Wednesday, June 3, 2009

UMNO DAN PAS



MENGAPA TIDAK BERSATU?


UMNO ditubuhkan pada tahun 1946. Tujuan ditubuhkan UMNO
untuk
menyatukan
semua orang Melayu - Islam bagi menuntut kemerdekaan
dan
sama - sama berjuang mengisi kemerdekaan serta berpadu
dalam sebuah
negara yang merdeka.
PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Tujuan ditubuhkan PAS bagi menyatukan umat
Islam - Melayu untuk berjuang menuntut kemerdekaan dan berpadu
dan sama - sama berjuang mengisi kemerdekaan dan hidup berpadu dalam
sebuah negara yang merdeka.
Tetapi setelah negara - Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu
dan kini Malaysia - mencapai kemerdekaan, orang Melayu - umat Islam
belum juga bersatu. Mengapa?
Adakah kerana tidak kuat berpegang kepada Islam atau kerana
masing - masing mengejar kebendaan, pangkat dan kuasa?
Hari ini nampak sebagi semua orang Melayu mengorek kubur untuk menanam tubuh sendiri yang belum mati.

No comments: