Monday, June 15, 2009

QURAN

KEMBALI KEPADA PRINTAH ALLAH

Maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. - Al Hujurat:9

HADIS

DOA

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Dua doa yang tidak ditolak atau jarang sekali ditolak (oleh Allah), doa setelah selesai azan (bang) dan doa pada ketika dalam peperangan (iaitu) pada saat sebahgian menusia (Islam) bertemu dengan manusia lain (kafir).
- Perawi: Abu Daud.

PETUA

Untuk menghilangkan perasaan resah, gelisah, panas baran, seringlah membaca Bismilllahir Rahmanir Rahim, dan La tahzan innallaha ma'ana.Jadikan ayat ini sebagai wirtid.


*** ***

TAHUKAH?



SIAPA RUGI

Jika semula kalangan parti politik di negara mentingkan perpaduan dan mengelak dari permusuhan, maka mereka akan sama - sama menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Apabila berlaku penuhbuhan Kerajaan Perpaduan, maka UMNO dan Barisan Nasional akan banyak mengalami kerugian kerana ramai menteri, timbalan menteri akan terpaksa undur untuk digantikan atau diambil alih oleh individu - individu dari parti parti lain.

NIK AZIZ DAN HAJI HADI

Nik Aziz dan Haji Hadi sama- sama ulama sekular Islam (beramal untuk akhir dan untuk akhirat), tetapi Nik Aziz banyak zuhudnya dan sedikit duniwinya (politik), Haji Hadi sedikit zuhudnya banyak duniawi (politik).

MURID LUAR BANDAR

Menurut beberapa orang guru siswazah dari Semanjung yang mengajar di luar bandar atau pendalaman di Sarawak, bahawa murid - murid di sana terlalu banyak bergantung kepada usaha gigih para guru mereka (menuntut kejujuran dan kegigihan guru) untuk pandai dan berjaya dalam pelajaran, kerana ibu bapa mereka rata - rata miskin dan idak terdaya membelanjakan wang untuk anak - anak mereka tution.


MASALAH

Sebilangan besar orang Islam yang bermain golf sering terlepas dari sembahyang Asar dan Maghrib dan para peniaga pasar malam terlepas sembahayang pada waktu yang sama juga. Kedua - dua golongan ini sukar mendapat berkat dari Allah. (pendapat ulama)











No comments: