Monday, August 27, 2012
KISAH DARI
NOVEL
KASIH IBUKU
MAKAN BELALANG KUNING
“…Lamin, mu
mengaji sungguh-sungguh, fasal duit tak usah mu risau, duit getah, duit nyiur,
pinang kering, asam gelugur kering, sirih, kapur ada…, tak cukup emak jual
kambing,” kata biuku kepada pada masa aku
belajar dalam tingkatan thani
rabi’’( Sama
dengan tingkatan lima.)[1], di sekolah agama di Seberang Perai.
“…makan minum emak, ayahku tak apa, padi sawah kita
menjadi, ikan keli, ruan, puyu dalam telaga sawah banyak, ayahku cari ikan di
air benak (tasik Chenderoh),”kata ibu lagi.
“Emak nak mu jadi orang alim, orang pandai, orang bijak,…
macam Jamaluddin Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, macam Hamka…, macam Dr. Burhanuddin Helmi[2]
(Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945.)
,…macam ustaz Abu Bakar
AL Baqir,” (Presiden parti Islam pertama di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin, ditubuhkan di Gununhg Semanggul pada tahun
1945,iaitu beberapa bulan sebelum ditubuhkan PKMM).
[3]” tambah ibuku.
Aku diterpa oleh rasa kagum. Kagum kerana ibuku yang buta
huruf Rumi tetapi boleh mengetahui nama-nama para cendekiawan terbilang.
Menurut ibuku, ayahku yang aktif dalam perjuangan orang
Melayu peringkat kampungan, sering menerangkan kepadanya tentang orang-orang
Islam yang bijak pandai. Hampir tiap-tiap malam pada waktu mereka hendak tidur,
ayahku membaca buku-buku mengenai para cendekiawan Islam itu dan diterangkan
pula kepada ibuku.
“Ayahmu kata, orang laki bini…, kalau baca buku baik-baik
pada ketika nak masuk tidur…, kalau dapat anak, …anak tu jadi orang bijak,”
ibuku memberitahu kepadaku seperti dia mengetahui akan kehairananku terhadap
dirinya.
“Insya Allah,
emak, …memang Lamin nak jadi orang bijak,”aku menanamkan sepohon harapan kepada
ibuku.
“Kata tuan Cek Wi, budak kecil kalau beri makan belalang
kuning,boleh jadi orang bijak,” ibuku memberitahu kepadaku.
“Iake, emak?”aku bertanya.
“Ia, tengoklah mu, adikmu bila dah besar
panjang, …kami selalu beri muma[4]
( Kamu
semua (dialet orang Pattani).makan belalang kuning,”jelas ibuku.
“Di mana emak, ayah dapat belalang tu, emak,” aku
bertanya.
“Di mana lagi, di bendang kita tulah,…ayahmu tahan bubu
dalam jerami padi, dalam bubu tu dia
sapu
belacan,”jelas ibuku.
MENJADI MANUSIA SEJATI
Ibuku
menternak seekor kampung betina warna hitam. Kuku kaki kiri kambing itu jadi
bengkok dan capang kerana terpijak bara api. Kambing betina itu galak beranak.
Anak-anak kambing itulah menjadi sumber rezeki bagi ibu dan ayahku. Wang hasil
menjual anak-anak kambing itulah dapat aku gunakan untuk membeli buku-buku
pelajaran pada tiap-tiap akhir tahun.
Ibuku seorang perempuan Melayu yang yakin pada dirinya.
Kerana kesudahan sering menerpa dan melanada ibu dan ayahku, maka ibuku tidak
takut kepada kesusahan yang mencengkam dirinya. Dia sering berkata kepadaku,
iaitu kesusahan mengajar manusia menjadi manusia sejati. manusia
berperikemanusiaan. Menjadikan manusia yang sentiasa hampir dengan Tuhan.
Manusia bertimbang rasa kepada manusia lain.
Ingatanku terhimbau kepada suatu malam, iaitu
pada ibuku berkata kepadaku, “…Lamin,Allah dekat dengan kita,… kerana Allah
dekat dengan emak, tak takut susah, susah jadi ilmu pada emak,…emak tak
ingat,ada dalam Quran,…firman Allah, …sesungguhnya
bersama kesusahan itu, datang
kesenangan[1]
Al Insyirah (Lapang): )5
Ibuku merenung wajahku. Dua bola matanya bersinar
menandakan hatinya penuh keyakinan kepada Allah.
Kata ibuku, “…mudah baca sejarah, dua puluh lima rasul
Allah, dari Adam sampai kepada Muhammad hidup susah,Allah cuba,Allah uji…,demo
sabar,demo tawakal, iman demo kuat.”
“Demo tu susah sebab musuh,…sebab macam-macam,”kata ibuku
lagi.
“…mu anak jantan, mu tak usah takut susah, mu kena
sabar,kena tawakal, tak usah lupa Tuhan, orang lupa Tuhan sesat, jadi jahat,
suka buat maksiat…,” tambah ibuku.
“Ia, emak, innya
Allah, Lamin akan sabar, tabah, tawakal, emak,” aku menanamkan harapan pada
hati ibuku.
Dia ibuku. Wanita solehah. Dia sedang duduk di
hadapanku. Pada wajahnya yang bujur
sirih ada cahaya Puteri Balqis dari Saba (kini Yamma)[6]
yang jatuh cinta kepada rasul Allah, Sulaiman alaihis salam, Zulaikha yang mabuk cinta
kepada rasul Allah,Yusuf alaihis salam
dan cahaya Siti Khadijah, hartawanita
Arab yang mencintai Nabi Muhammad sallal
Lahu alaihi wa sallam. Mereka langsung berumah tanggan. Menjadi keluarga
contoh kepada umat manusia. Dia ibuku yang dadanya berisi iman dan berhiaskan
kesabaran.
“Emak nak cakap ni,Lamin,”kata ibuku sambil merenung
kepadanya.
“Apa,emak?”aku bertanya.
“…bila mu dah tamat belajar, cepat kahwin, emak nak
tengok cucu mak,…mak tak mahu kempunan nak tengok cucu emak hingga emak mati,”
jawab ibuku dengan tegas.
“Baiklah,emak,…tapi,” aku berkata menyuburkan pohon
harapan dalam hatinya.
“Apa,Lamin?” ibuku bertanya.
“…tapi, emak nak pilih sendiri bakal menantu emak tu,
atau…?” aku bertanya pula.
“Tak, emak tak nak pilih,emak nak mu pilih sendiri, baik
pada mu, eloklah pada emak,” jawab ibuku sambil senyum.
Ibuku diam sejenak. Dia senyum dan berkata, “…mu mesti
baik, hormat, sayang pada isterimu,” ibuku meluahkan kata nasihatnya kepadaku.
“Insya Allah,
emak,”aku berkata mengandungi janji kepadanya.
“…mu ingat, kerana mu lelaki, orang jantan,…mu kena buat
baik dengan orang perempuan, demo tu
sejenis dengan emak,” pesan ibuku.
Aku
hampir ketawa. Aku tak faham perkataan ‘buat baik’ yang dimksudkan oleh ibuku.
Tetapi aku tidak bertanya kepadanya akan maksud madahnya itu. Walau bagaimana
pun, sebagai seorang anak, pesanan ibuku itu tetap aku memegangnya sekuat
mungkin.
“Jangan buat tak baik dengan orang perempuan,…Tuhan
marah, berdosa,”pesan ibuku lagi.
“Baik, emak,”sahutku.
“…tapi kalau mu nak nikah dua tiga, sampai empat pun mak
tak larang,” kata ibuku sambil senyum.
“Allahu Akbar,…macam
menyuruh pula, emak,” aku berkata sambil menahan tawaku.
“…bukan emak suruh, tapi mu jangan menentang takdir,…mu
kena ingat, kita hanya merancang, tapi Allah Maha Kuasa,”kata ibuku sambil
senyum.
“Ia, emak, la haula
wala quwwata illa billah…,” aku mengakurkan kata-kata ibuku.
Aku rasa malu mendengar kata-kata ibuku itu. Sebenarnya
aku telah berazam; jika Allah meredakan, iaitu aku tidak akan memadukan
isteriku.*
* Dipindhkan dari
novel’Kasih Ibuku’, oleh: Mokhtar Petah.
[1] Sama dengan tingkatan lima .
[2] Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
tahun 1945.
[3] Presiden parti Islam pertama di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin, ditubuhkan di Gununhg
Semanggul pada tahun
1945,iaitu beberapa
bulan sebelum ditubuhkan PKMM.
[4] Kamu semua (dialet orang Pattani).
[5] Al Insyirah (Lapang): 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment