Wednesday, August 1, 2012
FALSAFAH AL QURAN
TAATKAN SESUATU PUAK
Katakan (Muhammad s.a.w.): Hai para ahli kitab (umat Yahudi dan Kristian)
mengapa kalian menghalangi orang - orang yang beriman (orang Islam yang beriman
kepada Allah dan para rasul serta hari akhirat) daripada mengikut sabilullah - jalan Allah, iaitu agama
Islam dan mengamal dan patguhkan kepada semua hukum Allah dalam Quran, amal
ibadat kepada Allah dan buat baik kepada umat manusia), kalian hendak
menjadikan jalan Allah itu bengkok (terpesong), pada hal kailan menyaksikan
(kebenarannya)? Dan (sedarlah) Allah tidak sekali - kali lalai akan apa yang
kalian lakukan.
Hai orang - orang yang beriman, jika kalian taatkan sesuatu puak (golongan,
organisasi atau parti) dari orang - orang (Yahudi, Kristian) yang diberikan Kitab
itu, nescaya mereka akan mengembalikan kalian menjadi orang - orang kafir
setelah kalian beriman.
- Ali Imran: 99, 100.
Setiap orang Melayu yang telah lahir selepas negara ini mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, di samping membaca dan mempelajari sejarah dunia,sangatg
baik jika membaca dan mepelajari sejarah negara kita pada masa orang Melayu
menuntut kemerdekaan, iaigtu semenjak 1930 - an hingga mencapai kemerdekaan.
Sebelum Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PEKEMBAR
atau United Malay National Organization - UMNO - , lahir, orang Melayu telah
berjuang menentang penjajah Inggeris dan menuntut kemerdekaan. Kemerdekaan
negara Melayu, ialah: Satu negara, Negara Melayu, Satu bangsa, Bangsa Melayu,
Satu bahasa, Bahasa Melayu dan agama Islam agama rasmi Negara (iaitu
perlembagaan dan undang - undang negara berdasarkan Quran, Sunnah dan ijmaak
ulama serta Qias dalam Islam).
Semenjak tahun 1930 - an, penjajah Inggeris telah melihat
mereka ditentang oleh orang Melayu dan umat Islam (yang tegar iman), maka,
penjajah Inggeris memungut para penuntut Melayu yang cedas otak untuk dihantar
belajar di England dan kawasan di bawah jajahannya.
Para penuntut di semua institusi pengajian tinggi di
sana, tidak belajar ilmu pengetahuan Islam. Mereka diisi atau diasak dengan
ilmu pengetahuan (ada ilmu pengetahuan Islam tetapi telah ditukar atau dikafirkan
dan menjadi ilmu pengetahuan Kristian dan Yahudi, terutama dalam ilmu sains).
Setelah para penuntut Melayu itu tamat dan memiliki
ijazah, maka mereka dibawa kembali ke Tanah Melayu. Mereka menjadi seperti orang
Inggeris atau Yahudi, iaitu ada yang beristerikan orang Inggeris, pegangan terhadap
agama Islam menjadi ringan, lebih percaya kepada pengetahuan dan agama Kristian
dan Yahudi, sebilangan dari mereka menjadikan arah - minuman - keras - sebagai
minuman biasa. Di kediaman masing - masing ada meja besar dan tinggi - BAR - ,
untuk tempat botol - botol dan gelas - gelas arak.
Mereka itu, selain dari menyebarkan ajaran yang orang
Islam tidak susah, kerana Imam Mahadi akan datang menolong mereka.Penyebaran
ini telah berlaku di sekolah - sekolah tajaan Inggeris dan Raja - raja Melayu,
seperti Malay College , sekolah conven atau sekolah gereja dan lain.
Apabila orang Melayu meneruskan perjuangan (menyambung
perjuangan datuk nenek dan ibu abapa mereka) menuntut kemerdekaan, maka, penjajah
Inggeris mempengaruh orang - orang Melayu yang berpelajaran tinggi dari
Indtitut pengajian tinggi negara mereka, untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Mereka yang berpelajaran tinggi lepasan dari negara
penjajah Inggeris yang rapat dengan Raja - raja Melayu telah dinasihat Inggeris
agar turut berjuang menuntut kemerdekaan dengan menyimbulkan diri sebagai
golongan kanan (golongan benar) dan menentang orang - orang Melayu golongan
kiri, iaitu yang berjuang untuk
mewujudkan: Satu negara, Negara Melayu, Satu bangsa, Bangsa Melayu, Satu
bahasa, Bahasa Melayu dan agama Islam agama rasmi Negara.
Orang - orang golonga kanan menyimbolkan atau memberi
gelaran kepada orang - orang Melayu yang berjuang menentang Inggeris sebagai
golongan kiri (golongan tidak benar atau ekstrim).
UMNO ditubuhkan pada 1946, dan pucuk pimpinan dan para
ahli jawatankuasa tingginya, terdiri dari orang golongan kanan dan berpelajaran
tinggi dari institusi pengajian tinggi di England.
Pada tahun 1948, Inggeris mengisitharkan undang - undang
darurat.Hampair semua pejuang - pejuanga golongan kiri ditangkap dan ditahan
dalam khemah - khemaha tahanan Pulau Jejak, Tanjung Bruas, Kampung See Me, Ipoh
dan lain.
Pada tahun 1951, sebilang orang alim (ulama) dalam UMNO
telah membawa diri keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Islam Se Malaya (PAS)
dalam satu kongres ulama, di Kelab Melayu Butterworth.
Mereka menubuhkan parti Islam tersebut dengan tujuan
mentaati firman Allah dalam Quran dan di antara firman - firman tersebut, ialah
seperti Al Baqarah:99,100 di atas.
Inggeris berjaya, apabila pakatan semua rakyat Tanah
Melayu (Melayu, Cina dan India) menuntut kemerdekaan dijalankan di bawah nasihat
dan muslihat Inggeris, maka, mereka telah menerima segala yang dilarang Allah
seperti Al Baqarah: 99,100.
Negara kita sekarang adalah negara ‘nasionalis dan
kapitalis’ yang lebih banyak undang -
undang (kecuali undang syari’ah mengenai peribadatan, mal dan rumah tangga)
mengiku Yahudi dan Kristian. Seluruh undang - undang Hudud, diketepikan dan ada
yang mengikut orang kafir musyrikin (sembah berhala); percaya hudud tidak boleh
dan tidak baik dijalan di negara ini. - Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment