis): Aku lebih daripadanya (Adam a.s.), aku, Engkau jadikan dari api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah.
Allah berfirman: Nyah engkau dari tempat (syurga) ini, kerana tempat ini tidak sepatunya bagi engkau untuk menyombongkan diri. Berambuslah, sesaungguhnya engkau termasuk orang - orang yang hina.
Dialognya (Iblis): Berilah tangguh kepada aku sampai mereka dibangunkan.
Allah berfirman: Sesungguhnya engkau temasuk mereka yang diberi tangguh.
Iblis berdialog: Kerana Engkau telah menghukum aku (tersesat), aku akan duduk mengganggu mereka dari jalan yang lurus.
Kemudian, aku datang kepda mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka.Dan tidaklah Engkau dapati kebanayakan mereka menjadi orang yang bersyukur.
Allah berfirman: Berambuslah dari tempat ini (syurga), sebagai makhluk terhina dan terbuang. Siapa di antara mereka yang mengikut engkau, nescaya Aku akan penuhi neraka jahannam dengan kalian (iblis dan orang - orang yang mengikutnya).
- Al A’araf:18.
* Sepanjang bulan puasa ini semua iblis dan kaum sejenisnya tertamba. Tetapi manusia - manusia yang mengikut mereka amasuh bebas, masuk ke dalam masjid, surau, makan bersama orang - orang berbuka dan sama berkunjujng ke pasar Ramadhan, membelkia atau menepah pakaian raya dan membuat atau membeli kuih muih.











Saturday, August 20, 2011

SAJAK


MALAM KEMULIAAN

‘Sesungguhnya, Kami turunkan - Quran-,
pada malam kemuliaan,
Dan apakah yang menyebabkan anda
(Muhammad s.a.w.) mengerti,
Apa malam kemuliaan itu?’
(al Qadr: 1,2)
Allah, ya Allah,
kupohon ampunMu,
kuharap redaMu,
hambmu, aku dan semua Melayu,
buta erti kitaMu,
aku, mereka dalam jurang ‘jahiliyah moden’,
jahil kami, somboang kami di hadapanMu,
lalu kami ketepikan hikmahMu,
kami jauhkan hidayatMu,
kami patuhi hukum hakam dari Rom,
undang - undang ciptaan,
umat Yahudi dan Nasarani - Kristian.

Tiap malam kemuliaanMu,
kuninsaf amat,
tangisku dik jahilku,
kuasa ditangan para pemimpin bangsaku,
aku, mereka buta mata hati;
Firman dan amaranMu:
Jalankan hukum tidak yang Kauturun,
Mereka itu orang - orang kafir,
Orang zalim tidak jalankan hukum yang Kauturunkan,
Fasik amat, guna hukum yang tidak Kauwahyukan.

‘Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan*,
Pada malam itu turun para malaikat dan ruh,*
dengan izin Allah - Penguasa mereka -,
untuk setiap urusan,

Selama (damai) itu hingga menjulan fajar.’(al Qadr:3,4,5)
Kerana jahilku, jahil para pemimpin Melayu,
semua buta mata hati menyimpang dari ajaranMu,
tolah negara muliaMu,
singkirkan hikmat siasahMu,
kutuk pejuang pada jalanMu,
sanjung iktisad ciptaan Yahudi dan Kritan,
dengan hati sesat laungka kemenangan.

Ya Allah,
Kupohon kepadaMu,
tunjukan aku, semua pimpinku,
kepada jalanMu,
Jalan kebenaran dan redaMu.

Ya Allah,
mereka, aku amat jahil,
jahil, jahil murakkab,
kupohon kepadaMu,
Jangan Kaucampakkan kami,
Dalam nerakamu.

Ya Allah,
ampunkan,
tumpahkanlah redakanMU,
untuk aku dan Melayu seetero maya.

Putrajaya .............. - Mokhtar Petah

* Lebih berharga dari berpuluh tahun, kerana pada malam itu
Mula turunnya cahaya kebenaran yang dapat menyinari seluruh dunia dan membawa bangsa - bangsa manusia kepada jalan yang lurus. Para Ilmuan Islam berkata, beribadat kepada Allah pada malam itu, Allah kurniakan pahala lebih dari beribadat seribu bulan.
* Ruh, ialah malaikan Jibril yang mebawa wahyu - ayat - ayat Quran -
kepada Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

NASIHAT


TAKBUR

Kalau anda ada ilmu Islam seksadar setiti air hujan, usahakanlah, agar menjadi air setasik atau semuara, tetapi jangan takbur atau ria, kerana Islam agama Allah dan Allah tidak suka kepada orang takbur atau ria.
Jika anda jahil jangan menganggap atau menuduh orang lain jahil, kerana kejahilan anda itu akan menjadi bangkai yang busuk dalam masyarakat manusia.
Jika anda orang beriman kepada Allah, kenal diri anda, jaga amanah dan amalakan akhlak mulia. Di antara akhlak yang buruk dan menunjukkan anda seorang jahil, ialah mengganggu orang - orang sedang tidur malam dengan suara anda membaca Quran dan zikir, menggunakan pembesar suara.

MAKSUD AYAT QURAN




BERPERANG KERANA ALLAH

Maka, berperanglah (firman Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.) pada jalan Allah (mempertahankan agama Islam dan umat Islam), tidak dipaksa, melainkan kepada diri anda sendiri (kemahuan sendiri dan ikhlas). Bangunkanlah keberanian (kubarkan semangat) orang - orang yang beriman, mudah - mudahan Allah menahan serangan orang - orang yang kafir. Allah itu lebih besar kekuasaanNya dan lebih keras siksaanNya.
-An nisaa’:84.

Nota.

Suruh atau perintah Allah ini terus meneru ke atas setiap individu beragama Islam dan beriman (mukmin) kepadaNya.Jihad mempetahankan agama Allah dan umat Islam, adalah wajib, penetangan demikian bukan ganas atau yang melakukan pengganas, tetapi menjalankan perintah Allah.
Begitu juga, kalau ada golongan menentang usaha menegakkan Island an menegakkan negara Islam dan hendak dijadikan Negara kapitalis, maka tentanglah dengan fikiran, suara, tulisan dan dengan cara lain yang menasabah, agar hancur usaha mereka.

Friday, August 19, 2011

NASIHAT



Jika harta benda dan wang anda dicuri, disamun, terbakar, dilanda banjir dan sebagainya, jangan anda marah, tetapi anda gunakan fikiran, hati dan minta pertolongan Allah; adakah di antara harta benda dan wang ringgit anda itu dari rezeki yang haram.
Antara rezeki haram itu, ialah:
1 - Riba. 2 - Hasil curi dan samun. 3 - Hasil penipuan. 4 - Hasil judi.
5 - Hasil rasuah. 6 - Daria harta anak yatim. 7 - Hasil pelacuran.
8 - Hasil dari lakonan yang hampir dengan zina. 9 - Hasil dari lagu atau nyanyian (wanita).

MAKSUD AYAT QURAN



AL QURAN

Hai umt manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Penguasa (Allah) kalian, dan menjadi penawar bagi penyakit - penyakit batin yang adalam dada kalian, dan juga menjadi hidayat (petunjuk) untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang - orang yang beriman. - Yunus:57

Nota:

Ayat Quran ini, jika anda yakin dengan tulus, boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit dalaman - sakit hati, sakit pada hati, duka cita, merana dan lain.

Thursday, August 18, 2011

MENGENANG MASA SILAM



LAHIR DALAM KADAAN MERDEKA

Sesungguhnya, hidup yang bererti kepada manusia, ialah hidup yang sentiasa dalam keadaan dihempas dan dihempap dan pulas oleh derita. Penderitaan itu pula mengajar manusia menjadi manusia sejati. Walau bagaimana pun penderitaan tidak akan ada sebarang makna, jika individu yang menderita itu tidak mengenali Allah, tidak bersyukur dan tidak tawakal kepada-Nya.
Aku telah ditakdirkan oleh Allah dilahirkan dalam keadaan merdeka dari sebuah kekluarga yang telah berkayuh di permukaan laut kehidupan laksana ‘berselimutkan kain panjang lima, tutup kepala kaki terbuka, dedah kaki kepala terbuka’. Meredah rimba kehidupan dalam keadaan sentiasa ‘makan sambal terlunjuk berdiri’.
Aku akui, kerana Allah telah menganugerahkan keluarga bapaku hidup dalam rahang derita, maka aku telah menjadi sebagai benih yang cambah dan tumbuh pada tanah gersang yang ada kalanya dititis air hujan. Pada tanah tempat lahirku itulah aku dianugerah oleh Allah menjadi manusia yang melihat alam dengan dua biji mata dan seketul hatiku. Sepasang mata dan seketul hati itulah menganjurkan aku banyak belajar dari alam milik Allah dan menggunakan daya fikirku dan mengkreatifkannya untuk melahirkan sesuatu yang berfaedah kepada umat manusia.
MENYEDAR
DAN MENGINSAFKAN MANUSIA

Aku tidak pandai berteknologi dan sains atau menggunakan alat-alat yang bersifat kebendaan, tetapi aku memiliki sesuatu yang ada pada orang lain jua, iaitu untuk menyabarkan manusia pada ketika dia duka, menyedar dan menginsafkan manusia pada ketika dia lupa diri, dan pendeknya aku sentiasa bercakap dengan manusia dalam keadaan bisu adanya.
Pada usia remajaku; aku memiliki angan-angan (cita-cita) untuk berdampingan dengan orang-orang alim yang masyhur, para bijak pandai atau ahlul bab – cendekiawan - yang terbilang, pemimpin – Presiden Negara, Perdana Menteri dan Sultan Negeri. Apabila aku telah meningkat remaja dan dewasa, apa yang aku angan-angankan itu menjadi kenyataan. Aku telah berdampingan dengan beberapa orang ulama tersuhur, pemimpin – pemimpin rakyat dan sultan atau raja yang merintah negeri.
Apabila aku telah mendampingi mereka, maka sedikit sebanyak pendapat dan ideaku, sama ada dalam percakapan dengan mereka mahupun dalam tulisanku – berita, rencana, cerpen, sajak, buku politik, buku agama, prasejarah, biografi dan novel telah menarik perhaitan mereka. Mungkin mereka terasa suka dan marah. Mungkin juga mereka menerimanya sebagai ‘sementara mendapat rotan akar berguna’. Pada hakikatnya aku telah meluahkan ideaku kepada mereka.
BAHAN TAMBAHAN
DALAM BIDANG SEJARAH

Sebagai contoh, pada tahun 1966, sebuah buku karanganku, ‘Bangsa Melayu Menggugat Dunia– tulisan Jawi, telah menarik perhatian seorang mahasiswa Universiti Malaysia dari Negeri Sembilan (di bawah bimbingan Profesor Dato’ Khoo Kai Kim) untuk dijadikan bahan tesisnya bagi melayakknnya mendapatkan ijazah B.A (sastera).
Manakala beberapa orang pegawai tinggi kerajaan dan pensyarah Universiti telah memberitahu kepada aku; mereka telah menggunakan buku tersebut sebagai bahan tambahan dalam bidang sejarah untuk melengkapkan ilmu pengetahuan mereka sebagai mahasiwa di institusi pengajian tinggi atau menara gading.
Buku ‘Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ juga telah menarik perhatian seorang pensyarah Hawaii University, iaitu Puan Barbra Andaya. Dia telah datang menemuiku dan tinggal bersama kelurgaku selama seminggu untuk menjalankan kajian sejarah orang Melayu dan Malaysia dengan berdasarkan buku tersebut.
BANGSA MELAYU
MENGGUGAT DUNIA

Pada Ogos 2005, dalam satu jamuan sempena dengan seminar mengenai penulis-penulis Malaysia, di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, seorang profesor telah memberitahu aku yang dia telah membaca dan menghayati buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ itu pada masa dia menuntut di univesiti dulu.
Sebuah novel karyaku, ‘Nekad Anak Watan’ telah menarik minat beberapa orang mahasiswa Melayu di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Novel itu satu imbasan perjuangan bekas anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Encik Rashid Mydin dan rakan-rakannya yang lari dari diburu oleh pihak penjajah Inggeris dan terpaksa berjuang bersama Parti Komunis Malaya.
Manakala tiga Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn secara ikhlasa telah mengaku kepadaku yang mereka telah banyak membaca tulisan-tulisanku dalam akhbar, majalah dan buku-buku. Tunku Abdul Rahman menerima pandanganku, supaya meneruskan bantuan kewangan Kerajaan Pusat kepada sekolah-sekolah agama (rakyat) di seluruh tanah air. Tun Abdul Razak telah menggunakan sedikit fikiranku pada masa beliau melaksanakan projek besar, iaitu menempatkan keluaga-keluarga miskin di seluruh tanah air ke dalam Rancangan Tanah Persekutuan – Federal Land Authority (FELDA) pada akhir tahun 1960-an. Manakala Tun Hussein Onn telah menyifatkan aku sebagai ‘wartawan lipas’ dan telah mengambil tindakan tangkas melucutkan seorang tokoh politik dari jawatan Menteri Besar sebuah negeri.
SEORANG PEMIMPIN
YANG GILA -GILA

Aku menyanjungi Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang peneroka zaman, berani dan tegas, berani membuat keputusan untuk kepentingan negara, tetapi dia, seperti dalam sebuah bukuku, ’Terima Kasih Dr. Mahathir Mohamad’, seorang penceramah, Jaafar Rahim telah menyifatkan Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang gila-gila. Beliau berjaya membangunkan negara secara berani dan bertindak di luar daya fikiran orang-orang yang berfikiran secara sederhana atau mereka yang sering diganggukan oleh rasa takut gagal dan kecewa sebelum melakukan sesuatu kerja atau tanggungjawab.
Tetapi, walaubagaimanapun Dr Mahathir Mohamad telah gagal menyatupadukan orang Melayu atau ummah, disebabkan dilebih mementingkan kebendaan dari kepentingan agama Islam dan budaya ummah termasuk lebih mementingkan kaum lain dari Melayu dalam bidang ekonomi. Oleh yang demikian, penolakan sebilangan besar orang Melayu atau ummah terhadap pemikirannya menjadi ketara. Maka beliau gagal menyatupadukan ummah.
Pada ketika berucap dalam ’Seri Ucapan Dr Mahathir Mohamad’ di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di Bangi, pada 12 Disember 2005, beliau telah berkata, bahawa beliau tidak tahu sama ada keputusannya membangunkan negara ini betul atau tidak, tetapi yang nyata, semua pembangunan seperti lebuh raya timur –barat, Putrajaya, jambatan Pulau Pinang dan bonus kepada kakitangan kerajaan, telah menguntungkan berbilion ringgit setahun kepada kerajaan dari hasil cukai pendapatan.
MENJALANKAN KUASA
DALAM KERAJAAN PERAK

Buku karangku, ’Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’- biografi - , mungkin telah dibaca oleh Dr Mahathir Mohamad dan mungkin sedikit dari tulisanku dalam buku itu telah menolongnya dalam memilih dan melantik seorang pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain dari Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah ibnu Al marhum Sultan Alang Iskandar Shah yang banyak menerima pakai fikiranku (telah melantikku menjadi penasihat politik kepada peribadinya) dalam menjalankan kuasa dalam Kerajaan Perak, maka Sultan Brunei Darul Salam, Al marhum Sultan Sir Omar Ali Saifuddin juga setelah menerima pendapatku. Baginda telah menganugerahkan wang lebih RB1 juta kepada Parti Rakyat Brunei untuk tujuan menuntut kemerdekaan Brunei, Sarawak dan Sabah yang akan menjadi sebuah negara Republik Kalimantan Utara dengan Baginda sebagai Presiden sepanjang hayat.
Apabila Seniman P.Ramlee menerbitkan surat khabar hal ehwal filem, iaitu ’Gelanggang Filem’, maka aku telah menjadi penulis suratkhabarnya. Selain dari sumbanganku kepda ’Gelanggang Filem’ Allahyarham telah banyak berbincang denganku mengenai skrip-skrip filem yang ditulisnya. Di antaranya filemnya , ‘Musang Berjanggut’ (kisah Negeri Perak tua) dan ‘Tiga Abdul’ (ramalannya mengenai orang Melayu dalam Negara Malaysia).
DALAM KEADAAN
WASPADAN DAN INSAF

Mungkin tidak ramai orang yang percaya, bahawa aku telah meneruskan denyut nadiku – hidup -, sebagai seorang penulis, walaupun aku berkeadaan seekor burung yang patah sayapnya, dengan paruhnya ia bertongkat juga, namun aku tidak pernah berduka cita, apa lagi kecewa. Setiap ketika aku dalam keadaan waspada dan insaf, bahawa dalam apa jua keadaan, aku adalah hamba Allah dan sentiasa bersama-Nya dan berlindung pada-Nya pada saban waktu.
Aku telah menulis dari hasil keyakinanku, bahawa alam dan dunia ini adalah universiti untuk diriku. Dalam semua tulisanku, aku telah menggunakan alam ini untuk santapan ruhani atau jiwa mereka yang membaca hasil karyaku. Di sinilah aku amat terasa, sesunguhnya aku puas dalam hidupku sendiri.
Mungkin ada orang-orang yang menilaikan hasil tulisanku tidak sama para atau tidak sejunjung dengan penulis-penulis lain, memanglah begitu, tetapi aku dengan keperibadianku sendiri dalam menjalankan kerja menulis, aku banyak terpengaruh dengan aliran ayat-ayat al Quran. Kadang-kadang cara begini tidak sesuai dengan orang-orang Barat, mereka yang bependidikan dari barat dan mereka yang beriman dengan kitab-kita lain dari al Quran.
TUBUHKU MENERIMA TETAMU
YANG TIDAK DIUNDANG

Aku seorang yang tidak berminat dalam bidang sukan. Aku tidak pernah bersukan. Sukanku hanyalah menulis pada waktu-waktu aku ’perlu menulis’. Kalau dua tiga hari aku tidak menulis, tubuhku menerima tetamu yang tidakku undng, iaitu demam atau tidak sihat.
Mungkin orang lain boleh menyifatkan aku tidak berjaya dalam berkarya, kerana aku tidak pernah menyertai peraduan mengarang dan tidak seperti penulis-penulis lain yang mendapat hadiah kerana tulisan mereka. Kerana aku adalah aku dan kerana aku penulis, maka aku kira aku sebagai pejuang juga dan tidak semua perjuangan dinilai oleh orang ramai. Maka aku bersetuju dengan pendapat : “You can tell me I was wrong. You can tell me I failed. But I can also tell you how it was and how I tried.”
Usiaku telah meningkat lebih tujuh puluh satu tahun pada waktu aku menulis buku ini. Sepanjang perjalanan hidupku itu, aku tidak pernah memohon kepada Allah supaya aku dimasukkan ke dalam golongan insan yang kaya raya. Aku hanya telah memohon kepada-Nya agar Allah menganugerahkan kapadaku sekadar sedikit dari rezeki yang amat banyak daripada Yang Maha Kuasa itu untuk diriku, keluarga ku, kaum kerabatku dan orang-orang mukmin dan mukminah semuanya
Ada kalanya aku seperti lelabah yang mencari madu-madu dari bebunga, seperti semut mencari rezeki di celah-celah pepasir dan sesampah atau seperti beburung yang hinggap pada pepohon yang sedang masak ranum buah-buahnya. Lebah, semut dan burung adalah makhluk-makhluk yang tersebut dalam ibu kitab, al Quran yang menjadi perlembagaan dan undang-undang bagi orang-orang yang beriman.
Aku berpendapat, setiap manusia mestilah berfikir dan bekerja untuk hidup. Jika berjaya mencapai kejayaan dalam hidup, maka bersyukurlah kepada Allah dan jika gagal, bersyukurlah juga kepada Allah. Sedarlah, bahawa di sebalik kegagalan itu ada hikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa itu.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

CAKAP ORANG GILA



Lelaki gila ini berdiri di pinggir pasar Ramadan. Pakaiannya compang camping. Dia bercakap sasau:
“Awak tu jantan, tapi takut bini, babi jantan tak takut bini.”
“Bula puasa, hari - hari beli lauk, beli kuih banyak, balik rumah tak makan habis, buang, duitg lebih tu kalau sedekah kepada aku dapat juga pahala.”
“Oghang ibadat dia nak ibadat, pakai tudungkepala Nampak jambul, tetak tergembul macam buah nangka. Berdosa. Nampak cantik, tapi bodoh..., orang bodoh.”
“Oghang tutup kepala dia tutup kepala, tapi pakai selour ketat, baju keta, lengan nampak, Tuhan benci oghan ni, dia tiput Tuhan. Tuhan suruh tutup aurat, dia pedaya Tuhan ....,sial - sial ...”
“Aku gila, ayah aku kata aku gila..., salah dia, belum dapat aku dia buat perkara haram, makan duit haram, makan suap, tipu oghang..., emak aku beghanak aku, aku gila ...”