Monday, June 29, 2009

ISU SELATAN THAILAND:


TERAS DESAK WUJUDKAN BADAN BEDBAS
Muhammad Arif Ismail

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Kerajaan Thailand didesak wujudkan badan bebas bagi menyiasat bukan sahaja peristiwa yang berlaku di Masjid al Furqan, Kampung Air Tempayang, malah di tempat lain kerana ia berkaitan dengan kepercayaan penduduk terhadap pihak berkuasa di negara itu.

Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid yang berpendirian bahawa Kerajaan Negara Gajah Putih itu mesti dengan segera mewujudkan satu badan secara bagi menyiasat tragedi ini dan sehingga sekarang masih belum ada jawatan bebas tersebut.

"Yang ada hanyalah Polis yang membuat soalan-soalan kepada penduduk kampung tetapi tidak ada badan bebas yang berkredibiliti untuk mengembalikan kepercayaan kepada negara dan pihak berkuasa," katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa penduduk di Selatan Thai sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis, kerajaan dan tentera.

Katanya, oleh itu, Teras dapati bahawa isu ini tidak boleh diselesaikan selagi polisi yang diamalkan oleh beberapa Perdana Menteri Thai iaitu dari Taksin hinggalah Abishit tidak berubah dengan meminggirkan penduduk di Selatan Thai dalam semua aspek.

"Polisi tetap sama, kawasan tersebut dijadikan satu kawasan medan politik untuk pihak tertentu menggunakan ketegangan di Wilayah itu bagi mendapatkan pengaruh di Thailand.

"Jadi kita kesal, adanya suatu konspirasi pihak atasan di negara itu yang menjadikan umat Islam sebagai mangsa kepada konflik dalaman kerajaan.

"Akhirnya, apa yang kita tuntut ialah undang-undang darurat yang telah dikuatkuasakan sejak 2005 mesti ditarik balik. Akta darurat tersebut memberi kebenaran kepada pihak tentera untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara.

"Kemudian pihak tentera juga boleh menyerbu kemana sahaja yang mereka hendak dan mendakawa sesiapa sahaja.

"Ini ada asasnya untuk rakyat di wilayah itu berasa selesa. kalau tidak rakyat akan melihat mereka akan sentiasa diawasi oleh pihak keselamatan," jelasnya.

Teras juga menutut kerajaan Thai agar segera memberi perhatian terhadap keresahan ini bukan sahaja dari segi bantuan semata-mata.

"Apa yang dimahukan ialah hak mereka sudah dirampas sejak 200 tahun lalu iaitu pada tahun 1902 apabila Kesultanan Melayu Islam Patani dibatalkan oleh British dengan perjanjian Anglo Bangkok pada tahun itu.

"Sejak daripada itulah, umat Islam Selatan Thai hidup dalam penghinaan. Bahasa, identiti dan hak mereka untuk mendapatkan perlindungan dihapuskan," tegas beliau.

Beliau yang lebih mesra dipanggil cikgu berkata, penduduk di Selatan Thai juga bahawa ini adalah satu kezaliman dan kebimbangan ini bukan berpunca dari soal pembangunan tetapi politik yang telah dicerobohi oleh Kerajaan Thailand.

Patani, menurutnya merupakan satu wilayah yang berdaulat dan mereka berhak menuntut. Soalnya, Kerajaan Thai hendak tunduk kepada tuntutan untuk memberikan kuasa autonomi adalah soa yang harus dibincangkan.

"Tetapi untuk mengatakan bahawa wilayah selatan Thai mesti tunduk kepada apa yang dikehendaki oleh Bangkok itu, kita rasakan tidak wajar sama sekali kerana fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan bahawa Patani pernah menjadi satu wailayah yang berdaulat," ujar beliau.

Sementara itu, beliau juga menegaskan bahawa Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) didesak agar serius menangani konflik yang berlaku di rantau ini.

Menurutnya, Asean perlu melihat isu ini dengan serius kerana sekarang kit adapati konflik diantara agama di rantau ini semakin memuncak dan bertambah parah.

"Tengok saja peristiwa yang berlaku di Mindanao, Selatan Thai dan di Myammar yang mana rakyat Rohingya yang beragama Islam turut ditindas dan akhirnya berlaku konflik di antara agama," katanya.

Ini sangat serius, katanya, kalau Asean membiarkan isu ini berlarutan maka, rantau ini akan berhadapan dengan potensi untuk menjadi konflik antara agama yang sangat berat.

"Oleh kerana itu, kita desak Asean supaya mengadakan sidang tergempar untuk diadakan di peringkat tertinggi pertubuhan itu," tegasnya. - mks.

(Berita ini dari Harakan Daily,28 Jun 2009)

No comments: