Tuesday, June 23, 2009

QURAN

UMAT PALING BAIK

Kalian (orang - orang Islam) adalah umat yang paling baik yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakankan yang benar dan melarang melakukan yang salah serta beriman kepada Allah. Sekiranya orang - orang keturunan kitab (Yahudi dan Kristian) itu beriman, sesungguhnya itu sangat baik bagi mereka, sebahagian mereka beriman tetapi kebanyakan mereka itu orang - orang jahat.

HADIS


TIDAK MENGAKU ANAK

Mana - mana suami yang enggan mengakui anaknya pada hal dia melihat kepadanya, nescaya Allah berpaling darinya dan menghinanya di hadapan manusia generasi awal hingga kepada manusia genarasi terakhir (hari akhirat).
- Perawi: An Nasaai dan Ad Darimi.



PETUA

GUNUNG UHUD

Jika anda datang ke dua tanah haram, iaitu Makah dan Madinah, anda tidak lengkap sebagai orang yang beribadat sekiranya anda tidak menziarah gunung Uhud, di Madinah kerana di sana tempat berlaku perang sabilullah yang paling dahsyat antara Nabi Muhammad dan tentera- tenteranya dengan orang - orang kafir Qurisy dan 70 orang pahlawan dan tentera Islam telah gugur syahid.


*** ***


MENOLAK

Semua ahli PAS yang kuat iman dan tegal semangat perjuangan mereka kerana menegakkan negara Islam, tidak mahukan atau menolak kerajaan perpaduan - kerajaan pakatan semua parti politik, iaitu pihak Barisan Nasional dengan pihak Pakatan Rakyat.

HALIA BARA

Halia bara, sejenis harba, isinya merak dan ia kecil sedikit dari halia biasa. Air rebusannya baik bagi lelaki untuk menguatkan tenaga batin dan bagi perempuan untuk menyempurnakan poerjalanan haid. Air yang suam dicampur dengan sedikit madu dan di kinum pada waktu pagi.


WAKIL RAKYAT

Jika kita menonoton tv, kita mendapati semua wakil rakyat dari semua parti politik kelihatan bermusuhan, tetapi dalam dewan khas tempat mereka berehat dan makan di bangunan Parlimen, mereka bergaul baik dalam keadaan silatur rahim.

PENYELEWENGAN

Semenjak negara ini mencapi kemerdekaan hingga kini, jika kerajaan tidak membazirkan wang, sebilangan menteri, wakil rakyat dan pegawai kerajaan tidak melakukan rasuah, semua rakyat tidak lagi hidup dalam keadaan miskin, kerana negara ini lebih kaya dari Arab Saudi yang tidak membebabkan berbagai cukai ke atas rakyatnya.









No comments: