Thursday, June 18, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS




Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan hari Rabu melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan ‘orang kuat’ kepada idea tersebut.

Melahirkan pendiriannya, beliau mengkritik Nasharuddin hingga menyentuh mengenai jawatan Timbalan Presiden itu termasuk kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekiranya berhasrat untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan.
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu.
Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan terbaru berhubung kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Nasharuddin hari Selasa menyambut baik reaksi positif Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menilai PAS ikhlas dalam melontarkan idea kerajaan perpaduan.
Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi.
“Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang,” ujar beliau.

(Dari Agenda Daily, 17 Jun 2009)

No comments: