Sunday, March 1, 2009

CERPEN

DENGGI

Oleh: Mokhtar Petah

Petang berkat. Udara lembut bertiup dari gunung di selatan, menerpa pepohon, meraba dan mengusap dedaun segar, di sekitar Taman Perindu. Masjid Ar Ridzuan baru sahaja di tinggalkan para jemaah yang telah selesai menunai sembahyang fardu Asar.

Imam muda, Ustaz Firdaus Al Hafiz melangkah keluar dari masjid tersebut. Sambil berjalan ke pintu pagar, dia membaca beberapa baris ayat suci - Quran.

Dan setelah Yusuf dijual di Masir), berkatalah orang yang membeli Yusuf ( orang besar - besar raja Masir, Al Aziz) kepada isterinya (Zulaikha): “ Berilah dia layanan yang sebaik – baiknya; semoga dia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak (anak angkat).” Dan demikianlah caranya Kami menentapkan kedudukan Yusuf di bumi (Masir supaya dihormati dan disayangi) , dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu ta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Dan pada ketika Yusuf sampai ke peringkat usianya yang sempurna kekuatannya, Kami kurnia kepadanya ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan; dan demikianlah Kami membalas orang - orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Dan perempuan (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf (agar) berkehendakkan dirinya. Dan perempuan itupun menutup pintunya – pintu (villanya) serta berkata: “Marilah, aku sedia (menyerah) untukmu.” Yusuf menjawab: Saya berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhan saya telah memelihara saya dengan sebaik - baiknya. Sesungguhnya orang - orang yang zalim tidak akan Berjaya.

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula berkeinginan kepada perempuan itu, kalulah dia tidak menyedari kenyataan (hokum dan tegahan) Tuhannya (tentang kejinyan perbuatan zina), demikianlah (takdir Kami), untuk menjauhkan darinya perkara - perkara yang tidak baik dan perbuatan - perbuatan keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba - hamba kami yang ikhlas.[1]

Setibanya Ustaz Firdaus di pintu pagar masjid itu, dia terhenti sejenak. Langkahnya terpaku pada bumi. Dua biji matanya tersangkut kepada wajah manis milik gadis yang sedang turun dari kereta comel, dekat pintu pagar itu.

Ustaz Firdaus melafazkan salam ikhlas kepada manusia jenis ibunya itu. Salamnya disahut oleh gadis itu dengan suara mesar. Wajahnya yang terhias sepasang pipinya; lekuk kubang hati atau pupur puyuh. Manis. Jelita.

Dua puntung tangan mukmin dan mukminat itu tidak bersalaman. Mereka bertukar senyum cuma. Hati masing – masing ikhlas amat.

“Saya, Zulaikha …,” suara gadis itu lembut. Mesra.

“…ia, saya Firdau,” sambut Firdaus selembut suaranya membaca doa qunut atau surah Al Mulk.

“ Saya baru tiba dari Kuala Lipis …,” kata Zulaikha.

Firdaus mengangguk.Senyum.

Zulaikha tunduk. Sukar baginya menentang dua biji mata pemuda di hadapannya itu. Dia tahu, biji - biji mata bercahaya begitu menandakan pemiliknya hafal Quran. Seorang Hafiz.

“ …saya berpindah ke sini, mengajar di sekolah agama …,” Zuliakha memberitahu Firdaus.

“Ooo, ustazah nilah …, tadi nazir masjid ni ada beritau jemaah …,” kata Firdaus.

Zulaikha merenung wajah pemuda di hadapannya. Dari situ di merenung dinding dan sekitar hadapan masjid itu. Hatinya memuji akan kekacakan pemuda di hadapannya.

“…dia beritahu, ada ustazah dari Kuala Lipis, lepasan universiti Islam Jordan, akan mengajar di sekolah agama di sini,” jelas Ustaz Firdaus.

Zulaikha senyum. Suaranya tersangkut pada anak lidahnya. Dia memberanikan dirinya sambil menutup pintu keretanya, merenung wajah Firdaus. Sebagai lepasan universiti Islam, dia juga hafal Quran. Mata orang hafal Quran tidak kena penyakit ‘silau mata’ – keteguran - dari orang hafal Quran.

“ …ni, Ustaz Firdau ni orang sinike?”

“Tak, saya Sungai Nipah, Bagan Dato …, kerja di sini …, imam masjid ni …,”jawab Ustaz Firdaus.

“Ooo, begitu …, orang Perakle ni, maafkan saya, dah lama Ustaz jadi imam di sini …?” Tanya Zulaikha.

“ Tak lama, baru, baru tujuh bulan …, lepas balik dari Universiti Al Azhar, saya bekjerja di sini, kerja sementara …,” jawab Firdaus sambil merenung jam di tangannya.

Al hamdulillah, kita berjumpa di sini,” suara Zulaikha lembut.

“Terima kasih, … tak apalah, saya nak cepat ni, nak pergi ke …,” Firdaus meminta diri sambil mengangkat kaki kanannya.

“Ia,lah, saya ni nak sambaahyang sekejap …,” sahut Zulaikha.

Assalamu alakunna,” ucapan Firdaus.

“ …alaikum salam,” sahut Zulaikha.

Firdaus menapak dan memipir jalan berbatu kerikil menuju ke rumah tumpangannya. Zulaikha melangkah dan menggonggong hatinya seperti cincin hilang permata, masuk ke masjid untuk sembahyang Asar.

*** ***

Tiga bulan kemudian.

“ … ayah, emak anak dah setuju, kita bertunang dulu, tahun depan kita nikah, abang macam mana?” Zulaikha bertanya kepada Firdaus.

“Saya ikut saja …, baik pada Zulaikh, emak …, ayah, saya setuju, insya Allah …,”jawab Firdaus.

Al hamdulillah …, syukur …,bahagianya ana …,” suara Zulaikha manja. Dua biji matanya tersangkut pada wajah kekasihnya.

“Apa yang bahagia tu …? Firdaus.

“Ialah, kita ni bercinta baru dua tiga bulan, dah nak bertunang …, tak lama lagi kita nikah …,”jawaab Zulaikha.

“Ialah, kita tak macam orang lain, bercinta lama …, hanhyut ke mana – mana …, al hamdulillah, kita sama-sama dapat hidayat Allah,” lafaz Firdaus.

“Ia, tapi gembira kita …, jangan - jangan macam dalam Quran, tawa sedikit tangis banyak …,” kata Firdaus.

“ …eee, ngapa abang kata begitu …,buat hati ana risau aje …,” sungut Zulaikha.

“Taaak, kan kita ni di bawah takdir Allah …, insya Allah …, mana tau …,” sambut Firdaus

Zuliakha diam. Hatinya didera ketakutan. Dia selalu mendengar orang bercakap; orang yang hafal Quran tahu akan waktu dia akan mati. Ada ayat-ayat quran yang duhafalnya menjadi lupa jika dua tiga bulan lagi dia akan meninggal dunia.

Wajah Zulaikha muram.

“Tak apalah, sayang …, ana bergurau saja,” Firdaus memujuk.

*** ***

“Celaka,celaka …, imam apa, imam anak haram jadah …,” suara maki hamun terluah dari mulut Asri, merinyu muda jabatan kesihatan.

“ Apa ni, apa yang awak maki ni, dah macam wakil rakyat tua tobeng dalam Parlimen aje…?” Rakannya, pegawai kerani pejabat tanah, Junus, bertanya.

“Tule …, setan, setan …, aku duk cadang nak pinang ustazah Zulaikha tu …, tut, tut, dia bercinta dengan imam masjid tu …,”jawab Asri.

“Imam mana?” Tanya Junus.

“Tuuuu, imam muda …, tule …, apa namanya, Ferdaus …,”jawab Asir.

“Eh, deme tu bukan bercinta saja tau …, dah berunang pun …, awak dah terlambat …,” ujar Junus.

“ Celaka, celaka …,” maki Asri lagi.

“Tak baik maki orang, lebih baik awak buat kerja awak …, hapuskan nyamuk adis di temtat kita ni …, lebih baik, maki orang …, Tuhan marah, nabi tak suka …, dapat dosa kering aje …” tegur Junus.

“Tu aku taulah, nyamuk …, kerja aku …, tapi aku rasa hina sangat, orang yang aku cinta, aku harap, mimpi selalu dikebas orang ….,” suara Asri seperti orang akan menangis.

“ …dia tu ustazah, keluar universiti …, awak tu apa …,lepas spm aje …,” balas Junus.

“Imam tu mana belajar universiti …, ngaji pondok aje …, entah di mana pondoknya …,”kata Asri merendahkan Firdaus.

“…eh, eh, jangan peleceh orang tau …, dia tu lepasa universiti Azhar, Masir, tau …,”balas Junus lagi.

Pada ketika itu, niat buruk bersarang dalam hati Asri. Dia akan meletakkan tin koson mengandungi jejentik nyamuk aedes di rumah Firdau.Apabila jenetik itu telah menjadi nyamuk, bil waktu petang nyamuk itu akan hinggap dan menyengat tubuh Firdau. Imam muda itu akan demam dinggi. Dia akan mati.

“…dia dah mati, aku akan pinang Zulaikha …,”bisik hati Asri yang dikuasai oleh syaitan.

*** ***

Pada Ahad, bapa dan ibu Zulaikha telah datang menziarhinya. Hajat kedua orang tua itu hendak bejumpa dengan bakal menantu mereka. Zulaikha telah menjemput Firdau ke rumah tumpanhgannya. Di rumah itu orang tiga beranak bertemu mesra dengan imam muda bakal menajdi ahli keluarga mereka.

Firdaus telah menjemput bakal bapa dan ibu mertuanaya bersamatunangnya ke rumahnya pada malam esoknya. Dia telah meminta ibu angkatnya mmasakkan makanan untuk tiga tetamu istimewanya.

Pada petang itu, sementara menggu ketibaan Zulaikha dan dua orang tuanya, Firdaus membaca dua buah buku yang baru dibawa pulang dari perpusatakaan masjid. Sebuah buku tebal bahasa Arab dan sebuah buku bahawa Melayu setebal 260 halam.

Dia menterjemah tulisan Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah, sambil menggaru – garu betisnya kerana dihinggapi nyamuk.Nyamuk aedes yang membenamkan tiruknya ke dalam kulit betis Fedaus terbang ke bawa kerusi tua dekat lemari.

‘Penghuni negeri - negeri yang subur tanahnya, iaitu terdapat banyak hasil pertanian dan binatang dan haiwan ternakan serta bahan perasa dan buah-buahan yang banyak, sebagaimana yang berlaku, adalah didapati kasar tubuhnya dan tumpul fikirannya.

Pada masa ini, kedudukan sebagai seorang Raja adalah suatu yang dihormati dan menyeronokkan. Ia memberikan kepada orang yang memegang pemerintahan itu segalo-gala yang terbaik di dunia ini, kepuasan dri segi lahir dan kesdrunuh di sudut batinnya. Dengan demikian, sebgai mana adanya, terdapat saingan yang sengit untuk mendapatkannya. Ia jarang sekali mahu melepaskan secara sukarela, tetapi ia boloeh dirampas secara paksa.Maka persengketaan itu menjadi berlarutan. Perbuatan itu membawa kepada peperangan dan perbalahan sentiasa berlaku untuk menegakkan kekuasaan. Kesemuanya itu tidak mungkin dapat dicapai kalau tidak ada perasaan kekitaan seperti yang kami telah nyatakan.

Belum sempat dia menyambung membaca pada aparagraf berikut, Zulaikha bersama bapa dan ibu telah tiba di halaman rumahnya.Dia bingkas bangun dan menuju ke pinttu menyambut ketibaan mereka.

Ibu angkat Firdaus turut menyambut kedatangan mereka. Buka kepalang orang tua itu menyambut bakal isteri anak angkatnya. Hatinya berbunga harapan;mudah-mudahan Firdaus dan isterinya hidup damai hingga ke akhir hayat.

Setelahnaik ke rumah, ibu dan bapa Zulaikha duduk atas sofa tua di ruang tetamu. Sementara Zulaikha meletakkan punggungnya atas kerusia dekat meja tuli Firdaus. Di bawah kerusi itu nyamuk yang lari dari tepisan tangan Furdus merenung legat pada betis Zulaikha yang putih bak umbut muda, di terpi kerusi itu.

‘Sejarah telah menunjukkan, bahawa di setengah - setengah Negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejara budaya.

Pada awal Abadan kiesembilan belas, ada lebih dari 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan itu telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad ke dua puluhan, dan pada hari ini – pada dekad kelapan abada kedua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja. .. jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.’

Zulaikha membaca ucapan Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan Shah, pada halkam 236 buku merah itu. Firdau merenung wajah kekasihnya dalam cahaya petang dalam pelukan senja muda.

“Ha, la ni tinggak sekit saja raja di dunia ni, sayang,” sungut Zulaikha.

“Ia, begitulah,maca ucapan Sultan Azlan tu …, tapi pada masa dia berucap, dia belum jadi Sultan …” kata Firdaus.

“Agaknya semua manusia nakkan Negara republik …, republik Islam …, republik kapitalis …, ripublik istirakiah …, asy syu’iyah …,” sahut Zulaiha.

Tangan kanak Zulaiha yang gebu dihayunkan kepada perut betisnya yang gebu tepi kerusi. Nyamu betina yang Berjaya menikam tiruk halus tajam lunit ke dalam betis Zulaiha terbang bagaikan langsuir ke bawah kerusi. Hilang dalam gelap di situ.

Ada nyamuk …,” sungut Zulaikha.

Ada juga, tu yang risau …, kut, kut, nyamuk adis …, harap – harap tak ada,” kata Firdaus.

Percakapan mereka putus. Ibu angkat Firdaus membawa setalam minuman dan kueh mueh dan meletakkannya ats meja makan.

Pada waktu akan meninggalkan rumah Firdau, Zulaikha menyelak sedikit kaki kainnya dan merenung perut betisnya gatal-gatal diruk nyamuk tadi.

Firdaus mengalihkan dua boleh matanya dari betis putih itu ke halaman rumanya yang kalm.

*** ***

Pada pagi Jummat, beberapa poster besar dikeluarkan oleh Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Pejabat kesihatan, tersangkut dan berkibar, di berapa lokasi di taman itu. Semua poster tersebut bertulisan besar, ‘Semburan Kabus Dalam Rumah membunuh Aedes’. Sejak subuh tadi pekerja-pekerja dari unit tersebut telah menyebur kabus di semua rumah di sekitar taman tersebut.

Pusara Ustaz Firdaus Al Hafiz masih merah tanah di atasnya. Bebunga aneka warna bertaburan.Layu di atasnya. Sepi. Seminggu yang lalu imam muda itu meningga dunia akibat demam dinggi.

Asri yang berjaya mengikut hatinya yang dipujuk syaitan, meketakkan tin berisi jenetik aedes di rumah Ustaz Firdaus Al Hafis, tidak bekerja pada pagi itu. Dalam keadaan demam. Tubuhnya menggigil, dia duduk menelungkupkan mukanya kepada pusara Ustazah Zulaikha yang teletak kita-kira lima meter dari pusara kekasihnya.

Zulaikha telah meninggal dunia empat hari lalu. Ibu bapanya tidak membawa jenazahnya pulang ke kampong halaman mereka, kerana anak mereka bermanah agar jenazah di kebumikan dalam pusara yang berhampiran dengan pusara tunangnya.

“Ustazaaah!” raung Asri.

“ …stazaaaa!” raungnya lagi

Bunyi raungnya mengocha kesunyian kawasan pusara itu. Lantan kie mana – mana.

Asri menghempas - hempaskan dahinya kepada pusara itu. Batu - batu kerikil tajam bersama tanah merah pusara tersebut mengoyak kulit dahinya. Darahnya merah, mengalir dan mencemarkan tanah pusar gadis solehah itu.

Pada saat itu Asri menyesal.Menyesal sungguh. Hajatnya untuk membunuh Imam muda yang menghalang hajatnya, tetapi gadis idaman dan dicintainya telah mengikut jejak kekasihnya ke syurga.

Di tepi pusara itu, seluruh tubuh Asri di bungai bintik- bintik darah merah. Dia demam denggi berdarah. Tubuh Asri lemah longlai di sisi pusara masih terhias bebbunga duka itu. Pusara gadis yang tidak mencintai dirinya.

Beberapa orang yang datang menziarah pusara ibu bapa masing – masing dalam kawasan pusara tersebut, telah terkejut kerana mereka terjumpa mayat seorang pemuda terbujur di sisi pusara yang masih baru, di situ.

(Tamat)



[1] Yusuf: 21 24.

No comments: