Sunday, August 26, 2012


FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS



                                 DUSTA TERHADAP ALLAH

Tidak kamu (Muhammad s.a.w.) perhatikan mereka yang menganggap diri mereka bersih dirinya sendiri (orang yang menyangka diri mereka sempurna, mulia dan disanjung orang ramai, tetapi dalaman mereka - hati nurani, jiwa dan sebagainya kotor dan banyak dosa), tetapi Allah membersihkan siapa (memberi petunjuuk, kesedaran, keinsafan, kejujuran dan keimanan) yang disukaiNya, san mereka tidak dirugikan sedikitpun.*

Perhatikan, bagaimana mereka membuat kedustaan terhadap Allah, dan cukuplah perbuatan itu sebagai dosa yang besar.
- An Nisa:49, 50.


*  Dua firman Allah seperti maksud di atas, amat baik dipelajari dan diamalkan oleh semua orang Islam, sama ada dia pemimpin, mahupun rakyat jelata. Kita sering berbangga yang diri kita bersih, baik, jujur dan wsegala macam agar manusia menyukai kita, tetapi kekadang kita tidak sedar yang diri kitalah paling buruk, paling buruk dan paling tidak berguna dipandang Allah.
Kerana kita hidup ditipu oleh kebendaan, kekayaan, kemewahan, kedudukan, kekuasaan, dan dtipu oleh fikiran kita sendiri, maka, kita menjadi manusia ‘ najis’ dipandang Allah.


                                       PIAGAM MADINAH

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang, inuilah Kitab (Piagam bertulis - Piagam Madinah) dari Muhammad, rasul Allah, (bagi) antara orang - orang Islam dan orang - orang beriman, dan orfang - orang yang memlukj Islam dari Quraisy dengan penduduk - penduduk Yathrib (Madinah) dan orange - orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama - sama mereka.
 (Fasal 1).
Bahawa, Piagam (Piagam Madinah) ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang - orang zalim dan yang bersalah; an bahawa dari saat ini sesiapoa yang berpergian dari Madinah (Yathrib) atau tinggal fi dalamnya adalaah trjamin keselamatannya, kecuali orang - orang  yang zalim atau yang bersalah. Dan bahawa Allah merestuai setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui rasul (pesuruh Allah). *
(Fasal:47).
* Perjanjian ini sama dengan hadis dan berada dalam sunnah.Perjanjian ini adalah untuk menyatukan semua rakyat yang berbagai agama di bawah satu pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad.
Pada masa menubuhkan PBB, pada 1947, Piagam Madinah ini telah diambil menjadi contoh bagi perlembagaan badan dunia itu.
(Dipetik dari Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu (1993), oleh: Mokhtar Petah.









No comments: