HADIS
Rasulullah Muhammads.s.w. telah bersabda: Sehari bagi pemimpin yang adil lebih baik dari beribadah (sunat) selama tujuh puluh tahun. Kalian adalah pemimpin dan setiap dari kalian dituntut agar bertanggungjawab atas yang dipimpin.
- Perawi: Ttabrani dan Al Baihaqi.
PETUA
Pekerjaan wartawan adalah seperti mewarisi pekerjaan para ahli hadis Nabi Muhammad, maka setiap wartawan yang beragama Islam pikullah amanah; menulis dan menyampaikan perkara yang benar dan jangan menyebarkan keburukan orang lain dan sesebuah masyarakat.
*** ***
TAHUKAH?
Parti Komunis Malaya (PKM) menjalankan arahan Parti Komunis Cina (PKC) yang berjuang menentang penjajah Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu bertujuan untuk menegakkan negara Cina baru di Tanah Melayu dan orang Cina akan mengganti tempat orang Melayu sebagai pewaris negara ini.
Untuk menghapuskan sesuatu bangsa dari muka bumi ini, cara yang paling mudah hapuskan bahasa bangsa itu dalam bidang pelajaran dan pentadabiran negara.
Jika sembahyang tidak diwajibkan menggunakan bahasa Arab dan dibolehkan menggunakan berbagai bahasa tentulah penjajah Inggeris dan Raja - Raja Melayu pada zaman itu memaksa umat Islam di tanah Melayu menggunakan bahasa Inggeris dalam ibadat sembahyang.
Walaupun kerajaan membolehkan perempuan menjadi hakim, tetapi jika dilihat dari sejarah, pertempuan mudah diperdaya oleh syaitan, sukar menahan nafsu - marah, benci, sentimen dan seks, maka sebaik-baiknya mereka tidak dibolehkan menjadi hakaim.
Oleh kerana para pegawai yang bertanggungjawab atas bahasa Melayu, di Dewan Bahasan dan Pustaka Malaysia, maka mereka bertanggungjawab mengalihkan aliran karangan dalam bahasa Melayu seperti aliran Zaaba kepada aliran Inggeris. Pada hari ini kebanyakan artikel dalam bahasa Melayu telah bercampur aduk (seperti rojak) dengan bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan sebutan orang Melayu. Ini pun penjajah jua.
No comments:
Post a Comment