PENGANUT SOSIALISMEKAH DIA?
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Keputeraan yg ke-76 tahun (3 JULAI 1934 )
Mokhtar Petah
2010
Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Mokhtar Petah
Noh Omar
Jihadnya
Bela Rakyat Jelata
Mokhtar Petah
Biografi
Tan Sri Ishak Tadin
Mokhtar Petah
Rasuah
Musnahkan Negara
Noor Iskandar
Anwar Ibrahim
Dalam
Sejarah Alam Melayu
NAMA | :Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah |
NAMA PENA | :Mokhtar Petah, Akhdiat, M. Fathy, Noor Iskandar. Saiful M. |
LAHIR | :03 Julai 1934 di Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar, Perak. |
BIODATA
MOKHTAR PETAH dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan Melayu telah mula dikenal sejak tahun 1950-an lagi. Beliau menceburkan diri dalam dunia penulisan sewaktu menuntut di Sekolah Agama Teluk Intan, Perak. Tulisan beliau pada peringkat awal banyak tersiar dalam majalah bertulisan Jawi seperti Hiboran, Juita, Mutiara, dan Mustika yang diterbitkan di Singapura dan kemudian dalam majalah Belia, Gelanggang Filem, dan Majalah Guru, yang bertulisan Rumi. Selepas itu tulisan beliau banyak mendapat tempat dalam akhbar penting di Malaysia seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian, Berita Minggu, dan Warta Negara.
Mokhtar Petah ialah anak sulung daripada dua orang adik-beradik. Ayahnya berasal dari Indonesia, sementara ibunya dari Patani, Siam. Ayahnya menetap di Perak dan hidup sebagai petani. Semasa kecil beliau belajar di beberapa buah sekolah agama. Antaranya Sekolah Agama Teluk Intan, Perak dan Sekolah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai. Beliau pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Indonesia tetapi beliau tidak dapat memenuhi cita-citanya itu kerana kemiskinan keluarganya. Walau bagaimanapun, beliau berpeluang mengikuti Kursus Sains Politik untuk penulis dan wartawan politik Asia yang dianjurkan oleh Presiden Soekarno, Indonesia.
Selepas tamat persekolahan, Mokhtar Petah terus menjadikan bidang penulisan sebagai kegiatannya yang utama. Beliau pernah bekerja sebagai pemberita bagi akhbar Warta Negara dan Warta Mingguan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Apabila Utusan Melayu diterbitkan di Singapura beliau menjadi pemberita akhbar tersebut bagi kawasan negeri Perak. Pada akhir tahun 1950-an beliau meninggalkan bidang kewartawanan dan menjadi guru di sekolah agama rakyat bersama Ustaz Abu Bakar Hamzah, seorang ahli politik yang terkenal pada masa itu, di Kampung Berala, Kuala Kangsar, Perak. Kerana pengetahuan agamanya, beliau pernah dilantik menjadi Kadi Kerajaan negeri Perak, tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam dunia kewartawanan, beliau berhenti dari jawatan tersebut setelah sehari menjawat jawatan itu. Beliau menumpukan minatnya semula dalam bidang kewartawanan dengan menjadi wartawan kepada akhbar Harian Patriot, Medan, Indonesia.
Apabila Berita Harian diterbitkan di Singapura di bawah pimpinan A. Samad Ismail, Mokhtar Petah menjadi wartawannya di Perak, di samping terus menulis untuk akhbar dan beberapa buah majalah lain di Malaysia dengan menggunakan beberapa nama samaran seperti M. Fathy, Noor Iskandar dan lain-lain. Sebagai seorang wartawan yang ingin melihat kemajuan dalam bidang kewartawanan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan para penulis muda, maka dalam tahun 50an dan 60an, Mokhtar Petah telah menganjurkan beberapa Kursus Kewartawanan di Kuala Kangsar dan di Ipoh, Perak. Ada di antara para pesertanya telah berjaya menjadi wartawan dan editor yang terkenal hasil daripada kursus yang dianjurkannya itu.
Selain daripada itu, semasa menjadi wartawan di Perak, Mokhtar Petah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Idris Shah dan bergaul rapat dengan anggota orkestra yang dipimpin oleh baginda. Sebab itu, apabila Allahyarham P. Ramlee datang ke Perak dan berbincang mengenai kegiatan muzik dengan anggota orkestra tersebut, Mokhtar Petah berpeluang berkenalan dengan P. Ramlee. Perkenalan tersebut menjadi bertambah erat dan dengan itu beliau sering mendapat peluang berbincang dengan P. Ramlee terutamanya mengenai skrip filem dan tentang seni kata lagu.
Mokhtar Petah mula berminat dalam dunia penulisan setelah banyak membaca karya-karya Arab dan Indonesia. Antaranya yang ditulis oleh Syed Qutub, Mustafa Al-Ghalayeen, Hassan Al-Bana, Hamka, Sutan Takdir Ali Shahbana, Chairil Anwar, Tan Melaka dan beberapa orang ulama termasuk Haji Agus Salim. Mokhtar Petah pernah mendampingi Hamka sewaktu beliau sering datang melawat Malaysia dalam tahun 1950an. Mokhtar Petah juga pernah bersua muka dan menemuramah Presiden Soekarno semasa Presiden tersebut memegang kuasa di Indonesia.
Di samping menjadi seorang wartawan, Mokhtar Petah menggunakan masa lapangnya menulis novel, cerpen dan rencana umum. Namun sebagai seorang penulis, Mokhtar Petah mempunyai pendirian tertentu tentang peraduan menulis novel dan cerpen. Beliau tidak pernah menyertai sebarang peraduan. Beliau berpendapat: Penulis yang muncul daripada kemasyhuran kerana menang peraduan tidak semestinya akan kukuh sebagai seorang penulis yang idealis. Beliau mendapat bimbingan dan dorongan menulis daripada tokoh seperti A. Samad Ismail, Dahari Ali, Mazlan Nordin, Abdullah Zawawi, Aziz Ishak, Dr. Burhanuddin, dan beberapa orang sahabatnya dari Indonesia.
Pada tahun 1973 telah menerbit dan bertanggungjawab sebagai editor akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak, iaitu Berita Perak. Pada masa itu Negeri Perak diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.
Sebagai seorang penulis yang juga menaruh minat terhadap isu-isu kemasyarakatan dan politik, Mokhtar Petah berpendapat: bahawa politik yang berlandaskan AI-Quran dan al Hadis sahaja yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada manusia, terutama orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Dalam tahun 1978 Mokhtar Petah berhenti daripada menjadi wartawan Berita Harian lalu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kemudian pada awal tahun 1984 beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah menulis untuk majalah Era, Berita Kesatuan Pekerja-pekerja Bandaraya dan menjadi wartawan dan editor perunding bagi beberapa penerbitan di ibu kota. Kemudian menjadi Editor Perunding untuk Mingguan Famili dan majalah bulanan HAWA sebelum menerbitkan Majalah IMAN pada 1989. Di samping menjadi Ketua Editor surat khabar mingguan ERA BARU. Kini menjadi Ketua Editor Mata Publication.
KARYA:
Novel | Nama Pena | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Dinoda | M. Fathy | Singapura | Geliga Limited | 1957 | 40 |
Janda Lawan Dara | M. Fathy | Singapura | Geliga Limited | 1957 | 40 |
Terpaut | Ipoh | Pustaka Andalas | 91 | ||
Kelopak yang Kuncup | Kuala Lumpur | Pustaka Melayu Baru | 1965 | 90 | |
Tandus | Pulau Pinang | Saudara Sinaran Berhad | 1967 | 149 | |
Mereka Hanya Mangsa | Kuala Lumpur | Penerbit Titiwangsa | 1977 | 170 | |
Nekad Anak Watan | Kuala Lumpur | Penerbit Titiwangsa | 1977 | 307 | |
Bunga Mekar yang Ternoda | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1980 | 128 | |
Cinta Tinggal di Rantau | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1980 | 181 | |
Detik-detik Perpisahan | Subang Jaya | Penerbitan Tra-Tra Sdn. Bhd. | 1981 | 253 | |
Hadiah Dari Batin | Subang Jaya | Penerbitan Tra-Tra | 1981 | ||
Cinta di Langit Zaman | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1983 | 228 | |
Akibat Dosa | Kuala Lumpur | Pustaka Minda | 1992 | ||
Kasih Ibuku | Kuala Lumpur | Mata Publication | 2005 | ||
Cerpen | Nama Pena | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Serpihan Hidup(antologi bersama Nora dan Rokiah Abu Bakar) | Kuala Lumpur | Penerbitan Pustaka Antara | 1964 | 140 | |
Agama | Nama Pena | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Salman Rushdie Pengarang ‘The Satanic Verses’ (Surah-surah Syaitan) Dihukum Bunuh oleh Mahkamah Islam | Kuala Lumpur | Wadah Pelita | 1989 | ||
Falsafah Ibadat Umrah dan Haji | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1990 | ||
Akibat Dosa | 1993 | ||||
Rahsia dari Al-Quran: Manusia, Haiwan dan Serangga | Kuala Lumpur | 1994 | |||
Rahsia dari Al-Quran: Sains dan Seksologi | Ampang | Selangor Citakhidmat | 1995 | ||
Soal Jawab Masalah Wanita | Ampang | Selangor Citakhidmat | 1997 | ||
Jerebu | Kuala Lumpur | Pustaka Antara | 1997 | ||
Umum | Genre | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan | Biografi | Kota Bharu | Pustaka Aman Press | 1965 | |
Bangsa Melayu Menggugat Dunia | Kota Bharu | Pustaka Aman Press | 1966 | ||
Siapa Bakal Menteri Besar Perak? | Ipoh | Yayasan Massa | 1977 | ||
Dr Mahathir dan Masa Depan Negara | Subang Jaya | Penerbitan Tra-Tra | 1982 | ||
Zulkifli Muhammad: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia | Biografi | Subang Jaya | Tra-Tra Publishing & Trading Co. | 1983 | 108 |
Perak dibawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ramli Ngah Talib | Kuala Lumpur | Karya Bestari | 1987 | ||
MB Selangor Tergugat kerana Kahwin dengan Puteri Istana | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1989 | ||
Krisis antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1991 | ||
Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu | Kuala Lumpur | Art Media | 1993 | ||
Reformasi Fikiran dan Pembangunan | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1994 | ||
Semarak: Menteri Besar Negeri Sembilan | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1994 | ||
Kejayaan Bersama | Kuala Lumpur | Mata Publication | 1995 | ||
Datuk Abdullah Badawi: Pejuang Kemanusiaan Sejagat | Biografi | Kuala Lumpur | Pustaka Antara | 1997 | |
Sheikh Abdullah Fahim: Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57 | Biografi | Kuala Lumpur | Pustaka Antara | 1997 | |
Abdul Kadir: Peguam Rakyat | Biografi | Kuala Lumpur | Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia | 1998 | |
Meniti Derita ke Puncak | Biografi | Kuala Lumpur | Darulfikir | 1998 | |
Perjuangan yang belum Selesai: Dr. Mahathir Menangis Demi Bangsanya | Kuala Lumpur | Simfoni Gemilang | 1999 | ||
Terima Kasih Dr. Mahathir | Kuala Lumpur | 1999 | |||
Amanah Cekap dan Adil: Falsafah Kepimpinan Dr. Abdullah Badawi | Kuala Lumpur | Yayasan Amal Maaruf Malaysia | 2004 | ||
Abdullah Badawi Penjana Modal Insan | Raspintar Sdn.Bhd | 2006 | |||
Akan Terbit | Genre | Tempat | Penerbit | Tahun | m/s |
Patah Sayap Bertongkatkan Paruh | Memoir/ Biografi Penulis | Kuala Lumpur | |||
Cinta dan Jihad | Novel | ||||
Bunga Padma Di Lembah Nil | Novel | ||||
Kelip-kelip di Kota London | Novel | ||||
Madu dan Air Mata Kering Di pipi | Novel | ||||
Basmi Rasuah | |||||
Perjuangan Suci Lima Perdana Menteri | Politik | ||||
Kedaulatan Raja-Raja Melayu |
Oleh: Mokhtar Petah
Kenangan manis tujuh tahun di Kuala Kangsar;
Pendedahan ilmu berguna;
Guru berketerampilan dan dedikasi,
Sahabat karib lagi setia;
Solat di masjid Ubudiah;
Nasi lemak di restoran tepi sungai (malangnya diroboh kini);
Berceramah di Sayong;
Berkenalan di kota Lama kiri;
Ziarah makam almarhum Ustaz Zulkifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS;
Wah, tempat jatuh lagi dikenang;
Inikan pula tempat bermain dan mula berjuang.
Oleh: Anwar Ibrahim 5 November 2006
Sajaknya itu ditulis Anwar Ibrahim kerana memenuhi hajat peminat atau pengikutnya, Nizam, melalui laman blognya.
Dalam sajak Anwar Ibrahim itu, pada baris yang ke sepuluh, iaitu di bawah barisan ‘Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad. Maka harini, iaitu setelah 19 bulan sajak itu terlontar ke maya, maka, saya rasa terpanggil untuk menulis seperti berikut; sama ada tentang Anwar Ibrahim selama menuntut di MCKK dan sebagai pejuang terbilang.
Guru berketerampilan dan dedikasi;
Sahabat karib lagi setia
Semua guru yang mengajar di MCKK adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan (lepasan universiti bidang pendidikan), dedikasi dan bertanggungjawab kepada tugas masing-masing. Di antara mereka, Muzaffar Desmon Tat, berasal dari Australia. Telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang gadis, di Bukit Mertajam. Ustaz Abdul Rahman, guru agama. Dari Bukit Gantang, Perak. Dia seorang guru yang aktif dalam aktiviti pelajar, di antaranya majlis dan peraduan syarahan, majlis agama dan kebudayaan.
Sebuah jawatankuasa khas di MCKK telah meminta mengendalikan kursus ‘kewartawanan dan hal ehwal antarabangsa untuk kira-kira 180 orang pelajar kolej itu yang akan melanjutkan pelajaran ke beberapa insititusi pengajian tinggi di seberang laut.
Kursus itu diadakan pada tiap-tiap petang Sabtu dan Ahad, selama empat bulan. Anwar Ibrahim tidak menyertai kursus itu,kerana dia bakal penuntut Universiti Malaya.
Jawatankuasa Penganjur Peraduan Syarahan antara penuntut-penuntuk MCKK telah mengundang saya dan dua penulis, Haji Fadzil Khalid (wartawan surat khabar Semenanjung) dan Abdul Latif Hussein (Utusan Malayu) untuk menjadi pengadil syarahan tersebut.
Pada malam peraduan syarahan di Dewan Razak, kolej tersebut, antara penuntut-penuntut yang mengambil bahagian, ialah Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim telah berucap dengan baik, tetapi gaya tangan dan memek mukanya pada ketika berucap perlu diperbaiki. Dia telah berjaya menjadi johan syarahan pada malam itu.
Setelah keputusan diumumkan, saya telah diminta mewakili para pengadil untuk memberi ucapan kepada pelajar-pelajar dalam dewan itu.
Dalam ucapan saya itu, saya telah memuji kebolehan Anwar Ibrahim dan saya telah berkata, saya yakin, johan syarahan ini, akan menjaadi pemimpin negara kita pada satu hari nanti�. Sebaik-baik mendengar percakapan saya itu, semua pelajar bertepuk dan bersorak dan Anwar Ibrahim melompat dari kerusi di hadapan saya.
Sebaik-baik majlis peraduan itu bersurai, Anwar Ibrahim telah bertanya kepada saya akan bagaimana hendak bersyarah dengan baik. Saya telah memberitahu dia, supaya berlatih di hadapan cermin besar untuk melihat gerak gerinya pada waktu berucap. Di samping itu dia kena hafal ketungan ucapan atau tulisan Presiden Soekarno, Muhammmad Abduh, Syed Qutb dan pemimpin-pemimpin dunia yang pandai berucap.pengintipan dan tugas-tuga polis cawangan khas. Saya kira percakapan saya dengan Anwar Ibrahim, saya telah berjaya memasukkan serba sedikit fahaman dan idea saya (boleh dikatakan brains wash) kepadanya (mungkin tidak).
Selain dari itu saya menasihatinya, supaya menggunakan kata-kata yang menarik pada waktu berucap, misalnya iltizamdan jihad dan kata-kata lain.
Anwar terus berlatih berucap di bilik asramanya.
Di antara rakan-rakan Anwar Ibrahim, ialah Mahsun (pelukis) dan Abdul Rahman, peminat bidang penulisan (kemudian bekerja dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Abdul Rahman Yusof).
Mahson dan Abdul Rahman telah mengikuti bengkel penulisan dan kewartawanan yang saya telah anjurkan, di Kuala Kangsar selama enam bulan.
Pada masa itu, saya adalah penulis pertama di Negara ini yang telah mengadakan kursus dan bengkel ilmu penulisan dan kewartawanan. Lebih seratus orang calon penulis, di antara mereka itu, Baharuddin Kahar (kemudian penulis dan novelis), Mohd. Nur Samsuddin, Nasaruddin Abu Bakar, Shabuddin Hassan, Hashim Panjang Mamat (kemudian bekerja dengan Utusan Malaysia), Abdul Rahman Yusof (bekerja dalam DBP) dan Mahsun (bekerja dengan kerajaan).
Anwar Ibrahim seorang penuntut yang tidak pernah tinggal sembahyang. Bila hari kelepasan, dia sembahyang di masjid Ubudiah, Bukit Chandan dan makan di restoran Pak Kasim, dekat Bazaar dan tepi sungai dekat jambatan ke Bukit chandan. Sekarang restoran dan bazaar itu telah tidak ada lagi.
‘Berceramah di Sayong;
Berkenalan di Kota Lama Kiri,
Ziarah makam almarhum ustaz Zukifli Mohamad;
Berkenalan dengan Mokhtar Petah;
Pada masa itu, pemimpin Parti Rakyat Malaya, Ahmad Boestamam sering datang ke majlis-majlis yang diadakan oleh Parti Rakyat di kampung-kampung sekitar Kuala Kangsar. Setiap kali dia datang ke Kuala Kangsar, dia telah menemui saya. Dia dan saya dua rakan karib, tetapi saya tidak menjadi ahli partinya.
Beberapa orang anggota Parti Rakyat Kuala Kangsar, di antara mereka itu, Haji Fadzil Khalid, Abdul Latif Hussein, Abu Bakar Qasimi, Rashid Ali dan Meor Hashim rapat dengan saya.
Pihak Parti Rakyat yang mengadakan majlis menyambut Maulidur Rasul di Kampng Geliong (kampung pendalaman), Kampung Sayong (seberang sungai Perak) dan Kampung Talang Dusun (dekat Padang Polo dalam Bandar Kuala Kangsar).Melalui saya mereka mengundang Anwar Ibrahim memberi ucapan di majlis-majlis tersebut.
Anwar Ibrahim telah berucap dalam ketiga-tiga majlis itu seperti seorang pejuang politik. Dalam ucapannya, dia telah mengkritik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Menteri Besar Perak, Datuk Shaari Shafie dan ahli Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) Toh Muda Abdullah Abdul Rauf.
Rakan-rakan Anwar Ibrahim sering melawat ke Kampong Kota Lama Kiri. Ramai orang bijak pandai Melayu lahir di kampug itu,di antara mereka itu, Profesor Sulkili Mohamad (Timbalan Yang Dipertua PAS), Dato Dr. Arifin Marzuki, Ir. Ishak Marzuki, Yang Amri Kamaruddin, Dr. Haji Megat Khas dan Senator Mohd. Said Abu Bakar.
Pada masa Anwar Ibrahim menuntut di MCKK , seorang pelajar di kolej itu telah berkahwin dengan seorang janda, di Kampung Kota Lama. Khabarnya penuntut itu tidak dapat meneruskan pelajarannya di kolej tersebut.
Selain MCKK ada kalanya bersua rakan di GEGS
Anwar Ibrahim ada seorang rakan girl friend -, di Government Girls School (GEGS) Kuala Kangsar, iaitu, Rohaya, anak kepada seorang tokoh syarikat kerjasama, Baheran.
Setelah tamah universiti, Rohaya bekerja di sebuah bank di Ipoh. Pada masa Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri, Rohaya seorang tokoh Pergerakan Wanita UMNO Kuala Kangsar dan dia telah dilantik sebagai anggota Dewan Senat, Senator Rohaya Baheran.
Pada masa Anwar Ibrahim meninggalkan MCKK, saya telah tinggal di Ipoh. Pada masa dia menuntut di Universiti Malaysia, ada juga sekali sekala saya melihat dia berdemonstrasi termasuk demonstrasi kemiskinan Baling.
Apabila Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pendidikan, pada satu pagi saya tertembung dengannya di lobi Kementerian Pendidikan, Pusat Damansara, tetapi kami sekadar bersalaman di hujung jari sahaja.
Pada tahun 1990-an, saya telah menulis sebuah buku mengenai Anwar Ibrahim. Dalam buku itu saya telah mengesakan, bahawa Anwar Ibrahim tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri.
Buku itu telah diproses oleh Karang Kraf untuk diterbitkan. Pada satu hari, saya dijemput oleh salah seorang pengarah syarikat itu, Fahim (rakan anwar Ibrahim masa di Universiti Malaya). Dia memberitahu saya, bahawa dia tidak yakin dengan tulisan saya dalam buku itu mengenai Anwar Ibrahim dan dia mahu saya padamkan.
Saya telah menolak kehendaknya dan saya meminta dia memulangkan manuskrip buku itu kepada saya. Dia telah meminta tempoh sekadar seminggu. Tetapi kira-kira sebulan kemudian saya pergi menemuinya, dan rakan-rakannya memberitahu saya yang manuskrip saya itu telah hilang. Fahim hanya meminta maaf. Maklum dia ada pemilik syarikat dan saya hanya penulis.
Saya telah meneliti Anwar Ibrahim dan susur galur perjuangannya. Dia seorang kuat berpegang kepada Islam dan yakin kepada politik Islam dan dia bukan seorang penganut sosialisme, tetapi entah mengapa, kini, berada dalam perjuangan sosio-demokratik.
Dalam buku saya Abdullah Badawi Penjana Modal Insan (2006), saya telah menulis:
Kata-kata ulul albab (cendekiawan) Melayu, dua orang politikus bersahabat tidak sampai ke hujung dan bermusuh tidak ada hujungnya jua. Demikian agaknya antara Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.
Walau bagaimanapun, saya yakin sebagai orang Islam dan tegas iman; dalam hati Anwar Ibrahim ada Abdullah Badawi dan dalam hati Abdullah Badawi ada Anwar Ibrahim. Mereka sama bangsa, menganut sama agama, sama kuat iman kepada Allah yang mengajar mereka Ar Rahman Ar Rahimâ
Tarik tarik akar bayam,
Maman juga pahit daunnya;
Carik carik bulu ayam,
Lambat laun bercantum jua
Mengakhiri tulisan ini, saya bertanya kepada Pak Sheikh; kemana hendak membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia, kepada negara nasionalis - kapitalis, negara Islam atau negara sosialis-demokratik?