Thursday, August 9, 2012
FALSAFA AL QURAN DAN AL HADIS
BERITA BERHIKMAT
DARI ALLAH
[ Hadis Riwayat Imam Bukhari dan perawi - perawi lain: Rasul Allah,
Muhammad s.a.w. menyatakan, bahawa
pada satu hari Nabi Musa telah berucap di hadapan perhimpunan kaumnya.Ada
seorang lelaki bertanya kepadanya: ” ... adakan sesiapa - orang lain - di muka
bumi ini yang lebih ilmunya daripada anda?”
Nabi Musa menjawab: ”Tidak ada”
Lalu Allah menegur kerana Nabi Musa tidak merujukkan soalah mengenai ilmu
itu kepadaNya (Allah). Allah menerangkan kepada Nabi Musa: ’Ada seorang hamba
Aku (Allah) yang lebih ilmunya daripada kamu.’
Allah memberitahu Nabi Musa alaihi salam, bahawa orang itu dapat ditemui di
pantai laut, berhampiran dengan tempat pertemuan dua laut. Allah memerintahkan
Nabi Musa membawa bekalan seekor ikan dalam bakulnya untuk dimakan. Kikan ikan
itu hidup semua dan masuk ke laut semula, maka di situlah tempat pertemuan Nabi Musa dengan orang yang diberitahu Allah
itu.
Nabi Musa bersama teman karibnya, namanya, Yusya’ bin Nun. Lama kemudian,
setelah Nabi Musa wafgat, Yusya’ bin Nun menjadi khalifah meneruskan
pemerintahan Islam Nabi Musa alaihis salam.
Allah tiak menerangkan nama laut tempat bertemua Nabi Musa alaihis wsalam
dengan orang itu. Hanya para ahli tafsir dan mahi ilmu sejarah yakin; oleh
kerana Nabi Musa tinggal di Masir dan keluar bersam akaumnya ke semenajung
Sinai. Malamn tentulah kedua - dua laut itu ialah simpang atau cabang laut
merah - Red Sea - , di Teluk Aqaba dan Teluk Suis (Suez).
Setelah tiba dui tempat yang diperintahkan Allah itu, Nabi Muda dengan
Yusya’ makan dan makan sebelah dari badan ikan itu. Kemudian mereka tertidur,
mungkin kerana kepenantan. Pada ketika itu ikan yang telah tidak bercawa itu
telah hidup semula, menggelapar sedikit dan mengelunsur ke dalam laut di situ.]
Menurut beberapa ulama Islam, di antaranya Allahyarham Haji Nawawi Muhammad
(janggut merah), Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin dan HAMKA,
yakin, ikan sebelah yang selalu kita makan itu, adalah ikan dari ikan yang
dimakan Nabi Musa alaihis salam dengan Yusya’.]
... tatkala Musa
(Nabi Musa alaihis salam) berkata kepada rakan karibnya (Yusya’ bin Nun): Aku
tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut
itu, atau aku akan berjalan tgerus bertahun - tahun.”
Maka, apabila
mereka berdua tiba ditempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan ikan
mereka, lalu ikan itu menggelusur menempuh jalan di laut, yang merupakan lorong
bawah tanah.
Setelah mereka melepasi
(tempat tersebut), berkatalah Nabi Musa
kepada rakannya: ”Bawa makan tengahari kita (makan yang dibawa bersama ikan),
sebenarnya kita telah penat lelah dalam perjalan kita ini.”
Temannya telah berkata:
”Tahukah apa yang terjdi pada ketika berehat atas batu besar itu; dan tidaklah
menyebabkan aku lupa menyebutnya melaikkan syaitan; dan ikan itu telah
menggelunsur menempuh jalannya di laut dengan cara yang menakjubkan.
Nabi Musa
berkata: ”Itulah yang kita kehendaki.” . Mereka datang semula ke tempat itu,
dengan mengikut jejak mereka.
Lalau mereka
mendapati seorang dari hamba Kami (Allah) - iaitu Nabi Haidhir), yang Kami
(Allah) telah kurniakan kepadanya rahmat dari Kami (Allah), dan Kami (Allah) telah
mengajarnya sejenis ilmu ( ilmu ladunni, iaitu ilmu yang diajar Allah kepada
hamnya dengan ilham dan dapat mengetahui apa - apa akan datang (bukan nujum).*
* Dalam pertemuan itu Nabi Musa alihis salam
memiinta kepada Nabi Haidhir
untuk mengikutnya.Dalam perjalan
seterusnya, Nabi Musa alaihis salam
menapati brbagai ilmu yang ada pada Nabi
Haidhir dan tidak ada padanya.
Berita dari Allah ini memperikatkan kita,
walau sempandai mana kita, tentu ada
orang lain yang lebih pandai.
Seorang guru atau profesor mengajar
penuntutnya, lama kemudian bekas
penuntut nya itu lebih pandai dan lebih
bijaksana daripadanya.
Kata orang bijak pandai Islam; pandai
seseorang, di ajar oleh guru dan profesor,
ntetapi
bijaksana seseorang, diajar oleh Allah.
bijaksana diajar oleh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment