Dain Zainuddin
Menurutnya, pada masa ini orang Melayu telah ramai berpelajaran tinggi dan pelajaran mereka mengatasi pelajaran para pemimpin UMNO di kampung - kampung, kalau mahu menarik mereka, maka perubahan di segi kemapuan pelajaran di kalangan pemimpin UMNO perlu ada.
Katanya, " Dato' Seri Najib Tun Razak mampu mengadakan perubahan dan di tangannya menentukan sama ada UMNO akan diterima atau tidak oleh orang Melayu."
"Sebilangan besar orang Melayu tetap menolak DAP dan Parti Keadilan Rakyat, kerana dua parti politik itu sama - sama mengembangkan sosio - demokrasi di negara ini, kerana sosio yang berasal sisialis itu tetap bahaya kepada orang Melayu, Raja Melayu dan agam Islam,"katanya.
"Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini telah kehilangan pengaruh di kalangan orang Melayu, telah meninggalkan nasional Melayu dan perjuangannya terhadap agama Islam dan beralih kepada sosio - demokrasi dengan tujuan mendapat sokongan oran g Cina dan India yang tidak beragama Islam," tambahnya.
Menjawab pertanyaan, katanya perubahan yang lojik bagi UMNO ialah menerima Islam sebagai pegangan dan dasar parti serta sedia bekerjasama dengan parti pembangkang yang tidak mengenepikan bangsa Melayu dan agama Islam.
Bekliau juga yakin, jika UMNO terus menentang amalan rasuah, sama ada dalam dirinya sendiri mahupun dalan kerajaan, parti politik itu akan terus disanjung oleh orang Melayu dan umat Islam.
No comments:
Post a Comment