Wednesday, August 15, 2012
TERKENANG
IBUKU MENANTIKU
DI SHYURGA
Ibuku, wanita berasal usul dari Melayu Pattani,
Dalam tubuhnya ada darah Melayu Campa,
Rongga dadanya ada iman
yang kukuh kepada Yang Maha Pencipta.
Dia ibu solehah,
Ibu contoh.
Tubuhnya ada isi miskin
lemak,
Kulit belulang,
Kelongsong urat sarafnya,
Waja laksana besi Kharsani tulang temulangnya.
Merah warna darah
ibuku,
Hatinya, hati perempuan Melayu taatkan Ilahi.
Mindanya murni mengikuti sunnah
nabi.
Murni jalan fikirnya,
Amal ibadatnya sejalan lurus dengan nabi,
Seia sekata dengan Imam Safie dan Ghazal.
Ada syurga bagiku
di bawa tapak kaki ibu,
Demi Allah aku tak kenal kata ‘ut’ ,
Atau kalimat durhaka.
Tubuh ibuku berbungkus dalam telekung putih laksana kapas dibusar. Fardu
Isyak kudus baru sahaja ditunaikan dengan khusyuk lagi tawaduk.Tubuhnya ada isi
miskin lemak.Di hujung lafaz kalimat Allahu
Akbar, ibuku berpaling kepadaku. Aku sedang duduk bersila sambil membaca buku;
cerita Hang Jebat, di penjuru rumah kami yang bertiangkan dua belas puntung teras merbau dari rimba.
Rumah kami
berlantaikan buluh, dindingnya dari
buluh pelupuh. Atapnya daun rumbia kering tanpa lelangit.
Di situlah syurga kami –
ibu, ayah, adik lelakiku dan aku.
Ibu mengorak senyum.
Senyumannya laksana senyuman bidadari sedang berdiri di pintu syurga. Di hujung
senyumannya yang panjang bagai pantai pesisir lautan pada waktu pagi,ibu
berkata kepadaku:
“Lamin, …mak ikut cakap ayahmu, tok mu,…demo
kata, mengaji agama Islam dulu, lepas tu baru mengaji bahasa orang putih.”
Aku diam. Ketaatanku kepada ibu melebihi segala-galanya. Aku mendengar
madahnya yang kiramah..
“…kalau kita mengaji bahasa
orang putih dulu, kita mudah jadi orang kafir, …jadi orang
Serani,…Kristian,”madah ibuku lembut. Mesra.
Aku termangu.
Diam. Bagaikan ikan betuk dalam tasik Cenderoh. Seperti batu tagar dalam lubuk
sungai kengalir airnya dari gunung, di belakang
kampung kami.
“Ayahmu kata, bahasa Arab bahasa Quran,
bahasa Nabi Muhammad..., bahasa syurga,”kata ibuku.
“…ia, bahasa syurga,”aku mengaku.
Aku mengagguk - anggukkan kepalaku.
Setia dan patuhku anak lelaki sulungnya.
Aku merenung wajah ibu
dengan limpah ruah kasih sayang. Hati nuraniku mengaku akan madah beriman ibuku
itu.
Ibu bercakap bersandarkan
iman dan akidah. Bahasa dapat menukar rasa cinta seseorang kepada seseorang
yang lain. Bahasa dapat mengubah keyakinan atau keimanan manusia kepada Maha
Pencipta alam maya,pada nabi-nabi, kitab suci Quran dan kepada hari akhirat.
“…bahasa Arab, bahasa
syurga, bahasa Quran, bahasa Nabi Muhammad,” ibuku mengulangi kata-katanya.
“…emak, sunguh, benar kata
emak,”aku menyambut kata - katanya dengan patuh lagi ikhlas.
Dari banjaran gunung Bintang Hijau
di belakang kampung kami,terdengar sayup-sayup bunyi kuang mengigal.
Sekali sekala bunyi pungguk merindukan kekasih bersambut dengan bunyi kijang
betina galak jantan di lereng gunung itu. Bunyi kuang, pungguk dan kijang
menguak kesunyian kampungku, kampung Kembang Semangkuk. Kampung tradisi yang
terletak di dataran di bawah naungan banjaran gunung Bintang Hijau. Dulunya
menjadi tempat singgah para pedagang Melayu Pattani yang bermusafir khana lalu
lalang dari Legih,Remang dan Yalla ke Manjong dan Gangga Negara atau Beruas. Orang-orang Pettani itu dari
keturunan Melayu Champa. Melayu tua beragama Hindu dan kemudian beragama Islam
setelah salah seorang sahabat nabi Muhammad merantau ke sana.
Malam muda
memeluk seluruh kampungku. Kampung dingin bedi. Sepi. Bagai gadis kehujanan
dalam dangau beratap jerami di tengah sawah.
Aku merenung wajah ibuku.
“…Lamin dapat
masuk sekolah Clifford, sekolah orang
putih, emak,”aku berkata dengan suara lembut.
Ibuku merenung
kepadaku. Dia merenung seperti dia merenung wajahku pada ketika aku baru
terluah dari pintu rahimnya yang diteran payah. Ibuku membuka telekung yang
membungkus kepalanya. Senyumannya manis. Senyuman seorang ibu yang beriman
kepada Allah. Kemanisan senyumannya itu terasa ada kemanjaan, kasih sayangnya
kepadaku dan syurga yang menantiku di bawah tapak kakinya.
“Tak apa, ayahmu nak
jumpa guru besar,Cikgu Buyong pagi esok. Dia nak tolak tawaran masuk sekolah Clifford tu,” ibuku berkata dengan nada suara memujukku.
Aku diam.
Hatiku
terlonjak-lonjak dalam kegembiraan seperti gadis sunti mendapat anting-anting
mutiara sejak aku belajar dalam darjah satu lagi, aku tidak ada cita-cita untuk
belajar di sekolah Inggeris. Agung benar cita-citaku untuk belajar di sekolah
agama. Orang-orang kampungku memberi nama sekolah agama itu sekolah Arab.
(Bersambung esok) *
* Dipindahkan dari novel,(2005
-1426)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment