Saturday, June 20, 2009

SAJAK



NASIB ORANG PERAK








Nizar

Nasib orang Perak.
Durian tojon (luruh) dicuri beruang,
Beras ditanak merai sang dagang,
Dalam buaian anak mati terbongkang,
Cakap berdegor - degor,
Tahi lekat celeh gelegor.



Nasib orang Perak,
Birch mati ditikam Putum,
Sultan Abdullah dapat nama,
Dato Dagor minum darah,
Jihad umat diketepikan,
orang di sana bergela, 'Kong of the river'.


Dato' Gantang pejuang kemerdekaan,
Cemar namanya dik rakan dengki,
Kerana rakyat kurang arif,
Ghazali Jawi pegang kuasa,
Sultan berjambang bak pujangga,
Orang Perak sengketa, weih!


Nasib orang Perak,
Nizar menang pegang kuasa,
Kuasa Sultan dibantah jangan,
Awak mentimnun sultan durian,
Bergoleh parah digolek tenat,
Zambry Kadir menjulang wajah.

Nasib orang Perak,
Biar pape asal bergaye,
Bukan
harte kite,
Harte pusake.
Jika pandai timbang dan jage,
Takle merempat di bumi sendiri.


Nasib orang Perak,
Ngapa diharap kepade tak boleh diharap ,
nanti cempedak jadi terap,
akhirnye kita yang terterap,
Kundur juga bunga di punggung,
Minyak ketior entah di mana.


Nasib orang Perak,
Sejak zaman berzaman,
Pekek melolong mengocah bulan,
Buaya mati kerana kedidi,
Allah tak usah dilupakan,
Teruskan perjuangan suci.


Nasib anak Perak,
Bukan Nizar seorang diri,
Beribu lagi juang berani,
Bela maruah bangsa berdaulat,
Nama negeri dijaga berhikmat,
Biar mati anak jangan mati adat (agama Islam).


Balun Bidai ................................. Mokhtar Petah




No comments: