BERDOA
Berdoalah kepada Tuhan ( Allah) kalian dengan merendahkan diri dan (dengan suara) perlahan – lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang – orang yang melampaui batasan (memohon kepada lain dari Allah).
Dan jangan kalian melakukan kerosakan di muka bumi setelah Allah membawa kebaikan kepadanya, dan berdoalah kepada – Nya dengan perasaan bimbang (kalau – kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap (agar dimakbulkan). Sesaungguhnya rahmnagt allah itu dekat kepada mereka yang mempebaiki amalan (masiang – masiang). -Al 'Araaf:55,56.
HADIS
TA'UN
Jika penyakit ta'un menimpa sesebuah kawasan (daerah) sedangkan kalian beraa dalama kawasan tersebut, janganlah kalian keluar daripadanya. Jika penyakit ta'un itu menimpa sesebuah kawasan (daerah) sedangkan kalian tidak berada di sana, janglankan kalian memasukinya.
- Perawi: Imam Ahmad.
PETUA
MENGEMBARA
Jika anda mengembara ke sesuatu tempat yang jauh, jika di temoat itu anda terjumpa dengan tiga orang, iaitu lelaki tua, perempuan tua dan gadis, maka mintalah bantuan dari gadis itu kerana dia lebih berupaya dan mempunyai perasaan simpati kepada anda.
TAHUKAH?
NEGARA ISLAM
Tunku Abdul Rahman Putra pemimpin bangsa Melayu yang bersemangat ketuanan Melayu, sepanjang masa beliua memimpian negara dan hingga ke akhit hayatnya, beliautidak boleh mendengar sesiapa menyebut negara Islam Kepadanya.
TASIK TEMENGOR
Dalam tasik Temengor di Hulu Perak terdapat sebuah masjid dan sebuah kompleks sekolah Kebangsaan di dalamnya, iaitu di kampung Temenggor. Sebelum penduduk – penduduk kampugn itu dipindahkan ke Temengor Baru, lebih 300 buah kubur orang Islam dipindahkan ke air Ganda. Pada masa kubur – kubur itu digali semula, terdapat dua wanita yang telah meninggallebih sepuliuh tahun, tubuh merekatidak hancur, rambuk dan kuku masing masih segar. Mereka itu bidan dan mengajar mengaji Quran kepada kanak – kanak di kampung tersebut.
HENERY GURNEY
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, sir Henry Gurney telah terbunuh di jalan Bukit Prezer, Pahang - Kuala Kubu Selangor, pada 6 Oktober 195, ditembak oleh seorang gerila Melayu dari Rajimen ke – 10 yang bergerak di rimaba Negeri Pahang. Gerela itu bernama,Awang Ali dari Terengganu. Tetapi penjajah Inggeris mengumukkan,dia dibunuh pengganas komunis dengan tujuan agar umat manusia tidak menggap orang Melayu bencikan penjajah Inggeris. (Pengakuan Awang Ali yang kemudiannya bekerja sebagai Pegawai Luar Jabatan penenrangan dan di tempatkan di Kuala Kangsar).
KAMBING
Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum menjadi pemimpin, ditakdirkan Allah, junjungan bekerja sebagai pengembala kambing.Kambing mempunyai keraagaman sebagai menusia, sukat dipimpin, sukar dikawal, tidak mahu besatu dan makan tidak berhenti.
No comments:
Post a Comment