Saturday, June 13, 2009

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD:


"SAIAPALAH SAYA UNTUK JUMPA KUAN YEW"

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini"."Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya kepada pemberita Khamis di Kuala Lumpur ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau.Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Lee dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, Dr Mahathir berkata Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia "tidak tahu apa-apa". (Adenda Daily).

.........................................................................................................................

Meneliti ucapan-ucapan Dr.Mahathir Mohamad mengecam Abdullah Badawi dan kerajaan, dan kenyataan Lee Kuan Yew mengenai Malaysia ‘meminggirkan’ kaum Cina, nyatalah mereka itu ada kekecewaan kerana gagal melaksanakan hasrat hati .

Kegagalan Dr.Mahathir Mohamad kerana tidak dapat menyatukan orang Melayu (katanya Melayu cepat lupa) dan umat Islam di negara ini. Tidak berjaya melihat jambatan bengkok di Selat Teberau, - Johor – Singapura.

Lee Kuan Yew, seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawarta, keturunan Cina Hakka, gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu seperti Singapura, iaitu ‘ negara sosialis dimokratik’, kerana kesedaran Tungku Abdul Rahman dan Tun Razak akan ‘buruk baik’nya kalau Singapura berada dalam Malaysia. Lee Kuan Yew tidak berjaya untuk menggunakan ruang udara Malaysia bagi jet-jet pejuang dan kepentingan pertahanannya.

Allah menentukan segala-galanya. Jika Dr. Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan Abdullah Badawi tidak memegang jawatan Perdana Menteri hingga tahun 2006, tentulah Jambatan Bengkok telah di bina dan Lee Kuan Yew berjaya melihat jet-jet pejuang Singapura mengusai ruang udara Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein (Sebelum Perhimpunan Agung UMNO Ke – 59) telah menyifatkan kritikan Lee Kuan Yew menyinggung perasaan Kerajaan dan rakyat Malaysia.

Sudah menjadi kebiasaan Lee Kuan Yew membuat kritikan serta mencari keburukan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya dan parti DAP, “katanya.

Pemuda UMNO mahu Lee Kuan Yew berhenti menggunakan kritikan dan memburukkan Malaysia,”tambahnya.

Lee Kuan Yew yang telah menjadi pemegang kuasa di sebuah ‘negara republik kecil’ di tengah negara-negara dalam Kepulauan Malayu, mempunyai cara yang sama dengan pemimpin-pemimpin umat Krisitan dan Yahudi - Bush, Blair dan Pope Benedict XVI -, ‘ lepaskan cakap dengan tidak ambil kira sama ada uangkapan mereka itu menyakitkan hati orang lain atau tidak, kemudian mereka dengan mudah meminta maaf.

Mereka mengetahui, sebagai orang besar, orang kenamaan dan orang berpengaruh dalam negara atau dalam dunia, percakapan mereka itu diterima baik oleh sebilangan besar para pengikut dan penyokong mereka. Bagi mereka yang berakal dan terkena air liur basi mereka yang bercakap itu, maka ‘memohon maaf’ dari mereka itu sama dengan ‘seorang pelakon lelaki mengucapkan cinta atau kasih ‘kepada pelakon wanita dalam drama atau sendiwara’ sahaja.

Surat Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada Lee Kuan Yew berhubungan dengan pembinaan jambatan di Tambak Johor.

Saya minta maaf kerana apa yang saya katakan telah menyebabkan tidak keselesaan. Selepas sedikit hububungan dengan perkara serius itu, telah dijawab oleh Lee Kuan Yew pada 29 Septembar 2006.Surat itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi negara itu, T. Jasadesan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Salina surat itu dihantar kepda BERNAMA menerusi faks.

Di samping memohon maaf kepada Abdullah Badawi, beliau telah mengaitkan perkara antara pemerintah Singapura dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berhubung bermasalah dengan pemimpin sebelum anda. Perkara ini tidak diingini lansung.’

Lee Kuan Yew menjelaskan dalam suratnya, bahawa beliau tidak ada niat untuk masuk campur dalam politik Malaysia dan malah beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang-orang Cina di Malaysia.

Abdullah Badawi telah membuka mata hati Lee Kuan Yew dalam wawangcara bersama pengacara Anjali Rao dan Talk Asia CNN pada 14 Oktober 2006 dengan berkata, “Mereka (kaum Cina) sangat berjaya kerana kami memberi mereka peluang untuk berjaya. Kami benrkan mereka, anak mereka ke sekolah Cina...ke institut vokasional...belajar Mandarin dan mereka mengamalkan budaya mereka.”

Tahun baru Cina disambut bukan sahaja oleh mereka tetapi oleh Melayu, orang lain...India. Kami saling menghormati yang semakin berkembang di Malaysia,”kata Abdullah Badawi.

Dalam wawancara itu Abdullah Badawi mahu Lee Kuan Yew mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan sesetengah orang menganggap Lee Kuan Yew mencampuri urusan dalam Malaysia.

Menurut Abdullah Badawi , bahawa masyarakat Cina di Malysia dalam kedudukan baik. Meteka lebih selesa berbanding rakyat peribumi, berbanding orang Melayu.

Menurutnya, semenjak Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, pada November 2003, hubungan antara kedua negara semakin baik. Dan beliau yakin rakyat Malaysia dan Singapura saling menghargainya.

Abdullah Badawai memberitahu sidang akhbar selepas bersidang dengan para ulama di Putera Jaya pada 3 Oktober 2006, berkata, “saya telah mengambil maklum mengenai yang beliau (Lee Kuan Yew) telah katakan dalam surat itu, semua yang telah dinyatakan.”

Walau apa juga alasan beliau berikan, kenyataan seumpama itu boleh menghasut rakyat Malaysia..., kenyataan Lee Kuan Yew di Singapura itu tidak wajar dan tidak dihargai,”katanya lagi.

Saya sudah tentu tidak bersetuju, saya tentu saja menolak alasan kenapa beliau (Lee Kuan Yew) membuat kenyataan itu,”tambah Abdullah Badawi.

Abdullah Badawi menasihatkan Menteri Mentor Singapura, supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu pada masa akan datang ‘kenyataan Lee Kuan Yew pada 15 September itu tidak patut diutarakan’.

Dalam surat itu Lee Kuan Yew tidak menafikan yang dia telah berkata demikian, atau silap kata atau seperti kebanyakan ‘orang besar’ menyalahkan para wartawan kerana memutar belitkan berita.

Najib Tun Razak ketika bercakap dalam majlis Ehya Ramadhan anjuran Bandar Perhubungan UMNO Kelantan, di Kota Baharu, pada 5 Oktober 2005, telah berkata, bahawa kerajaan tidak menganggap surat Lee Kuan Yew sebagai memohon maaf terhadap kenyataannya mengenai Kerajaan Malaysia meminggirkan masyarakat Cina.

Surat itu meminta maaf kalau kita tidak selesa dengan kenyataannya, kita anggap mohon maafnya tidak mutlak,”kata Najib Tun Razak.

Kerana Malaysia sentiasa menjaga hubungan baik dengan Singapura, beliau berharap Lee Kuan Yew tidak melakukan lagi perbuatan yang boleh menyakitkan hati pihak kerajaan dan rakyat Malaysia itu.

Dr.Mahathir Mohamada telah menyifatkan Lee Kuan Yew seorang yang angkuh, kerana keangkuhannya, dia tidak mahu meminta maaf dalam suratnya kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi.

Beliau tidak mahu minta maaf kerana keangkuhannya, sering menganggap kita (orang Melayu) sebagai orang yang tidak ada kedudukan, ...sebab tulah dia buat kelakuan begitu,”kata bekas Perdana Menteri itu di majlis berbuka Puasa, di UK Perdana, Ulu Kelang, dekat Kuala Lumpur, pada 6 Oktober 2006.

Saya tidak hairan dengan apa yang dilakukan kerana sebelumnya dia memang macam itu,”tambahnya.

Menurut beliau, pada masa beliau memimpin negara ini, Lee Kuan Yew sering menimbulkan masalah, sering melewat-lewatkan rundingan dengan pihak Malaysia dan akhirnya satu benda pun tidak dapat dicapai.

Sesungguhnya kata-kata Lee Kuan Yew itu akan menjadi catatan dalam sejarah Malaysia dan Indonesia. Walaupun Lee Kuan Yew meminta maaf, tetapi kata-katanya itu amat berkesan kepada Malaysia dan rakyatnya, dan Pemerintah Republik Indonesia dan rakyatnya.

Bagi kebanyakan orang Cina – sama ada rakyat Malaysia mahupun rakyat Singapura, perkataan Lee Kuan Yew dianggap ‘kata hikmat yang perlu dikaji’ dan mungkin ‘perlu diikuti’. Sesungguhnya Lee Kuan Yew telah menyuntikkan sedikit seperti ‘madat salah kena’ ke dalam hati orang-orang Cina di Malaysia dan Indonesia.

Siapakah orang-orang perkauman yang ultra? Mereka telah dikenal sebagai pelampau-pelampau Melayu di seluruh Malaysia yang berusaha merayu kepada pengundi-pengundi di kalangan orang-orang Melayu dengan membuat dongengan-dongengan supaya membangkitkan semangat mereka untuk bertindak tanpa tanggungjawab.Yang demikian merekalah yang sebenar-benarnya musuh Malaysia berbilang keturunan yang mengatasi bangsa – keturunan, agama dan bahasa,” ungkapan Lee Kuan Yew kepada NZBC di Australia, pada 5 Mac 1965.

(Catatan: Kaji selidik politik Malaysia dan Asia 2006 - Mokhtar Petah)












No comments: