Monday, January 5, 2009

PILHAN RAYA KECIL

JIKA TIDAK ADA RASUAH

PAS MENANG DI KUALA TERENGGANU?

Oleh:Mokhtar Petah

Pilihan raya kecil bagi merebuk kerusi kawasan Dewan Rakyat. Kuala Terengganu akan diadakan pada Sabtu 17 Januari ini, saya menduga calon PAS – Pakatan Rakyat, Encik Mohd. Abdul Wahid Endut akan berjaya mengalahkan calon UMNO – Barisan Nasional, Encik Wan Mohd. Farid Wan Salleh.

Dugaan saya bergantung kepada jika tidak berlakau perbuatan rasuah pihak UMNO – Barisan Nasional, kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat kepada orang ramai, di Kuala Terengganu,

Rasuah yang saya maksudkan adalah mengikut pendapat para ulama Islam pada zaman silam, iaitu pemerintah yang membantu atau memberi apa jua kemudahan kepada orang ramai dengan tujuan agr mereka menyokong kerajaan , dinamakan rasuah juga.

Pemerintah dan parti politik yang menyokong pemerintah pada masa menghadapi puangutan suara atau pilihan raya – dalam kempen - , berjanji akan memberi kesenangan kepada rakyat dan mengadakan peruntukan wang untuk membangun atau kesenangan rakyat, agar mereka mengudi calon pihak pemerintah, adalah rasuah juga.

Perbuatan memberi wang, kain batik atau barang – berang lain kepada para individu yang akan mengundi supaya mengundi calon pihak kerajaan dan menolak calon parti lain, dinamakan rasuah juga.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda sebagai amaran kepada paras penguasa pada zaman Junjungan, iaitu Allah melaknat orang yang memberi radsuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi perunding rasuah.

Apakah janji – janji dan peruntukan yang diadakan oleh Kerjaan Pusat dan Kerajaan Terengganu pada, kempen pilihan raya kecil Kuala Terangganu terelak dari lankat Allah?

Saya tidak dapat memutuskan, hanya para alim ulama yang jujur – bukan ulama tembolok - , akan dapat menjawabnya dengan jujur.

Jika prbuatan rasuah demikian dan para pengudi amat cenderung kepada kebendaan dan kemudahan hidup dengan tidak mengambil kira di laknat oleh Allaha atau tidak, maka saya percaya,calon Barisan Nasional, Wan Farid Wan Saslleh akan menang besar.

Saya dan tentulah semua orang Islam khuatir,bahawa jika Allah melaknakkan seseorang pemimpin yang melakukan rasuah dan kerajaan atau parti politik, maka orang ramai akan menerima juga keburukan itu.

Para pengundi di Kuala Terengganu yang kuat iman dan tegar memegang Islam dan mentaati perintah Allah tentulkah memilih calon PAS. Perbuatan itu dapat mengelakkan mereka dari dilaknat oleh Allah.

Kalau demikian akan berlaku, maka calon PAS, Mohd. Abdul Wajid Endut akan menang besar.

Mungkin para pengundi yang beragama Islam dan kuat dengan budaya Melayu berpegang kepada falsafah, iaitu ‘pilih – piloih buku tebu terpilih buku teberau’.

Mudah – mudahan Allah terus menolong orang Melayu selagi mereka tidak menantang hukum Allah dan Rasul-Nya!

No comments: