Dulu, pada usiaku menjengket bumi, ibu dan bapaku hidub berhuma di pinggir gunung, mengisi waktu lapang mengutip madu lebah, umbut muda pepucuk saegar. Mereka memungut reseki dengan bersyukur kepada Allah Maha Kuasa; mudah - mudahan anak mereka, aku dan adiku Ghazali menjadi insan di redai Allah dan insan yang tahu kemanusiaan.
mokhtar petah
Kini, gunung dan tanah huma tinggal sepi. Pulau indah dan sungai mengalir lesu airnya tiada kami. Kerana kami laksana biji - biji buah dari pepohon, gugur, hanyut dalam sungai. Hanyut lagi sampai ke muara, tersambak di pualu jauh dan tumbuh di sana.
Pokok muda jadi biji hanyut itu membesar. Berdaun loebat dan rindang. Men julang awan. Namu tidak tahu mencari jalan pulang mencari indunya di hulu sungai.
Pokok di pulau ini sebenar, pokok yatim piatu.Yang ada anak - anaknya yang akan yatim piatu jua.
Lalu aku teringakan ibuku. Betisnya membesi. Baiki budi dan taat kepada Allah. Dalam aku berfikir dalam sebuah perahu ini, aku mengukir sebuah jerjemahan dari fikirku, lalu kutulis sebuah novel ' Kasih Ibuku'.
Kini ibu bersemadi dalam bumi di desaku.Allah menjanjikan dia syurga. Kini dia di syurga Jannatun Na'im.
Kuterkenang pada ayah padsa waktu perahu dihanyut arus. Bapaku berpesan:"Jika ayah berikan kamu batang cangkul dan batang tajak, tubuh dan otak mu tak upaya menjadi petani. Biarlah ayah berikan sejengkal buluh padi, dihujungnya Qalam batu. Kautulislah sekehedak hatimu, walaupun pada langit, pada matahari, pada bulan, pada bintang. Jangan kauberhenti menulis sehingga ada orang menulis sesuatu pada kain kapan mu."
Ayahku tiada lagi di dunia ini.Tubuh bersemadi dalam bumi di Kampung Nami, Kedah.Allah menjanjikannya syurga. Kini dia di syurga Jannatun Na'im jua.

Di belakangku gunung dan pulau. Air sungai mengalir lesu. Perahu ini membawa aku pulang dari Kampung Batu Ring, dalam kawasan Hulu Perak.
No comments:
Post a Comment