Thursday, August 2, 2012



FALSAFAH AL QURAN

                       WAJIB ATAS WANITA ISLAM

Ya ayuhan nabii (Muhammad s.a.w.), qul li azwajika wa banaatika wanisaail mu'minin yudnina 'alaihinna bi jalaabihinnah, zalika adna an yu'rafna fala yu'zaina wa kanal Lahu Ghafurar Rahima.

Maksud: Hai nabi (Muhammad s.a.w.) katakan (suruh dengan nasihat) kepada isteri - isteri kamu, anak - anak perempuan kamu dan wanita - wanita orang - orang yang beriman, supaya mereka menutup tubuh mereka (maksud dari pangkal leher sampai ke bawah pinggul) dengan jilabat (kain atau selendang yang menutup dan tidak dapat dilihat  gerak geri tubuh dan dua jantung buah dada)  - pada ketika mereka berjalan keluar dari rumah mereka). Dengan demikian itu, mereka lebih patut dikenal (kerana itu) mereka tidak diganggu (kerana tubuh mnenggiurkan menjadiukan lelaki yang melihat rasa menggiur dan beringinan untuk mendapatkan mereka dengan cara nafsu syawat) . Dan Allah itu Pengampun dan Penyayang.*
- Al Ahzaab:59

* Firman Allah ini adalah arahan yang berat. Isteri - isteri Nabi
   Muhammad s.a.w. yang kuat iman, bermoral tinggi dan zuhud
   disuruh menutup tubuh mereka. Arahan berat ini kepada semua  
   wanita  Islam dan lagi mukmin.
   Sejak zaman berzaman hingga pada bulan Ramadhan
   ini,Kebanyakan wanita Islam - wanita Melayu - lebih suka tidak
   menutup aurat atau tidak mengikut arahan berat dari Allah itu.
   Mereka melakukan demikian kerana di antara sebab - sebab di
   bawah ini:
1 - Kerana terlalu jahil atau terlalu bodoh akan hukum dalam Islam, 2 - Kerana suami merreka terlalu jaihil
     atau terlalu bodoh akan
     hukum Islam,
3 - Kerana suami takutkan isteri, iaitu suami yang dayus,
4 - Kerana pengaruh syaitan supaya bergaya, melaram dan boleh
     mendatangkan rasa kegiuran atau naik nafsu syahwat lelaki  
     yang melihat aurat mereka yang terdedah,
5 - Untuk menunjuk atau menayangkan kepada para lelaki yang
     tubuhnya cantik, menaikkan nafsu syahwat dan terpaut dengan
     kecantikan tubuh mereka.
6 - Tidak jahil atau bodoh akan arahan Allah atau hukum Islam,
     tetapi kerana ingkar disebabkan dalam diri mereka
     berpelajaran tinggi atau sederhana,
7 - Kerana menentang hukum Allah dan tidak tahu ada dosa dan
     neraka.

Kalau para wanita berada pada nombor 6 dan 7, maka, mereka tergelincir dari agama Islam, iaitu menjadi hafir. Suami mereka menyertai mereka juga.
Manakala yang berada pada nombor - nombor lain, mereka dan isteri mereka berdosa. Allah menimpakan balasa doa mereka pada dua tempat, iaitu: 1 - di dunia, 2 - di akhirat mereka akan menjadi pendatang derita dan duka di neraka.


                    BERJUANG DI JALAN ALLAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan: Allah menjamin untuk orang yang berjuang fi sabilillah - di jalan Allah dan membenarkan perkataan (perintah) Allah ; orang itu akan dimasukkan ke dalam syurga atau dikembalikan ke rumahnya (kalau dia tidak mati) dari mana dia berangkat serta memperoleh pahala, (bagi orang yang berperanbg pada zaman Nabi, mendapat  habuan dari harta rampasan peang. *
- Perawi: Abu HUrairah dan Imam Bukhari.

* Berjuang di jalan Allah, di antaranya, ialah, beperang
   menegakkan agama Islam, mempertahankan negara dan umat
   Islam, melibatkan diri dalam oqrganisasi atau parti politik yang
   berjuang kerana agama Allah atau menegakkan negara Islam,
   menyertai badan - badan kebajikan yang melakukan amal makruf
   dan menegah kemungkaran.

No comments: